Jumaat, 27 Jun 2014

StudyLeave -Part II

June 27, 2014

Today is Friday, and I just started my leave.. unofficially. On 23rd hari tu, sorang kerani kewangan lapor diri. Punya la lama nak dapat sorang kerani kewangan, in the end time aku dah nak keluar baru la ada orang yang datang ganti. Seriously teruk. So hajat aku nak habiskan baki cuti terbantut. Aku plan nak habiskan menjahit baju, rehat and prepare perkara-perkara yang patut aku bawa. So, burn la Isnin aku.

Selasa, En. Noor cuti. Nak mintak dia tukar cuti suka-suka pun tak boleh, sebab next week dia akan cuti untuk hantar aku lapor diri. Make do la dengan whatever is coming your way, sebab bukan semua benda akan ikut kehendak kita. Why not cuba cari jalan nak ke Sungai Buloh.. as it was aeon ago since the last aku familiar dengan kawasan tu. En. Noor setuju je, laki aku kuat berjalan okeh.

Kitorang masuk ke PLUS, sebab aku dah tak ingat jalan nak ke Sungai Buloh through Bandar Sri Damansara lagi dah. Turns out tempatnya mak aih jauh ke dalam after the Sungai Buloh exit okay. Padahal kalau aku balik dari kampung, sebelum sampai Jalsn Duta, korang akan nampak Hospital Sungai Buloh sebelah highway je. Tipah tertipu okeh.  Done for Tuesday.

Rabu baru masuk gaji. Finally!! Aku nak buka akaun RHB. Jadi la insiden yang tak best, RHB-Easy kat Bandar Tun Hussein Onn tak bagi aku 'simply buka akaun'. Aku kena bawak surat untuk diorang nampak purpose nak buka savings account. Sebab? Tak nak orang salah guna akaun for money laundering. Hoih! Cadbury betul! Ko ingat aku ni banyak sangat duit nak tabur sana-sini? Kalau tak perlu,  aku tak kejar nak bukak akaun la Dol! Abis sepanjang jalan nak balik umah aku carutkan orang. Kalau korang nak gi outlet tu, beware la kat officer dia yang kurus kering, pakai spek tebak, muka serabut.

Petang tu aku ke Giant Batu 9, kat situ ada lagi satu RHB-Easy. Bila tanya boleh ke buka akaun (kali ni aku bawa semua surat okeh. Ko nak sangat tengok kan?), budak tu (comel okay,  nama dia Hakim) cuma minta IC je. Hoh, kalau tau, takde la aku buat dosa mencarut tengah hari tadi. Aku ni sejak setahun dua ni asik la buat dosa mencarut kat orang. Siap akaun, amik Safiyyah and straight away menuju ke The Mines. Purpose: nak beli kasut Safiyyah.

Siap beli kasut, kitorang ni gi la food court kat The Mines tu. Ada stall yang jual nasi campur. Mahal gile bab*s okeh. Laki aku punya cuma nasi putih, 2 jenis sayur. Aku punya nasi putih, ayam and sayur. Total RM12. Komplen? Tak boleh. Laki aku sound, "nak makan kat luar kan? Terima je la apa yang ada". Yes boss!! Air kopi Jantan and teh O ais, RM4.70 pulak. Fine. Done for Wednesday.

Semalam, keluar dengan member. Aku nak ambik depo injection, tapi nak ke Mediviron adalah sesuatu yang menguji kesabaran. Ramai orang. So aku ke an-Nur. Mahal sungguh!! Kat Mediviron aku kena RM35 je, kat sini RM70! Cekik darah. Malamnya pulak aku minta En. Noor teman aku beli contact lens. Tah hape la mimpi laki aku skang nak tengok aku pakai contact lens balik. Done for the day.

Hari ni belum habis. Jadi thats it for the second part. Ciao!!

Ahad, 22 Jun 2014

StudyLeave - Part I

June 22, 2014

Memang lama sungguh aku bercuti blogging. A week, consider panjang memandangkan aku ada banyak sangat bahan dan 'bahan'.. semuanya tunggu turn je nak tayang diri kat blog aku yang dull neh.

First thing first.

Aku tak tau la kalau mende yang aku nak story ni related ke tak dengan korang yang kerja dengan private sector,  tapi aku yang memang keje gomen ni kalau nak cuti belajar, bukan mudah-mudah nak blah gitu je. Nak mohon cuti belajar tanpa gaji pun panjang kisah.

Nak salinan surat tawaran, aku sediakan. Personal details punya certificate, including suami and anak, pun aku sediakan. Academic qualification, aku attach sekali.. termasuk la borang kat website JPA. Yang banyak makan masa cuma satu je, SALINAN BUKU PERKHIDMATAN.

Jenuh la call nak bagi cepat, still lambat jugak siapnya. Alasan yang diberi pada despatch - PERMOHONAN AKAN DIPROSES DALAM TEMPOH 3 HARI BEKERJA. What the..?? Bukan ko nak salin tulis tangan buku servis aku tu okeh, ko fotostat je. Pastu sahkan. Siap.

JABATAN LAIN SEMUA COMPUTERIZED SERVICE BOOK, KO JE YANG DOK RAJIN NAK TULIS MANUAL.

Siap satu mende. Tinggal nak follow up kat bahagian latihan je lagi.

Sekali datang pulak satu surat, dari kolej yang aku akan lapor diri nanti. Mak aih, banyak lagi mende nak disiapkan weh. Tang pakaian lapor diri tu yang buat aku tercekik - baju kurung putih, tudung putih, kain hitam, kasut kulit hitam. Mau ko tak gila, lagi 2 minggu nak puasa, celah bedah mana ko nak korek tailor yang still nak amik order?

Maka adalah dipersilakan aku untuk kembali menghadap meja jahit la gamaknya. Dengan duit yang dah tak berapa ramai, ku gagahkan jugak la jengah Nagoya, membeli kain. Now in the process. Aku kena lelap dulu, sok pagi bangun awal sambung jahit tepi all the pieces yang aku dah potong, then start cantum. See ya!!

Jumaat, 13 Jun 2014

Penat+Bosan

June 13, 2014

Kak Noor baru balik dari despatch. Aku memang tunggu je kak Noor dari tadi, sebab aku minta dia ke KDN untuk ambil Surat Pengecualian bla bla bla dari Bahagian Akaun. And yang sungguh la getting on my nerve adalah borang query yang datang bersama dengan surat tu. Hoih, aku ke korang yang tak buat kerja neh? Aku dah email surat permohonan untuk dapatkan pengecualian 30 hari, sekali dengan adjusment bulanan. Yang uruskan pulak boleh sedap anak tekak cakap yang dia tak dapat. Padahal kak Noor sendiri yang despatch original copy lepas aku dah email kan pada budak tu.

Satu-satunya part yang buat aku makin tawar hati nak teruskan kerja sekarang adalah Panjar Wang Runcit. Orang mungkin ingat part ni yang paling best sebab dealing with cash money, walhal part ni yang paling aku menyampah, banyak buang masa aku, dan jugak pernah buatkan aku terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk ganti semula duit, semua ni disebabkan oleh reshuffling di Bukit Aman. Benda dah lepas, nak ungkit pun tak guna, tapi aku memang sangat tak suka dah dengan panjar.

Even aku masih ada around 17 days remaining untuk teruskan kerja kewangan, aku buat apa yang aku rasa terdaya untuk last minute ni. Dah tak kuasa aku nak stay back semata-mata nak siapkan kerja, dah tak kuasa dah layan kerenah orang-orang yang kebanyakannya tak faham bahasa, baik kat tempat aku mau pun kat luar. Aku teringin la nak cuba something. Bila aku bukan lagi orang kewangan, aku teringin nak cuba jadi kerek macam orang kat tempat aku ni. Boleh tak?

Dah takde feeling nak lebih-lebih perform untuk panjar ni. Hantar yang original copy pun still claim as tak sampai. Siap keluarkan borang query lagi. Walhal yang buat hal tu korang jugak, details tak masuk dalam emaklum. Kalau aku PTJ boleh la aku nak tengok status. Ingat keje aku nak urus panjar je ke?

Dah dah.. baik aku balik umah masak, bagi laki aku makan, ada gak pekdah. Cau sin Chi!!

SesiLuahanPerasaan

-Aku teringin nak cuba auto publish mode-

Kadang-kadang bila aku buka FB, kat news feed macam-macam yang aku nampak. Ada yang post jiwang, ada post dakwah, ada post mencarut, ada post berapi, ada post provokasi. A few times, aku sendiri akan post status yang panas, sometimes post sedih, sometimes share something yang aku rasa useful untuk diri sendiri. Kalau dulu aku memang tak boleh nak telan apa yang orang tulis pasal aku, tapi lately ni aku rasa macam dah cool down pulak. Cuma kadang kat luar aku berapi jugak la.

Aku tak salahkan pejabat dan orang-orang sekeliling pasal mood changes ni. Cuma kadang tu bila aku fikir dan renungkan balik, aku terasa sungguh yang aku ni always being taken for granted. Orang guna bila perlu. Humans have their own limit. Aku ada had aku sendiri. Selalu sangat bila aku dah terasa yang aku close to reach the limit, aku akan send warnings secara luar sedar pada orang sekeliling supaya masing-masing beringat - aku beringat supaya lebih sabar, orang sekeliling supaya jangan melampau batas.

I'm a human, and by nature, a human is never perfect. 

Jangan fitnah aku dengan cakap yang aku ni panas baran dari sekolah sampai dah beranak-pinak. Yang kenal aku betul-betul luar dalam cuma ahli keluarga je. Orang lain cuma kenal aku secara luaran je. Aku tak pandai nak berkawan masa sekolah. Orang lain masa sekolah ada clique sendiri, aku always lone ranger. Ke mana-mana pun sendiri, urusan apa-apa pun sendiri. Aku tak pandai sebab aku malas nak fikir lebih-lebih, bila masa bergurau lebih sampai tersinggung, nanti bermasam muka. Aku tak suka. Jadi it's better to stay alone. Yang penting aku tau hormat orang.. ye, hormat yang datang dengan sendiri. Bukan paksa-paksa.

Even waktu kerja pun sama. Socializing is important, but not everything aku willing nak share. Particularly personal life aku. Macam mana aku tak suka nak intrude orang punya life, macam tu jugak aku tak suka orang redah je life aku. Bila aku berkawan, aku kawan sungguh-sungguh.. bukan sekadar bila perlu je. Aku dah biasa dengan situasi orang kenakan aku, cantas aku sebab rasa tak puas hati, or simply guna sebab sometimes I can useful to those yang tau cara nak gunakan aku. Gosh, benda ni semua akan jadi dalam cycle, and it will keep repeating itself. 

Please, aku jarang nak komen lebih pasal orang lain, sebab bila aku tunding satu jari pada orang, nanti ada empat lagi jari yang menunding semula pada aku. Tapi jangan la kerap sangat getting on my nerve. Macam pagi ni, pegawai sorang ni datang dari sebelah kanan aku - within 5 meters. Another officer lalu betul-betul dekat sebelah kiri aku. Since aku baru nak keluar bilik, aku tunggu pegawai-pegawai ni semua dekat, baru aku tegur. Out of blue, orang yang datang dari sebelah kanan ni sound aku lepas dia tegur selamat pagi pada aku and orang yang datang dari kiri aku.

"Cik, lain kali kalau nampak pegawai kanan lalu tu tegur je la. Jangan segan-segan." Sarkastik sekali! Sebab aku lambat a few seconds untuk tegur dia? Semata-mata?

Dulu aku tak kenal pegawai ni, tak tau nature dia macam mana. Banyak kali je dia bercakap dengan aku guna nada sarcastic, tapi aku simply take positive. Cuma lately memang kerap sangat aku dan orang di unit aku kena sound untuk mende yang simple macam ni. Macam kitorang ni bodoh sangat. Bila in charge aku sendiri define maksud tone suara dia pada aku, baru aku faham yang si smurf ni sedang perli aku. Omaigod!!

See? Aku ni punya la slow, sampai tahap orang perli pun aku tak perasan dan tak ambil pusing.. simply sebab aku tak suka nak marah. Sehabis boleh aku nak go through a day without any confrontation, tapi susah sangat la. 

Macam ni la, aku tak pernah pun komen keji kat korang - sebab aku tak tau life korang macam mana. Aku tak hidup dalam masa silam, and the world is not revolving around me and my matters. So please next time komen aku bila korang betul-betul kenal aku..

Thanks. Your understanding is very much appreciated. (aku tak sengaja skipping london. eh.)

PialaDunia..danBotak

June 13, 2014

Pagi-pagi tadi dah mula Piala Dunia kan? Aku bukan la peminat hardcore bola sepak, tapi kalau sekadar nak tengok, enjoy sama dengan Abah, Amin, dengan yang lain-lain, takde masalah. Lagi untung, En. Noor pun bukan berminat sangat dengan sukan, apatah lagi bola sepak. Takde la sewel aku time Piala Malaysia. JDT kalah ke menang dia tak heran. Tapi kalau dah sedara-mara datang menjengah nak tengok bola sesama, kitorang join je. Pe de hal, janji dapat Nescafe sorang secawan sudeh.

Aku ingat masa aku belajar dulu (aku pernah juga masuk U kawan-kawan, tapi disebabkan otak aku ni bengap, maka separuh jalan je la), pernah juga aku gila tengok Piala Dunia. Ala, zaman Piala Dunia yang ada Ronaldo tinggal sejemput rambut kat depan kepala tu. Kalau yang buat tu budak-budak, boleh la tahan.. bila orang tua yang buat, hah, buruk gila kau! Tapi tumpuan aku adalah kepada player Juventus yang main dalam Piala Dunia masa tu.. sumpah tak ingat nama. Aku ingat muka dia je, hensem. Dia BOTAK.

Omaigod.. botak okeh, BOTAK!!

And aku sangat obses melihat orang yang botak. Tatau kenapa, tapi aku suka tengok. Ni masa aku bujang la. Kena pulak orang yang botak tu ada janggut sejemput, adoi la, berkenan betul! Sampai sekarang masih lagi suka.. tapi dah tak usha orang lain la. Suamiku yang sungguh baik dan penyabar tu sanggup memenuhkan keinginan bini dia yang tiga suku ni nak tengok dia botak sambil ada janggut. Memula aku tak boleh nak imagine cemane la rupa laki aku kalau botak. Ye la, dia kat Ulu Tiram, aku kat Cheras.

Sekali jumpa, hamik situ!! Setengah jam aku merenung dia dengan kepala botak dia kat mapley dalam Larkin Sentral tu. Murtabak yang selalu menggiurkan depan aku tu pun aku tak heran. Serious, aku memang tabik SPRING kat laki aku okeh, apa saja janji bini puas hati. Nasib la, bang..

Telah lama berlalu.. tapi aku berminat nak tau sapa la yang akan menang Piala Dunia kali ni..

Rabu, 11 Jun 2014

NextProject

June 11, 2014

Aku berdebar-debar menunggu dari pagi. Walaupun aku dah dapat mengagak penempatan nanti, tapi hati aku tetap jugak tertunggu-tunggu. Betul la kata orang, PENANTIAN SATU PENYEKSAAN. Tapi mak selalu pesan, kalau sabar, hasilnya nanti terasa lebih manis. Betul mak.


Aku baru la terperasan yang aku post entry ni separuh jalan semalam. Rupanya aku dah lelap, and apa yang aku type sebelum tu sikit pun aku tak save. Hadoi la! 

Actually masa result keluar hari tu, aku disuruh tunggu surat keluar pada 9 Jun. Alih-alih aku masuk semula website Latihan KKM, dia inform yang surat akan keluar pada 11 Jun. Ini sudah bikin aku lebih gelabah. Masa suntuk nak urus banyak benda.

Maka, adalah aku bercuti dari blog untuk beberapa waktu sehingga la aku siap lapor diri nanti. Untuk korang, thanks sebab sudi jengah blog aku. Salah silap aku, bahasa smash yang aku guna, aku minta maaf banyak-banyak kalau dah menyinggung hati siapa-siapa. Sekian.

Breastfeed: Vitamin-D

June 11, 2014

Hari ni aku terbaca satu artikel dalam Yahoo Malaysia! pasal kekurangan vitamin D dalam susu ibu. Meh aku quote artikel tadi:

Experts finally agree on one thing in the bottle vs. breastfeeding debacle: Regardless of how their mothers choose to feed them, babies need more vitamin D.

The milk of most breastfeeding mothers contains very little vitamin D, and additives in formulas are largely insufficient, says Dr. Robert Heaney, a clinical endocrinologist specializing in nutrition and a professor at Creighton University in Nebraska.

Although vitamin D is important throughout life, it is essential within the first year in reducing risk of current infections and later development of autoimmune diseases such as multiple sclerosis and type 1 diabetes.

Dr. Heaney cites a study published a year ago in the Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism that indicates vitamin D plays a crucial role in metabolism and hormonal functioning.

While the amount of vitamin D necessary for adults is debatable, according to Dr. Heaney, the requirements for infants are more obvious. The American Academy of Pediatrics (AAP) and the Institute of Medicine (IOM) recommend 400 IUs delivered daily in drops.

While this number is widely agreed upon as being necessary for infants, Dr. Heaney says that in the case of breastfeeding mothers, milk becomes sufficient in vitamin D when the mother maintains a daily intake between 5,000 and 6,000 IUs.

Mid-day summer sun can help the body produce 10,000 IUs in just one 15-minute, total-body exposure. For those who believe natural is best, this eliminates the need for vitamin D drops, according to Heaney.

Given that the benefits of breastfeeding have long been considered numerous and more beneficial than bottle feeding, surprise is a normal reaction to research that suggests human milk to be insufficient in anything.

A study of indigenous populations of East Africa, published in the European Journal of Nutrition, says that mothers living an ancestral lifestyle not far from the equator produce sufficient levels vitamin D in their milk due to high sun exposure.

Citing this study, Dr. Heaney states that while reverting to ancestral lifestyles and relocating not far from the equator is unnecessary, nursing mothers should receive supplementary doses of vitamin D, enough to match the levels of the East African subjects.

To answer the question of how northern societies survived in the era before vitamin supplements were available, Dr. Heaney says that fish high in vitamin D was their main staple, allowing for sufficient intake.

History highlights the outbreak of rickets a century ago in Europe, North America and East Asia as a sure sign of widespread vitamin D deficiency.

According to Heaney's research, it was eradicated by cod-liver oil and the addition of vitamin D supplements to bottled milk in the 1930s.

Vitamin D is also found in oily fish like salmon and sardines as well as in eggs, milk and shiitake mushrooms.

Begitu la artikel yang aku baca tadi. Pening eh? Panjang lak tu. Stress aku!! Ok, gurau je tu.

Nothing is perfect dalam dunia ni, kawan-kawan. So walaupun kita breastfeed baby kita since birth, belum tentu lagi susu kita tu cukup berkualiti untuk anak. Macam professor ni cakap, susu ibu memang yang terbaik tapi mengandungi sangat sedikit vitamin D. Jadi untuk menampung kekurangan vitamin D dalam susu ibu, adalah disarankan supaya ibu mengambil pemakanan tambahan supaya susu yang dihasilkan untuk anak nanti adalah berkualiti dan mengandungi cukup gizi yang diperlukan.

OSTEMATRIX

Apa yang korang tau pasal Ostematrix ni? Masa mula-mula aku consume Ostematrix waktu mengandung dulu adalah sebagai back up kalsium yang berkurangan sewaktu hamil. Tapi korang tau tak, selain dari kalsium, ada lagi mineral lain dalam Ostematrix tu? Apa kebende nye? Tengok bawah ni:

Ostematrix - Kalsium + Magnesium + Zinc + Manganese + Boron + Vitamin D

Ye, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ostematrix juga mengandungi VITAMIN D!! 

Agak-agak kenapa professor tu sibuk highlight pasal vitamin D? Apa kegunaan vitamin D untuk tubuh? Pernah terfikir tak? Kenapa perlu untuk ambil Vitamin D tambahan sedangkan tubuh boleh menghasilkan vitamin D?

Vitamin D Membantu Pembentukan dan Memelihara Tulang
Jangan salah faham, bukan la semata-mata vitamin D je, dah boleh membentuk and memelihara tulang. Vitamin D bergabung dengan vitamin C pun boleh membantu pembentukan tulang jugak. Cumanya, fungsi KHUSUS vitamin D adalah mengatur kalsium dan fosfor dalam tubuh supaya ada dalam darah untuk diendapkan di dalam proses pengerasan tulang. Pening? Hehe.. pendekkan cerita, vitamin D membantu mengeraskan tulang.


Vitamin D Untuk Kulit
Tau dari mana sumber asli korang boleh dapatkan vitamin D? Ikan tuna, udang, mentega, biji bunga matahari, dan minyak ikan. Pengambilan vitamin D  memperbaiki kerosakan kulit selain mencegah jangkitan pada luka.

Vitamin D Mencegah Kanser Prostat dan Kanser Usus
Pengambilan vitamin D yang konsisten mampu membantu mengelakkan penggandaan sel-sel kanser. Semakin tinggi kandungan vitamin D di dalam darah, maka semakin rendah la jugak risiko diserang kanser usus.

Pengalaman aku masa breastfeed Safiyyah, memang Ostematrix membantu menambah-nilai pada susu yang badan kita hasilkan. Salah satu milk-booster selain daripada ESP dan juga Alfalfa. Pilihan terbaik untuk ibu-ibu menyusu kerana susu yang dihasilkan adalah lebih berkualiti.

Nak dapatkan Ostematrix? Macam biasa la:

Salina Mohamad Sulaiman
SID 919274
Call / SMS (aku ni bangsa ol' skool okeh, WhatsApp lembab skit) 01128550331

Ooopppppssssss

June 11, 2014

Korang, plis jangan banned blog aku lepas baca entry ni ye. Aku cuma nak bercerita je..

Tahun lepas adalah tahun reproduction untuk pejabat aku. Means ramai la staf wanita bercuti bersalin. Berderet-deret, berturut bulan pulak tu! Jadi bila masing-masing dah naik kerja, macam-macam la cerita yang nak dikongsi untuk pengetahuan bersama. Ada yang cerita pengalaman bersalin, ada yang bertanya isu-isu dalam kain yang dialami lepas bersalin. 18SX ok. Tapi memandangkan semua yang pakat berborak ni adalah orang yang dah berkahwin, dan hala tuju perbincangan bukanlah menjurus ke arah yang bukan-bukan, maka tak la salah pada hemat aku yang slow ni.

Ada yang mengadu aktiviti senggang bersama partner masing-masing sekarang ni dah berkurang sejak ada anak. Well, part ni yang menarik perhatian aku ye kawan-kawan. Ada pasangan suami-isteri yang mengalami kedinginan dalam hubungan intim selepas isteri melahirkan. Macam-macam la puncanya, terutamanya perhatian masing-masing terarah ke ahli keluarga yang baru kan. 

DAH CUBA VITAMIN E-COMPLEX SHAKLEE?

Pehal lak ni eh? Kenapa aku suggest kat korang Vitamin E-Complex Shaklee? Hmm, macam ini ceritanya kawan-kawan:

1. Di kalangan orang yang dah familiar dengan Shaklee, Vitamin E-Complex ni digelar sebagai vitamin 'Love'. Pengambilan Vitamin E-Complex akan membantu penghasilan hormon estrogen lelaki dan keseimbangan progesteron wanita. Ha, nanti mende-mende ni la yang akan merangsang kehendak seks korang. Try la korang husband & wife makan Vitamin E-Complex ni, then gtau aku hasilnya.

2. Berhajat untuk mendapatkan zuriat? Jap, korang tau yang dalam badan kita ni ada banyak radikal bebas kan? Radikal bebas ni la yang akan merosakkan atau memusnahkan sperma dan ovum di dalam tubuh suami-isteri. Berusaha gigih tapi tak melindungi sperma dan ovum dari serangan radikal bebas pun tak guna juga ye, tuan-tuan dan puan-puan. Pengambilan konsisten Vitamin E-Complex selain melindungi 'aset-aset' kita, juga membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. So nanti takde la perjalanan 'perenang-perenang juara' tu terkandas tengah jalan kan? (masa nutritionist tu cakap macam ni dalam bengkel nutrisi, aku jadi malu alah pulak.. pehal eh?)

3. Rajin-rajin la consume Vitamin E-Complex ni, in shaa Allah, kelihatan awet muda. Vitamin E-Complex ni kan melambatkan kesan penuaan.. tak kisah la untuk lelaki ke perempuan ke. Zaman sekarang ni perbincangan mengenai kecantikan tu adalah subjektif, tak terhad kepada perempuan sahaja. Bila dah ambil Vitamin E-Complex ni nanti takde la kulit korang rosak kena UV radiation matahari. Kurang la jugak kedutan, jeragat and risiko kanser kulit.

4. Untuk wanita yang selalunya dijengah oleh 'teman bulanan' sambil diiringi oleh simptom yang ganas (bunyi kemain lagi!), or wanita yang menghampiri menopause, ambil la Vitamin E-Complex untuk membantu korang kurangkan kesan mood berubah, cramps, depression, sakit kepala dan simptom-simptom yang lain. Memang aku suggest ni.. sebab aku dah tengok mak aku go through menopause without any supplement. A strong woman is strong, tapi kalau ada yang boleh back up dan membantu, why not?

Dah, tak yah bebanyak ye. Minat nak mendapatkan Vitamin E-Complex? Macam biasa la:

Salina Mohamad Sulaiman
SID 919274
Call / SMS: 01128550331

Akhirnya..

June 11, 2014

Dah 2-3 entry aku sebelum ni penuh sifat meroyan kan? Bukan apa, tahap mental aku very close to schizophrenia, maka adalah dengan tak sengaja aku me'lauk'kan orang dalam blog ni. Hari ni, Alhamdulillah, tuhan dah bagi aku cool down sikit. Even entry 'lauk' tu adalah jujur sebab aku memang tersinggung dengan apa yang aku dapat tau dari orang itu tentang orang ini, still, aku tak berminat nak sambung meroyan. Banyak projek yang aku nak kena siapkan sebelum aku mula BERCUTI

Ye kawan-kawan, aku akan BERCUTI!!

Dan aku menggelisah hari tu sebab aku tak dapat nak buat pilihan yang mana satu patut aku terima. Silap aku jugak, bila dah dapat keputusan interview, aku bertanya orang. Memang la kata hati akan sikit sebanyak buat keputusan yang favor pada suggestion orang sekeliling. Tapi bila ditimbang-timbangkan, bukan tanggapan atau cadangan orang yang utama bagi aku.. sebaliknya adakah aku IKHLAS untuk meneruskan pilihan aku tu? Maka dengan ini hati aku dah nekad dengan keputusan awal aku dulu.

Semalam jugak aku angkut En. Noor ke opis untuk kemas barang-barang yang aku nak bawak balik. Ye la, 3 tahun aku gi sambung belajar nanti mesti la opis ni kena ada kerani baru. Nampak macam sikit je, sebab kebanyakan barang kat bilik ni milik pejabat. Kalau jumpa stok berkotak-kotak Tupperware tu, adalah difahamkan bahawanya ia adalah milik office-mate aku. Tak pun officer yang memang member Tupperware tu.  Orang lain tak ambil peduli sangat bila aku usung barang-barang keluar. Tapi ada juga yang menegur, eksaited tengok aku kemas barang. Dia cakap, "eh, dah dapat keluar ye? Sambung belajar? Seronoknya!!". 

Ok. Jangan nanti ada yang tergoda dan mengikut jejak langkah aku sudah la.

Pagi ni aku cuba dapatkan final opinion suami aku sebelum aku buat keputusan bila surat keluar petang ni. So far, masih ayat yang sama - "Abang redha Salina nak sambung belajar. Abang dengan Safiyyah ni jangan dirisaukan, pandai-pandai abang uruskan". Alhamdulillah.

Tapi kan bang, kalau aku dapat tau ko makan megi hari-hari siap la. Aku dapat cuti je, hari-hari ko makan beriani kambing!

Note: Terima kasih sebab tak melompat disebabkan tahap mental aku yang sungguh down pada minggu lepas.

Note: En. Noor, arigatogozaimasu sebab redha ke atas saya dan pilihan yang saya buat ni.

Selasa, 10 Jun 2014

LimitReached

June 10, 2014

Aku rasa dah sampai limit sekarang ni.. fikir punya fikir, still jugak aku tak boleh nak buat keputusan. Nape eh susah sangat nak buat keputusan neh? Padahal dulu bukan main lagi aku gamble sebarang je. Mentang-mentang la aku pattern senang dapat kerja (ya ampun, riak sungguh!!). Mungkin aku patut bercerita jugak macam biasa. En. Noor cakap, aku kalau tak membebel sehari, nanti mesti aku sakit (sungguh kureng sekali kan? Ko nak hint yang aku ni mulut murai la eh, bang?).

Kisahnya begini. Last year aku menghadapi situasi yang sangat tak menyenangkan kat opis, disumbangkan oleh pelbagai punca termasuk la kap-lam-ya-nga paranoid kat tempat aku neh. Tradisi kat tempat aku, APC tak diberikan berdasarkan merit kerja sebaliknya based on seniority. So last year sampai la turn aku. Tapi aku kan WANTED, so jangan berangan la nak APC kan? DICANTAS, okeh! Dapat la kat adik ipar aku (ye kawan-kawan, adik ipar aku satu opis.. tu kisah yang lain). Dah bukan rezeki, nak pulak dapat kat ahli keluarga gak, aku tak la marah. Cuma aku frust, aku ni orang memang tak nampak melainkan time nak maki sebab ada yang tak kena kat mata diorang. Untuk lepaskan frustration ni, aku dengan penuh gatal mengisi borang kat SPA.

LATIHAN SEPARA PERUBATAN. 5 PILIHAN.

Aku tak ingat sangat exact date aku isi borang ni, dalam bulan 8 macam tu. Tapi bulan 10 aku dipanggil untuk interview bagi kesemua 5 pilihan yang aku isi, of which resulted in aku terpilih sebagai calon simpanan untuk Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi. Takpe la, dapat panggilan interview tu pun dah cukup mengubat hati yang tengah berbulu dengan opis masa tu. Mau tak, aku perlu certain documents untuk dibawa masa interview, and those documents hanya boleh diperolehi dari Bukit Aman. When it concerns Bukit Aman, dah tentu la orang tempat aku pun akan tau. Kecoh sekejap masa tu. Puas hati aku.

Belum ada rezeki nak sambung belajar, aku move on je la. Alih-alih bulan 4 hari tu aku dapat panggilan interview lagi, kali ni untuk 2 post je. Prepare macam biasa, cuma kali ni En. Noor takmo aku frust kalau tak dapat, dia counter offer; if still belum ada rezeki nak sambung belajar, mungkin dah sampai masa untuk tambah family member kot. Gitu. Terus aku blur masa interview. Jangan la diikutkan perangai aku ni; orang kalau pergi interview akan jawab soalan interviewer, tapi aku pulak elok dah jawab soalan, aku pulak yang bertanya soalan. Tak ingat apa yang buat aku bertanya soalan. Orang tu pun terkejut, tapi dia dengan penuh toleransi jawab juga pertanyaan aku.

Dah rezeki kan. Aku tak la berharap sangat, cuma tertunggu-tunggu keputusan sebab at the same time tengah move on dengan planning nak tambah anak (kalau la korang boleh tengok, tak lalu kot nak menonton tahap gedik aku terhadap En. Noor. Mujur sangat la pakcik tu dah immune. Kalau tak..). Tak tau nape aku tak proceed je, still nak tunggu result interview. Sekali dapat, ha, amek kau!! Nak sangat kan?


Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan tu tak dapat pun aku tak kecik hati, sebab masa interview hari tu aku diberi pilihan sama ada nak Latihan Jurupulih Perubatan Anggota atau Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku pilih, cuma aku tak bajet sungguh yang kod 4533 tu pun akan keluar sama. Elok-elok aku nak berjimba, terus jadi mood dilemma. Haru sungguh!!

Aku percaya kalau korang kat tempat aku pun, korang akan rasa mende ni jugak; masa dapat result and terpaksa buat pilihan ni la korang akan dengar macam-macam cadangan and komen. Sometimes yang memberi komen tu sungguh annoying, level kau rasa nak je capai cellotape and sealed those mouths. Tapi mostly aku berterima kasih jugak dengan komen-komen tu. Siap ada yang cadang aku ambik je Latihan Penolong Pegawai Farmasi tu sebab aku tak SESUAI nak jadi jurupulih. Alasan? AKU GARANG & TAK PENYABAR. 

Hoih!! Sedap anak tekak korang mengata aku eh. Pulak tu aku kat depan lubang idung korang je neh!! Aku jadi garang dan tak penyabar ni sebab perangai orang-orang kat sini jugak. Korang pernah ke tengok aku masa kerja private dulu? Setakat kena carut, caci, maki dengan customer, aku takde hal. Tapi disebabkan perangai sekor-sekor kat opis ni yang macam hantu (bukan semua ye), sabar aku pun ada had okeh. Benda yang tak boleh nak dibolehkan, yang tak ada nak diadakan, sebab nak kipas bontot orang atas, mau kau tak jadi macam aku? 

Tapi semua tu dah tak menjadi gangguan yang menyeksa jiwa lagi. Sekarang ke'terpaksa'an membuat pilihan ni yang menjadikan aku mengalami gangguan mental sementara. SENGSARA!! Yang manakah satu harus aku pilih? Apakah yang aku harus buat? (kalau korang cakap istikharah, meh sini nak habaq skit, aku RD ye. Sila bersabar). Any idea, anybody?

Isnin, 9 Jun 2014

Procrastinate

June 9, 2014

Selamat pagi. Memandangkan El Nino dah pun bermula, maka sesi bergusti dengan anak kat atas katil malam-malam pun dengan rasminya bermula. Punca? Rumah aku bahang pada waktu malam, sejuk pada waktu siang. Pelik eh? Consequences, aku akan bangun pagi dengan mata yang terpisat-pisat, sungguh liat dan terasa macam aku la boss (walhal aku la kuli). Pagi ni aku masuk kerja, nampak la dua ketul fail demok-demok atas meja beserta satu sampul, siap ada pesanan lagi dari officer in charge aku. Bagus la, officer aku cuti seminggu, office-mate aku pun cuti seminggu. Gi la korang sejukkan kepala. Jangan tambah serabut lagi sudah la. Lama mana nak masam muka neh? Sok aku dah keluar, tinggal korang berdua gak.

Hari ni kita belajar vocabulary nak? Perkataan pada pagi ini adalah PROCRASTINATE. Menatang apa ni eh? Pernah dengar tak? Secara istilahnya, ini la terjemahan perkataan tersebut ye kawan-kawan: to keep delaying something that must be done, often because it is unpleasant or boring. Ha, gitu kau. Dalam bahasa kita ni mudahnya, procrastinate ni BERLENGAH-LENGAH.. tak kira la disebabkan perkara yang kita lengahkan tu tak menyenangkan atau membosankan. Semua orang ada sindrom procrastinate ni ye, aku SANGAT la mengaku bahawasa nye aku memang SELALU SUNGGUH procrastinate.. especially untuk perkara yang membosankan aku.

Procrastination ni sikit sebanyak akan menyebabkan orang lain akan terkesan sama. Contoh? Office-mate aku ni sepatutnya belajar cara-cara nak handle kewangan dari aku sebab dari tahun lepas aku dah warning yang aku ada kemungkinan akan keluar dari tempat ni. Dari time dia sarat mengandung, sampai dah bersalin, sampai dah naik semula kerja, siap boleh balik ke tempat lama duduk situ walhal arahan penempatan dalaman dah lama keluar. Aku diamkan je la, even bengkek gak sebab aku dah beria pindahkan barang dari office atas ke bilik sendiri kat bawah ni. Aku siap setting tempat untuk dia lagi. Dah plan bahagian mana yang aku patut mula ajar, bit by bit dia akan boleh handle sendiri. Yang melengahkan - DIA.

Nak marah pun, orang dah besar. Dah jadi mak orang pun, boleh fikir sendiri. Aku pilih untuk move on, siapkan semua kerja macam biasa. So hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan pun dah berganti bulan. Setakat minggu lepas, kalau pun ada kerja kewangan yang dia dah siapkan, cuma claim orang (yang sepatutnya orang tu sendiri siapkan - mana la aku tak MASAK disuruh-suruh buat claim personal orang lain). Satu paperwork siap Jumaat lepas, sebab in charge aku dah bising-bising. Last week jugak in charge aku dah pesan supaya aku ajar office-mate aku cara nak uruskan petty cash. Yang selama hari ni kalau boleh dia nak elak, kali ni nak tak nak terpaksa jugak. Nak belajar pun sebelah petang, masuk opis pun lambat. Dah jenuh pulak aku nengok dia menggaru kepala bila aku terangkan pada dia apa yang nak dibuat.

Sekarang situasi pejabat aku adalah SANGAT TIDAK MENYENANGKAN. Yang office-mate aku sibuk nak reccee apa yang in charge aku cakap pada aku (sebab dia ingat pegawai tu akan mengumpat dia), yang officer aku lak sibuk bertanya aku whether or not si office-mate aku ni dah mula belajar perkara-perkara kewangan. Punca semua ni adalah disebabkan oleh procrastination. Tak perlu nak tersinggung, sebab ni perkara benar. Aku buat kerja (ada jugak la mengumpat sambil-sambil menyiapkan kerja tu) dalam redha, sebab dah memang kerja aku macam ni. Tapi office-mate aku ni, gaji dah tinggi, nak jugak kejar claim. Jadi timbul issue bila dia bercakap dengan officer pun dengan cara yang tak hormat, meninggi suara, kasar (setakat tu yang aku ingat dari last lecture). Bila orang dah nampak slack, memang tak boleh nak tolong la.

Nota: setiap hari bila office-mate aku masuk kerja, aku tak bercakap lebih dari tiga patah perkataan sebaik dia dah mula duduk di kerusi dan hidupkan komputer, sebab perhatian dia adalah terhadap Facebook dan WhatsApp. Aku tak jeles, sebab aku sendiri memang tak rajin WhatsApp. Takut lak kena sindrom SMART PHONE, DUMB PEOPLE. Tapi dia hanya akan bercakap dengan aku bila perlu sahaja ye.

Satu perkara yang aku agak rimas adalah, "takpe la Salina, nanti kalau ***** tak reti buat, ***** WhatsApp Salina ye". Wah, kalau macam ni baik aku tak payah ambil study leave. Baik aku dok office ni, hadap ko dengan smartphone ko selain buat je kerja macam biasa. Lagipun bukan aku yang bagi statement KAT KEWANGAN NI TAKDE KERJA SANGAT. LAIN LA KAT ********** DULU, SIBUK SUNGGUH (sila baca beserta dengan kerutan di dahi tanda penghayatan mendalam). Aku nak cuti untuk belajar, and belajar tu orang yang tanggung penuh. Agak-agak nye la kan, ada lagi tak masa untuk aku nak melayan WhatsApp sedangkan aku sendiri tak pasti bila aku boleh curi masa untuk call suami untuk tanya khabar dia and Safiyyah nanti.. dah boleh pulak ko nak ada permintaan macam ni? Cuba kalau ko tak rasa nak procrastinate dulu, ada ke situasi akan jadi macam ni? Hmm.. ko cakap tadi tak sibuk sangat. So why not guna masa yang aku takde nanti untuk explore dunia kerja di unit kita ni eh?

Okeh la, aku nak sambung PROCRASTINATE lagi. Tulisan di atas adalah benar semata-mata, tiada yang tidak benar melainkan benar semata-mata.

Jumaat, 6 Jun 2014

SebabMulutOrang

June 6, 2014

Pagi-pagi lagi pejabat aku dah panas. Actually aku dah predict dari semalam.. nope, a month ago. Office-mate aku sibuk, dah nama pun anggota. Pegawai aku pun sama, dan nama pegawai. Masing-masing jarang bertemu muka, satu hari akan timbul isu. Jadi aku yang kerani ni yang setakat ala kadar sibuknya, puas memerhati apa yang jadi sekeliling aku, sejak dari mula aku kerja di sini, sampai la saat aku akan bercuti mulai bulan depan.

Semalam office-mate aku cuti, memang dia dah maklum awal yang dia akan cuti. Aku pun takde masalah dengan hal ni. Dah kau ada cuti, layak untuk bercuti, aku ni sape nak menghalang? Ye tak?

Isu mula timbul petang semalam, bila officer aku masuk ke bilik aku dan mula bertanya tentang paperwork yang dia arahkan office-mate aku ni siapkan. Since unit aku consists of aku ngan office-mate aku, delegation dah menetapkan aku dan dia ada kerja masing-masing. Aku takkan kacau kerja dia, dan dia takkan kacau kerja aku. Bila perlu, masing-masing boleh bagi pertolongan.

Since aku tak tau pape, officer aku ni pulak dalam heated note mengatakan yang si office-mate aku ni cuti sebab nak pergi shopping dengan sorang lagi budak office kat admin. Well, aku tak nafikan yang budak berdua ni memang suka berjalan and kaki shopping, tapi office-mate aku cuti sebab anak dia demam. Setakat yang aku tau dan ambil maklum, itu je. Aku tak kuasa nak ambil tau lebih.

Makanya terpinga-pinga la aku bila dikatakan yang office-mate aku ni dah menipu, alasan nak bercuti sebab anak demam tapi sebenarnya bershopping. Bila aku tanya mana pegawai aku ni dapat tau, dia cuma hint, "ada la sumber saya yang maklumkan". See? Mulut orang. Lagi satu, budak-budak ni pun suka sangat nak share macam-macam dalam WhatsApp office. Aku selalu cakap, sesuatu yang convenience tu akan turn out to be double edge sword. Ada lagi sorang budak, BFF office-mate aku ni dah share gambar makan aiskrim kat situ, so makin menjadi-jadi la suspicion tu. Aku dah mula pening. Isu lama yang nyaris buat aku SKIZOFRENIA belum abis, timbul lagi satu.

Pagi ni si office-mate aku ni dah kena sound dalam roll call.. dikatanya office-mate aku ni menipu anak sakit walhal nak pergi shopping. Mana la kawan tak tersinggung, hal berkait nyawa anak tapi dituduh macam-macam. Aku yang sekadar pemerhati pun ditanya macam-macam. Timbul pulak lagi satu cerita, ada sorang kakak yang dulu pernah kerja kat office aku ni datang semalam nak ambil barang dia yang masih ada, dah sebar cerita pasal office-mate aku pergi shopping. See? Again, mulut orang.

Sebab mulut orang la kat tempat kerja aku ni kelam-kabut, caca-marba, timbul banyak fitnah dan menyebabkan ada yang saling bermasam muka. Aku tak suka macam ni, tapi dah nama pun dunia akhir zaman, mengadu-domba bukan lagi satu perkara yang asing, kan?

Khamis, 5 Jun 2014

Received

June 5, 2014

Rasanya dua hari lepas aku order mende ni, tu pun sebab dah nak expired voucher yang aku beli last year. Alih-alih pagi ni sampai. Really efficient. Thank you Pixajoy.

 

Agak-agak korang amende la yang aku order eh? Surprise. Check sini

Hint: 4R
Promotion Price as at 05/12/2013: RM25.00 

Nota kaki: Promotion nya mungkin tak sama, harganya pun berbeza-beza. Tapi still best offer. Grab NOW!!

PasarMalam

June 5, 2014

Rajin pulak aku ke pasar malam skang ni. Guess what? Pakcik jual nasi beriani yang aku berkenan sangat tu berniaga! Elok En. Noor nampak je, terus dia cuit aku. Masa aku sampai kat stall dia, nasi dalam periuk tu dah tinggal tak berapa sangat, walhal orang yang dok beratur depan dia kemain lagi. Kalau korang tengok pakcik tu ngan anak dia mencedok nasi dengan lauk, mesti gerun. Tak main sukat ye, hentam saje. Yang penting nasi tu harus la hampir penuh polisterin. 

Lain dari tu, aku jugak beli daging sekilo. Gila makan daging aku ngan En. Noor sekarang kan? Maklum la, dah selalu makan ayam, muak. Ikan pun nak pilih-pilih jugak, bukan boleh main sauk je. Kang dapat yang dah berapa minggu punya, baru bernanah telinga kau kena syarah. Beli sayur sikit, cili sikit. Ni la hasil ke pasar malam Tun Perak baru ni:


Aku tak tau korang pernah jumpa buah ni ke tak, tapi ni peria katak. Special, Bangla mari!


See? Peria katak bersama peria katak. Aku tak tau la nape aku ketagih mende alah cani pulak dari mengandung Safiyyah sampai sekarang.


See? Tak cukup peria katak, putik bunga betik ni pun jadi aku buat ulam. Padahal rasa dia, PAHIT ya ampun! Still, pahit tu tak menghentikan rasa ketagih aku pada ulam macam ni.


Ni nasi En. Noor - beriani lawan dengan ayam masak merah.


Yang ni aku punya. Nasi tomato dengan kurma daging. Actually nasi dia simple je, takde la elaborate sangat tapi disebabkan rasa dia, and level pemurah dia, aku tak pernah dapat beli nasi dia kalau aku sampai lepas pukul 7. Kali ni aku sampai pukul 6.30 okeh, nasi dia dah tak sampai sebesen kecik. Lauk pun bukannya banyak, dua tu je. Tapi orang beratur.. hmmmm.

Sekian la laporan pasar malam oleh Salina untuk anda pada kali ni. Ditaja oleh: En. Noor dan Nur Safiyyah.

Rabu, 4 Jun 2014

JanganGelojohSangat,Bang

June 4, 2014

Aku sekarang dalam mood tak menentu, sebab tengah mempertimbangkan sesuatu. Biasanya dalam mood tak menentu ni aku pilih untuk tak marah. BAHAYA!! Walau bagaimanapun, ini tak bermakna aku tak akan membahan sape-sape atau ape-ape saje yang dengan sengaja memprovokasi aku ketika mood aku sedang berhibernasi neh. Tengah hari ni, abang lori kat belakang aku tadi dengan senang hati meng'offer' diri untuk jadi bahan.

Cuaca dah gelap, nampak sangat nak hujan. Aku nak bergegas sangat pun tak boleh, sebab lampu isyarat merah ye. Kena pulak aku kat depan sekali. Sambil menunggu turn, aku ber'karok'. Jadi la, dah sensorang dalam kereta. Bukan mengganggu sape-sape melainkan malaun tu sendiri pi tadah telinga kat tingkap kereta aku, lain le ceritanya. Yang tu saje MENEMPAH namanya ye.

Aku perasan ada lori kat belakang aku masa red light tadi. So what, tunggu turn kan? Alih-alih lampu baru je bertukar hijau, lori ni dah hon panjang kat aku. KO DAH NAPE, BANG? TEBIAT? Apa buta ke mata ko, kan ke kat depan aku tu ada motor. Selagi orang depan aku belum jalan, kena la tunggu. Takkan nak dilanggar pulak orang depan aku tu? Sok sape yang kena jel? Aku ke ko bang?

Aku drive je la macam biasa. Lori yang dok honk aku sangat tadi bukan la laju pun, kot nak kata kejar masa. Dok terhegeh-hegeh gak (cara lori la). Elok sampai simpang nak masuk ke kawasan opis aku, dia honk lagi sekali. Nasib aku tengah nak masuk pagar. Kalau sawan aku sampai tadi, mau je aku turun amik nombor plet lori ko bang, aku up kan kat FB. Kot la ko perlu bantuan pape tapi malu meow-meow ke, tak pun ko tak pernah jumpa hon lori. Sekali jumpa, ha, amek kau! Asal boleh tekan!

Dah dah, aku ada mende nak buat. Abang lori, jangan gelojoh sangat la bang. Orang gelojoh ni selalu nasib tak baik.. pesan laki aku. PERCAYALAH.