Ahad, 31 Ogos 2014

Lawatan

August 31, 2014

0102 hrs
Baru selesai melayan ragam anak. Ada ke patut sampai ke tengah malam diajaknya aku tengok FROZEN. Mujur la time dia melalak tu tak sampai bangun segala isi rumah. Kebetulan Mak dan Abah sampai petang semalam. Meriah la rumah aku minggu ni. Jap, may be takkan sampai seminggu kot. Abah memang tak lekat lama kalau datang KL.

Pagi nanti aku mungkin akan keluar dengan En. Noor, bawa Safiyyah main kat taman. So now kena lelap, sebab jap lagi aku nak bangun untuk study and prepare a little note untuk carry around. I gotta do something, kan? Since I'm not a genius. Ni bukan sentap ye. This is the whole truth. So aku akan update lagi nanti. Later.




Agak-agak korang la, pe je la yang En. Noor dok sibukkan tu eh?
1600 hrs - as I'm watching Nanban @ TV2

Sabtu, 30 Ogos 2014

Denda & Cuti Semester

August 29, 2014

Entry ni mungkin pendek sikit tapi aku just nak jot down as a remembrance of our coordinator yang tolerant. Ingat kes aku blah awal dari Majlis Jamuan Raya untuk program aku dua hari lepas? Coordinator kitorang suruh kami yang berempat ni (consider us as the naughtiest in the class) tulis surat tunjuk sebab kenapa kitorang blah je. Well, semalam lagi kitorang dah menunggu depan bilik dia nak submit surat tu tapi dia takde. Even dia cakap hantar Jumaat, dah nama ko buat salah, hantar je la awal. Alih-alih hari ni baru dapat hantar surat tu pada dia.

We are to be GROUNDED for a month. Tu hukuman untuk kitorang. Aku tak kisah sangat, so long as we are allowed to go for outing, grounded tu aku boleh terima lagi. Double edge sword la sebenarnya untuk kes ni, sebab aku balik bukan semata-mata malas or nak tido. Aku memang belum fully recovered from diarrhea. Stay kat sana dengan keadaan panas, dengan aku ni bangsa kuat berpeluh.. BERLENGAS okeh. Sok ko nak salam laga pipi dengan aku pun tak lalu. Yang aku katakan serampang dua mata, sebab hukuman ni MENYEDARKAN (aku harap mesej tu sampai ke sesetengah kepala) kitorang yang KPSL ni that we've taken Mr. Hazman for granted. It's ENOUGH.

On another account, semua dah start check out untuk cuti semester. Kalau ikutkan aku memang tak nak balik lama sebab mengenangkan exam kitorang exactly seminggu lepas naik dari cuti. Tapi sapa nak jangka yang Abah dengan Mak nak datang tengok cucu pulak kan? Harus la aku balik bercuti, walaupun hati tak tenang. Aku memang sangat la malas mengangkut baju-baju bawak balik basuh di rumah tapi kali ni memang totally takde choice. Kali ni aku balik dengan buku sebanyak-banyak tidak, kertas-kertas nota and homework yang bersusun. Dalam kepala ni serabut takyah cerita la. Mana ko nak study, nak layan anak, suami, Mak Abah, nak masak, kemas rumah. T_T

So for now tu je yang aku rasa nak story for now. Nak kemas baju-baju yang nak dobi di rumah, buku-buku untuk study and mandi. Then tunggu En. Noor and Safiyyah datang menjemput. Later.

Khamis, 28 Ogos 2014

Anak Yang Demam OR Jamuan Raya??

August 27, 2014

Pernah tak anak korang berdepan dengan separation anxiety?? Well at least that's what I'm facing now, I guest. Anak aku memang cepat matang, and seems to understand of whatever is going on around her. But she's A GIRL, nevertheless. Now aku, suami and anak dah mula berdepan dengan cabaran. If sebelum ni aku dengan En. Noor pejam mata je about temporary separation disebabkan aku kursus jangka panjang macam ni (even ko still boleh balik rumah every outing, it's not the same dengan berada di rumah tu sendiri.. trust me, walk in my size 6, you'll understand), dengan keadaan Safiyyah demam, meracau panggil-panggil aku.. how am I supposed to feel??

Bab anak demam and medication, En. Noor memang fail. Bukan sebab dia refused to see to the things, tapi as a father, ada boundary untuk bonding between dia and Nur Safiyyah. An easy example, Safiyyah tak boleh nak menyusu kat dia sebab takde susu badan kan?? Masa demam ni la anak nak bermanja-manja, time ni jugak la dia nak melekap kat dada kau, kalau boleh 24 jam. Nak suap ubat satu hal, macam mana la dia sorang nak cekau anak aku, nak sudu ubat sambil nak menahan Safiyyah meronta-ronta lagi.

Stop dulu - khabar tak baik ni.. later aku update.
2230 hrs

Update:
August 28, 2014
0150 hrs

AKU DAH LEGA. *senyum lebar*

NOW LET ME SHARE WITH YOU ABOUT *JAMUAN RAYA*

It has now become a common event, to host a 'Jamuan Hari Raya'. Not that I'm not used to it, but as of now, it's more to pondering thought on how these people could really go on planning an event, of which a certain amount would be collected among trainees, so that the event works as planned. Mind you, we still haven't receive our allowance, which means our daily expenses are on really tight budget.

Masa perjumpaan awal untuk bincang tentang jamuan ni pun ada pelatih semester 1 dah suarakan how BIG the amount of RM12 per head for us. So pelatih semester 2 dengan rasa 'penuh bertanggungjawab' berjanji nak bincang semula dengan pengajar tentang bayaran. After sometime, without any further news, we found out that the amount remains the same. Well what to do, kan? This is GOVERNMENT.

*Korang siap lecture on how tedious the process of application untuk dapatkan kelulusan to host the event. For the remaining trainees semester 1, that's news. But for some us, it's NORMAL, dear. Perhaps korang kene arrange semula thoughts about how clueless we are. Even korang senior sekalipun, korang tak pernah isi Pol.160 macam aku, and rasa bengang bila kerja nak mati tapi penilaian rendah. Next time korang punya exec disiplin tu patut buat research before lecture.*

Back to the story, preparations last minute. Communications gone haywire, and none of us ever understand what this event is for, actually (from what I saw, nak bersilaturahim pun tak kesampaian sebab almost every soul in the event sibuk dengan smartphone masing-masing). Aku still belum sihat sepenuhnya from diarrhea, and fikiran dah jauh ke Cheras, runsingkan anak demam la, laki yang terkontang-kanting mengurus rumahtangga, so event ni seems really annoying to me. Nak pulak habis pukul 10 malam, belum masuk mengemas. Seriously, semak!!

So after makan, elok masuk waktu maghrib aku, Nas, Azie ngan Wani blah gitu je. Aku memang tunggu time nak ke toilet, Nas ngan Azie mengantuk. Aku tak faham kenapa majlis perlu panjang sampai 5 jam. See, dipendekkan kisah, kitorang berempat ni diarahkan tulis show cause letter. So, itu la khabar tak baiknya. Well, nak buat macam mana, dah salah tu tanggung je la hukuman.

Dah mengantuk, nak bangun semula pukul 4 nanti. So sekian la update pagi ni.

Selasa, 26 Ogos 2014

Diarrhea, Childish Emotion, Video for Safiyyah, Penggulingan Kuasa, Fogging

August 26, 2014

Kemain panjang tajuk hari ni, tapi exactly tu la yang aku nak story. Banyak benda yang jadi hari ni, yang aku nak sangat 'bahan'kan.. sebabnya, aku dah lama duduk dalam bubble sendiri. For now, aku nak menguruskan train of thought yang dok berlumba-lumba dalam kepala ni ha. Bear with me, okay.

Diarrhea
Yang ni aku fed up sikit. Puncanya sebab makanan kat kafe asrama ni tak bersih. Masa aku ambil nasi dengan lauk, tak la nampak yang lalat berterbangan menghurung. Bila difikir-fikir balik, mungkin tray lauk tu nampak clear sebab ada orang dah ambil lauk sebelum aku. Memang aku beratur ambil lauk tu. Elok dah siap bayar, baru la aku nampak lalat berhurungan atas ayam tu. Tak sedap hati, tapi sebab dah membayar punya pasal aku makan jugak. Penangannya pagi semalam aku berulang ke toilet. Azabnya Allah je yang Maha Mengetahui, sampai pagi tadi. Now dah mula lega. Bila baru owner kafe tu nak ambil corrective action tak tau la. Tawakkal je la banyak-banyak.

Childish Emotion
Part ni separa lucu, separa meluat, separa bengang, et cetra et cetra et cetra. Kisahnya cenggini, pengajar anatomi aku sound la kitorang pasal knowledge kitorang yang seamat-amat slack. I won't deny it, even aku sendiri tak pay attention kenapa ada biceps brachii di upper limb and di lower limb pun ada biceps jugak. Namanya biceps femoris. Why biceps? Because there two heads of origin. Why brachii? No one answered. Logical thinking, memang selayaknya la pengajar tu feel frustrated. We were expected to STUDY, which means we put some effort to learn more. Tapi perlu ke ko nampak sedih?? How long do you wish to stay a crybaby? Pengajar tu sendiri cakap, "please,  DO SOMETHING ABOUT IT". So rather than be a crybaby, why don't you do something?? Think about it, dear..

Video for Safiyyah
Part ni sedih sikit, sebab mengenangkan yang aku dapat balik Jumaat lepas, only to be back here on Sunday morning. Pendek je la masa anak dara tu nak bermanja-manja dengan aku. Dah la minggu sebelumnya aku tak dapat balik, and dia datang sini jumpa aku pun tak lama. Sedih okay, nampak benar lost and missed. Kena pulak minggu ni dia demam and selsema, definitely merajuk. Usually bila demam, dia bukan type merengek but I was there by her side. To make up for the lost part, aku made a simple short video untuk dia (sent to her pengasuh). It was not much but I want her to know that her mother will always love her, no matter what. Even when I'm not around, I'm always with her. Makaseh miss Rashidah sebab sudi jadi videographer aku.

Penggulingan Kuasa
Pergh, yang ni paling tak boleh blah sekali. Ingat dulu aku pernah post satu entry pasal presiden yang paling gila kuasa? Well him and his vice president sama je, I can group them in the same league. Cuma baru ni la vice president ada buat kerja, tu pun selepas aku initiate jalan. Today the vice president dah pergi jumpa coordinator and mengadu, and the ultimatum is presiden digulingkan. Horrific timing, and horribly arranged, ada pulak yang cakap aku ni have got something to do with the coup de etat. Helloooooo, if you really wish me to be the mastermind behind all these, things would be much smoother. And I will have the whole organization reshuffled, by my hand. Cuma tak sampai hati, and aku dah selesa stay in my own bubble. Why should I get my hand dirty??

Fogging
Petang ada fogging lagi, untuk kali yang ke berapa pun aku tak tau. Kerap benar fogging, sampai naik cuak aku ni. Banyak benar ke kesnya? Best la bagi siapa yang dah cuci baju and sidai lawa-lawa tu, bau asap balik la penyudahnya. Teringat pulak masa fogging yang terakhir hari tu, stall kat kafe (yang aku beli makan sampai diarrhea) tak ambik initiative nak tutup makanan pun. Segala jenis makanan, lauk-pauk terdedah atas meja tu masa orang fogging. Kot dia fikir kalau dapat asap fogging kat makanan tu kira macam dah upgrade level selamat makanan tu gamaknya. Hadoi la..

Kesimpulan
Banyak benar benda yang jadi hari ni sampai menggoda aku keluar bubble jap. Tak boleh jadi ni.. sok aku akan masuk semula dalam bubble. Later.

Ahad, 24 Ogos 2014

Program-Hari-Ahad

August 24, 2014

Beria-ia benar tajuk entry hari ni. Aku nak update so aku tak lupa. From last week aku dah dimaklumkan yang aku dipilih jadi AJK untuk Persatuan Pembimbing Rakan Kolej. Kenapa?? Tak percaya?? Sila la percaya ye kawan-kawan, aku terpilih untuk jadi Pembimbing Rakan Kolej. Dah dah la tu, tak yah le rasa terkejut sangat. Sebelum aku jadi nakal, aku adalah budak baik *muntah*. Now after dah jadi nakal, aku nak BAIK balik.

Kalau dah habis terkejut, meh nak cerita sikit kisah hari ni. Kursus yang aku join ni dinamakan Kursus Asas Kemahiran Menolong. Sape menolong? Sape ditolong? Well, depends on situation. Sometimes its us who need help. Sometimes others do. Tapi bila nak tolong bukan la suka-suka je ye. Perlu la ada kemahiran, bukan main semberono je. Basically apa yang aku belajar hari ni adalah ulangan untuk apa yang aku pernah belajar dulu, because I was Pembimbing Rakan Sebaya.

*sila teruskan rasa terkejut anda; nganga luas-luas lagi. Saya adalah Pembimbing Rakan Sebaya sebelum ini*

As usual, first session was ice breaking. Quite fun, and aku predict yang aku akan stay invisible as always. Sorry dear, you're wrong this time. There are people who noticed you. Ada juga sesi 'first impression'. People described me as 'tegas, berkeyakinan, peramah, sporting' (nape tak TEGAS, ADIL & BERHEMAH je eh? Kan senang tu). Contradicting at some points, tapi still the same characteristics remain. Am I so stern-looking?? Walhal dah habis senyum, macamkan kerang busuk pulak. Hish!!

Then ada puzzle-fitting session, yang sangat memeningkan kepala. After that ada sesi main dadu - maju & undur. Lepas tu sesi mengenal personaliti. Ada 4 jenis personaliti - burung helang, burung merpati, burung merak & burung hantu. Characteristics untuk each group ni please la korang tanya kat En. Google. Nak menaip panjang ni pun tak daya dah. Aku?? Ye, kawan-kawan.. bersesuaian dengan mata besar aku ni, aku tergolong dalam group burung hantu ye. Hmm..

Program habis pukul 4.30, kitorang gerak balik and sampai dalam pukul 5.30. Sikit punya 'syukur' la, bas tu dropped kitorang kat lobi kolej, dengan keadaan hujan. Maka menapak la kami anak-anak kecil ni naik bukit Tension tu ha. Dah alang-alang basah, aku lajak terus ke kafe, makan siap-siap sebelum naik ke bilik. Now after mandi, terasa la betapa sengalnya satu badan. Aku nak gosok baju siap-siap (sebab terasa akan sikit malas lepas ni), study pendek and sleep. That's all.

Nota kaki:
1. En. Noor yang dihormati (kang cakap SAYANG korang jeles pulak), terima kasih sebab sudi & redha bangun awal untuk hantar salina balik ke kolej subuh-subuh sepi'e tadi. Jasamu dikenang (konpem kek coklet cheese sebijik untuk tanda CHENTA KASIH pada anda ye).

2. Nur Safiyyah yang ibu peluk cium selalu (walaupun Safiyyah bucuk mashem), sorry ye ibu balik skool awal hari ni. Next week, kita gi main kat taman subuh-subuh sepi'e okeh. Safiyyah naik buai puas-puas, ibu sambung baca buku. Elok Safiyyah just nice macam nak hitam je (sebab berjemur), kita balik ye sayang. *wink*

Nota kaki lagi:
Aku adalah sangat pemalas nak ambik gambar during activities, tapi ada gak gambar beramai-ramai yang sedang seronok beramas-mesra. Nanti-nanti la aku update. Now nak start keje. Later.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Because-I'm-Not-A-Genius

August 22, 2014 

Sadis je tajuk entry pagi ni. Ni bukan entry sentap ye, just nak tunjuk how some of us really take a simple advice into action.. merely because we are not a genius. Kisahnya bermula petang semalam bila pengajar anatomi kitorang purposely delay to dismiss us. Tujuan dia adalah semata-mata nak share one tip on how to remember everything we've learned so far. Aku pernah mentioned about the subject yang aku ambik semester ni, but never in detail kan? Now still takde intention nak explain in detail, cuma aku nak maklum seperkara.

Dari mulut pengajar anatomi kitorang sendiri, program aku adalah yang paling tough (memula masuk aku terasa Mastura tipu sebab dia cakap program ni senang, but now bila dah mula faham how things work,  yup, relatively easy). Pengajar aku ni asalnya nak buat medic, tapi atas sebab tertentu, tak dapat teruskan. So dia proceed dengan anatomi. What he taught us is close to what he learned in university - the level of difficulty. Sebab untuk program ni all of us MUST know anatomy in detail even strictly khusus kepada bones, muscle, joint and tendons. For every muscle yang ada di badan, we must know the origin and insertion. Tulang bukan hanya setakat pada nama but all characteristics yang ada. Every projections, every depression, roughened area have their own name, that we must know LIKE THE BACK OF OUR HANDS.

So our level of difficulty is relatively second to the doctor.. or so he said. That's why he shared the tips on how he remembers everything. The point is to memorize. So put some of what you've learned in a small piece of paper, and read them on your way home (back to hostel, in our case). Always read. Eventually you will remember. Taking his advice, pagi ni ada perubahan.. even to some of us only..

This is just a passing thought while I'm stretching out after study.. nothing more and nothing less. Later..


Isnin, 18 Ogos 2014

Are-You-For-Real??

August 18, 2014

Hari ni aku tido puas dalam kelas awal pagi, even dalam berlengas sebab aircond still not working. Alang-alang pengajar tak masuk, sila pandai-pandai ambik kesempatan ye, kawan-kawan. Tiada la daya kuasa aku nak recce mana perginya pengajar tu. Dah tentu bersebab dia MIA, sebab pengajar takkan missed class without valid reason.

Second period is digestive system, and aku lega sebab dah puas tido. So dalam kelas ni aku segar. Jangan main-main okeh, pengajar tu seriously stern. Ada yang dah tertidur tadi, dia mark muka orang tu. Next time kalau tidur lagi konpem dia deduct terus 5% attitude and aptitude marks tu. Ngeri okeh. Minta dijauhkan!!

Petang tadi ada perjumpaan, so budak-budak ni nak solat Asar dulu sebelum masuk perjumpaan. Aku turun lewat sikit, so aku ternampak la dua makhluk Allah duduk berkepit semacam dalam surau tu. Aku tinggal beg sekejap, terus dash out ke toilet. Bila balik semula, yang pakai tudung tadi dah lucut tudung, makin melekat pulak dah.

Elok budak-budak ni siap solat, yang ala-ala tomboi ni dah baring atas riba awek comel sebelah dia tu. Cakap pun bisik-bisik. Hadoi.. korang set surau okay, at least aku nampak ko baik kat mata aku. At least aku cuba bersangka baik, gaya tomboi ko tu aku simply anggap ko tak sengaja pakai macam lelaki. Ko orang kanan persatuan islamik..

Please.. banyak benar kes kecelaruan identiti sekarang ni. Jiran bilik aku pun ala-ala celaru identiti, siap staring dagger kat aku bila aku gurau ngan roommate. Adoi la.. jadah apa kah aku nak terjebak feeling kat kaum sejenis neh?? Ko ingat aku dah tak cukup sumber ke nak menggentel? Abis laki aku tu nak dicampak ke mana hoih?

Dah-dah la tu.. apa la salah aku kat korang. Yang bercelaru identiti tu korang, tapi aku lak yang jadi mangsa bengang korang. Malas aku nak layan korang ni. Aku nak study physiology. Go Salina, go!!

Ahad, 17 Ogos 2014

Due-On-Monday

August 17, 2014

Baru selesai assignment untuk anatomy, just 6 questions but to go over the chapters (jumping here and there).. I'm drained. Next on the list are respiratory system and lungs surface marking.. but now I'm in dire need of rest. Tak sabar nak jumpa En. Noor and Safiyyah nanti. Tido dulu..

0423 hrs

Woke up late.. real late. Pukul 8.15!! Hamik kau! Aktiviti riadah tu dah sah-sah kirim salam je la jawabnya. Terus cuci muka, masak air, bancuh kopi, masak megi. Huhuhu (T_T) ada la 2 kali En. Noor call untuk kejut tapi sakit kepala sebelah cam pagi tadi, bangun pun tak guna. So now, dengan rasa perut yang HAPPY, aku nak skip respiratory system and lungs surface marking, jump straight into palpation table. Lunch date dengan En. Noor and Safiyyah, then video shooting. Bismillah..

0928 hrs

Sabtu, 16 Ogos 2014

Replacement-Class-Done

August 16, 2014

Agak awal aku bangun hari ni, sebab sakit perut. Penyudah ulang-alik ke tandas adalah dengan menelan sebiji painkiller. Takde kerja betul aku ni, pagi-pagi dah makan painkiller. Terpaksa la, tak larat aku nak berulang ke toilet. Naik berkepam jamban tu ha, walhal bukan ada 'isi' sangat yang nak dibuang pun.

Replacement class hari ni masuk minggu kedua. Penat tak yah cerita la, belum masuk lagi yang persatuan nak buat aktiviti esok pulak. Aku kekadang sampai timbul persoalan, bila la masa korang ni study agaknya. Banyak benar masa atur aktiviti untuk kitorang, semua WAJIB untuk semester satu. Hm, kat sini, tu la PENYAKITNYA. Semua WAJIB.

Esok punya aktiviti, awal-awal dah kutip duit. Terasa gak cam nak sound, korang asal ada aktiviti je mesti kutip duit kan? Kalau bulu kat badan aku ni boleh ganti duit, abis dah kot aku cabut, tak pun semua habis luruh gamaknya sebab nak membayar aktiviti yang kitorang WAJIB join. Tapi indah benar bahasa korang, kutipan tu bukan BAYARAN but SUMBANGAN. Tang mana sumbang nye tu hoih?

Meh bagitau aku, korang pening tak dengan assignment bertimbun termasuk video shooting yang semuanya due Isnin ni. Then korang DIWAJIBKAN pulak hadir aktiviti SENGGANG. Ada je penyelaras program yang komplen sebab diorang tak dapat surat makluman pun. Tapi nak halang pun tak boleh, budak-budak dah bayar. See? Macam tengah buat something illegal je kan? Kutip duit senyap-senyap.

Now sangat berbelah-bahagi, antara nak pergi atau tak. Setakat nak join halfway, pastu minta excuse, jangan harap la nak dapat jam kredit. Ei, semak kepala okeh. Malam ni pun still tak larat nak proceed dengan video shooting. Belum masuk dengan soalan yang tiba-tiba dapat tadi, nak hantar Isnin ni jugak, aku dah nak SEWEL neh.

Sebelum aku betul-betul sewel dengan kerenah sengal, pe kata kita pakat buat assignment yang important dulu. Kalau aku sedar diri sok, aku join aktiviti pagi. Kalau tak, means sadaqallah la tu.. #kbai#

Jumaat, 15 Ogos 2014

Cerita-Hantu

August 15, 2014

Cam poyo je tajuk entry aku malam ni kan? Bukan pe, kebetulan aku balik dari toilet tadi, terbau la setanggi kuat kemain. Serta-merta ingatan aku melayang kat cerita siang tadi. Kawasan kolej aku tu boleh dikategorikan sebagai 'keras'. Now, sape yang cakap, "opkos la keras, dah bangunan tu buat dari batu", ha meh sini aku luku kepala tu sikit.

Banyak benda dah jadi sebelum ni, sampai ada nasihat untuk kitorang pelatih baru not to linger around too late after class. Yang tu aku dah tau, sedia maklum. Masa bulan puasa hari kakak cleaner tu dah cerita pasal sorang 'nenek' tua, sometimes 'pakcik' tua. Sila maklum, masing-masing ada territory sendiri ye.

Kali ni story datang dari pengajar kitorang pulak, cerita pasal pocong kat Jengka, Pahang tu. Dah lama dulu, tapi dia boleh cerita satu-persatu apa yang kakak dia kat UiTM Jengka jumpa masa tu. Tak yah detail sangat la ye, aku pun tak suka nak takut lebih-lebih. Cuma yang tak bestnya, pengajar ni story kat dalam lab masa kelas tadi.

Kena pulak tu kawasan 'dia', banyak patung dalam tu okeh. Cuak jugak la aku. So dia pesan sebelum masuk bilik hostel baca ayat Kursi and 3 Qul dulu, supaya 'menda' tu tak mengikut. Hadoi la, kan aku dah takut?? Camane la agaknya aku malam ni..

Khamis, 14 Ogos 2014

Asal-Ada-Lapang

August 14, 2014

Hari ni hari yang 'panas'. Mau tak, semalam tah malaun mana gi matikan suis aircond kat kelas ni sampai 2 kali, penyudahnya sampai tengah hari ni aircond tak berfungsi. Ni betul punya teghak, dah pesan banyak kali kalau sejuk bawak sweater sebab suis aircond tu kalau kacau memang masalah. Now?? Everyone's ROASTED!!

Mende dah jadi, nak bising pun tak guna kan?? Aku pun tak amik port sangat, tapi kena sebijik la pada presiden aku yang pemalas ni. Kena sound ngan budak-budak ni dia boleh buat LEMBU KENYANG, sekali kena sound ngan pengajar tadi boleh pulak nak marah. Siap nak baling kasut kat siapa yang usik suis aircond tu lepas ni. Takyah la susah hati sangat presiden oi, selama ni orang yang buat kerja ko.

Sok kalau ada isu timbul kat kelas ni, ko tu aku bagi MAKAN KASUT terus. Senang kisah. Bagi hint suruh letak jawatan takmo dengar.

Hari ni Khamis kan?? As usual, ada persatuan yang akan ambik masa korang dengan anjur aktiviti bagai untuk weekend nanti. Promise jam kredit lagi. Nanti aku fikirkan nak pergi ke tak. Yang aku malas bukan apa, tak pernah tepat masa. Janji nak lepas pukul 4 lebih, pukul 6 lebih baru release. Pengajaran betul bulan puasa hari tu, kemain disuruhnya kitorang ni dengar ceramah walhal diorang kat belakang sedap berdengkur. Set-set ni la yabg aku rimas sikit, konon islamik tapi tak kena tempat.

Mau tak, nak cegah maksiat kat aku yang tentu-tentu dah kawin ni. Asal ko tak gi sergah yang dok bersidai kat pokok-pokok, kat netball court ngan depan pagar asrama tu ha?? Korang ni la kan.. aku elok lembut hati nak follow korang, terus jadi malas.

Jap lagi applied anatomy. Aku nak merajinkan diri baca buku ni. Later.

Rabu, 13 Ogos 2014

Happy-18th-Month, Nur Safiyyah

August 13, 2014

Adei, sayu gak rasa bila anak cecah setahun setengah tapi aku jauh dari dia. In fact, kak Ros (pengasuh) yang bawa dia ke klinik untuk immunization bulan ke 18. Even aku bahagi masa dengan balik every weekend possible (Ahad je la pun), tapi terasa macam mana rindunya kita pada anak and rindunya anak pada kita. Sampai tahap berebut dengan ayahnya, sebab nak conquer ibu untuk dia je. Itu jam, ibu pun naik sewel. Mau tak, ayah dengan anak sama naik!!



1st photo, masa on the way nak ke klinik. Hari ni kak Aisyah yang teman Safiyyah. Khabar baik hari ni, berat Safiyyah bertambah. Cuak jugak la aku dengan kerenah dia takmo makan hari tu. Second photo masa nak tunggu ayah jemput petang tadi tu yang aku ada runsing sikit. Beg baru, kasut baru. Adoi la anak, ibu ni tengah tak meriah. Bila pengasuh yang belanja banyak-banyak camni, ibu gerun jugak. Hehehe.

Kisahnya cenggini, kak Ros keluar tak bawak si Safiyyah. Dah dua kali pulak tu. Pesen anak aku ni, kat rumah kemain lagi berdikari, tapi kat rumah pengasuh, kemain la manjanya sebab dia tiba-tiba diiktiraf menjadi yang bongsu kat rumah tu. So bila anak aku merajuk, akak tu pun pujuk la. Bawak dia keluar jap. Dah alang-alang keluar, beli satu selipar (konon nak selipar rumah untuk Safiyyah, tapi lain pulak jadinya). Testing beg, dah takmo lepas pulak. Maka diambil la keduanya. Sorry la kak Ros.. hehehe.

Kisah semalam..




Selasa, 12 Ogos 2014

Bad.. or Worse?

August 12, 2014

Sepanjang malam perut aku meragam. Jenuh aku berulang ke toilet. Time cani takde la pekdah korang nak bagi aku takut dengan horror story. Dapat sampai toilet on time pun dah besar rahmat. Aku cadang nak bertahan je. Selalu kalau aku salah makan pun perut tak meragam lebih dari sehari. Kali ni lain pulak.

Sorry cerita petang ni tak berapa nak murni sangat.. tapi hakikat yang dah takde pepejal yang keluar melainkan air adalah memenatkan. Ditambah dengan muntah pagi tadi, maka aku takde pilihan melainkan pergi ke klinik. Since aku belajar di kolej di bawah KKM, MC yang diterima hanyalah MC dari hospital kerajaan sahaja. Leceh okeh.

Elok siap isi borang, aku terus tunggu depan auditorium even admin cakap transport ready pukul 9. Dalam hati terfikir-fikir jugak, macamkan tak biasa dengan government, janji pukul 9 tapi show uo pukul?? This morning transport hanya datang pukul 9.30. Dipendekkan kisah, sampai ke KK Sg Buloh yahg dah padat dengan manusia.

Tapi tak lama, urusan aku selesai pukul 10.30, tapi menunggu pelatih-pelatih lain siap, nak call transport untuk jemput kitorang, finally sampai di kolej pukul 12.30 tengah hari. Bayangkan dari pukul 8 pagi, nak lunch baru setel. Tu tak masuk rasa unbelievable bila doktor cuma pandang aku dan tanya sakut apa, elok aku informed pasal diarrhea, dia terus tulis prescription, then dismissed aku. Well, gomen kan??

Sabtu, 9 Ogos 2014

Budak-budak

August 9, 2014

Pagi-pagi mula dengan entry luahan perasaan, alahai, mendungnya hari aku. Tapi ni best, sebab entry aku kali ni bukan luahan perasaan kecewa whatsoever, tapi observation sepanjang study kat sini dah close to 2 months. Lets put away kes-kes yang melibatkan senior-junior ni, masa aku suntuk, tak sempat nak layan. Now set-set budak-budak perasan matang.

Bila buat meeting nak dapatkan collective decision, semua setuju bila ada usul. Bila tanya kot-kot ada cadangan dari mulut-mulut ni, masing-masing senyap. Sejak awal aku perasan yang program aku ni puak utara power betul. Set-set Kelantan yang orang bajet akan berpuak tak pulak menjadi kerenahnya. Set-set Borneo tak boleh nak kata apa la. Kalau aku rentas laut cam diorang pun gamaknya aku akan feel comfortable being around those yang "sekapal" kot.

Entry dedikasi ni biasanya mild kan? So untuk puak utara ni, ghentikan le buat perangai buruk tu. Waktu kelas 8 jam sehari, every 20 minutes ko akan belek tudung, belum sekali pun aku tegur,  because it's personal. Tapi collective decision ni lain, be a professional boleh tak? Kalau ko ingat "sentapan" ko tu akan buat aku tukar fikiran, renung-renung la balik. Kalau aku start bawak keluar statement pedas nanti, takut ko merajuk takmo masuk kelas lak. Sape rugi? Ko kan?

Okay, now time nak ke kelas. Later.
6.55 am

Aku sungguh kelelahan. Amali palpation, amali sistem respiratori, amali palpation, amali sistem respiratori. Habis pukul 5.30, atas belas ehsan. Kalau tak, pukul 6 tu baru nak menapak balik. Terbongkang terus!! Sampai budak-budak ni beli makan tak singgah kat tempat aku sebab ingat aku keluar (ada kasut kuliah, tapi takde selipar). Maka adalah aku menyusahkan roommate ni dengan minta dia teman aku tapau dinner. Bukan apa, pergi tapau nasi pun aku boleh sesat!!

Elok habis makan, dapat pulak mesej yang bagitau ada perjumpaan dengan trainee semester 2 sebab nak bincang pasal jamuan hari raya. Nak mengeluh pun tak guna jugak, in the end the result always remain the same. Cuma last aku dengar masing-masing kena bayar sorang RM6.00, tapi dalam perjumpaan tadi semua dah berubah. Bayaran sekepala dah jadi RM12 untuk makan plus hadiah cabutan bertuah. Tentative pun dah berubah. Jumaat 5 petang sampai 10 malam.

5 jam hoih, 5 JAM!! Setakat sejam dua pe de hal, tapi 5 jam, jadah apekah ini?? Aku terus BODOH sekejap.

Budak-budak ni bising la, mahal benar bayaran tu. Pulak tu demand nak masing-masing bawak kuih raya. For the sake of OSPI, aku malas nak bersuara. Masing-masing suka lepas tangan, aku la yang selalu jadi mangsa. Mangkuk hayun betul budak-budak ni. Kali ni lantakkan situ, korang bersuara la sendiri. Kelas aku ada presiden, naib  presiden as well as AJK, tapi honestly, USELESS. Ada atau tak, sama je.

President cuma pada nama, kerja tak nak buat. Sampai ada satu tahap satu kelas kena marah sebab kelas kotor tapi presiden boleh buat LEMBU KENYANG (nampak macam serupa dah pun). Now kat mata aku, presiden dah takde value. Depan senior bukan main lagi tunjuk tegas, tapi dalam kelas, well aku sendiri tak boleh nak klasifikasikan jantina makhluk sekor ni. Nak marah pun tak boleh, ramai pengikut.
Senang kisah macam ni je, aku akan start develop satu bubble around aku lepas ni. Kalau kelas tu runtuh pun bukan masalah aku, kan presiden kesayangan ada. Aku takkan berminat nak layan sebarang pertanyaan about anything, budak-budak ni kalau nak tanya pape sila refer En. Google. Generasi Y sangat kan? So be it. Now aku sangat sleepy,  and process nak build bubble wrap dalam study life dah nak mula. Till then.

Ahad, 3 Ogos 2014

Demam-Raya

August 3, 2014

Boleh pulak terjaga tengah-tengah malam macam ni. Saja nak suruh aku study pectoral girdle la neh.

Just joking. I know, tak kelakar okeh.

Semalam aku sangat risau sebab Safiyyah lost appetite dah seminggu lebih. She's literally shrinking okay. Tengah hari semalam akak pengasuh tu mesej bagitau Safiyyah demam and muntah. Ini sangat tak boleh dibiarkan ye, dah la lost appetite, now demam and muntah pulak. Aku baru selesai masak lunch masa tu, terus siap nak ambil dia and terus ke klinik. Kebetulan En. Noor baru sampai rumah, aku angkut sama. Dia boleh jadi driver time aku tengah kalut ni.

Klinik Mediviron yang aku frequent boleh tutup pulak. Seriously raya tahun ni adalah yang paling heaven sebab cuti panjang tapi in terms of necessities and emergency needs, totally mencabar kesabaran la. Dah la tengah hari rembang, Safiyyah pun sama panas garing, klinik pulak tutup. Melilau kitorang pusing sampai ke Bandar Tun Hussein Onn sana, kot Poliklinik An Nur bukak. Hampeh!!

Nasib Klinik Selva buka. Ada lagi satu klinik dekat situ tapi mak aih beratur la. Punya la ramai mak bapak yang bawak anak-anak. Ye kawan-kawan, musim demam telah tiba. Tunggu boleh tahan la, around 15 minutes. Aku consider lunch time, so nak fussy sangat pun tak guna. Elok je doktor masuk, check Safiyyah, kitorang balik. Cam selalu, pengasuh adalah orang yang paling risau. Cik Piah is her best friend okay, so bila anakku itu demam, keseorangan la pengasuh.

Hari ni tak lama demam tu nak drag. Mau tak, asal Safiyyah cirit, elok basuh, siap main air sama. Menjelang petang, ada kot dalam 8 kali Safiyyah mandi, a.k.a main air. Badan dia still lemah, tapi spiritually anak aku is stronger than her mother. Tengah pening-pening lalat semalam pun dia still bangun nak main. Siap tarik tangan aku ajak main sama. Hah, what the fish?? Sibuk dia main masak-masak, konon nye jamu air kat aku la. Kena paksa minum pulak tu. Hadoi la.

Petang tadi dah masuk hari kedua Safiyyah mandi air kucai. Hahaha. Lepas dinner, keluar meronda sekejap, then balik bila Safiyyah dah mengantuk. Dengan aku sama lebuh.

And now aku tak boleh nak tidur semula. Perhaps I really need to drag myself to the bag and open the book. Origin and insertion is not a favorite topic okay, but still..

Got to go.. till then.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Kenapa-Tak-Mau-Makan???

August 1, 2014

Feeling sangat tak best, dari malam tadi aku memikirkan apa je la yang buat Safiyyah putus selera makan. Bukan semalam or kelmarin, tapi sejak dari sebelum cuti raya lagi. Masa En. Noor ambik Safiyyah dari rumah pengasuh, ada la kakak ni cerita yang Safiyyah tak selera makan dah 2-3 hari. May be sebab cuaca panas, or sebab dia sibuk main. Akak tu runsing, sampai terfikir-fikir nak cari vitamin tambah selera untuk anak dara aku tu. Alahai, sian akak.

Tapi aku perhati sendiri, dari mula aku cuti sampai hari ni, boleh kira dengan jari bilangan meal yang Safiyyah makan bersungguh. Aku cam biasa la, habis Uncle Google aku godek sebab nak cari idea pe je la yang dok menyekat selera anak aku. Ada petua orang tua-tua suruh mandikan anak dengan air kucai - means ramas kucai dalam bekas air mandi, buat bilasan akhir. Telah gigih aku pesan pada En. Noor suruh beli daun kucai, alih-alih balik menyengih, "abang lupa la, Salina".

Malam pulak diajak aku dengan Safiyyah ke Giant, nak beli daun kucai. Semata-mata tu je? Takpe, bang.. sok balik keje beli. Tak kosser nak keluar malam-malam ke Giant semata-mata nak beli daun kucai. Hari ni dah sibuk surf method lain pulak. I need options, so bila aku masuk semula ke hostel, aku boleh pesan pada suami untuk buat apa yang perlu. Rimas okeh bila anak takmo makan. Runsing. Bila aku runsing, kepala aku kerja non-stop. Sampai dalam tido pun aku dok fikir.

So nantikan je la perkembangan seterusnya. Harap-harap berkesan. Aku bab-bab ubat or vitamin ni lemah sikit. Demam pun sehabis boleh aku bertahan bagi air kelapa, unless viral fever, terpaksa la ke klinik sebab aku tak ada antibiotik sendiri.
Sementara nak tunggu next move, aku nak jawab soalan anatomi sikit.Till then.