Khamis, 12 Februari 2015

Lawatan

February 12, 2015

Like I said malam tadi, hari ni aku ada aktiviti luar. Lawatan ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur. Jangan la fikir yang bukan-bukan, lawatan ni diatur khas oleh pengajar psikologi kelas aku sebagai hands on experience, selari dengan apa yang kitorang belajar kat kelas. Since aku in charge kelas untuk minggu ni, so banyak jugak aku rasa nak bebel kat sini. Maklum la, cakap depan-depan tak guna.

Lawatan ni dah dimaklumkan pada kitorang since the first Behavioral Science class lagi. Semester ni kitorang belajar pasal gangguan-gangguan psikologi. Cuma aku agak ralat sebab maklumat penuh untuk lawatan ni memang takde. Aku jenuh terkejar-kejar pengajar and driver nak arrange untuk perjalanan. Tentative program pun takde. Aku dah rasa yang trip ni akan jadi a bit disastrous.

Semalam aku dah pesan pada semua supaya berkumpul di tempat menunggu bas asrama depan surau pukul 6.50 pagi. Aku deliver message verbally through WhatsApp supaya semua orang dengar dengan jelas. Dalam hati aku dah teragak memang akan ada yang datang lambat. Message aku clear, berkumpul pukul 6.50 pagi. Tapi ada masih melenggang pukul 7 pagi. Ada yang BARU BANGUN!! Yang baik ngan aku pun buat perangai.

Aku bengang. Ada yang siap bangga lagi cerita yang pukul 6.40 pagi baru keluar toilet.

Pengajar dah tercangak-bangak kat kolej nun menunggu korang yang terlebih princess ni. Aku cuma malas nak 'bercakap' je, nanti ramai yang sentap. Ayat-ayat aku ni kalau kena kat batang hidung mau tarik muka lima-enam hari. Belum masuk lagi ngan kes cenderahati tertinggal kat kelas. Aku faham semorang penat dengan jadual semester ni, padat. Tapi please pay attention to things where it matters la. Room mate aku pulak tu yang tertinggal cenderahati tu. Adoi la. Since dia dah willing untuk bertanggungjawab, I'm okay with it.

Elok je 'puteri-puteri' ni sampai, kitorang pun singgah kolej untuk pick up pengajar and roommate aku. Berdesing je telinga aku kena sound sebab tak jawab call pengajar. Time aku sibuk, takde masa nye aku nak jawab call. Ko sendiri pun 2 hari aku call baru berjawab. Yang buat taik nye sekor-dua yang dok bersedap-sedap bergelak ketawa kat atas bas sana, aku yang ke hulu ke hilir mengurus ni yang kena tembak. Meh sini aku bagi korang barang sedas-dua, ada yang panas bontot sampai melecet kot. Nak sangat kalu, gitau je. Aku no hal bab memberi ni.

Done with the messy beginning, jalan sesak sepanjang nak ke KL. Nasib baik driver tu okey je, kalau tak ada yang sampai hospital and check in terus kat wad Psikiatri tu sebab kena 'sembur' dek driver. Sepatutnya pukul 8 sampai, kitorang jejak wad tu pukul 8.50 pagi. Menunggu untuk briefing, rasa uninvited pulak sebab matron tu maklum semalam baru diorang cari-cari surat permohonan kitorang. Aku rasa sikit sebanyak dah nak dekat skizofrenia. Dengan kelaparan, terkejar-kejar pulak cari simple breakfast dekat kedai runcit.

Selesai breakfast, kitorang berpecah jadi 3 group and naik ke wad. Segala beg, pen, alat-alat yang mungkin boleh jadi senjata kena tinggal kat bawah. Patients kat wad tu tak mengancam keselamatan secara langsung, but precautions perlu sebab potential untuk tiba-tiba nak jadi kisah tu memang ada. Masa mula-mula menunggu nak masuk ke wad memang berdebar. Ada 3 wad kesemuanya; wad pertama untuk wanita, wad kedua and ketiga untuk lelaki. Kebanyakan kes adalah disebabkan substance induced. Dadah kimia dah altered diorang physiologically, sampai diorang hallucinating.

Patients kat wad ni mostly active. Ada yang menyanyi lagu Negaraku, asyik dok tanya about Shah Alam, mentioned all previous Prime Minister's name. Ada patient yang perform exercise in front of us, with superb flexibility. Ada yang diam but look at us with extra vigilance. Ada yang simply walk in and out of a room, with expression yang aku susah nak terangkan. Yang pastinya, ada tempat untuk patients berkaraoke, sebab aku dengar suara menyanyi coming from a room not far from where we stand. Dari satu lagu ke satu lagu.

Group aku first were introduced to a patient lelaki Melayu,  yang dikatakan stabil and cooperative. Ntah macam mana datang pulak sorang lagi patient, Indian male and he simply invite us into conversation. Tinggal la patient Melayu tadi terpandang-pandang kitorang. Dia ada bertanya something pada group member aku tapi disebabkan takut, the girl didn't answer him. Aku recognized yang patients ni semua normal physically. Most of them are young.

Tak lama pun dapat bercakap dengan uncle ni. Dia cerita yang dia dulu kerja dengan Telekom as a van driver with wage of 1-dollar. Then dia jual pokok dalam beg (aku syak dia maksudkan anak pokok) and dapat 2 dollar. Tapi dia keje as lorry driver pulak, angkut timbers. Masuk hutan. However dia belajar melawak, sebab dia adalah joker. He has been a joker since 30 years ago. Tapi dia adalah music master, sebab dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai. Eh, jap, dia magician la sebab dia tunjuk magic tricks depan kitorang.

Pening kan? Ha, kitorang pun naik sewel sama.

Second patient whom I talked to was a young girl of 18. Dia stress dengan life. Dah 4 hari dia kat wad wanita. There's something about her that keeps nagging at me.. the way she talk. Dia appeared to be normal, but full of sadness. She was struggling with something. Aku tak nak prolong the conversation.

Ada juga sorang patient yang group member aku interview tadi made the headline a few days ago.. something about naked. Selebihnya tak ramai yang boleh diajak berborak, sebab semua under medications. Ada yang stupor. Ada jugak yang biasa kita tengok, berjalan mundar-mandir without clear reason.

Kitorang beredar pukul 12.30, plus or minus. Sampai semula di kolej pukul 1.30 tengah hari. Interesting trip, cuma pengurusan memang out. On my part, next time if I'm in charge again, aku akan usahakan yang terbaik.









Rabu, 11 Februari 2015

Skizo

February 11, 2015

Saje je up short entry, sebelum mata aku lelap. Letih kot dok membelek buku praktikal, semata-mata nak tulis report. Now aku dah siap basuh baju and sidai, basuh perkakasan makan aku sepanjang hari, gosok baju and tudung untuk lawatan esok. Tinggal nak tido je dah.

Ah, tajuk aku tu just hint untuk program esok. Tak larat nak tulis panjang-panjang, kepala tengah migraine lagi. Asik la aku migraine sekarang ni. So sok lepas program aku update lagi cerita. Now sleeping time.

Selasa, 10 Februari 2015

Fly II

February 10, 2015

Ingat esok je aku nak up entry baru tapi dah alang-alang menunggu kaunselor datang untuk meeting petang, aku ingat baik aku sambung entry pagi tadi. Nape sambung? Sebab entry ni adalah second part kepada entry yang aku up pagi tadi. Nape tajuk dia Fly II??

Sebab aku fly.

Nak tunggu jumpa penyelaras sebelum balik, nak minta sign buku, memang semak kepala. Asik la mengelak, asik la tunda-tunda. Dah rupa pengemis pun ada kitorang ni kalau time nak balik kampung tetiap bulan. Dah tu pilih kasih. Nak orang yang comel, cantik, segak je yang submit buku. Orang cam aku ni kalau layan pun sebab dia segan; aku ada pengalaman kerja.

So rather than menunggu keluar dengan kebenaran, aku fly. Titik.

Eh, pehal pulak aku story panjang lak sal ni. Aku nak sambung story pagi tadi. Sebulan kebelakangan ni aku in crisis. Bukan crisis dengan sesiapa, tapi krisis masa. Memang aku kesuntukan masa betul. Kena pulak sibuk dan letih bila Safiyyah dah balik ke KL. Tapi aku still kena balik. Tak adil bila aku ambik Safiyyah, jauh dari ayah but still susah nak jumpa ibu. That's why aku cakap it's easier to fly rather than tunggu kebenaran.

Nasib baik En. Noor agak memahami tahap sengal isteri dia ni. Dia tau aku akan mati kutu. Belum pernah aku rasa serba tak kena macam aku rasa tengah hari Sabtu tu. Bila anak dah bangun tidur, tapi tak nak makan nasi, just nak main. Aku nak ajak main pun tak pandai. Rasa bersalah, rasa bodoh, nak marah diri sendiri. Safiyyah sampai adapt pada situation di mana ibu and ayah is not around, and it's up to her to fill the time.

Sebak betul bila fikir balik. Kenapa aku tak kreatif macam ibu yang lain eh??

Nasib baik petang tu adik aku datang dengan suami dia. Ada la dalam sejam lepak kat rumah before going to Klang. Thanks, Sida and Rizal. Help me to recover.  Lepas je adik aku gerak, aku bawak Safiyyah jalan-jalan keliling kawasan rumah, then masuk sementara nak tunggu solat maghrib. Selesai solat, aku bergegas siapkan Safiyyah, then keluar makan. Bila Safiyyah tak nak makan, ni la cara aku.

Elok sampai rumah, mata Safiyyah pun dah layu tunggu masa nak tidur. Aku siapkan susu dia, air masak dalam botol, then teman dia tengok Upin Ipin. Sambil tu aku basuh kain. Ntah bila aku lelap pun tak pasti, sebab aku terkejut bila En. Noor call pukul 1o.45 malam. Sebab tengah mamai, aku tak register correctly apa yang dia cakapkan pada aku. Rupanya malam yu lepas habis kerja, dari Pandan Loop dia merempit ke Larkin untuk naik bas ke KL.

See?? Dia dah tau mental state aku yang tak stabil ni.

Pagi tu dalam pukul 3 lebih aku jemput En. Noor di TBS. Safiyyah punya tahap letih sampai tak sedar yang aku dah angkut dia sekali masa nak jemput si ayah. Tapi bila dia sedar and perasan yang ayah ada, aku ni dok tepi je la. Takde dia pandang nye. So En. Noor tidur-tidur ayam sampai Safiyyah lelap semula. Untuk kali kedua during that weekend, aku bawa Safiyyah ke taman. This time she's much happier, sebab ayah ada sekali. *nak nangis*











Lepas main kat taman, aku ke rumah Sida, nak berurut. Lepak dalam 2 jam, then gerak balik. En. Noor berkeras tak nak balik rumah, sebab nak bawak aku dengan Safiyyah meronda. Aeon Big full, so kitorang ke Aeon Cheras Selatan. Makan dulu, then ronda-ronda cari botol susu Safiyyah yang baru. Ajak Safiyyah main sekejap, then aku ajak jugak En. Noor balik rumah. Safiyyah dah mengantuk, and En. Noor is so close to fall asleep while standing. Aku migraine. Nazak memasing kan?

Petang tu En. Noor pasang semula TV yang dia dah simpan dalam kotak, and kemas-kemas beg untuk balik ke JB semula. Aku dah nak start mental balik. Aku tertanya-tanya adakah aku buat keputusan yang salah bila aku decide untuk sambung belajar. Adakah aku punca kami anak-beranak berjauhan sesama sendiri macam sekarang. Jawapan En. Noor simple.

"Kalau pun Salina tak sambung belajar, abang akan tetap terima offer di Singapore. Salina sendiri tau kenapa, jadi jangan salahkan diri sendiri. Belajar betul-betul."

This time, aku nangis.
Tapi kejap je la. Tak kuasa nak nangis lama, nanti sakit kepala.

Malam tu kitorang keluar beli barang, tapau makan. Balik rumah semula untuk makan, then hantar Safiyyah ke rumah pengasuh. Sedih ok. Tak payah orang luar komen, aku sendiri kondem diri sendiri kaw-kaw. Settle kat rumah pengasuh, aku hantar En. Noor ke TBS. Sekali lagi En. Noor pesan kat aku.

"Jangan terlampau layan perasaan. Kita sama-sama ada benda yang nak dibuat. Doa minta semua urusan dipermudahkan."

So, aku balik ke Sungai Buloh the next morning dengan new resolve. Bereavement period is over. Next move is on.

Fly I

February 10, 2015

Baru pagi ni aku larat nak up entry. Bukan apa, minggu last January hari tu aku dah ke Johor, ambik princess untuk duduk di KL semula. Supposedly aku balik pulak Selasa masa cuti Thaipusam tapi aku dah memang totally out of energy. Aku still ingat malam aku gerak ke Johor nak ambik Safiyyah, perjalanan dari Sungai Buloh ke Seremban boleh tahan lagi sebab hujan, so aku dalam alert mode. Elok lepas Seremban, hujan pun ala kadar je, angin pulak kuat. Ada 2-3 kali aku hampir doze off.

Maka Jumaat lepas berangkat la aku kembali ke istana hinggap nun di Cheras. Dalam hati, perasaan aku bercampur-baur. Rindu pada anak, tapi at the same time anticipation about loneliness dekat rumah tak lari. Jangan salah faham, aku memang rindu Safiyyah, cuma aku memang tak pandai bila nak plan aktiviti dengan anak. Selama ni En. Noor yang urus, jadi bila dia kerja nun di hujung dunia, tunggang-terbalik dunia aku pulak jadinya. Senang kisahnya, memang aku manja la sejak kahwin. Gedik.

Pukul 4.30 aku gerak, meredah jammed di sepanjang jalan. Elok sampai je rumah, aku terus letak beg and start cuci peti ais. Macam sengal je bunyi nye kan? Terpaksa beb. Daripada aku meroyan sorang-sorang, baik aku kemas apa-apa yang patut sebelum keluar untuk ambik Safiyyah. Masa ni la aku baru sedar, barang basah untuk memasak takde. Dapur tu lifeless. Sebak pulak, tapi tangan tetal jalan. Mandi ala kadar (oh, ni memang habit aku dengan En. Noor. Kitorang compete siapa paling cepat abis mandi. Jimat air). Gi umah kak Ros.

Safiyyah agak blur masa mula nampak aku, tapi tak lama la. Split second je. Lepas tu dia punya energy start flow, aku ingat dalam 15 minit pertama aku kat umah tu ada dalam 10 kali dia tawaf dari ruang tamu ke dapur bawak ke ruang tamu semula. Every time dia sampai ruang tamu, dia akan peluk aku, minta aku cium pipi dia then sambung main. Malam tu aku tak masak, just basuh baju je. Safiyyah lebuh awal lagi, sebab dia tak tidur sepanjang hari. Aku tunggu En. Noor balik, borak-borak dalam telefon then tidur.

Pagi-pagi esoknya, Sabtu, aku tak tunggu lama. Safiyyah macam ayah dia, early bird, so any activity in the morning is quite smooth. Aku bawak dia ke taman, sebab tu yang En. Noor pesan pada aku. Ko bayangkan, dari 8.25 kat taman tu sampai 9.45 pagi, boleh tahan untuk aku sebab ni kali pertama aku bawak Safiyyah berjalan and main, SENDIRI. Yang penting aku buat apa yang En. Noor pesan.









Anak aku dah pandai main gelongsor,  macam orang lain. Normal okeh, NORMAL. Dia tak meniarap atas gelongsor lagi dah. See, balik je rumah ngan perut kenyang sumbat roti telur, siap mandi terus anak dara aku lebuh.