Isnin, 10 September 2012

OpenHouse

Sept 9, 2012

As planned, opis aku mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri. Aku plan nak angkut bersama adik-adikku tetapi apa kan daya, memasing berat punggung nak meninggalkan TV kat umah. Maka nya aku bersama En. Suami je la yang menghadiri majlis ni. Sepatutnya kami bertolak lepas solat Maghrib (macam la jauh berbatu-batu, padahal sekangkang anak gajah je), tapi disebabkan aku mabuk jadinye kitorang gerak pun dah pukul 8 lebih.

Masa kitorang sampai ramai yang dah mula gerak balik, sebab hujan dah mula turun renyai-renyai. Terfikir jugak cane la kitorang nak makan nanti, tapi yang penting jengah dulu apa yang ada. Nasib baik ada payung dalam kereta.. aku ngan En. Suami terus menjengah gerai makan yang ada. First thing first, aku notice ada gerai sate. Hihihi.. baru je semalam aku ajak suami makan sate rusa, ari ni jumpa sate ayam (jadi le, dari langsung takde, kan?) terus sambar sepinggan.

Tengah-tengah makan (sambil berpayung di dalam hujan), terperasan lak ada office mate kat situ. Tapi sayang betul la, kali ni tak banyak bergambar sebab aku lebih sibuk makan.. jamu mata je la ngan apa yang aku ngan suami sempat snap kat bawah ni ye.


Aku ngan kak Yati bersama anak dia. Notice apa yang aku tengah pegang? Tu la, mana ada orang nak pegang payung tengah-tengah makan.. suami aku je yang rajin.


Tetiba kak Sue pun menjengah sama.. sempat lak tu! Gamba blur skit, sebab pakai kamera kecik, and tengah ujan lak..


Sebelah kiri daging rusa, sebelah kanan daging kambing.. rezeki anak la tahun neh, merasa gak aku makan rusa. 


Nampak kat ujung tu? Bekas makan yang dah selesai.. sate ayam (tatau bape cucuk dah kitorang belasah) ngan nasi tomato. Air (tatau air pe) ngan mineral water comel. 


Ah, lupe lagi satu mende.. dalam banyak-banyak makanan, suami beria-ia mengelak bagi aku makan buah mata kucing tapi.. well, rezeki la kan? Dah ada depan mata, aku sapu je..


Ni lagi satu rezeki.. aku dapat hamper..


The stack of number I was given last night.. buah tu saje je.. nak kasi suami 'panas' skit.. hik hik hik


Di sekitar majlis..










Peak of the day (untuk aku la..), pertunjukan bunga api.. So aku ngan suami balik ke rumah dengan perut yang penuh, dan hamper makanan yang lagi memenuhkan.

Khamis, 6 September 2012

KesayanganKu


Nama dia Bulat.. kenapa nama dia Bulat? Sebab dalam banyak-banyak kucing yang Abah ngan Mak bela kat kampung, dia sekor je yang betul-betul bulat tembun. Dia ada adik, nama Panjang. Tapi aku tak boleh nak letak gamba sebab Panjang sangat penakut, maka adalah susah untuk mendapatkan hatta sekeping gamba untuk disimpan. Hanya Abah dan Mak je yang boleh pegang Panjang.


Kelihatannya Bulat suka dipegang-pegang, dibelai-belai dan dimanja-manja. Cuma dia sorang sekor je yang suka posing-posing pelbagai gaya untuk tatapan seluruh ahli keluarga. Nampak tu, siap terlentang la, mendongak la, bergolek la.. Nampak gayanya setakat ni je la aku boleh tunjuk meow-meow kat korang.. 

DatingSpot

Semasa pulang ke kampung suami baru-baru ni, aku masih di dalam mood mabuk. So macam-macam la kerenah aku untuk meredakan rasa yang tak keruan neh (konon-konon nye la.. padahal ngengada je tu sebenarnya).

Ada ke patut, tengah-tengah hari rembang, waktu panas terik, aku minta ais sejuk kat suami. Udah le peti ais kat rumah mak tengah rosak.. suami pujuk-pujuk suruh aku lelap. Golek kiri, golek kanan, sudahnya aku minta lagi. Kali ni aku minta air kelapa muda pulak. Dah terasa-rasa kat tekak..

So En. Suami dengan penuh rasa tanggungjawabnya turun umah, nak gi usha la kot ada buah muda lagi kat pokok belakang umah. Ada la dalam 15 minit dia keluar, aku pun ikut jenguk. Ye la, kalau takat usha, takkan la sampai 15 minit.. bila aku jengah ke luar, aku nampak dia keluar dari pintu dapur bawak jag kecik..

Dengan rasa gedik-gedik seronok, aku pun turun tangga dan terkedek-kedek ikut suami ke belakang. Siap duduk kat batang pokok kelapa baring. Sila usha gamba bawah kalau tak bape nak faham..


Tengok? Siap nampak lagi sisa-sisa buah kelapa muda yang suami dah amikkan untuk aku. Punya la besar kelapa tu, sebiji je dah boleh isi tiga suku jag kecik. Aku ngan anak buah suami minum dengan penuh rakus (almaklum la, dah tengah panas terik..) sementara suami belah buah untuk amik isinye.

Korang bayangkan, aku ngan anak buah yang baru umur 6 tahun boleh minum air kelapa tu sampai licin.. sementara nak tunggu suami belah lagi sebiji kelapa muda. Siap korek-korek isi kelapa muda, kunyah-kunyah.. nyam nyam nyam..

Lepas dah minum, anak buah dah lari masuk umah (tatau nape), makanya aku pun berjalan-jalan la menjengah kebun mak. Nostalgia la pulak, masa 1st time datang umah ni dulu (sebelum kawin, suami baru nak kenalkan ngan family dia), ni la tempat kitorang dating. Hik hik hik (bunyi penuh gedik).


Pas dah penat ronda-ronda kebun, aku balik semula ke pokok kelapa landing neh, borak-borak ngan abang (chewah, manja la konon!). Wah, angin lak bertiup sepoi-sepoi bahasa.. memang kasi syahdu feeling la! Tengok gamba kat atas tu, sikit punya banyak pokok kelapa.. memang aku layan abis..

So takat tu je la aku nak cite sal tempat dating spesel aku ngan En. Suami. Next time aku balik, gamba kolam air panas Sg. Resik lak aku amik (kalau aku tak lupa bawak kamera la)! Jaa mata..

PotLuck-afterParty


Briefing untuk semua pegawai/ anggota/ kakitangan awam wanita dan disambung dengan potluck raya. Masa briefing takde sape nak amik gamba sebab sibuk gile mendengar (dan berceloteh), begitu juga la dengan makan time. Aku pun takde masa nak click click kamera.. sebab sibuk nak amik makanan. Tapi selepas makan, lain ceritanya.. Sila menjamu mata dengan kerenah kitorang kat sini..

p/s: Jangan heran sangat la ngan proportion gamba ni yang nampak cam terlebih ruang skit kat blog neh.. (aku suka gamba besar-besar, nampak JELAS sape ada dalam gamba tu. Hik hik hik)


Masa ni cuma kitorang berlima je yang gedik-gedik nak try positioned camera. Nape background camtu? Tah la, cuma aku rasa kat situ je yang cerah sikit, gamba pun nampak cantik..

Ohohoho.. tadi lima orang kan? Skang dah tambah lagi satu. Cuba teka siapa orangnya..
 

Nak saya perkenalkan? 
Dari kiri: Kak Nor, Kak Ros, Kak Nani, Faraziana, Fiza, Kak Sue, Kak Yati, Kak Ani, Mardhiyyah dan Salina.

Masa ni yang
best.. sorang je yang tertinggal sebab dia kat tempat lain. Tapi korang boleh tengok la betapa semua orang bergaya dengan baju raya masing-masing (dah bagitau awal-awal ada potluck, so masing-masing melaram la, termasuk la aku) ^_^


Orang lain makan penuh tertib, duduk suap makan elok-elok, dia sorang je yang makan berdiri. Sibuk business, saham tengah naik.. kui kui kui


Ari ni aku bawak kamera kecik je, maka aku kurang puas ati skit dengan kualiti gamba. Or mungkin aku sebenarnya tak pandai snap photo kot? Nampak tak kumbang sorang kat ujung tu? 


Saje je amik gamba kak Ani sorang-sorang.. promosi


Propa betul la makcik sorang neh.. Nak sumbat mulut pun ada posing maut..


Ye la.. ye la.. gamba tadi gelap skit. Amik yang neh, lagi cerah..propa lagi


Menu ari ni, bihun Singapore plus lemang plus rendang ayam plus teh tarik.. 


Ha.. ingat kumbang tadi? Dia sorang je la laki tatkala kawasan ni dibanjiri orang pompuan yang tengah makan. Diperkenalkan tokeh karipap opis aku, En. Mohd Rizal..


En. tokeh pun nak posing jugak..


Mardhiyyah ngan Asmihan.. tengah makan pun sempat stop nak snap photo


Wife En. Noor.. saje je mintak gamba sendiri pakai baju merah menyala. Baru beli malam tadi okeh.. 


Asal gamba neh kembang pun aku tak tau.. halal je la 



Kak Sue sorang je pakai baju bling-bling. Terkepit lak dek itam putih biru..


Ni buang tebiat namanye.. snap gamba sendiri..


Tengok? Konon dah setting la tu.. kaki kitorang kene 'makan' dek kabinet lapik kamera..


Sementara menunggu photographer setting kamera + timer + position..


Hasil kerja saya.. =)

Makanya berakhir la kisah kami gegerl kat opis neh bergamba sakan. FYI masa kitorang amik gamba neh tadi bos siap lalu lalang lagi tapi sebab dia lelaki, takmo bagi masuk sama! Jaa ne..

Reaching16Weeks

Rasa teruja pulak nak cerita pasal Reaching16Weeks ni.. anyway, let's start from the beginning.

Jun 2012
En. Suami terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kalau diikutkan, memang pada hujung minggu tu aku akan balik ke Ulu Tiram (ikut turn sebab En. Suami dah banyak amik cuti sebelum tu).. dah siap beli tiket bas pun. Tak sangka pula ada emergency macam ni, maka aku terus balik pada hari itu juga dengan memandu Nenoneno. Minggu sebelumnya dan minggu En. Suami accident, aku sentiasa gloomy tanpa punca yang jelas. Yang pasti, badan memang rasa tak sihat.

Spent 6 days menguruskan semua perihal yang perlu untuk memudahkan En. Suami bergerak lepas aku balik KL nanti, still rasa badan tak sedap. Cik Bulan dah lama tak anta berita lak tu, makin moody aku jadinya. Kesian En. Suami, dalam sakit-sakit pun layan kerenah aku. Cuma dia kerap ajak gi klinik, nak check. Risau benar dia ngan temperament aku yang tak menentu ni. Disebabkan aku pernah terlepas Cik Bulan sebelum ni tapi takde positive sign, cam ada sikit fobia. So aku berkeras tak nak gi klinik. Siap majuk-majuk lagi ngan En. Suami (sian dia.. sigh...)

Julai 2012

Balik KL, aku buat test 2x guna UPT kit yang aku beli kat Ulu Tiram. Hati dok berat lagi nak melangkah gi klinik, walaupun test yang aku buat sendiri shows positive sign. Bila cerita ngan En. Suami, dia mintak gak aku gi klinik. So aku ngan berat ati gi la klinik sesorang pada 9th, sebab nak confirm betul ke apa yang aku tengok. Sambil tunggu giliran kat klinik tu aku borak la ngan En. Suami. Ada gak rasa aneh dalam ati, sebab semua orang pregnant yang datang klinik ari tu berteman. Sunyi pun ada (sob.. sob.. sob..). Doktor yang attend aku that day was Dr. Azah, and aku confirm 7 weeks pregnant.

Dalam kepala aku kosong je.. tak tau apa aku fikir, tak tau apa aku rasa. Being alone during the time, so it took me quite some time to digest the information. Doktor cuma pesan elakkan minuman bergas, no caffein at all (my, my.. apa je la yang aku boleh telan kalau cani?) bla.. bla.. bla.. So bila kua je dari klinik, aku terus info En. Suami. Dia cuma cakap; 'Alhamdulillah'. Erk? Bengang pun ada. Dah la aku sesorang je gi klinik tadi, bila bagitau, reaksi dia cool je (bukan cold.. dia relax je). Takde rasa nak excited langsung. Lagi la aku takde mood. Maka next appoinment adalah dua minggu akan datang.

Setelah cukup haul, sampai la masa aku nak gi second appoinment. Disebabkan En. Suami dah sihat dan boleh naik ke KL, makanya aku pun angkut encik yang seorang itu ke klinik bersama. Kali ni Doktor Kam yang attend, so dia siap scan sebab nak ukur panjang baby (or should I call it my embryo? Ntah la, confuse neh). Here comes..


Maybe apa yang korang boleh nampak cuma dua tanda tambah kat situ and a dot in between. Sorry, cuma ni je gambar yang ada pun.. tak nampak sangat sebab dia very tiny. Umur dia pun cuma 9 minggu. Masa ni la doktor tunjuk anak aku dah ada jantung. Tak sangka gile! Excited pun ada bila suami aku ada sama, siap tunjuk kat mana nak tengok jantung tu; 'Jantung dia kecik je, Salina.. berdegup-degup (siap ada isyarat tangan lagi)'. Then doktor print the scan photo and staple together with the appoinment card. The only thing yang aku ingat hari tu adalah balik ke rumah dan belek gambar scan tu untuk beberapa kali lagi (oh well.. I must admit that I've actually lost count on how many times did I ponder on the photo). Hi hi hi, masa ni baru nampak suami pun excited sama. 

Ogos 2012
Dah dua tiga kali Mardhiyyah tanya aku pasal buku merah, risau gak la. Madame Faridah dah siap ajak aku gi usha Klinik Kesihatan Batu 9, untuk tanya tentang appoinment nak buat buku merah. Rupanya datang je dalam pukul 7.30 ke pukul 10 pagi, antara Isnin hingga Khamis. Sudahnya aku balik free je, appointment pun takde. Risau pun ada sebab ada pegawai kat tempat keje ni yang pregnant sama tapi dah siap buku merah, bagitau nak buat buku kene sebelum 12 minggu. Jenuh la aku minta En. Suami naik sini, nak teman aku gi Klinik Kesihatan pagi-pagi.

 Pagi-pagi hari lepas sahur on 8th, aku ngan En. Suami dah siap sedia dalam kereta. Nak ikutkan hati memang tak larat langsung badan ni, angin semacam. Kesian En. Suami juga, daripada malam sampai ke pagi mengurut badan bagi lega, tak lelap sepicing pun. Nasib baik la dia tau jalan, jadi boleh la aku lelap sekejap sementara nak sampai klinik. Seriously memang rasa kesian sangat ngan En. Suami, tapi dia cakap lepas balik dari klinik nanti dia boleh lelap.

Banyak la urusan yang nak disiapkan, ngan urine test nye, check up nye, jumpa doktor nye, amik obimin nye. Early bird usually gains more, in this case aku siap semua urusan jam 10 pagi. Bayangkan kalau aku daftar lepas pukul 8 pagi, agak-agak pukul berapa selesai pun aku tak berani nak cakap. The next appointment untuk klinik kerajaan would be on September 11th, 2012.

Second scan kat klinik swasta sepatutnya pada 27th, tapi disebabkan aku dah mula check up di Klinik Kesihatan, aku ingat tak payah la teruskan check up di klinik swasta lagi. Macam dua kali kerja pula rasanya. Tapi on 28th disebabkan aku rasa tak sihat lepas balik dari cuti raya, maka aku melangkah jugak la ke klinik biasa tu. Dah alang-alang sampai, aku maklum je la yang aku dah check up di klinik kerajaan. Doktor tu faham dan cuma minta aku datang untuk scan je sebab usually di klinik kerajaan tak scan sampai la dah masuk 3rd trimester. Itu pun kalau ada masalah. Aku malas nak tanya banyak-banyak, scan je la (eleh, sebenarnya hati ni dah tergedik-gedik sangat nak tengok anak kat dalam ni).


Dah mula nampak bentuk anak aku rupanya.. ada tulang belakang, dah nampak tangan. Siap nampak tangan tu gerak-gerak lagi. Bezanya pergerakan tu tak terasa pada aku sebab anak tu kecik lagi. Rasa lain pulak.. ada attached feeling towards the foetus. Aku tak sabar nak tunjuk gambar ni pada suami. Doktor Kam yang attend pagi tu calmly explain pada aku every questions yang popped out. Dia siap ketawa lagi bila aku nampak excited dengan baby yang dah mula gerak-gerak.

- Nampak tak tulang belakang dia? Yang bulat besar tu kepala dia..
- Nampak.. cuma bahagian kaki je yang tak nampak. Eh doktor, dia gerak-gerak! (ada bunyi panik, teruja)
- (Ketawa) Memang la dia dah boleh gerak-gerak. Cuma sebab dia kecik, pergerakan tu tak terasa sangat la.
- Eh? Baru 14 weeks dah ada nyawa ye?
- (Ketawa lagi) Dah ada, Salina.

Aku terus memandang skrin monitor scanner sampai la selesai doktor print gamba scan untuk reference kemudian nanti. Kesimpulannya, aku menunggu next scan on October 4th, untuk tau anak aku punya jantina.. happy nye hati. ulalalala