Isnin, 2 Disember 2013

Disember2013 - OmegaGuard, Buy-6-Free-1

December 2, 2013


Pagi-pagi lagi sudah kubuka internet dengan harapan nak tengok keputusan temuduga tempoh hari. Sekali tengok, aku adalah calon simpanan untuk Penolong Pegawai Farmasi. Takpe la, belum rezeki lagi ni. Mungkin nak bagi aku peluang ke arah lain dulu kot. Maka aku dengan ceria (tatau nape, tak sedih pulak bila aku cuma tersenarai sebagai calon simpanan) drive ke tempat kerja, siap buka FB dan baca posting yang ada.. termasuk la dari kawan-kawan dan senior-senior Shaklee. Makanya, hari ni aku nak buat entry promosi bulan ni. Bak kata orang, the beginning is the hardest part.. maka hari ni aku mulakan.


INTRO
Untuk bulan Disember 2013, Shaklee menawarkan promosi pembelian 6 botol OmegaGuardTM dan menerima botol ke-7 secara percuma. Layman term? Buy 6 Free 1! Yang mana satu OmegaGuard? Kat bawah ni..



Rasanya dalam entry yang lepas aku ada mention OmegaGuardTM dalam purchase yang aku buat. Masa tu aku pregnant, masuk second trimester je doktor syorkan makan pil DHA. Jadi aku pun mencuba la OmegaGuardTM dari Shaklee. Niat hati pada masa tu nak bagi pertumbuhan sel otak anak berjalan dengan baik. Sejujurnya aku maklumkan hasil pengambilan OmegaGuardTM ni, bayi dalam kandungan lebih aktif dan responsif. Mungkin susah nak determine perbezaan sebab aku makan OmegaGuardTM untuk anak pertama. Jadi kawan sepejabat telah pun mencuba (dia pun dah masuk second trimester). Sama juga, baby kat dalam sana aktif dan responsif.

KENAPA OMEGAGUARDTM?
First thought yang cross my mind tentang kebaikan OmegaGuardTM ni adalah ke atas perkembangan otak bayi dan kesihatan ibu mengandung. Maklum la, kali pertama ambil pun disebabkan nasihat doktor supaya consume pil yang mengandungi DHA. Rupanya bila dah kenal dekat, OmegaGuardTM bukan setakat untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan, malah untuk semua peringkat umur. Jangan tak percaya yang OmegaGuardTM ni turut berfungsi untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan! Jom kita tengok selanjutnya info tentang OmegaGuardTM ni.

OmegaGuardTM diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuardTM adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, OmegaGuardTM merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. 

KELEBIHAN OMEGAGUARDTM
  • OmegaGuardTM membantu mencegah SALUR DARAH dari TERSUMBAT dan seterusnya mengelakkan STROK
  • Mengekalkan TEKANAN NORMAL darah dan mengurangkan ketegangan urat leher
  • Merendahkan KOLESTROL dan mencegah PEMBEKUAN DARAH dalam badan  
  • Mengawal OBESITI dan mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG
  • Pengambilan Omega oleh ibu hamil membantu TUMBESARAN dan PERKEMBANGAN OTAK BAYI di samping meningkatkan PERKEMBANGAN MEMORI dan SISTEM IMUN tubuh bayi dan kanak-kanak
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang MENGAWAL SELERA MAKAN dan akan terasa KENYANG lama. Jadi OmegaGuardTM sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

SIAPA YANG PERLU OMEGAGUARDTM?
  • Pesakit Jantung
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu HAMIL dan MENYUSU

Berminat untuk mendapatkan Omega? PM atau WhatsApp:

Salina Mohamad Sulaiman
SID: 919274
Tel. / What's App: 017-3105646 E-mail: salina1821@yahoo.com

Khamis, 14 November 2013

Assignment

November 13, 2013

Since blog ni adalah blog peribadi, most of the contents are personal stories, aku minta discretion dari korang, untuk guna bahasa yang aku selalu guna sepanjang aku ber'blog' ye. Jasa baik dan pertimbangan korang amatlah aku hargai.

INTRO
Sudah lama tak ku jengah blog kesayangan ni, baru hari ni aku berjaya buka. Semua disebabkan oleh assignment yang diberikan oleh cikgu aku, Aini Hayati Luey. Nape? Sebab cikgu aku nak anak-anak murid dia cerita macam mana kitorang semua neh boleh terjebak dengan Shaklee.. eceh! Dia nak kami tulis karangan, macam mana kami boleh jatuh cinta dengan Shaklee. Rasanya aku pernah mention pasal produk Shaklee yang aku consume kat sini, cuma aku tulis tu tak banyak. Sepintas lalu je. Kali ni aku akan cerita dari mula sampai la habis, so korang get ready je la ye. Aku bila dah mula tulis, tak bape reti sikit nak stop.

ALKISAHNYE..
Masa aku mula-mula konpem mengandung, aku blog-walking untuk cari maklumat berkaitan supplement untuk pregnant woman. Kalau setakat nak dengar pendapat orang, macam-macam produk yang aku dapat, jenuh aku mencari kat dalam internet. Ada yang sampai terbelit lidah nak menyebut pun ada. Kebanyakannya adalah makanan untuk bagi anak yang lahir nanti berkulit putih, gebus, comel, pandai, etc etc etc.. so aku sampai tersandar kekenyangan dek 'maklumat' oleh penasihat-penasihat di sekeliling. Kena pulak masa tu suami duduk jauh, tak tau dengan siapa aku nak bincang.

Kandungan aku masuk bulan kedua masa bulan puasa tahun lepas, kalau tak silap dalam Julai 2012. Dah takde siapa kat keliling aku kecuali adik-adik yang still bujang, so aku pun dengan selambe ayam puasa je macam biasa (tak terfikir ada pengecualian untuk ibu mengandung). Doktor pernah la maklum pada aku yang bulan kedua dan ketiga ni kadang-kadang kritikal untuk sesetengah orang sebab masa ni ibu mengandung mabuk teruk. Kot nak kurang pun bila dah masuk bulan keempat. Aku pulak dah sememangnya sejak muda belia lagi menghidap gastrik. Memang kombinasi yang cemerlang: PUASA + PERUT MASUK ANGIN + PREGNANT 1st TRIMESTER = LEMBIK! 

So tah macam mana dalam aku blog-walking satu hari tu aku terserempak dengan blog Ibu, Hebat kan.. ni. Sebelum ni, asal aku search product kat internet je, semua orang promote produk Shaklee. Masa ni aku belum nak beli apa-apa produk, cuma nak tau tentang breastfeeding (EBM) dan apa yang boleh mengurangkan tahap lembik aku pada masa tu. Yang seronok, bila aku e-mail pada tuan punya blog, aku dapat jawapan dalam hari yang sama. Aku suka bila orang respond pada apa yang aku tanya, sebab orang tu pay attention.

BERKENALAN..
So aku tanya la ada tak cara nak mengurangkan rasa lembik sebab mabuk tu. Orang lain yang aku tengok masa mabuk agak penat sebab muntah sikit-sikit, loya. Aku tak loya tapi sekali aku muntah, habis segala isi perut keluar (yang aku makan dengan penuh sabar dan tabah). Jadi nak mengisi semula tu alahai.. paham-paham je la. Aini suggest aku ambil ESP Soy Protein Isolate Powder, pendeknya orang kat tempat aku panggil Soya ESP. Sungguh kureng sekali.. sorry la Shaklee. Nama elok-elok panjang, suka-suka je diorang pendekkan. Tujuan dia suruh aku consume soya ni untuk alas perut lebih lama, bagus untuk perkembangan bayi dalam perut dan bagi ibu lebih bertenaga, sebab kebanyakan ibu mengandung ni perut mudah masuk angin, jadi akan selalu loya. Okeh puan! ESP satu!

Lagi? Banyak songeh pulak aku neh, macam-macam aku tanya. Aini sabar je terangkan semua (actually semua ni dalam satu e-mail je tau.. jangan salah faham). Dia suggest aku ambil B-Complex (sebab lengkap sekali dengan asid folik), Sustained Release Vita-C Plus (masa tu dia cuma cakap Vitamin C je), Vita-Lea Iron Formula (multivitamin dengan zat besi) and Ostematrix (kalsium magnesium). Ah ye, masa kat dalam e-mail tu takde la Aini bagi nama penuh setiap produk. Aku suka nak letak kat sini sebab senang aku nak ingat bila orang bertanya.

ALA-ALA CONFIDENT
Perasan tak kat pasaran ada banyak produk - untuk kesihatan la, untuk kecantikan la, untuk ehem-ehem la, untuk tah pape lagi la. Tapi seingat aku, belum pernah lagi aku beli apa-apa supplement sebab aku tak berapa yakin dengan keberkesanan KE ATAS DIRI AKU (no offense kawan-kawan), and takde yang jual trial set. Mujur la Aini cakap yang aku boleh cuba keberkesanan produk dengan trial set. Hehehe.. aku pun tak nak fikir panjang-panjang, terus call suami nak minta izin beli set percubaan Shaklee (jangan main-main okeh, walaupun boleh cari duit sendiri, izin suami tu WAJIB!!). Bila suami bagi green light, aku terus transfer duit kat Aini dan konpem order.

HASIL PERCUBAAN PERTAMA
Aku tak berapa nak recall bila produk sampai, tapi senang ceritanya benda pertama yang aku tuju adalah ESP. Dan true to word, aku memang kurang mabuk, in fact sepanjang aku pregnant takde la meja opis aku tu berlekuk. Aku lebih bertenaga untuk buat kerja dan aku rasa agak segar berbanding sebelum aku consume ESP. Dan vitamin-vitamin lain tu aku susah sikit nak bagi korang percaya.. keberkesanan bukan datang dalam sehari dua. Yang pasti, lepas habis set percubaan, aku terus contact Aini untuk beli set lengkap. 

DARI KERANA SET PERCUBAAN..
Kebetulan masa tu aku dah cecah second trimester. Doktor galakkan aku ambil pil DHA untuk perkembangan otak bayi. Jangan tanya aku apa tu pil DHA, sampai hari ni aku tak tau apa kemendenya yang doktor suruh aku cari. Korang percaya tak, aku simply e-mail Aini dan tanya apa tu DHA? Shaklee ada tak pil DHA? Agaknya dah lama dia jadi distributor kan, gamaknya soalan lebih pelik dan kerenah lebih tak masuk akal dari aku pun dia dah jumpa kot.. dia maklumkan pada aku tentang OmegaGuard. Aku pun tak nak tanya panjang-panjang, bila aku dengar pasal minyak ikan, duduk pulak kat laut dalam sana.. ah, kira iye dah la tu. Okey puan, full set satu!! (macam order kat mamak je bunyi nye kan? hua hua hua).


See? Tu la first aku order full set. Meh aku cerita sikit. Masa mende alah ni semua sampai (aku bagi office address), kawan-kawan pakat-pakat dok usha tapi sikit pun masing-masing tak ambil pusing sebab masing-masing dok cakap harga mahal. Aku pekakkan telinga, dengan ceria aku consume semua supplement yang aku dapat. Mind you, sepanjang aku consume ni, blood sugar level aku maintain (even nurse kat KK Bt 9 sibuk cakap "you punya gula ada naik", tapi bila aku dapatkan second opinion dari pakar-pakar yang lain, aku memang superbly maintain health level. Even berat aku pun maintain (sampai tahap doktor terpaksa sambung obimin aku sebab berat tak naik-naik). Nak tengok hasil lepas aku dah bersalin?



Ni yang dikatakan hasil yang dituai.. anak aku lahir dengan kulit bersih, sihat (sepanjang pantang, memang ada jaundice tapi masuk hari ke-20 dah clear but for the rest of confinement, anak aku tak demam or sembelit or whatsoever), aku sendiri pun bertenaga. Set yang aku beli tu tak habis pun aku makan by the time aku nak bersalin, tapi tak rugi pun sebab during confinement aku makan juga set yang sama. Mak aku kategorikan anak aku sebagai cerdik. Nape? Tatau. Tapi hari ni aku boleh nampak hasil OmegaGuard yang aku consume sepanjang mengandung dan menyusukan Nur Safiyyah. Kat bawah ni, aku share gambar Nur Safiyyah yang aku ambil sehari sebelum dia genap 7 bulan. Masa ni anak aku dah sangat aktif, responsif dan faham apa yang aku dan ayah dia cuba sampaikan. Kegemaran dia? Kamera. Korang tengok sendiri la..



Suka sangat la buat muncung itik tu! Masa ni aku masih fully breastfeed dia. Seawal aku pregnant setiap hari aku berdoa supaya Allah perkenankan usaha aku untuk fully breastfeed anak aku sampai la umur dia 2 tahun. Aku usahakan sepenuh hati dengan makan supplement dan direct feed dan pump. ESP yang aku ambil sepanjang menyusukan anak ni sangat membantu bila aku nyaris kekeringan (Nur Safiyyah memang kuat menyusu), Alfalfa Complex pulak membantu aku rebounce bila supply down lepas bulan puasa hari tu. Panjang lagi la..

Senang cerita, aku tau ramai yang dah mula nampak keberkesanan Shaklee, bermula sejak aku mengandung dengan kulit bersih, anak lahir dengan strong antibody, kulit tak bermasalah (ni untuk counter semula statement yang kata minum soya masa pregnant nanti anak lahir kulit sensitif.. well whaddaya know - not Saffiyah!). So setakat ni aku sangat berpuas hati sampai aku dah repeat order kat cikgu untuk kali yang kedua, ketiga, etc etc etc.. 

Sejak aku naik semula kerja lepas cuti berpantang, aku cuba promote pada kawan-kawan tentang Shaklee. Hasilnya? Ada yang dah mencuba pregnancy set Shaklee, ada yang ambil untuk breastfeeding, ada untuk kecantikan. Respond baik yang aku terima: pengguna set untuk kecantikan dah tak perlu pakai losen kaki untuk kurangkan tumit merekah. Sekarang dah nampak cantik.

Jadi pada anda semua yang masih belum mencuba sebarang produk dari Shaklee, sila la berbuat demikian. Daripada sebanyak 22 produk kesihatan yang ada, aku yakin mesti ada satu dua produk yang sesuai untuk korang, be it untuk kesihatan, kecantikan, breastfeed anak, pregnancy, etc etc etc..

Agak-agak korang berminat? Jangan la malu-malu untuk contact aku ye.. untuk mendapatkan produk yang bersesuaian / konsultasi percuma:


Salina Mohamad Sulaiman
SID: 919274
Tel. / What's App: 017-3105646
E-mail: salina1821@yahoo.com

Setakat ni dulu karangan aku untuk tatapan Cikgu, Kawan-Kawan Kelas Online dan Anda-Anda yang tetiba-terserempak-dengan-blog-ni.. jangan marah eh, aku bercerita asal-usul kesah chenta aku ngan Shaklee (En. Noor jangan marah, saya lebih chenta anda) dan aku promote dalam masa yang sama. Multitasking!! Sekian, wassalam.

Rabu, 16 Oktober 2013

HadoiLa..

October 16, 2013


Aku terima satu berita baik minggu lepas. Kebetulan masa aku balik nak makan tengah hari hari Rabu, aku check mail box kat tepi rumah. Dah jadi habit. In fact sehari kadang-kadang 2-3 kali aku check. Ternampak la dek mata rabun aku ni ada satu surat rasmi kerajaan untuk aku. PTPTN punya ke? Cepatnye? Bila aku capai dan baca semula, surat daripada SPA. Berdegup-degup jantung aku. Cepat-cepat aku buka. Panggilan temuduga untuk jawatan yang aku mohon Ogos lepas. Syukur ya Allah.. permudahkan la urusan temuduga ni sampai la aku berjaya jawat jawatan baru nanti.

Sebenarnya nak cerita, punca aku mohon kerja baru. Actually, aku mohon latihan separa perubatan. Aku nak belajar semula, dan cuba bidang baru. Dah tujuh tahun aku kat tempat ni dengan prospek kerja yang sama, kerenah yang sama, dan tak ada peluang nak naik pangkat melainkan aku cukup perkhidmatan 13 tahun dan naik secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Hati aku dah tawar dengan kerja sekarang. Contoh mudah pagi ni la. Aku terima satu salinan e-ticket daripada boss besar, nak minta aku dapatkan satu quotation untuk dua lagi seat ke tempat yang sama.

Hal ni dah jadi dilemma sejak Jumaat lepas lagi, dah aku dah usaha dapatkan harga untuk tiket pergi dan balik mengikut kehendak orang tua ni. Masalah timbul sebab dia tiba ke satu tempat dan nak balik melalui satu lagi tempat. Tak apa lagi, aku usahakan. Bila aku dah dapat, dia pulak tak ada di pejabat. PA pun tak ada, orderli pun sama lesap. Dalam terpinga dan tak berani nak buat keputusan memandai sebab dia boss besar, aku contact semula agensi dan dapatkan options. So fast forward sikit ye.

Pagi ni aku datang dan dah uruskan semua ikut keperluan dia, dan kebetulan 2 jam lepas aku terima salinan e-ticket tu aku nak naik ke atas dan terserempak dengan orang tua ni di lif. Bila dia tanya, jujur la aku jawab yang quotation tu belum dapat lagi sebab aku perlu direct line (payah nak call pakai operator). Dia cakap yang aku ni slow, dah dua jam dia bagi tapi aku tak ambil tindakan. Aku perlu bagi priority. Pergh, selalu aku tak marah pun tapi kali ni aku panas sikit la. Dah la minggu lepas lagi aku dah siapkan, kau yang nak sangat option. Nak harga terbaik, nak seat pun choosen. Dah siap, aku perlu confirm je, tu pun aku kene marah.

Hadei la, sebenarnya nak marah diri sendiri pun iye jugak. Dah aku tau boss besar aku tu kap lam ya nga, dah kepala dia besar, semua yang dia cakap betul, dan aku salah.. yang aku gi layan tadi watpe? Kesimpulan aku kali ni.. kat ORGANISASI aku ni BOSS IS ALWAYS RIGHT, even when you follow the instruction to jump into a pool of dung.. minta-minta Allah kuatkan hati aku untuk bertahan sampai la aku dapat kerja baru, insya-Allah.. ja mataa.

p.s.: Orderli dia kebetulan lalu dan masuk ke bilik aku sebab nak guna stapler. Masa dia letak dua keping tiket atas meja, aku terdetik sesuatu. Aku cuba tanya sama ada dia dah confirm flight ke belum, orderli dia jawab, "Dah beli tiket tadi. Dah bayar pun." Aku tanya lagi, agensi mana yang dia guna. Orderli tu jawab, "K** Travel". Korang tengok?

Tebal muka aku dengan agensi yang aku dok call untuk tanya harga neh. Nak buat macam mana lagi, BOSS IS ALWAYS RIGHT!!

Selasa, 24 September 2013

DisastrousButStill..

September 24, 2013


Hari ni aku bangun lewat. Pukul 6.40 pagi baru aku terjaga, itu pun masih tak boleh nak buat apa sebab nak melayan kerenah Nur Safiyyah yang merengek-rengek nak menyusu. Aku sabar je tunggu, sampai la pukul 6.50 pagi, baru la anak lega dan sambung tidur. Elok selesai mandi dan solat (subuh GAJAH aku hari ni - ya Allah, ampunkan la aku), sesi pertama aku bermula. Agak bergegas tapi tetap lambat jugak. Mana tak nye, sejak dua-tiga minggu ni Safiyyah suka latching left side je sepanjang malam. Sudahnya menjelang pagi, right side dah macam bola sepak, bengkak semacam. Ada sekali tu sampai tahap aku rasa tak boleh nak bernafas, senak!



Totally right side, ni hasil pertama aku untuk hari ni. 8oz yang closely buat aku senak sekali lagi pagi ni. Hadoi!! Lupa, hari ni aku kene ke Bukit Aman dengan bos untuk attend satu taklimat regarding monthly claim pukul 10.30 which means aku akan terlepas sesi kedua. So dah memang jelas jadual aku hari ni akan haywire. Kene pulak, bilik tu nyaman semacam. Aku ni sekarang dah jadi tebiat pulak, asal dalam bilik yang ada aircond je mula la aku minum banyak semacam. Jadinya bila aku selesai taklimat, dah nak dekat pukul 1 baru habis, both side dah mula nak jadi bola sepak. Aku sampai office je, terus call En. Suami ajak makan di luar.


Ini hasil sesi kedua + ketiga. Alkisah nampak je macam banyak tapi sebenarnya cuma 10oz je. Isy, nampak betul tak bersyukur! Sebenarnya berapa sekali pun hasil, aku tetap tadah tangan syukur banyak-banyak pada Allah. Cuma aku risau bila aku tak jaga jadual pam dengan baik, nanti supply aku pun turun naik sama. Sejak Safiyyah nak tumbuh gigi ni, dia meragam selalu nak melekap dekat aku. Kadang tu sampai nak dekat kering aku dibuatnya. Sebab tu bila Safiyyah di rumah pengasuh, aku akan pam sebanyak yang boleh, buat stok sehabis boleh.


Dan ini la hasil sesi keempat aku. Disebabkan jadual aku dah berterabur, syukur ya amat la aku dapat jugak 60z untuk sesi kali ni. Siap aku basuh pam, dah ready nak tunggu En. Suami jemput aku balik. Disebabkan aku nak jugak stok harian aku tak kurang dari 30oz, maka pukul 7 nanti aku akan pam lagi, dan seterusnya pukul 10 malam. So aku akan update lagi.

Alkisah nak pam pukul 7 mimpi je la. Sudahnya pukul 10 malam baru dapat pam. Sebab?


Dah sampai rumah kene la update dulu apa yang jadi. Mana la tau kot ibu ada plan nak berjalan-jalan malam ni. Che Piah tak boleh tinggal!


Ooo.. takmo jalan-jalan ye ibu? Takpe.. Che Piah tido dulu! Macam ni la gaya anak aku bila dah lepas maghrib semalam. Siap mengepak lagi time tidur.


Dah penat terlentang, golek pulak. Time tidur sekarang ni macam-macam gaya ada. Terlentang, meniarap, mengiring, terlentang kepala senget (sebab nak menyusu tanpa mengiring badan.. boleh?).


Masa ni memang nyenyak sekali la anak aku lelap. Macam tak nak bangun-bangun dah. Habis satu tilam tu dia golek sorang. Aku ngan ayah dia tidur la kat hujung-hujung tilam malam-malam, sebab takut nanti terlenyek anak aku. Percuma je jadi mashed potato!!


Dah dengar suara Pak Tam, bangun la jap. Nak gak main ngan Pak Tam. Buku Mastika kat tangan tu wajib.. memang la wajib. Wajib koyak!


Masa ni la aku pam susu. Tengok dia perhatikan aku. Bila aku nak snap gambar dia, cepat-cepat la Che Piah menghala kat tempat lain. 


Siap borak-borak dengan ummi dia yang baru balik keje. Aku dengan gigih cuba gak siapkan pam sementara dia nak main ni. Nanti elok penuh semula, dia pun dah kuyu nak tido. Jom tengok hasil..


Okeh korang.. aku dah nak lelap. Semalam aku ngan Che Piah memang payah nak lena sebab bahang sangat. Malam ni try tido nyenyak lagi.. Jaa mata!!

PadaHariNi - Sept 23, 2013

September 23, 2013

Aku awal-awal pagi dah bangun, nak kejut Nur Safiyyah untuk bangun menyusu. Memang la si kecik tu bangun, tapi bukan nak menyusu betul-betul pun. Dah dua-dua belah let down, dia latching sebelah je lepas tu terus main. Hadoi la! Aku malas nak hangin pagi-pagi, terus bangun and pump kasi kosong dua-dua belah. Masa nak simpan, ternampak la hasil hujung minggu aku.


Jap, aku rasa macam ada sebotol missing. Sebabnya kat bahagian atas tu cuma muat 16 botol je. Lagi 3 botol ada kat rumah pengasuh. 


There you go.. ada sebotol yang tersesat. Then ada 4 peket kat tepi tu. Insya-Allah cukup stok ni untuk 4 hari, provided Safiyyah makan bubur. Tapi aku tak boleh nak leka jugak. Kadang-kadang bila anak-anak pengasuh cuti, anak aku main tak hengat dunia, kerap la lapar dan dahaga. Setakat 6 botol sehari, pejam mata je. Huhuhu.. sesak nafas ibu ni!


Sesi pertama seawal 7 pagi. Ni hasil selepas Nur Safiyyah melekap sepanjang malam (sampai lenguh badan aku tidur mengiring).


Sesi kedua pukul 11 pagi. Memandangkan semua 17 botol dah penuh, dan baki 3 botol masih berisi di peti ais rumah pengasuh, maka aku terpaksa la menggunakan plastik. Sejak dah pandai guna botol ni, plastik yang aku beli dulu macam aku tak pandang je. Sungguh lupa diri betul!


Pukul 2.30 petang selepas aku masuk semula ke office, aku pam dan atas ni la hasil nye. Selalu memang macam ni. Hasil sebelah pagi memang meriah, tapi menjelang ke tengah hari dah mula slow, petang memang sedih. Tak caya? Tengok bawah.


Kan? Betul tak? Ni sesi keempat aku, pukul 5.30 petang. Memang seboleh-bolehnya aku akan pam di pejabat sebab bila dah sampai rumah nanti, mimpi la aku nak pam. Anak aku macam tau-tau je ibu dia nak pam susu, dan-dan tu jugak la dia merengek nak susu jugak. Haishhhhh!!

Anyway biasanya aku akan pam selang 2 jam tapi minggu ni aku agak kelam-kabut sikit. Kerja agak bertimbun, dan aku masih mempertimbangkan sama ada aku perlu beli lagi 10 botol untuk storage atau tak. Mula-mula dulu aku fikir 10 botol dah cukup. Sekali dah hantar rumah pengasuh, langsung kat aku tak ada. Dah menggagau nak beli 10 botol lagi. Ingat dah ada 20 botol ni cukup la. Ala, setakat nak buat rotate je. Konon!! Sekali aku renung-renung balik, macam tak cukup pun ada. Apa pun, tunggu gaji nanti la jawabnya. Ok sok aku update lagi. Jaa mata!!

Isnin, 23 September 2013

UntukHariNi

September 20, 2013

Aku memang tak rajin sungguh nak menulis dan menyimpan rekod. Apa kata orang tu.. kalau dah itu kerjanya hari-hari, dah balik rumah memang takmo la buat mende yang sama. Contohnya? Chef. Korang perhatikan sendiri, chef ni kalau kat tempat dia kemain lagi hero dan heroin nye bab memasak. Tapi asal dah sampai umah je, takmo dah. Biar la orang umah pulak yang masak. Dapat telur goreng ngan kicap pun jadi la. Hmm.. dah melalut jauh pulak. Asalnya nak cerita, setiap hari aku simpan rekod perbelanjaan, kira-kira.. jadi bila dah sampai rumah, aku tak mau tengok sebarang benda berkaitan rekod. So ini la gunanya blog..


Kalau ikutkan, nampak macam pelik sikit la. Apa la reason aku letak gambar susu kat sini. Tapi disebabkan aku dah memang malas nak simpan buku, biar aku amik gambar pastu terus letak kat sini. Dah namanya pun rajin nak amik gambar sangat.

Sesi pertama aku pam pada pukul 6.30 pagi, selepas Safiyyah puas menyusu (dan selepas aku jenuh paksa!). Untuk hari ni, sesi pertama aku pam dapat hasil 5oz. Pagi-pagi hari bekerja aku memang tak sempat nak snap gambar. Selalunya hasil pam pagi aku hantar ke rumah pengasuh. Jadi dalam gambar kat atas ni, aku snap hasil pam sesi kedua. Pagi ni aku ke bank, lepas tu lajak ke Bangi pulak. Jadi by the time aku sampai ke office semula dah lewat sungguh. Aku tak suka bila jadual haywire macam ni. Even hasil nampak macam banyak, tapi seriously disastrous! Nampak je cam tiga botol, sebenarnya total hasil pam sesi kedua cuma 9oz je. 



Takde keje betul kan? Tapi nanti aku lupa apa yang aku makan. Sometimes ada yang aku makan menyebabkan susu banyak, ada yang menyebabkan susu drop. Dah alang-alang aku nak letak gambar, edit skali, letak sama apa yang aku makan. Lunch tadi ada makan-makan kat office aku ni, jadi mewah sikit la. Nasi beriani. Yang penting aku makan buah.

Jumaat, 6 September 2013

PercubaanPertama - AyamMasakLemakCiliApiBerkerisek

September 6, 2013

Sori korang, tajuk entry aku kali ni panjang betul. Tapi nak buat macam mana, dah memang betul pun - ni percubaan pertama aku untuk buat ayam masak lemak cili api berkerisek. Resipi korang amik kat sini ye. Terima kasih kak Yati.

Sebenarnya ayam ni dah tergolek-golek kat dalam peti sejuk sejak Mak dengan Abah aku datang hari tu. Kebetulan hari yang sama si Ijoy dengan Gee nak datang beraya. Jadi aku cuma masak ungkep ayam je. Hidang dengan nasi panas, tambah ulam dengan sambal belacan. Aku bajet beli je ayam seekor untuk sekali masak. Tak sangka pulak yang ayam tu besar, sekor dah lebih kurang 2.5kg. Sekali masak setengah ekor je.

Masa aku belek peti ais, aku tengok baki ayam tu elok lagi. Tak baik membazir, aku try la satu resipi ni masa rehat lunch tadi. Dah kata rumah dekat, rehat panjang, suami nak balik makan tengah hari lepas siap solat.. harus la aku siapkan satu lauk. Jom tengok aku punya percubaan pertama. 


Bahan-bahan yang aku dah siap blender untuk tumis. Ada bahan yang aku lebihkan, ada yang aku kurangkan. Bergantung pada korang, suami aku kurang makan pedas. Jadi aku kena alter banyak ramuan. Dah siap blend, ketuk serai, tumis sekali dengan bahan kisar ni.


Aku main campak je mana yang aku rasa patut. Serai tu aku kurangkan dari lima batang jadi dua. Tumis sampai naik bau, nak dekat garing, aku letak ayam. Golek-golekkan, bagi kering air ayam tu.


Gambar kat atas tak berapa cantik, jadi aku letak gambar lain pulak. Still masak yang sama. Tengok, aku tumis sampai naik bau, dah nak dekat garing. Lepas tu aku masuk ayam, golek-golek bagi rata bahan tumis salut kat ayam tu.


See? Ayam tu setengah ekor, dah nak penuh seperiuk. Gile kentang la gemuk ayam tu. Ah ye, ada gak kentang tersesat dalam tu. Saje je aku letak.


Masa ni aku belum tutup periuk lagi. Suka betul aku hidu bau masak ayam ni masa tengah tumis. Wangi je.


Air ayam dah kering sikit. Tunggu kecut ayam tu, memang masak la isi dia. Get ready nak masuk bahan-bahan seterusnya.


Kalau ikutkan resipi, ada guna santan cair dan pekat. Tapi disebabkan aku dah beli santan kotak masa nak masak bubur kacang hari tu, aku hentam je la apa yang ada. Janji ada santan.


Masuk la jugak asam gelugor, gula, garam. Aku tambah air, bagi cair sikit santan tu. Bagi menggelegak sambil kacau, lepas tu letak la kerisek. Tah pe la rasa masak aku kali ni.


Ini la hasil percubaan aku tengah hari tadi. Tak sabar rasanya aku letak kat blog ni, for future reference. Selalunya aku akan review semula resipi yang sama untuk dua tiga kali sebelum aku berani nak hidang kat orang lain. Tukang rasa? Dah tentu la En. Suami.


Ada kurang sikit percubaan kali ni. Daun kunyit takde. Tapi dari segi rasa, En. Suami suka dengan apa yang aku masak. Mungkin boleh masak lagi untuk dia next time. Masa masak ungkep hari tu pun dia suka jugak, sampai bertambah-tambah nasi.

So, sampai aku mencuba resipi lain.. jaa mata!

Khamis, 5 September 2013

LawatanKebajikan

September 5, 2013


Kenapa dengan Mountain Dew ni ye? Kaitannya dengan tajuk entry? Jap korang, jap.. aku terangkan..

Office mate aku, si Zunainie, dah pun selamat bersalin petang semalam. Kebetulan aku buka FB, ternampak la statement kat situ yang bagitau dia dah bersalin sorang anak lelaki petang jam 1600 hrs (plus minus la eh, aku tak ingat sangat pukul berapa sebenarnya). Jadi kawan-kawan pejabat yang lain dah pun mengaturkan satu lawatan kebajikan.

Aku pun ikut melawat sebab pegawai aku, Insp Rohana adalah in charge person untuk lawatan kebajikan minggu ni. Dipendekkan cerita, kami semua - Insp Rohana, Sjn Jamiyah, Noor Hayati, Rohani, Noor Hafizah, Faraziana dan aku menuju ke HUKM. Kami melawat Zunainie, lepas tu melawat isteri sorang anggota di pejabat yang juga baru lepas bersalin.

Pendekkan cerita lagi ye. Lepas melawat, aku kehausan (serius ni, aku memang kehausan ya amat!). Masa kami melintas satu vendor machine, aku pun 'mengepau' la si Fara. Dah air kat mesin tu murah je, RM1 setin. Dalam pada aku dok mengepau RM1, yang lain-lain pun ikut sama mencari duit. Sudahnya, aku memang dah tentu la dapat setin Mountain Dew sebab aku memang nak sangat. Yang paling aku tak bajet adalah:
  1. Insp Rohana pun beli setin air - Lipton Ice Lemon Tea
  2. Rohani pun sama beli setin air - Lipton Ice Lemon Tea
  3. Noor Hafizah beli sebotol air - Twister Blackcurrent
  4. Noor Hayati pun nak jugak, ikut beli setin air - Lipton Ice Lemon Tea 
  5. Faraziana sudahnya tergoda, pun beli setin air - Mountain Dew
Mujur la Sjn Jamiyah tak beli air sama. Rohani buat kebajikan lebih, beli setin Lipton Ice Lemon Tea untuk Idham yang dah tolong hantar kitorang pergi buat lawatan kali ni. Gile la aku punya report kat sini.. tapi korang tengok sendiri la chain of reaction yang bermula dari aku, ripple sampai ke Fara. In the end, sampai semula ke office masing-masing pegang setin air sorang. Macam tu la kisah lawatan kebajikan kali ni..
 
Motif tulis macam ni? Aku just nak simpan memori lawatan kebajikan kali ni yang agak pelik sikit. So til next time, jaa mata!!