Jumaat, 23 Mei 2014

Neno-nenoKenaSondolLagi

May 23, 2014

Pagi-pagi Jumaat yang penuh barakah ni, aku bangun lewat. Pukul 6.30 baru la mata larat nak terbuka. Jadinya hati berbelah-bahagi,  nak masak sarapan ke tak. Belum masuk Safiyyah sekarang sibuk benar nak mandi pagi-pagi. Jadi aku selesai yang penting dulu. Mandi, solat, mandikan Safiyyah. Siap semua, tengok jam rupanya sempat lagi nak masak. Jadi menu pagi ini adalah nasi goreng telur.

Menjelang pukul 7.30, kitorang anak-beranak dah siap makan and menuju rumah pengasuh. Pukul 8, aku dah sampai office. Nampak macam efficient je work flow and time management aku hari ni. Kerja tak menimbun, sebab unit aku ni kerja ikut demand. Memang sentiasa ada kerja tapi bukan semua urgent. Jadi ada masa aku boleh rehat-rehat, ada kerja aku boleh take time, no rushing.

Aku pun terlupa, hari ni ada demo masakan pukul 11.30 di pantry admin. Benda ni bukan sebahagian kerja, tapi dibenarkan dengan syarat tak mengganggu orang lain yang nak bekerja. Cuma dah nama pun demo masakan, soheh-wajib menarik-narik perhatian dan deria bau. Masakan hari ni sup tulang dan nasi goreng. Yang nak di-demo-kan adalah cara guna periuk Noxxa. Omaigod.

Setelah memenuhkan curiosity aku tentang apa lagi sangat yang kita boleh buat dengan periuk ni, maka aku pun menuju la ke rumah. Aku tak maklum pa En Noor pasal demo ni, tak masak untuk lunch, jadi tiada la aku berangan nak stay di office berjimba bersama Noxxa ye. Harus la aku kembali ke pangkuan suami, walaupun cuma untuk sejam.

Disebabkan dah tak sempat nak masak, En Noor pesan suruh aku tapau je. Lepas tu jumpa dia kat belakang Giant tu. Aku terpaksa pusing di parking area depan Jalal Yusuf. Masa nak belok masuk ni la Neno-neno aku kena sondol dari belakang. Cilakak betul! Yang menyondol tu lesen pun belum lepas, nampak benar budaknya. Yang kawannya pulak ternganga tengok plet kereta aku bersepai.

Takkan la aku nak keluar kat situ jugak, dah tentu block jalan orang. Jadi aku masuk juga ke parking area tu untuk pusing. Binawe punya budak-budak,  dia bantai lari. Ko tengok besok, kalau aku jumpa ko, selai-selai bulu ko aku cabut. Sebab ni la orang yang berlanggar, tak kira la lane mane dia drive, dan-dan tu dia benti. Supaya badigol yang melanggar tu tak lari. Sok aku pun buat camtu.

Pendek cerita, aku narrate kejadian ni lebih kurang je pada En Noor tapi dalam heated note. Terkedu-kedu member dia tengok baran aku tengah berapi-api. Mungkin dalam kepala dia dok fikir, cane la En Nor boleh handle Krakatoa macam aku ni. Fahamkan seperkara ye tuan-tuan dan puan-puan, sebab En Noor relax macam tu la aku batalkan niat nak kejar dan gilis leper budak-budak hingus meleleh tadi.

Balik rumah je, aku pasang kipas laju-laju (selalu sangat En Noor buat kat aku macam tu bila Krakatoa aku nak meletus), baring sekejap, then bangun makan. Lepas habis makan, En Noor solat Jumaat, aku pulak sambung rehat sikit lagi. Now aku dah sejuk, and nak Zohor.

P/s: Harap-harap panjang la umur budak-budak yang langgar aku tadi tu.

Tiada ulasan: