May 7, 2014
STRESS
Last week aku ke klinik sebab gastrik. Aku kalau boleh malas nak pergi klinik, nak pulak klinik yang aku frequent ni, doktor dia ramah okeh. Masa aku toleh sekilas kat kerusi waiting patients sebelum masuk bilik doktor, tinggal dua orang. Masa keluar semula, aku terkejut tengok semua seat penuh. Punya la lama aku menunggu. Siap ada patient yang jeling kat aku sebab lama sangat. Eh?
Aku terangkan pada doktor yang aku jaga meal time, jaga meal type, and dah lama sangat aku tak gastrik. Jadi bila aku dok pedih ulu hati ni, tak seronok la. Means aku dah mula nak gastrik balik. Aku ni bila dah mula gastrik, sakit tu akan on off untuk satu jangka masa yang aku pun tak konpem berapa lama. Tapi yang pasti memang makan ongkos la.
Doktor cakap yang aku ni stress. Ha? What the fish? If semua trigger aku dah jaga baik-baik, satu je la yang boleh jadi punca gastrik ni, STRESS. Eh? Bila kala pulak la aku stress? Bukan semua nampak elok je ke? Gelak doktor tu dengar soalan aku. Dia cakap, banyak kes sekarang ni yang orang tak sedar yang dia tu dah berada dalam keadaan stress. Mungkin tak stress perasaan, tapi pada tubuh badan? Okay, whatever.
Meh kita balik semula ke hari ni. Aku datang kerja dalam keadaan blur (sebab demam still belum kebah), and aku datang dalam keadaan yang tak seronok. In other words, AKU STRESS! Ha, ini kali la baru betul. Aku stress sebab baru sekali ni je la aku tak jawab call (ada orang jawab call dalam tido ke? Cer korang kabor kat aku neh) and aku MC sebab sakit, bukan suka-suka.
Aku JUGAK stress sebab kalau nak diikutkan ada penyelesaian untuk semua masalah yang timbul kat tempat kerja ni. Alangkan nak buat jamuan perpisahan untuk bos-bos besar boleh je cari jalan untuk dapat bajet (walaupun last minute punya kerja), jangan la cakap yang kau tak boleh nak cari solution untuk situasi haru-biru macam semalam. Tolong la! Ko polis, takde alasan ye!!
SOLUTION
Kan aku dah cakap, bila ada masalah timbul je kat opis ni, mesti ada cara nak selesaikan. Kita ni manusia okeh, ada masa kita buat salah. So jangan la kalut macam masalah ni dah menyebabkan dunia ko dah berakhir. Aku call CC Raja kat D1, tanya macam mana nak selesaikan hal ni. Dia dah terangkan satu persatu apa yang patut aku buat. Bila aku tanya boleh ke selesai isu ni, dia sendiri admit yang kes macam ni dah beratus-ratus kali jadi. Means bukan setakat aku je, ramai lagi yang dah alami keadaan ni. See?
Antara punca kenapa aku macam LEMBAB ya amat last week bab nak siapkan kerja, adalah disebabkan toner printer aku ni dah hidup segan mati tak nak. Boleh je nak ke hulu ke hilir, tapi bila aku ke admin untuk tumpang print surat, aku dah kacau orang lain nak buat kerja. Sekarang ni komputer kat atas tu dah penuh, and sentiasa ada kerja untuk dibuat. Aku dah maklum pada orang IT untuk replace toner baru tapi cam biasa la, diorang sibuk kan? So aku yang FREE ni, SHUT YER MOUTH okeh!
Alih-alih pagi ni boleh pulak datang orang nye untuk replace toner. And selesai lagi satu hal. See, kalau la dari last week orang latihan info aku supaya proceed dengan quotation yang sedia ada, aku takkan tunggu macam orang bodoh. Habis lewat pun, by today LO dah boleh keluar. And if last week jugak orang IT datang replace toner, aku takkan menggelisah macam ayam kena sampar nak siapkan kerja. And if, and if, and if.. tapi semuanya dah jadi. Redha je la.
FACE TO FACE
Terbantut sekejap nak update blog, kena panggil mengadap officer in charge. Dia terangkan yang kes semalam akan ada implikasi yang panjang dan berat kalau tak diselesaikan dengan BERHEMAH (aku kena guna perkataan ni supaya pendek sikit). Yang buat aku panas hati, kerani and anggota yang dah ke Kelantan tu bukan main lagi menyalahkan aku.
HELLO!!!
Kalau tak disebabkan kau datang hantar dokumen tak lengkap and aku minta kau contact semula pembekal untuk hantar semula quotation yang baru by air mail, of which aku tak terima khabar lagi dah dari 23/04/2014 sampai la semalam, aku DAH LAMA SELESAIKAN DOCUMENTATION. Sekarang kau nak salahkan aku? Internal investigation, orang akan salahkan aku. Tapi yang buat rules bukan internal personnel okeh. Kalau kena audit, sah-sah kau yang dipersalahkan. Dah tentu-tentu LO takde dalam tangan, gatal jugak nak jalan kursus. Padahal korang sebenarnya gedik habis nak berjimba shopping kat Kelantan tu kan? Kat sini korang tinggal taik je!
Aku tak nak fikir panjang. Yang mana ada kat tangan ni aku selesaikan. Tapi aku tak kan bertolak ansur lagi dah lepas ni. And korang, kalau lepas ni audit datang, korang jawab la. Aku tak salah sepenuhnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan