Khamis, 8 Mei 2014

PagiYangCeria..Eh,Otromen?

May 8, 2014

Safiyyah batuk pulak dah. Kemain lagi sihat sejak balik dari kampung, alih-alih semalam batuk pulak. Siap muntah dalam tido lagi kat umah pengasuh dia. Abis katil anak dara orang tu bau muntah Safiyyah. Sorry, kak.. ngeh ngeh ngeh. Tapi mujur benar la kali ni akak tu tak panik lagi bila Safiyyah muntah dalam tido. Kalau dulu, sampai aku pulak terfikir, ni sape sebenarnye mak si Piah neh, aku ke ko kak? =P

Rupanya muntah tu jadik gak kat rumah, sekali sebelum keluar cari barang rumah malam tadi, sekali lagi pukul 4 pagi tadi. Punya la slumber land je anak aku neh, elok dah abis muntah, dia minum air dalam botol yang aku hulur, then siap cari tempat lain park bontot baik punya! Mujur gak dia tak jenis melalak. Kalau tak, haru satu blok tu dengar anak aku mengongoi. Harus korang tak tido malam!

Pagi ni mood baik je anak-beranak, siap menggedik kat En Noor lagi. Jangan memain ko, dibuatnye orang tua tu naik sheikh, mau ko half day lak. Elok aku ngan En Noor siap, si Safiyyah takmo bangun lagi. Oh, ko dah puas muntah pastu sedap tido lagi ye? Kejut pun siap nangis eh? Siap ko!

Aku cempung Safiyyah, masuk ke bilik air siapkan air mandi dia. En Noor tak cakap apa, sibuk dok goreng daging burger untuk breakfast. Elok air mandi siap, mata Safiyyah pun dah buntang. Eh, reti pulak bangun? Aku ingat tadi nak celup-celup je ko kat dalam air mandi tu pastu tos bagi kering, balut cantik-cantik then hantar gi umah mama ko je. Boleh?

Alkisahnya malam tadi aku ditarbiyah dek En Noor sal kes kelmarin. Eh, tak abis lagi? Takde makna nye nak abis okeh. Sok kalau yang dah puas shopping kat Kelantan tu balik, ko dengar lagi kes ni dorang ungkit. KAMBING BETUL! Tapi bukan itu jua la yang disyarahkan dek En Noor pada aku, melainkan memerintahkan aku supaya BERSABAR, BERSABAR & BERSABAR juga adanya. Katanya, "kat mana-mana pun memang ada orang pesen (fashion) ni". 2 jam kena tarbiyah, redho la aku untuk bersabar akhirnya.

Maka pagi ni dengan berkobar-kobar untuk taat perintah suami, aku bangun dalam keadaan yang langsung tak BERMINAT nak stress. Siap boleh main sorok-sorok sebelum keluar rumah tadi. Tapi dah nama pun mak orang, ada je la yang aku leterkan kat Safiyyah ngan En Noor. Bila aku cakap ringkas, En Noor siap api-apikan aku suruh berleter. "Kalau awak tak berleter, nanti awak tak sihat. Kang tak pasal-pasal ada yang pakai topeng Otromen lagi". Eh, ko nak sangat ke aku pakai topeng Otromen kat tepi jalan tu, bang?


Disebabkan aku tak boleh blah dengar perumpamaan En Noor kepada aku, maka sampai la aku ke office dengan penuh ceria dan jayanya di pagi hari. Oleh yang demikian, aku dedikasikan gambar ni untuk En Noor, semoga dia ceria bila tengok bini dia bertukar jadi Otromen bila-bila masa yang dikehendaki.

p/s: gambar ni pernah menyebabkan orang tak boleh buat kerja. Kalau korang sebahagian daripada komuniti yang dimaksudkan, sila stop baca sekarang dan mulakan kerja anda. Sekian.

Tiada ulasan: