Khamis, 15 Mei 2014

TakoYaki

May 14, 2014

Aku pernah makan takoyaki masa Mardhiyyah belanja dulu. Kalau diikutkan, aku rasa macam tak berbaloi nak beli - RM4.50 untuk 4 biji. Eleh, yang iye nye aku ni JAKUN. Dapat makan sekali tu je, terus aku tak minat dah. Tak tau nape. End of story.

Eh? Ye ke?

Tak tau, tapi last year ada gerai takoyaki yang mula beroperasi di tepi Giant tempat En Noor kerja. Ulang-alik hari-hari,  sikit pun aku tak tergerak nak beli. Tah cemane sejak seminggu-dua ni aku jadi teringin pulak. Siap terfikir-fikir macam mana la kekdah nak masak menda ni.

Hari ni, dalam pada kena tunggu En Noor habis kerja, aku terpandang lagi. Rasanya dah puas aku tunda-tunda, kali ni pejam mata je aku gi beli. Like I said, RM4.50 untuk 4 biji.. boleh la. Lembut, sos pun tak kedekut, tapi inti tu memang sungguh ciput! Adeyai!!

Tapi still enjoy. Cuma, pe kata aku try buat pasni? Tak yah la gi beli acuan takoyaki, aku hentam acuan kuih cara je. Pe pendapat korang?

 

Tiada ulasan: