Isnin, 31 Mac 2014

OjoKesandung

March 31, 2014

Pelik-pelik je entry aku lately ni kan? Hehehe.. bukan buang tebiat ye kawan-kawan. Kebetulan pagi tadi baru berkesempatan nak ber'WhatsApp' dengan cikgu aku. Serius memang senyap lama gila la aku. Dalam chat tu timbul la kata-kata nasihat daripada Mak aku masa datang menengok cucu minggu sudah. Katanya, "kita ni orang perempuan, zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Zaman sekarang ni orang perempuan 'kalau boleh biar naik lebih tinggi daripada lelaki'. Tak salah kalau nak bekerja membantu suami, tapi biar apa pun urusan kehidupan kita, jangan sekali-kali sampai kita BERHUTANG MASA dengan suami dan anak. Bimbang nanti tak terbayar."

Bila Mak ngan Abah datang, ayat power plus ayat-makan-dalam memang tak lari punya. Aku pun tak marah, sebab Mak dan Abah cuma jumpa anak-anak berapa kali sangat la setahun. Makanya nak nasihat pun bukan la hari-hari, ye tak? So sebaik je aku di'tabur' dengan ayat power oleh Mak, cepat-cepat la aku muhasabah diri. Bukan stok nak tunjuk baik, tapi aku memang ambil serius apa yang Mak dan Abah cakap pada aku (sebab aku sulung, banyak yang serius dari bergurau). Tu yang tah cemane aku boleh pulak ter'scroll' kat song list, jumpa lagu Herman Tino - Ojo Kesandung, boleh lak layan kepala jap.

Korang try la dengar. Herman Tino ni femes masa aku kecik-kecik dulu. Kalau yang bukan Jawa tu, memang akan ber'asap' kepala la dengar lagu ni. Jangan risau, aku siap carikan terjemahan untuk korang, okeh! Kredit kepada Maini Miftah:

Ojo kesandung batu nang dalan awan awan
(jangan tersandung / tersepak) (batu di jalanan siang hari)
kui nandakne orak karuan
(itu tandanya tidak keruan)
karang eno mestine dadi golean
(yang muda mestinya menjadi carian)
ayu ngarang dikarang gawe pawitan
(yang cantik dan tampan dijadikan pilihan)

ojo kok pikir rai mbancer goleanmu
(jangan difikir, muka yang 'encem' kau cari)
rai kelimis rame seng nunggu
(muka yang cantik licin ramai yang menunggu)
mlerak mlerok mripate alese jiu
(jeling-menjeling matanya, alis matanya kecil)
moro teko seng nunang
(datang pergi yang meminang)
orak ke trimo
(tidak diterima)

mbok perawan karo joko podoae
(anak dara dan jejaka sama sahaja)
orak terimo dudingane uwong tuo
(tidak menerima pilihan orang tua)
nek seng wadeng pilihane pondo kerjo
(kalau yang perempuan, pilihannya mesti bekerja / berharta)
nek seng joko rai klimis arepane
(kalau yang jejaka, dahi licin cantik kehendaknya)

ayo podo dijedeki
(marilah kita berpegang / menerima)
kersane pengeran kuoso
(apa yang dikurniakan Allah yang Maha Kuasa)
terimo opo ae seng di wehi
(terima apa sahaja yang diberi)

bapak lan emak seng gedek ake kawek bayi
(bapak dan emak, yang membesarkan sedari bayi)
cilik di gedong nangis di bopong
(kecil dibedung, menangis didukung)
pengen njalok neng kue orak gawapan
(ingin meminta-minta dari anak-anak, tidak tersebut)
karek kue wes nge-rang timbang ono
(tinggal anak yang dah dewasa, timbanglah sendiri)

Emak ayah ni kawan-kawan, masa ada, kita take for granted je (korang tak kot). Masa perlu je baru kita nak nampak. Esok bila dah tak ada, baru kita orak karuan. Masa tu la ada yang cium baju, bilik tidur emak ayah langsung tak diusik supaya kenangan tak hilang. Aku dulu camtu la, baru nak kenal dunia, rasa cam terkongkong je. Mujur la Tuhan cepat-cepat sedarkan aku. Masa Mak ngan Abah masih ada ni la aku nak hargai puas-puas. Kata ustaz yang bagi ceramah masa Seminar Keluarga Bahagia minggu lepas, "isteri bila-bila boleh dicari tapi emak? Jangan lupa emak ni dikurniakan kepada kita. Hilang tak akan ada galang gantinya."

So kawan-kawan yang dihormati, aku seru korang (LEBIH-LEBIH LAGI DIRI AKU NI HA!!), zahirkan la kasih sayang pada emak ayah (pada yang masih ada). Kalau ada yang masih bujang terbaca entry ni, caya la cakap aku, sok bila ada anak, akan terasa betapa melimpahnya kasih sayang kita pada mak ayah. Sebelum tidur, doakan la mak ayah kita. Okeh korang? Sekian tazkirah petang hari dari aku yang tak berapa nak bertauliah ni.

Jumaat, 28 Mac 2014

SeminarKeluargaBahagia: IndahnyaMengikutSyariat Part 1

March 27, 2014

Semalam tak sihat, jadi aku tak jangka yang pagi ni aku akan hadir juga seminar ni walau pun minggu lepas aku sendiri yang minta untuk disenaraikan. En. Suami izinkan (terima kasih, laling!), dan pukul 7.30 aku dah sampai ke dewan di Masjid Bukit Aman. Panjang juga sesi kali ni, habis pukul 1 tengah hari. Rasa bersalah pulak tak dapat teman suami lunch.

Topik pertama seminar pagi ni adalah Setia Bersama Kekal Bahagia, dibentangkan oleh Dr. Rubiah binti K. Hamzah. Aku duduk di hujung belakang dewan (nak buat cane, datang sorang. Elok siap sarapan seat depan dah half full), jadi penerimaan sejelas yang boleh untuk orang di hujung dewan je la.

Intipatinya; suami harus setia kepada tuhannya, dan isteri harus setia kepada suami. Biar setinggi mana pun jawatan si suami, di akhirat kelak yang akan dipersoalkan adalah tanggungjawab sebagai suami. Rantaiannya panjang dalam sesebuah rumahtangga, isteri harus setia kepada suami, suami harus setia kepada ibu bapa, yang seterusnya akan memupuk setia si suami kepada Allah.

Memandangkan penceramah ini adalah kaunselor, ada contoh-contoh yang diberikan merupakan kes yang beliau selesaikan, termasuk kes suami kahwin secara senyap tetapi Allah membuka rahsia si suami supaya isteri tak terus teraniaya. Satu fakta yang dimaklumkan, dalam perkahwinan, isteri adalah merupakan orang yang paling setia terhadap akad nikah itu sendiri (secara umum).

Ada ketika dalam mendengar ceramah santai ni, aku rasa agak terpukul. Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa mendoakan suaminya. Kalau diikutkan, berdoa untuk suami memang ada tapi tak seberapa. Itu kelemahan yang aku akui. Selain tu, penceramah juga tegur, haruslah isteri terima pemberian Allah seikhlasnya. Ada kes yang dirujuk kepada beliau tentang pasangan suami isteri yang dikurniakan anak cacat tetapi malu untuk menerima kenyataan. Tak sampai hati aku nak jot down the whole story pasal ni.

Isteri juga harus bersedia menerima suami seadanya, seikhlasnya. Jangan membandingkan antara suami sendiri dengan suami orang lain. Ada juga kes di mana seorang suami sangat kaya, mampu sediakan pemandu untuk anak isteri bergerak. Ditakdirkan Allah si suami jatuh bankrap, sungguh sukar untuk bangkit kembali. Isteri dan anak yang telah terbiasa hidup mewah tak dapat terima hakikat, meminggirkan si suami lalu sehingga suami tadi menghilangkan diri. Pokok pangkalnya, jika ingin setia berumahtangga, isteri kena bersedia hadapi situasi suami akan jatuh sejatuh-jatuhnya.

Setakat tu yang mampu aku share. Kekok jugak, aku jadi tak pandai nak tutup entry. So korang, thanks sebab sudi membaca.

Selasa, 25 Mac 2014

March2014 - ESP, Buy6Free1

March 25, 2014

Saje je kan? Dah nak dekat habis bulan baru nak promote. Haish!! Sebenarnya strategi merepek aku bulan ni adalah untuk promosi Energizing Soy Protein atau nama glemernye, ESP pada hari gaji.. muahahaha! Antara penyelamat situasi aku masa pregnant dulu adalah ESP, sebab mampu membantu aku alas perut lebih lama. So tak la ke'angin'an sangat, tak le aku mabuk semacam. Lebih kiut lagi, "tak le berlekuk meja opis aku tu ha!" Wakakaka!!

Wink! Wink!

Kenapa pilih ESP? Kalau ikutkan aku, mudah je. Aku sukakan susu, aku sukakan soya. Disebabkan aku ni lactose intolerant, maka aku gantikan je la dairy product dengan soy product. Tapi kekadang tu aku langgar je (serius korang, masa pregnant tu la aku suka gile langgar je pantang! Semua jenis susu aku hentam.. the next day, hehe.. faham-faham je la ye). Tapi meh la aku ceritakan kenapa korang kena pilih ESP sebagai salah satu sumber protein harian diet korang.
  1. Kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubahsuai secara genetik. Pernah dengar pasal GMO? Non-GMO? Nanti aku letak entry pasal GMO & non-GMO ni ye. Point nye sekarang, kacang soya yang digunakan ni tak pernah diubahsuai.
  2. Penyediaan ESP melibatkan proses kacang soya di bawah suhu rendah. Kenapa? Sel-sel akan rosak bila diproses pada suhu yang tinggi. Sebab tu la even bila kita rasa pengambilan protein harian dah optimum, sebenarnya TIDAK cik Jah oi. Korang makan daging mentah-mentah ke? Ikan? Kacang pun korang proses sebelum makan, ye tak? Abih tu? Ngeh ngeh ngeh..
  3. Badan manusia boleh menghasilkan asid amino daripada pemakanan yang kita ambil. Tapi tak semua asid amino yang diperlukan boleh dihasilkan oleh badan kita. ESP mengandungi 22 jenis asid amino, TERMASUK 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Satu-satunya dalam pasaran okey!
  4. Kalau kita buat sendiri, dah tentu la soya tu kita rendam, kita rebus, blend etc etc etc kan? Bape banyak kacang soya yang kita guna untuk hasilkan segelas susu soya? Jangan tak percaya, kita ni kehun sebenarnya bab nak sedia pemakanan berzat. Tapi dengan ESP ni, satu canister dihasilkan oleh 30kg kacang soya yang bermutu tinggi. So, apa lagi? Moh le!!

Energizing Soy Protein sesuai untuk:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Korang tau, otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar kat dalam badan kita ni terbina dengan bantuan asid amino. Kat dalam ESP ada 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. So korang yang habis beratus-ratus, beribu-ribu dekat produk kecantikan, why not invest sikit kat ESP ni? Berbaloi.. serius ni! Rasa pun sedap, korang pun makin cantik!

Hormon Semulajadi:
Kat dalam kacang soya ada sebatian organik yang dipanggil isoflavon. Fungsinya yang mempengaruhi metabolisme hormon seks dan aktiviti biologikal (sila ambil perhatian: ini bukan 18sx ok!) melalui pelbagai proses di peringkat sel mampu mengurangkan kadar risiko menghidapi kanser payudara dan kanser-kanser lain. Selain tu ESP ni juga membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Reproduktif Lelaki dan Wanita:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi dengan DNA, yang seterusnya akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
Ha, ni sama macam kat atas tadi.. ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang. Zaman sekarang ni bukan perempuan je nak nampak cantik, lelaki pun sama!

Pembekal Tenaga Segera:
Ini pengalaman aku sendiri waktu first pregnancy. ESP supply instant energy kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi. Aku consume masa first trimester, susah la aku nak mabuk pagi-pagi macam orang lain. Mabuk tu ada, cuma tak kronik sebab aku tak muntah (perut dah beralas dengan ESP).

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat. Yang ni aku belum perhatikan lagi (kat diri sendiri la).. dalam proses. Moh le kita ramai-ramai amik ESP, pastu kita tengok kurang tak kadar ‘pertumbuhan’ uban kat kepala kita ni. Hehehe..

Sumber: Cikgu aku, Aini Hayati Luey

Bersempena promosi bulan Mac ni, dapatkan la ESP daripada aku dengan harga dan konsultansi terbaik. Berminat untuk membeli? Berminat menjadi ahli? Contact aku:

Salina Mohamad Sulaiman
SID: 919274
Tel. / WhatsApp: 011-2855 0331
E-mail: salina1821@yahoo.com

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

MH370

March 25, 2014

Terkedu juga bila switch on TV pagi tadi, sebab PM dah pun mengesahkan yang pesawat MH370 ended di Selatan Lautan Hindi berhampiran Perth, Australia. Aku di antara manusia-manusia yang akan menunggu setiap hari pukul 5 petang untuk press conference, alkisahnya nak dapatkan info terkini. Human beings.. selalu rasa mampu nak handle their emotions, but when the time comes, we are the ones yang terjelepuk sebab tak mampu menanggung rasa. Sekurang-kurangnya aku bersyukur satu perkara; there's a closure on the fate of the MH370 passengers

Bila jadi macam ni, ramai la 'pakar' tak rasmi yang muncul, buat komen itu ini, spekulasi itu ini. Di saat hati galau memikirkan nasib penumpang dan anak kapal, masih ada yang sampai hati mengaitkan semua yang terjadi ni dengan politik. Tak kurang juga keyboard warrior yang tak berhenti menyalahkan kerajaan sebab lambat bertindak, lambat umumkan, lambat segala-galanya. Itu belum ditambah dengan kisah perang siber antara penyokong-penyokong kuat parti politik. Memandangkan aku bukan partisan, aku tak senang dengan senario yang aku nampak sekarang.

Marilah kawan-kawan, saudara-saudara yang dikasihi.. letak tepi sebentar perbezaan fahaman politik, budaya hidup dan kepercayaan kita. Sama-sama la kita renung sejenak pengajaran yang boleh kita ambil dari tragedi MH370 ini. Buat yang beragama Islam, sedekahkan al-Fatihah buat penumpang-penumpang muslim. Bagi yang bukan beragama Islam, berdoalah dengan cara anda, semoga kita semua beroleh ketenangan hati.

Aku memang tak pandai menulis perkara yang sedih. Tapi MH370 menimbulkan keinsafan. Bak kata seorang teman lama, tragedi ini mengingatkan kita betapa kerdilnya kita di dalam kekuasaan Allah.. menyedarkan betapa peri pentingnya menghargai insan di sekeliling kita. Sebab? Hidup manusia singkat. Sebelum terlambat, hargailah orang yang kita sayangi.

One more thing, keyboard warriors.. please, berikan sedikit ketenangan kepada keluarga mangsa. Berikan ruang. Jangan sesuka hati share apa saja yang anda suka di siber. Kita tak tau apa kebenaran yang terselindung di sebalik perkara yang kita sebarkan.

Untuk keluarga mangsa MH370, takziah dan al-Fatihah (buat yang muslim) dari saya, hamba Allah yang kerdil lagi hina. Semoga ditempatkan di kalangan golongan yang baik, dengan rahmat Allah.

Sekian.

Selasa, 4 Mac 2014

AyamPanggangMadu

March 3, 2014

Aku sedang mencuba untuk masak menu berbeza setiap malam. Actually nak paksa diri memasak, sebab sejak air dicatu, aku jadi takut-takut nak masak. Menu hari ni ayam. How about ayam panggang? Sounds good.. kan? Let's check the recipe, courtesy Cik Mat.

Bahan-bahan:
3 keping peha ayam saiz besar (aku agak dalam setengah ekor la)
1 inci halia*
3 ulas bawang putih* (kisar halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa

JOM MASAK!!
1. Cuci bersih peha ayam, tak perlu buang kulit. Cucuk-cucuk bahagian isi ayam. Then lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dlm satu bekas.

2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata antara isi dan kulit ayam. Tambah garam secukup rasa, perap 1-2 jam.

3. Panaskan oven pada 200 degrees Celcius, lenser bekas pembakar dengan sedikit butter atau marjerin. Letak ayam dan bakar selama 40 minit. Baki bahan perap dipanaskan dan ditambah sedikit madu, masak sampai pekat. Sapu pada ayam setiap kali dibalik-balikkan.

Aku mana nak ada oven. Periuk goreng ajaib tu je ha yang aku handas (amik kau, bahasa Opah aku). Jadi je. Cuma aku skinned semua chicken parts, jadi takde la part lumur bahan perap in between skin and flesh. Nanti dah bakar, aku upload gambar.

Isnin, 3 Mac 2014

CabaranMenyusu

March 3, 2014

Sejak Safiyyah mula tumbuh gigi ni, dia demand macam-macam. Makan nasi nak yang sama macam ayah dan ibu makan, nak lauk yang sama jugak (awak tu baru cukup setahun, anak!). Sometimes Safiyyah akan menggigit jari-jari tangan sendiri. Untuk entri kali ni, aku takkan segan-silu mengaku cetek ilmu. Aku ingat bila dah mula tumbuh gigi pertama, dia akan stop rasa gatal gusi. Adoi la ibu!


Tengok sendiri kerenah Safiyyah masa meronda di Muar hari tu. Dalam beg aku memang wajib ada sehelai napkin atau sapu tangan khas untuk dia. Sebab?


Practically meleleh..
(kang kalau cakap drooling cam kejam pulak, ye tak? Ceh, padahal sama je)

Pening kepala bila memikirkan fi'il anak dara sorang ni sekarang. Maka untuk sekian kalinya aku pergi tanya En. Google, cane kekdahnye nak menghadap perangai anak yang camni. So En. Google gtau, bila anak menggigit puting masa menyusu, buat cani:

1. Bila dia menggigit, jangan, jangan, JANGAN menjerit. Kenapa? Kalau jerit tu buat dia terkejut, ada kemungkinan dia tak nak menyusu lagi. Jeritan kita boleh disalahertikan oleh bayi sebagai memberi respons atau bermain dengannya. Jadi, JANGAN MENJERIT. Tabahkan hati.

2. Bila anak menggigit waktu menyusu, stop sebentar penyusuan. Letak dia atas lantai (atau jauh sikit dari kita) just so dia faham yang tindakan dia menggigit tu hanya akan mengganggu perkara dia nak dan suka (menyusu).

3. Tell the child firmly yang kita sakit bila dia gigit. Tunjuk yang kita tak selesa dengan apa yang dia buat. If need to, tunjuk muka marah atau kerut kening sikit. Bila dia dah faham, and put some effort untuk tak menggigit, reward la dia. Contohnya, peluk dia, cium. Puji tindakan dia.

4. Anak menggigit sebab gusi yang gatal (nak tumbuh gigi). Jadi untuk mengelakkan kita jadi bahan, seeloknya sediakan teether or kain untuk dia gigit sebelum dan selepas menyusu. Sometimes masa tengah menyusu, Safiyyah akan stop and lepas. Dia akan cari puting angin dan gigit sepuasnya, kemudian sambung semula.

Walau apa pun, IKHLAS kan la hati. Bila aku rasa nak give up je, cepat-cepat aku ingatkan yang 6 bulan - 2 tahun tu tak la lama. Anak menyusu setakat umur tu je. Selepas 2 tahun, dia takkan lagi menyusu dengan kita. Masa yang berlalu takkan berulang kembali. Jangan esok kita terkenang-kenang saat anak kecil dalam pelukan dan melekap di badan sebab nak menyusu, sebab tak tahan, kita marah. Penyudahnya, rindu-rinduan..

Sumber rujukan: babycenter

So kawan-kawan, kalau mengalami situasi ni, jangan putus asa. Mari berusaha!!

Sabtu, 1 Mac 2014

A-Trip-Around-Bandar-Maharani

March 1, 2014

Agak bersawang dah blog aku ni ha. Mana tak nya, sejak air kena catu, idea nak menulis pun macam kering jugak. Tapi dah 2-3 hari ni aku memang sangat-sangat gedik nak update blog. Nape? Huish, ada le.. moh tengok..

 

Gambar yang penuh buildings ni kitorang snap di Muar, Bandar Maharani. Nape Bandar Maharani? Ntah, aku belum study lagi. 

En. Suami ajak balik ke kampung dia 25-26 Feb hari tu, sebab ada urusan yang nak diselesaikan. So on the way nak balik ke KL, singgah la sekejap di Muar. Kebetulan balik ke sebelah sini, aku memang nak sangat beli baju kecik kat The Store sini. Kat tempat lain aku belum pernah jumpa lagi.

Alkisahnya, 'ter'awal sangat kami sampai. Mall pun belum buka. Kelakar juga bila setiap kali lalu depan pak guard, ada yang akan tegur, "belum buka lagi, bang". En. Suami dengan muka lembu kenyang terus cakap terima kasih dan kenyit mata pada aku. Hihihi. Sudahnya kami keluar ke depan mall tu dan hang out di McD.

Elok siap breakfast je, mall pun buka. Apa lagi, ayah ngan ibu sempat la sambar sorang sehelai t-shirt. Lepas ibu siap pilih baju kecik, kitorang pun terus gerak balik KL. Sekian..