Isnin, 31 Disember 2012

Jujur

December 31, 2012

Entry ni aku buat tanpa sebarang gambar untuk menarik perhatian. Entry ni sekadar pengakuan jujur dari aku.. selama aku berkawan dengan mana-mana lelaki (sebelum berkahwin) belum pernah ada seorang pun yang menegur perihal berpakaian, apatah lagi bertudung. Kawan-kawan perempuan apatah lagi, semua pakat try trend baru setiap kali ada new style untuk tudung. Aku pun terikut-ikut sama (walaupun tak sehebat dan segempak kawan-kawan semua.. disebabkan aku punya sense of fashion memang definitely off), jadi bila aku pakai tudung, ngan-ngam je paras dada. Bukan menutup dada.. macam yang dituntut agama (bukan berdakwah okey).

Masa mula-mula kenal En. Suami, adik ipar (yang tolong kenen aku ngan En. Suami) dah kasi warning awal-awal taraf pendidikan masing-masing. Tak perlu la aku terangkan panjang lebar di sini, cuma jawapan balas dari aku adalah, "So? Kalau tak belajar tinggi nape? Tak boleh kawin ke? Tak boleh nak berkeluarga?" (sila baca tanpa nada marah). En. Suami pun boleh dikategorikan sama macam kawan-kawan lelaki yang lain (pada masa tu la) sebab dia tak menegur pun tentang baju mahupun tudung. Hehehe.. aku fikir dia tak mau menegur hanya semata-mata disebabkan isu taraf pendidikan tu. Takpe la.. tunggu sikit lagi.

Sebaik saja En. Suami menerima akad ke atas aku, perkara pertama yang dia betulkan selepas serah mas kahwin adalah betulkan kedudukan tudung yang aku pakai pada masa tu. Jangan salah faham, bukan singkat, cuma ngam-ngam paras dada. Orang cakap aku pakai saiz M (agaknya la kot, takde keje nye aku nak belek saiz tudung masa beli. Janji ngam sudah!). Walaupun aku tak pin kerongsang belakang tengkuk (macam yang ramai orang buat - nak bagi nampak leher jenjang) tapi aku pin di kiri kanan bahu nak bagi kedudukan tudung terletak. Jadi bila aku bergerak kiri kanan, kadang-kadang kedudukan tudung tu beralih sikit, terangkat sikit menampakkan apa yang ada. Faham-faham sendiri dah la ye.

Aku perasan mata En. Suami memerhati, cuma perhatian tu bukan la berbentuk 18SX (seriously!).. En. Suami lebih banyak lost in deep thought. Dari hari bawa ke minggu, dari minggu bawa ke bulan.. setiap kali aku nak beli baju dan tudung, En. Suami tak pernah komplen, tak pernah bantah. Semua cantik, semua lawa, semua berkenan. But something is amiss. Aku recognize perasaan tu, but always, I can never quite put a finger on it (eleh, admit je la aku ni memang lembab sikit bab-bab ni). Sampai la tempoh aku berulang-alik ke Johor naik bas (time ni aku dah pregnant, so sometime aku sampai waktu Maghrib di Larkin, jadi En. Suami bawa pusing-pusing dalam terminal dulu sebab tak nak gerak time Maghrib). Begini ceritanya..


Flashback

Aku rasa tak berapa selesa nak meneruskan pakai selendang ataupun shawl sejak mengandung ni.. ada rasa suffocated sikit. Nak pulak bentuk badan aku berubah sejak mengandung, ada tempat yang aku fikir memang wajib aku tutup dengan baik (ni aku amik serius sebab ada yang menyampaikan perihal kawan sepejabat yang memandang semacam bila aku melintas depan dia - tak elok sebab status aku bukan bujang lagi) jadi aku tanya En. Suami sama ada dia tau mana-mana tempat yang aku boleh beli tudung berawning lembut. Payah nak cari di KL sebab saiz yang ada semua M, dan aku tak selesa dengan tudung yang ngam-ngam paras dada. En. Suami cakap dia cuma boleh bawa aku pusing-pusing supaya aku ada pilihan, tapi dia belum ada bajet (sebab gaji lewat sikit). Aku angguk je.

Tiba kat tingkat atas terminal tu, aku terpandang satu deret tudung yang aku rasa berawning lembut (and of course, memang tepat sekali pandangan aku tu!) jadi aku terus tarik tangan En. Suami untuk tengok lebih dekat. Sekali belek tudung tu cuma ada saiz L dan XL je. Aku cuba saiz L (siap peraga depan En. Suami). Elok je aku betulkan kedudukan tudung tu, En. Suami tanya harga pada kakak kedai tu. Kakak tu balas, harga ikut saiz. Jadi untuk saiz L, RM18/= sehelai. En. Suami terus suruh aku pilih kaler yang aku berkenan. Eh? Sungguh aku tak faham.. tapi saya-yang-menurut-perintah, aku pilih dua kaler - biru dan hitam (senang sebab masuk dengan banyak kaler baju). En. Suami amik, hulur pada kakak tu dan terus bayar. Eeeehhhh??

Aku diam sampai la kat umah.. sebelum masuk tidur, aku tanya, "kan abang cakap takde bajet.. nape beli jugak tudung tu? Saya boleh tunggu sampai kita cukup bajet nanti baru beli." En. Suami tak terus jawab, as usual, lost in deep thought or rather, phrasing and rephrasing every word sebelum balas pada aku, "abang rasa berkenan. Kebetulan pulak tudung yang sayang jumpa tu abang berkenan, duit ada sikit lagi, pakai je la. Gaji abang pun lagi sehari dua dah nak masuk, jadi abang tak runsing sangat." Gile kau, something is off, tapi aku malas nak panjang-panjang story sebab mata aku dah makin berat. Sok-sok je la aku sambung tanya (kalau ingat la).. wassalam.


Fast forward >>

Aku dah cakap, aku akan tanya lagi bila aku rasa teringat. So ada la jarak dalam 2 - 3 bulan sebelum aku tiba-tiba teringat nak tanya semula. Itu pun sebab En. Suami kebetulan betulkan anak rambut yang terjuntai keluar dari celah-celah tudung dan pipi aku masa naik kereta nak ke CS beli barang dapur.

Aku: Terima kasih abang (sambil senyum-senyum manja, siap kelip-kelip mata lagi).
En. Suami: Kenapa? (rupa confuse)
Aku: Abang tolong betulkan tudung saya.
En. Suami: Oh, sama-sama. Abang suka tengok sayang pakai macam ni, cantik.

Aku nyaris-nyaris terbatuk (kalau tengah makan mungkin aku tersedak), ni kali pertama En. Suami puji pakaian aku tanpa perlu aku mula bertanya.

Aku: Eh? Kenapa? Selama ni saya pakai tak cantik? (korang tengok tu? Dah memang perempuan kan, lagi mau tanya)
En. Suami: Selama ni cantik, tapi hari ni lagi cantik. Pakai baju longgar, seluar panjang longgar, tudung labuh tutup dada. Yang kurang cuma mekap je, tapi abang maafkan sebab abang faham sayang tak suka mekap.

Oh Tuhan.. rasa sebak sangat. Tatau nape, aku rasa sayu betul. Suami aku bukan suka membebel panjang-panjang. Dia memang suka melayan celoteh aku, tapi bersyarah memang jauh sekali la. Dia akan nasihat bila perlu, atau dia rasa aku makin hampir terbabas langgar border.

Aku: Kenapa sebelum kahwin dulu tak tegur? Masa awal-awal kahwin dulu pun tak tegur. Ni dah genap setahun kita kahwin, baru sekali ni saya dengar dari mulut abang pasal berpakaian.
En. Suami: Sebelum kahwin, belum ada hak atas sayang. Kalau tegur pun abang berkias je. Kalau terima, Alhamdulillah. Kalau tak, abang tak boleh paksa. Sekarang dah kahwin, abang wajib tegur yang salah. Salina pakai selama ni belum sekali pun salah pada pandangan abang, cuma sekarang abang tengok sayang dah makin suka pakai labuh-labuh, longgar-longgar. Abang bersuara la, bagi galakan.

Saat tu, aku faham kenapa Allah jodohkan aku dengan En. Suami dan bukan dengan orang lain. Selama ni aku selalu bertanya kenapa aku dijodohkan dengan lelaki yang 180o berbeza sikap dan kehendak daripada aku. Ada rasa takut, tak yakin (walaupun aku sendiri dah tengok betapa kuasa Allah - aku dan En. Suami berkenalan, bertunang dan bernikah dalam tempoh tak sampai setahun). Sekarang aku dah faham.. dan sejujurnya aku sekarang lebih bersyukur dengan ketentuan Allah. Syukran ya Allah, terima kasih En. Suami..

Isnin, 17 Disember 2012

SeindahBudiSelingkarKenangan

December 17, 2012

Atas permintaan kawan-kawan, aku cuba la create satu post tentang event last Friday (December 14, 2012). Agak susah sikit sebab tak banyak gambar yang aku dapat dengan keadaan buyung aku ni (asal berjalan je rasa cam nak pee pee, payah sikit la), ditambah pulak dengan balik awal. Jadi aku snap mana yang sempat je. Ikut rancangan asal, aku pergi naik kereta sendiri, Insp Faridah akan naik kereta sendiri, tapi gerak bersama. Cuma tukar plan naik satu kereta je sebab suami dia kene outstation, dan mak dia tinggal sorang kat rumah dengan cucu.


Aku semeja dengan Fara & Fiza. Campur dengan suami & anak-anak masing-masing, full table okeh. 


Ni santapan malam aku dengan En. Suami. Makanan pertama yang aku habiskan adalah buah. Wah, leganya perut..


Ni version yang lebih clear.. ada rendang daging, masak lemak babat lembu, ayam masak merah, sambal udang, sayur goreng, kari ikan.. senak perut aku menghabiskan makanan..


En. Suami dengan penuh provokasi menyuap makanan.


Anak kecik tu cam malu-malu je nak makan.. tengok ayah ngan mak dia, laju je menyuap. Siap menyengih lagi.


Oh yang ni family model. Sorang pun tak segan nak menyengih depan kamera.


Aku sampai tegak-tegak badan menyuap makanan.. gila sendat perut.

 
Pengerusi event. Bos aku ni nampak sedih je semedang..

  











Choir.. nasib baik la takde coral speaking. Puisi malam ni memang sedih. Aku rasa semua orang pun fikir camtu.












Sebelum aku balik.. atas permintaan kak Yati..




Takat ni je la kehadiran aku dalam majlis ni..

FirstAttempt

December 17, 2012

Ni la permulaan untuk kisah FirstAttempt aku ni. Alkisahnya pada hari Sabtu yang lepas, aku rasa agak buhsan berseorangan di rumah sebab En. Suami kerja, Dea kerja, Awah pula sibuk dengan aktiviti Melilea dia. Maka aku adalah bersendirian tanpa sebarang aktiviti (sebab En. Suami sudah awal-awal kasi warning - "Salina jangan buat kerja apa pun. Abang tak jamin sayang tahu berhenti kalau dah mula buat kerja. Hari ni Salina dengan baby rehat cukup-cukup." - yang dengan sendirinya difahami telah membantutkan niat aku nak berpusing-pusing dalam rumah tu.

Puas baring, aku duduk, puas duduk, aku berdiri menyandar, puas menyandar, aku berjalan, pusing-pusing kat bilik, ruang tamu, dapur.. seriously, aku jammed! Tak semena-mena aku terpandang pulak basikal exercise yang dok tercongok kat tepi dinding tu. Sekeliling basikal tu dah bersih (hasil kerja En. Suami yang rajin lagi baik hati), maka hati aku dengan gedik-gediknya ditarik-tarik ke arah basikal tu. Dah 7 bulan aku dok nak tergedik lagi kayuh basikal, boleh? At first, aku setting nombor 1 tapi disebabkan ringan, aku kayuh laju, perut pun siap goyang-goyang lagi. Maka aku pun tukar setting nombor 2, berat sikit..

Tak sampai pun setengah jam kayuh basikal, aku dah mula kejang. Aiseymen, part ni yang lemah sikit neh. Silap gak sal aku tak warm up dulu. Cuma risau sikit sebab perut pun ada sakit sikit. Jadi bila En. Suami call nak inform dia dah nak gerak balik untuk lunch, aku gelabah puyuh la sebab aku tak masak pape pun. Mujur jugak En. Suami dah beli biskut untuk alas perut, sebab mengikut perancangannya petang baru nak pergi beli stok barang basah. Bayangkan sakitnya perut masa tu sampai menitik air mata menahan kejang. Sampai je En. Suami kat umah, aku tengok makanan yang dia beli. Aik? Kuih donat? Selalu dia bukan suka sangat kuih donat neh.. musykil!

Aku: Kenapa ada kuih donat? Abang suka makan kuih donat ke? (tanya jugak walaupun dah tau jawapannya).

En. Suami: Tak la, tadi abang tengok dari jauh, nampak macam kuih keria. Teringin la jugak, sekali pergi dekat, rupanya donat. Tengok kecik-kecik je saiz dia, abang beli la. Nampak comel je.

Boleh macam tu? Sejak aku mengandung ni pandai pulak En. Suami sebut perkataan 'comel' kat aku. Tapi ada point yang aku tangkap dari ayat tu. En. Suami teringin nak makan kuih keria. Ah sudah, aku seumur hidup tak pernah lagi la buat kuih, asal teringin nak makan aku tunjuk-tunjuk je kat akak tepi jalan tu. Dulu 3 seringgit, skang sebijik dah RM0.40, tapi kesimpulannya memang sumpah aku tak pernah la buat kuih keria. Kepala sudah mula rasa pusing, mana aku nak cekau kuih keria tengah-tengah hari rembang neh? Nape la En. Suami tak beli je pagi tadi? Tak paham sungguh aku.

Alang-alang nak mencari belum tentu jumpa yang memuaskan hati, aku nekad je la call mak tanya cane nak buat kuih keria. Aku siap intro lagi punca nak buat kuih kat mak. Gelak orang tua tu dengar cerita aku. Amik situ, dulu takmo belajar buat kuih. Konon sok dah kawin beli je kalau teringin. Sekali kena suami jenis yang makan semua tradisional.. mau tak kejung otak mencari resipi petua bagai? Siap dapat resipi dari mak, aku mental list je la barang yang nak dibeli. One of the additional untuk barang basah petang ni, keledek.

Fast Forward >>

Misi hari Ahad: siapkan kuih keria untuk En. Suami. Barrier: demam. Lepas En. Suami pergi kerja, aku sambung lelap, sambil bungkus satu badan dengan selimut. Pukul 12, En. Suami call tanya nak makan apa, sebab aku tak boleh nak masak masa demam cani. Asyik nak rebah je koje nye. Lepas bagi senarai lunch, aku bangun, mandi dan pakai stokin, tunggu En. Suami sampai umah. Menu hari ini, nasi putih, kari kambing, sup kambing (aku teringin nak makan kambing), masak lemak petola, masak lemak siput sedut, sambal + air asam, petai. Untuk En. Suami, aku bancuh air sirap selasih (ni pun first time cuba buat.. boleh? Buat malu kaum betul!).

Fast Fast Forward >> 

En. Suami dah pesan, kalau tak larat, jangan paksa buat kuih. Dia boleh beli bila-bila senang (hibanya dalam hati, drama-swasta-minggu-ini sungguh!) jadi aku boleh rehat. Elok je aku usha Nenoneno bersama En. Suami jalan, aku memulakan langkah. Keledek merah yang aku beli semalam, habis aku kupas bersih. Potong kecik-kecik, basuh bersih dan simpan dalam peti sejuk (sebab Awah tengah pakai periuk - maklum la, periuk pun ada sebijik je). Elok je dapur lapang, aku mulakan dengan rebus keledek sampai empuk. Mak pesan letak sikit garam. Saya-yang-menurut-perintah, aku letak je la 1 sudu teh.

Kejap-kejap aku usha keledek rebus tu, nak tunggu empuk memang lama sebab aku buka api kecik je. Tapi elok empuk je, aku terus tapis, lenyek hancur semua keledek tu. Wow, si Awah siap rasa lagi keledek rebus tu. Manis. Suka betul hati aku tengok keledek tu abis kena lenyek. Puas hati, tak ada la rasa ketul-ketul lepas ni. Lepas tu aku letak sikit demi sikit tepung gandum. Keseluruhannya ada la dalam enam sudu besar (plus minus la, aku bukan ukur sangat pun), sebab aku tak nak banyak tepung. Biar lembik sikit takpe. Siap gaul-gaul semua sebati, aku jemput sikit, aku gentel sampai jadi bulat-bulat kecik-kecik. Aww, cute!

Jap, biar aku kasi tau satu rahsia. Nak bentuk jadi ring cam yang orang selalu buat tu pun aku tak tau.. boleh lak aku tanya Awah yang tengah tido tu cane nak bentuk kuih keria. Mujur la adik yang sorang ni pernah amik teknologi katering masa sekolah menengah dulu. Sambil uli, gentel dan bentuk, mata aku dok ralit tengok TV. Tau-tau je dah abis adunan tu aku kerjakan. Seriously, belum pernah lagi aku tekun cani.. jom tengok hasil kerja aku yang mentah ni.


Jangan tertipu, pinggan makan tu kecik je. Kat bawah pinggan tu ada satu bekas yang aku dah isi penuh dengan kuih keria, untuk simpan dalam peti ais. Yang dalam pinggan ni aku goreng. Bukan apa, tak tau la bape mulut yang nak rasa nanti, sebab belum pasti kuih ni menjadi. Masa ni En. Suami dah sampai rumah. Selalu dia akan minta air panas tapi disebabkan nampak kuih yang separuh menjadi ni, dia simpan perut dulu. Aku pun mula la menggoreng.. tamak punya pasal, aku masuk abis semua yang dalam pinggan tu untuk sekali goreng. Pemalas punya orang!


Yang putih-putih tu tepung masa nak susun atas pinggan tadi, sebab tak nak melekat. Abis semua aku humban sekali goreng, terer betul la! Agak leceh sikit goreng adunan yang aku buat sebab aku tak pakai banyak tepung, jadi masa nak balik-balikkan tu memang ada yang macam pecah sikit. Tapi tu semua tak jadi masalah untuk aku yang tengah berkobar-kobar nak masak untuk En. Suami ni. Siap aku hangitkan sikit (untuk aku, sebab aku suka bahagian yang hangit tu, ada manis dan pahit. Jangan tanya kenapa, aku tatau). Bentuk kuih tu memang la sangat tak cantiknye.. dengan tak heran aku buat tak nampak je.


Nampak tak yang macam hangit tu? Wow, terliur aku tengok. Tunggu sikit lagi, konpem la garing dan rangup. Bukan aku je excited, anak kat dalam ni pun ikut teruja sama. Mundar-mandir aku menunggu siap kuih ni digoreng. Elok je angkat, En. Suami pun menjengah. Dia siap cakap lagi, tak payah letak gula pun takpe. Tak sabar la tu! Hik hik hik!! But I insisted untuk siapkan full version of the delicacies. Aku panaskan gula, letak air sikit.. tunggu sampai gula tu cair, lepas tu likat sikit, terus aku masukkan kuih yang dah siap goreng ni. Masa ni aku cepat-cepat matikan api. Agak susah sikit nak balik-balikkan sebab aku guna periuk. Tapi tak jadi masalah, sebab kuih aku dah nampak nak menjadi. Chewah!!


Aku rasa excited sangat! Akhirnya dapat jugak En. Suami merasa apa yang dia nak makan sangat tu. Dan aku mesti berterima kasih kepada En. Suami. Kalau tak disebabkan tekak tradisional dia, tak la aku belajar buat kuih ni (walaupun kuih ni feveret aku). Maka kesimpulannya, ni la minum petang kami. Awah pun ikut merasa sama. Dea je yang tak sentuh, sebab terlampau penuh perut (keluar makan dengan Sri sebelum tu). 


Kopi pekat untuk En. Suami, air masak untuk aku, kuih sepinggan. Kaler kuih tu nampak tak menarik sangat kan? Tapi tu la kesukaan aku.. so, till then..

Khamis, 6 Disember 2012

SateOhSate

December 6, 2012

Petang semalam sebaik je En. Suami nak dekat abis keje, dia call minta aku bawa sehelai t-shirt untuk keluar makan angin. Sejak keje dekat ngan rumah ni, En. Suami makin ligat bawak aku berjalan-jalan. Sampai rasa macam dah tak cukup tempat nak berjalan pun iye jugak! Maka aku sebagai isteri yang patuh pun capai je la sehelai t-shirt yang En. Suami suka pakai masa keluar, terus gulung-gulung dan masuk dalam beg. Lepas tu aku pun keluar, dengan tak tukar baju kerja yang aku dok pakai lepas balik tadi. Harum!!

Ingatkan nak gi mane, rupanya En. Suami nak ajak aku gi makan sate kajang.. di Kajang. Tak nak buang masa, lepas je dia abis keje pukul 6 petang, terus tukar baju kat tandas dan gerak. Memang ekspres betul suami aku! Disebabkan ada drebar, aku dengan senang ati setuju nak ke Kajang (ingat aku nak hadap jalan sesak petang-petang? Puurrrr-leaseeeeeee). Dalam ati terbayang gak keenakan sate kajang yang aku makan tahun lepas. Baby mode? Gedik-gedik.. sebab ayah dia tak tegur dia sampai le dah tiba di restoran.

Fast forward >>>>

Dah sampai restoran, kitorang duduk dekat ngan tempat basuh tangan, sambil baca menu yang ada. Sate ikan dan rusa: temporarily out of stock. Sate ayam? Tolong la.. sementara tengah mengandung ni, jangan la cari pasal. Nanti tak sempat nak sampai umah, abis semua makanan dalam perut keluar. Anak aku reject!! En. Suami dengan konfiden bangun dan pergi order kat kaunter. Tak lama lepas tu aku nampak dia usung satu tray (actually semua orang yang pergi order kat kaunter akan balik ke meja dengan tray - kuah kacang & sambal) dan duduk sebelah aku sambil sengih-sengih.

En. Suami: Abang order campur-campur..

Puan Salina: Eh? Campur-campur tu apa?

En. Suami: Sayang tengok sendiri (sambil amik resit dalam poket baju dan letak atas meja).


Meja nombor 67 order 6 cucuk sate daging, 6 cucuk sate perut, 6 cucuk sate hati ayam (I know, I know.. aku pun komplen sama. Dah tak leh makan ayam, nape hati dimakan pula kan?), 6 cucuk sate kambing, 6 cucuk sate arnab, segelas teh O ais, secawan kopi, sepiring nasi impit. Tengok harga dia? OMG..

Puan Salina: Loh, kok dicampur-campur macam ni? Macam mana abang order tadi? (aku heran sebab nampak dia bercakap sikit je, tapi korang tengok sendiri senarai tu panjang ke idak!)

En. Suami: Abang cuma cakap dengan orang tu; nak 6 cucuk untuk semua jenis sate kecuali sate ayam.

Puan Salina: Tapi hati ayam?

En. Suami: Hati ayam? Mana ada? Dia cuma cakap hati je..

Puan Salina: Sila lihat ke atas sana (menunjuk ke menu besar terpampang di atas kepala kitorang). Chicken  liver makna nye hati ayam.

En. Suami: Eh? Alamak, macam mana ni Salina? Abang dah tersilap order!

Puan Salina: Pun boleh (jangan tanya okeh, ni ayat skema aku adik-beradik). Dah order, makan je. Lagi pun abang belanja, Salina tak komplen (chewah konon!) la..

En. Suami cuma angguk-angguk je.


Ini la initial hidangan yang ada atas meja kami. Sambal semangkuk kecil, kuah kacang semangkuk besar, nasi impit sepinggan (?), dua mangkuk kecik kosong, teh O ais dan kopi.


Kenapa kopi ditutup dengan tisu? En. Suami saja yang faham rasional nye tutup gelas kopi dia dengan tisu, supaya tak sejuk (betul ke? tah la, aku pun tatau). Sementara menunggu sate yang kami order sampai.. tapi boleh percaya dua orang boleh makan sampai 30 cucuk sate? Aku sendiri pun susah nak terima konsep dan hakikat ni.


Sementara menunggu sate sampai, kami buang masa dengan mengambil gambar (sekadar guna kamera di telefon je sebab aku tak bajet nak keluar dating malam ni). Tutup mulut En. Suami sebab dia ada tendency nak jelir lidah masa amik gambar (lately perangai kanak-kanak semakin muncul.. oh susahnya hati ini).

Sambil tu kitorang perhati keliling. Ada yang datang dua orang (lelaki - 7 o'clock), may be lepas habis kerja terus datang. Ada family datang ramai-ramai (oh, yang ni kami terserempak lepas park kereta, sungguh intimidating sebab diorang datang naik 1 van penuh okeh!), ada yang dah tengah makan. Ada yang tengah pujuk anak (sebab anak dia menganga-nganga nak makan - dah tunggu lama sangat). Humid ambience, jadi aku pun tak mampu nak pandang lebih-lebih. Rasa mual sikit.. nak pitam pun ada.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu pun tiba..


Ini la sate yang En. Suami dah order. Daging yang kaler putih sikit tu adalah arnab, yang mula-mula aku ngan En. Suami rasa. Komen? LIAT! Dalam sate yang aku kunyah siap ada tulang lagi. Sigh..

Next, sate hati. Aku telan liur sebelum makan, sebab aku tengok hati tu nampak basah lagi. En. Suami digging in without question, aku pun sama la. Perasaan? OMG!!! Ini ke sate yang femes sangat tu? Bloody still okeh! Medium rare..

Tsugi no, sate perut. Abang aku panggil babat lembu.. hik hik hik! Aku suka dengar bila dia cakap bahasa dia. Nak pulak bila keluar ayat-ayat Jawa, aku boleh minta dia ulang 3 - 4 kali.. I like! Babat pun still basah. Macam letak takat 2 - 3 minit je. Aku masih bertahan.

Kemudian, sate kambing. Yang paling aku tak expect dan suspect, sate kambing akan jadi liat seliat-liatnya. Memang sungguh mengecewakan. Daku mula putus harapan.. (oh no, dah mula la ayat daku dikau neh!).

最後に (lastly), sate daging (lembu). Terus patah hati ini! Sate liat, rasa darah pun ada lagi. Aku dah tak mampu nak teruskan. Setiap kali aku suap dalam mulut je, aku telan air. Sudahnya aku kenyang dengan air. Nak bercakap pun takut.. takut termuntah!

Nak tau perasaan aku? Tengok ni..


Mode: terrorist tak cukup makan. Aku bukan nak komplen sangat, tapi biar benar la harga dengan kualiti sate yang aku makan tu. Ke aku yang tak cukup standard, sebab tak makan bloody meat.. aku pun tak tau. Agak nye betul la tu.. aku ni kampung sikit. Kesimpulannya, next time abang aku nak belanja, biar aku demand tempat. Even setakat gerai sate tepi jalan pun aku tak kisah, janji sedap. Till then..

Rabu, 5 Disember 2012

Indulgence

December 5, 2012

Jumaat lepas aku diserang rasa sakit perut yang amat sangat (rasa macam contraction pun ada) diselang-selikan dengan rasa sakit pinggang (macam nak patah terus!) sepanjang malam. Jadi pada Sabtu pagi aku sungguh tak berdaya nak bangun dan masak untuk sarapan. Terpaksa la dengan wajah sememeh (buruk gile!) aku merayu En. Suami untuk tapau nasi lemak kat akak belakang tu. Nasib la En. Suami faham dengan kedudukan aku yang serba tak kena ni, dia tapau nasi lemak kerang tanpa banyak songeh. Sedap!

Tengah hari tu aku dah rasa lega sikit (lepas sambung tido masa En. Suami pegi keje) jadi aku bangun dan masak untuk En. Suami balik lunch. Tak berapa recall dah apa yang aku masak, tapi aku sempat pesan pada En. Suami supaya tolong keluarkan duit untuk belanja barang dapur esoknya. Petang tu En. Suami balik lambat, makanya aku dalam ati ada kehairanan nape la pak incik sorang ni balik lambat agaknya. Nak kata OT, soheh wajib tak ada waktu mula keje tempat baru ni.

Lama aku bersoal-jawab dalam hati sorang-sorang, tiba-tiba ada bunyi "knock, knock, knock" kat pintu. Aku yang dah semakin lama jadi kenderaan berat ni pun bergerak la ala kura-kura untuk buka pintu. Bukan wajah En. Suami yang terpacul menarik perhatian aku, sebaliknya satu bau yang aku agak sungguh familiar pada deria bau aku yang dah tak berapa tajam ni. Oh dear, biar benar la suami aku ni kan? Dah berapa hari la agaknya aku dok sebut-sebut nak makan mende alah ni tapi aku gak yang tangguh-tangguhkan. Jom usha.



Sungguh ketara sekali apa yang korang nampak kan? En. Suami pejam mata je gi beli dua biji durian, melayan tekak aku yang dah dua tiga hari sebut nak tapi tak gak beli.


Wow, seriously aku memang terliur bila En. Suami siap buka buah yang pertama. Tengok isinya, kuning, demok-demok. Korang jangan tipu la kata tak teringin.. hik hik hik.


Isinya manis wei. Aku dah memang tentu pantang nampak En. Suami makan, semua aku nak rasa jugak. Tak kira la apa pun. Sejak mengandung ni, lagi melampau kehendak aku nak makan durian. Ni dah kali ketiga aku nak makan. Padahal sebelum ni bila tiba musim, tak kisah pun kalau tak pekena durian.


Tengok tebiat En. Suami. Dah tau aku memang akan makan pe je yang dia makan, sengaja je sorok-sorok dari aku. Tak baik tau!


Gambar tak berapa clear sebab En. Suami tengah khusyuk makan, tak kisahkan orang lagi dah. Tengok tu, dah siap buka buah yang kedua pulak.


Ni memang niat nak 'bakar' aku supaya aku marah.. kan?

Kesimpulannya, aku sejak mengandung ni makan lebih banyak durian daripada tiga tahun sebelum kahwin dengan En. Suami. Kena pula ada yang melayan kehendak makan aku yang makin melampau, makin menjadi-jadi la aku. Korang, jemput la ye.. ah ye, lupa lak. Meh sini aku tolong promote. Abang yang jual durian ni tak main jual kilo. Dua biji durian yang En. Suami beli tu cuma berharga RM15.00 tunai sahaja. Nak tau yang mana? Cuba gi cari restoran Jalal Yusof, tepi jalan dekat ngan restoran tu ada abang jual durian. Kat situ la. Moh kita gi ramai-ramai!