Isnin, 22 Julai 2013

12 Ramadhan 1434H

July 22, 2013

Masing-masing bangun lambat, ibu dengan anak. Siap boleh lawan golek lagi kat atas katil. Tak semenggah sungguh perangai masing-masing. Tapi takpe la, kasi chance la sikit.. kesian la kat aku yang setakat tidur 3 jam sehari ni. Sekali-sekala nak jugak sleep in..

Kena pulak hari ni Nur Safiyyah kerap doze off. Dah kejut, siap mandi, siap susukan, dia lelap semula. Yang tak boleh blah tu bukan apa, pukul 12 je ayahnya dah call, ajak aku keluar beli barang basah di CS. Anak? Angkut sama! Masa tu jugak la mata aku mengerling si Safiyyah yang nyenyak tidur.. adei..

Puas aku kejut, takmo jugak bangun si anak. Elok je aku siap mandi, aku cakap kuat-kuat kat Awah (adik aku), "Awah, kejap lagi Noorman ajak akak keluar. Katanya nak beli barang sikit." Si Awah pulak blur, asal la aku kene announce sal date ngan suami sendiri. Aku lak? Tunggu..

Tak sampai 5 minit, Safiyyah menggeliat kiri, menggeliat kanan, mata terbuka, sengih-sengih. Eleh, takmo kene tinggal la tu! Jadi tengah hari tu masa ayah Safiyyah break, kami tiga beranak keluar la menuju ke CS. Dah la panas terik, orang ramai pulak tu!


Ibu dah malas nak tukar baju Safiyyah.. dah konpem bila balik nanti memang ibu kena mandikan Safiyyah sekali lagi. Tu la muka baru bangun tidur anak aku. Kalau ayah yang dukung, bukan main lagi dia melekap. Kalau ibu, kejap pusing sana, kejap pusing sini.. pancit ibu!

Siap shopping, balik.. elok sampai je, Safiyyah terus ZZZzzzzZZZzzz. Penat sangat la tu. Mana tak penat, sepanjang di CS bukan main bulat mata dia memandang keliling. Memandangkan Safiyyah bukan jenis meragam (setakat ni, Alhamdulillah la), urusan shopping atau urusan klinik memang mudah.

Menu buka puasa, singgang daging, ulam peria katak, sambal belacan. Air - sirap pomegranate. Siap masak, aku teringat En. Noor cakap malam semalam, teringin nak makan tauhu goreng. Jadi aku ke kedai, dan beli tauhu. Aku rembat roti jugak, mana nak tau kot aku lapar tengah malam. Tau apa jadi dengan roti tu?


Masa ni bukan main lagi la Safiyyah.. masa aku masuk ke rumah tadi dia tengah baring. Elok je nampak plastik roti ni, dia terus meniarap dan menunggu dengan eksaited.



Korang tengok? Bukan main bulat mata dia.. digigit-gigitnya plastik roti tu. Penghibur hati petang-petang time nak berbuka puasa ni.. jangan tak percaya, roti tu dibawak tidur okeh. Nanti-nanti kalau ada lagi perangai dia yang macam ni, aku post lagi. Biar sok dia dah besor, dia tengok.. boleh? Jaa mata!

3-kepingRoti, SebuahSenyuman

July 22, 2013

Dah masuk hari ke-13 Ramadhan 1434H.. 12 hari sahur tanpa gagal, pagi tadi terbabas terus. Mujur jugak la En. Noor terjaga pukul 5.30 pagi, sempat la buat air panas dan makan roti. Aku dah muncung 14, boleh gak la kot nak ikat muncung tu buat penyangkut baju kat dinding. Mana tak nye, aku dah beria-ia minta Dea (adik aku) masak nasi dan tumbuk rencah nasi goreng, sebab aku masuk tidur malam tadi agak lewat. Ditambah dengan kerenah Nur Safiyyah (time mata kita dah kuyu, dah terlayang ke negeri mana pun ntah la - time tu la dia nak ajak berborak pun! Geram pulak rasanya.. isk!), aku tak pasti berapa kali aku bangun tengah malam di antara waktu tidur dan waktu sahur.

Dengan masa yang tinggal tak sampai 20 minit, apa la sangat meal yang aku boleh prepare. Kesian la En. Noor. So aku bancuh nescafe, suami prepare roti dengan jem strawberi. Bilamana selalunya aku berbual dengan suami sambil bersahur, kali ni aku diam. Nak marah, bukan salah sesiapa. Aku sendiri yang tak terjaga. Panas hati juga.. sebab bukan memikirkan perut aku seorang. Suami dan adik aku pun selalunya bersahur sama. Sambil kunyah roti, aku pasang telinga kot-kot tak terdengar azan Subuh. Sekali-sekala aku kerling suami kat sebelah. Rileks je dia kunyah roti sambil tengok cerita P. Ramlee - Keluarga 69.

Agaknya dia perasan betapa sunyi nye sahur pagi ni, dia tepuk-tepuk peha aku perlahan. Aku tak respon, dia gosok-gosok belakang aku. Bila aku toleh, nampak dia tersenyum tenang. Serta-merta hati aku yang panas jadi reda. Subhanallah, kuasa Allah.. terima kasih, M. Noorman. Saya dah lega sekarang. Walaupun sekadar 3 keping roti dan secawan air, perut saya kenyang macam saya sahur setiap pagi. Semoga Allah pelihara puasa saya dan En. Noor pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Terima kasih, Allah. Di saat-saat aku sangat dilanda keletihan dan terganggu, Engkau beri petunjuk.. 

Setakat tu je la cerita aku pagi ni.. jumpa lagi..

Jumaat, 19 Julai 2013

RamadhanYangKe9 - StuffedJacket, KerangRebus, SambalKicap, SambalBelacan, PucukSelom

July 19, 2013

Semalam masuk hari ke 9 umat Islam di Malaysia ni berpuasa. Macam-macam jadi sepanjang bulan puasa ni, kisah panas, sejuk.. berita gembira pun ada jugak. Fiza dah sah 9 minggu mengandung, jangka lahirnya bulan Februari tahun depan. Hihihi sama pulak macam Nur Safiyyah. Ceria je masa dia tunjukkan gambar scan pagi semalam. Terkenang masa mula-mula aku check pregnancy di klinik dulu, gitu juga la ceria dan terujanya aku. Tu pun lepas dah dua minggu aku pujuk kepala aku - "Salina, seriously kau memang mengandung la. Cerita je la kat En. Noor. Orang lain happy bila dapat tau mengandung, kau pulak confuse. Merepek betul!". Eee.. bila kenang-kenang balik, memang tak semenggah sungguh la penerimaan aku pada masa tu. Takpe la, dah lama lepas, Nur Safiyyah pun dah masuk 5 bulan, berat pun dah 7.2kg. Peha pun dah macam kentucky! Pfftt.. masa aku ngan En. Noor keluar beli barang malam tadi, masing-masing termengah-mengah dukung anak. Siap bergilir-gilir lagi. Sungguh korang, memang sarat anak aku!

Jauh dah perginya.. topik asal aku sal berbuka puasa semalam. Malam kelmarin aku dah run out of barang basah, so aku ngan En. Noor menuju la ke kedai runcit dekat rumah. Eleh jalan kaki je, siap dating la kitorang. Aku jumpa ikan jaket demok-demok, standard seekor boleh makan dua orang sampai kenyang. Dalam kepala terbayang la ikan jaket ni aku sumbat (sambal je la, En. Noor tak makan kelapa parut sangat), goreng.. perghhh.. mau la dua pinggan nasi sorang makan. Makanya aku pun rembat la dua ekor, dan aku beli seekor ayam. Pusing-pusing dalam kedai, aku jumpa pucuk selom. Jadi aku angkut secekak, cekau cili merah, dalam kepala dah terbayang resipi untuk next meal. Bila aku suarakan pada En. Noor, dia pun setuju dengan suggestion meal aku - Stuffed Jacket (boleh macam ni?), ulam pucuk selom dan sambal belacan.

Alih-alih tengah hari semalam, dia call aku masa rehat tengah hari. Katanya ada kerang fresh di Giant, kot aku teringin nak makan. Eleh la buah hati pengarang jantung sorang ni, kalau dia yang mengidam, ngaku je la. Hik hik hik. Aku pun setuju je la. Rupanya dia dah awal-awal rembat 2kg kerang tu, siap dah bawak balik rumah simpan kat peti ais. Jadi ada la menu tambahan petang nanti. Dipendekkan cerita, petang tu Sida tolong siapkan bahan nak sumbat dalam cencaru sementara aku menyusukan Nur Safiyyah, dan siapkan sambal belacan sekali. Elok aku siap solat Asar, cuci cencaru bersih-bersih, sumbat dan goreng. Punya la aku buka peti ais mencari kat mana la suami aku letak kerang.. boleh korang bayang kat mana? Dekat tempat sayur! Menganga aku dengan Sida.. tak terbayang langsung kat situ tempat simpannya. Ish!

Aku cuci bersih kerang tu, rebus (letak daun kunyit je) dan tinggalkan periuk tu menggelegak atas dapur. Suami aku dengan penuh rasa bertanggungjawab menyediakan sambal kicap untuk cecah kerang rebus. Eh? Tak pasal-pasal ada dua sambal. Tak kisah la, janji ada sesuatu untuk dimakan masa berbuka nanti. Sampai je waktu berbuka, menu asal aku ikan cencaru sumbat dan ulam pucuk selom seakan-akan dilupakan seketika. Semua orang sibuk dengan kerang. Serius, sejak kes orang mati sebab makan kerang (awal tahun ari tu kalau tak salah aku), terus aku tak berani nak makan kerang. Lepas dah pantang, aku slowly mula makan kerang semula. Bila dah tercungap-cungap kepedasan (standard suami aku tumbuk sambal - cili halus macam korang blend, pedas tak payah cerita la), baru la masing-masing mula mengadap ikan pulak. Haru!

Gitu la alkisahnya.. lauk yang asal rancang sikit jadi banyak. Tapi nasi licin seperiuk, lauk semua licin. Cuma ulam dengan sambal je berbaki. Hmm.. rezeki. Alhamdulillah. Moral of the story? Dah sembilan hari berpuasa, belum sehari pun lauk aku beli di bazar. Masak pun tak penat sangat, dapat makanan panas, kenyang toksah cerita la.. so til next time. Jaa mata!

Rabu, 17 Julai 2013

Puasa,SupAyam,SinggangDaging,SinggangIkan..

July 17, 2013

Entry ni ada sikit kureng - gambar. Masuk hari ni dah lapan hari umat Islam berpuasa. Maknanya dah tujuh kali berbuka puasa. Puasa hari pertama, kami sekeluarga berbuka dengan sup ayam, sambal kicap dan nasi panas. Air? Sirap. Senang cerita. Oh, by the way, aku harap entry kali ni tak offend sesiapa sebab aku tak post gambar & no provocation intended. The point is, berbuka hari pertama dengan makanan seringkas sup ayam dan nasi panas ditambah sambal kicap memang perghhhh.. Nasi? Hampir licin. Kuih? Takde. Sebab aku terlupa pulak bab beli kuih. Hik hik hik.

Puasa hari kedua aku masak ayam rebus (itu nama masakan daripada En. Noor), ulam peria katak (mentah - keluarga aku sekarang diserang kegilaan makan peria katak mentah-mentah), budu semangkuk (pergh, kecur air liur!) dan sirap campur buah kembang semangkuk. Hari ketiga makan sup semula. Hari keempat makan ayam rebus kembali. Begitu la seterusnya, Isnin malam aku masakkan singgang daging, yang resipinya aku cilok kat tempat kak Yati. Berbanyak-banyak terima kasih pada akak ni.. sejak aku baca blog dia, eksaited aku nak masak untuk suami. Berdebar-debar jugak la menunggu reaksi semua orang, tapi sememangnya aku kepenatan hari Isnin (berpindah pejabat - jenuh mengangkat meja kerusi), jadi singgang adalah pilihan terbaik. Semua aku lebuh dalam periuk, api kecil, tinggalkan je sampai aku dah boleh bau makanan semerbak. Malam tadi? Sup ayam kembali. Hmmm...

Sebenarnya nak cerita, puasa kali ni istimewa. Tahun lepas, tengah mengandung, suami jauh di Johor, aku di Kuala Lumpur. Berbuka puasa pun sorang-sorang, setiap hari aku akan makan bubur nasi (dengan ntah ape jenis resipi pun aku tak tau - semua aku campak dalam periuk tu. Janji kenyang!). Tahun ni berpuasa dalam sebagai ibu, dalam keadaan aku menyusu anak (beza? Cepat lapar berbanding selalu. Tu je la kot) dan suami dah pun berpindah ke sini. Adik-adik pun pakat balik kerja awal, nak berbuka puasa di rumah (lebih kepada nak membelek budak kecik sebenarnya).

Bila tak membeli di bazar Ramadhan, aku masak semua makanan sendiri di rumah, baru terasa bahang kenaikan harga barang basah. Kalau dulu setakat makan sorang, apa sangat la kosnya. Sekarang makan berlima (aku, En. Noor, adik-adik aku), mak datuk, sekali beli barang je cecah RM30 - RM40. Baru beli ayam ikan. Sayur pun tak banyak songeh (mujur jugak semua tengah ketagih ulam peria katak mentah), tapi still aku terasa dengan kenaikan harga barang. Agak-agak nak dekat raya nanti macam mana la agaknya harga barang eh?

Kesimpulannya, puasa kali ni aku masak rebus untuk buka puasa - sup, singgang. Kena pulak En. Noor tak makan lauk bergoreng (makan - sikit sebab tak gemar rasa berminyak), berpuasa dengan sihat la kami sekeluarga.. menu apa agaknya malam nanti ye? Nanti la aku fikirkan dulu.. jaa mata!

5-Months

July 14, 2013

Semalam baby Safiyyah genap 5 bulan. Seminggu ni aku dan seisi rumah agak kepening-peningan sebab baby Safiyyah telah mendapat satu lagi akal - berbunyi (tapi bukan menangis). Pantang letak, dia meniarap. Penat meniarap, dia nak berdiri pulak. Amboi, eksyen betul! Merangkak pun belum master, ada hati nak bertatih berjalan. Hmm.. takpe la. Orang ada anak, aku pun nak anak. Kerenah kecoh macam ni la yang buat aku rasa pening, penat.. tapi terhibur. Syukur sangat, my daughter kept me preoccupied all the time.. jadi takde la aku pikir merepek merapu sekarang ni macam masa awal-awal dia lahir dulu.

Mau tidak - awal-awal dia lahir, langsung tak berbunyi. Jiran-jiran kat dalam wad tu semua dok meraung-raung sebab lapar, susu lambat.. anak aku lena tidur. Bila lapar, dia bunyi hek hek hek je.. (kelakar pulak bila aku nak express bunyi yang dia buat kat sini). Dalam kepala aku dah mula gelabah - bisu ke anak aku neh? See? Korang pun boleh nampak aku punya sewel. Dah, takmo pikir yang lepas. Pe kata kita enjoy multi-expression kat muka anak aku..

Oh ye, dialog kat bawah ni semua daripada ayah Nur Safiyyah a.k.a. En. Noor. Dia la yang rajin melayan anak berborak. Kalau aku, ...

salina82.blogspot.com

Safiyyah bosan la, ibu. Asyik meniarap je!

salina82.blogspot.com

 Eh, jap. Ada kamera la.. nanti jap ibu, Safiyyah nak posing dulu.

salina82.blogspot.com

Apa ni? Silau la mata ai..

salina82.blogspot.com

Safiyyah usik-usik mainan dulu ye.. (dalam hati - bosan ni, ibu!)

salina82.blogspot.com

Takpe la, Safiyyah buat muka selambe je la, ibu.

salina82.blogspot.com

Mata sudah mengantuk, tapi ibu sama ayah masih belum tidur. Safiyyah pun takmo tidur lagi!

salina82.blogspot.com

Merajuk la.. takmo tengok kamera!

salina82.blogspot.com

Ayah cakap, "Ala bucuk, bucuk.. jangan la merajuk. Nanti ayah angkat bucuk ye. Meh tengok sini, ibu nak tangkap gambar bucuk."
Safiyyah pun pandang sipi-sipi je la. Jual mahal!

salina82.blogspot.com

"Ha tengok? Kan ayah dah angkat bucuk. La, kenapa baju bucuk pun terangkat sama ni? Isk isk.. tak sopan betul la!"
Safiyyah tengah sibuk nak tengok keliling ni, ayah. Nanti je la betulkan..

salina82.blogspot.com

Ha, now Safiyyah happy betul-betul. Safiyyah tengok kamera ni. Ibu? Ibu? La.. ibu ni berangan pulak.

salina82.blogspot.com

Penat la tunggu ibu tangkap gambar. Duduk dulu ye..

salina82.blogspot.com

Nak berdiri balik semula la. Cepat ayah, angkat Safiyyah.

salina82.blogspot.com

Dah penat.. esok-esok je la sambung. Sekarang tidur time.. (mata bulat, tapi Safiyyah dah mengantuk).

Sekian la presentation daripada Nur Safiyyah.. til next time..

Selasa, 9 Julai 2013

AktivitiMenembak.. OhDear

July 9, 2013

Entry ni fresh.. means sebaik je habis aktiviti, aku terus siapkan entry. Motif? Kawan-kawan nak jugak usha dalam blog, wajah masing-masing ketika sedang menjalankan aktiviti dengan cemerlang. Alkisahnya, Big Boss tempat keje aku ni memang suka aktiviti menembak. Ala, menembak memang wajib untuk diorang semua (dah tertakluk dalam keje diorang) tapi untuk orang yang macam aku, dah memang jauh benar dari keperluan kerja. Tapi demi nak mengadakan aktiviti luar pejabat (takmo la staf dia terperuk je kat opis tu.. buat nambah diabetes jek!), semua orang dengan cemerlang naik lori dan menuju ke lapang sasar. Aku pun tak pasti sangat apa yang aku rasa nak tulis (sebab aktiviti ni macam disodok ke lubang hidung aku - paksarela!) tapi untuk kawan-kawan yang notice blog aku, bleh la usha wajah-wajah korang kat sini ye! ENJOY!!


Aku yang alkisahnya ala-ala eksaited nak menembak..


Jangan main-main okeh, akak ni naib juara kakitangan awam nye pertandingan..
 

Elok sampai je, terus jadi model. Boleh gitu?


Persiapan awal untuk aktiviti hari ini.. 


Instructor latihan (or pertandingan? Whatever!!) pada hari ini.. SM Ghazali. Korang kene dengar sekali la taklimat dari dia, baru korang rasa cane aku rasa. I like!!


Jangan la berharap banyak sangat gambar orang menembak eh.. aku pun dok takut-takut nak shoot tadi. Masa aku snap gambar ni tadi, rasa gak cam jantung aku nak melompat keluar kot mulut!
 

Masa ni la orang kat belakang tu nak saiko korang.. nak pulak yang memang jahil bab firearms ni. Puurrrr-lllleeeaaaassssseeeee!!
 

Gambar ni khas.. atas permintaan Wan Rahman (hikhikhik).. sebab subjek kegemaran dia ada kat tengah-tengah sana.


Sebelah kanan Wan Rahman pun subjek kegemaran terkini.. jadi untuk next few photos, sila enjoy hasil kerja tangan Wan Rahman.
 

Aha, yang ni aku minta Wan Rahman snap. Bukan pe, nak gak aku tunjuk pada En. Suami yang aku pun ada kat sinun..
 

Patutnya gamba ni represent D13 tapi dah terselit lak akak Nooriani kat celah bedah tu.. alahai
 

Part ni aku tak berapa faham motifnye tapi yang aku bajet sebab spek mata hitam berkilat tu..


Masa ni aku nengok sendiri Shurbani menembak okeh. Mula-mula aku eksaited.. 


Orang kat sebelah dia tu pun rajin lak nak bagi instruction.. yang neh guna revolver tah pe nama. Yang betul aku ingat cuma panjang barrel dia 4in. je..


Now tukar.. pakai pistol pulak. Sumpah masa aku tengok dekat-dekat memang nampak macam pistol mainan. Dangerous!! Kali ni Tn. Safawi lak tolong instruct Shurbani..


Habis 6 butir dalam chamber, reload untuk next round.. at your own time. Gelabah duh!


Ni jiran kak Shurbani masa menembak tadi - student IPT. Wan Rahman punye la menolong.. superb!


Jiran Shurbani menembak dengan bantuan cemerlang dari Wan Rahman.. terbaek punya! Lepas dari giliran Shurbani, aku terus duduk kat tempat orang menonton.. rasa nak luruh jantung dengar bunyi gunshot..


Aku beria-ia ingat nama aku dah terlepas.. rupanya kene jugak! Dah la time ni hujan.. korang nampak punggung aku je la sebab Rizal amik gambar dari jauh je.


Yang instruct aku nama dia Kasbi (agaknya la.. aku jarang bercakap dengan dia). Sekali Big Boss aku lak dok sebelah aku.. nasib baik tak terbabas!


Jeng jeng jeng.. atas usaha gigih Kasbi menginstruct aku, dan Big Boss siap demo kat aku cane nak aim, ada gak la lubang kat target tu. Kalau tak.. lubang kat tanah je la.


Aku, Husna, Kak Noor.. sama-sama poyo tayang score. Hihihi malu!!


LOL.. korang tengok Kak Noor cam tak semangat je nak tayang. 

Dah, pasni aku memang tak larat nak tulis panjang-panjang lagi.. gile berat revolver ngan pistol tu. Bila meletus, lagi la force yang aku rasa berganda.. lenguh jadinya.. Usha gamba je la korang ye..


Persiapan pertandingan antara kumpulan


Sekitar aktiviti.. 


Sekitar aktiviti lagi..


Sekitar aktiviti.. masa ni aku minta Rizal snap gambar kami ibu-ibu (ada la yang bukan ibu tapi nak TERSELIT gak kot celah bedah sana)..


Gambar ibu-ibu lagi.. aku la photographer nye tu


Gambar ibu-ibu kesekian kalinye.. 


Gambar ibu-ibu kesekian kalinye lagi..


Masa ni dah abis pertandingan, tapi instructor ni demo lak taser. Yang kat tangan dia tu dummy je.. tapi aku bajet kot kene tembak ngan mende alah tu, mau menggelepar ikan gak la gamaknya. 


Jangan main-main okeh. Untuk pemegang tempat tercorot pun ada habuan tau!



Tuan sorang ni memang terer la.. dia punya aim, GANAS! Nasib la dia dah pencen..





Tak aci betul! Aku rasa Cik Zul banyak main tipu (hihihi)!!




 

Ni yang buat aku jaki ngan Kak Yati.. sebab dia punya target tadi 'bersih' je kurang lubang, tapi dia dapat gak hadiah..







Juara kakitangan awam.. Azam. Siap pakai glove lagi masa nembak tadi.. bukan main-main okeh









Sesi mengutip kelongsong.. 




Yo yo oo je Kak Yati ngan Tn Samad.. tayang soya bean. Walaupun hadiah tu untuk tangga tercorot, tapi aku sungguh jaki (sebab pada masa ni air dah habis, dan aku sungguh dahaga.. memang aku jaki habis!!)


Setakat ni je la aku mampu letak kat sini.. lepas je dari ni aku dah tak snap pape gambar lagi. Kesimpulannya, hari yang mengujakan, tapi memenatkan. Pffftttt, aku ada alasan nape score aku tak cantik - I'm against violence. Peace no war.. hihihi.. til next time..