Khamis, 19 Julai 2012

theENDistheBEGINNINGistheENDistheBEGINNING

Alkisah bermula ketika aku balik umah pada bulan ketujuh hari kelima, dengan ceria aku switch on En. Nippon di ruang tamu. Mula-mula aku agak pelik, nape TV aku neh gelap je? Tak lama pastu aku dengar suara.. hoh, ada fungsi lagi ni! Cumanya.. Masalahnya dah 15 minit, satu bayang pun tak kuar kat monitor tu. Hati neh dah DUPdapdupDAP.. jangan la sekarang. Jangan la masa ni baru nak jadi. Tunggu lagi..


-



-


-


-


Aku redha je le dengan ketentuan-Nya. Dah sampai masa untuk En. Nippon aku tak lagi idup bernyawa untuk menjamu mataku ngan wajah encem Steve McGarrett, DB Russel, or even Cesar Millan. Tak dapat la aku nak menyeramkan ati ngan melihat goonch yg sungguh besar (n makan orang), sharky shark.. oh, sunyi nye.  

Aku nak kasi mood kat korang.. mood sedih aku. En. Nippon yang cuma berharga RM599.00 di Extra, The Mines Shopping Centre pada 2003 telah sekian lama berbakti kepada aku dengan cemerlang. Sekarang, En. Nippon hanya mampu mengeluarkan bunyi tanpa sebarang visual (oh sungguh skema sekali ayat ini!)

Maka aku adalah menggunakan talian hayat + kecemasan kepada Encik Suami untuk menyuarakan perasaan yang agak stress kerana hayat En. Nippon telah berada di penghujung. Dipendekkan cerita, En. Suami dengan penuh perasaan chenta kasih telah mengambil keputusan membawa Mr. Sharp Aquos miliknya ke Kuala Lumpur sebagai peneman isterinya ini di kala kesunyian sewaktu En. Suami sibuk mengendeng forklift kesayangannya di Ulu Tiram. 

Gambar ni khas menunjukkan walaupun En. Nippon telah tidak mampu lagi untuk berkhidmat kepada aku, tapi berat rasa di ati nak menghalaunya keluar umah. Mr. Sharp Aquos dengan penuh comel dan bangga telah berada di hadapan En. Nippon, memulakan servis. Perjalanan En. Sharp Aquos selama ½ jam menaiki teksi dari Ulu Tiram ke Terminal Bas Larkin + 4 jam menaiki bas ekspres ke Terminal Bersepadu Selatan (kesungguhan En. Suami - sungguh touching sekali!!) + 15 minit menaiki Miz Nenoneno ke Taman Cheras Utama.. now at your service, ma'am

Dipendekkan cerita, masa aku tolong menyerbu kedai letrik SenHeng ari tu, staf dia dah kasitau aku dengan penuh tanggungjawab dan berhemah, bunyinye lebih kurang cenggini la; "Kak, ni TV LED jadi gamba dia sharp (sesuai ngan nama dia kan? ohohoho) kalau menggunakan kabel yang betul. Maksudnya kabel HDMI, cuma kabel jenis ni mahal sikit la."

Aku mengangguk (konon paham sangat la apa yang orang tu cakap), pastu balik la ke Ulu Tiram bawak TV baru untuk En. Suami. Dalam ati bukan main lagi gedik-gedik suka sebab aku boleh la tengok TV bersama En. Suami. Kemalangan di hati, gamba tak la clear (sebab kitorang lanyak je aerial yang stand atas tv lama tu). Tak heran lagi.. bila balik sana aku banyak jalan-jalan. So, berbalik semula ke kisah mula-mula tadi, aku bajet-bajet nak la upgrade kan service ASTRO lama ke ASTRO Beyond. 

Akhirnya pada bulan ketujuh hari ketujuh belas, aku selamat menukar decoder lama kepada yang baru dan enjoy siaran HD. Yang tak bestnye, esoknya subuh-subuh lagi siaran dah tergendala (or rather, diputuskan). Nak tak nak aku kene la call ASTRO customer service (sesuatu yang sangat melemahkan aku sebab bad service and rapport). 

Ni la ringkasan perbualan tu (setakat apa yang kepala aku rasa nak ingat la):

-Saya dah install ASTRO Beyond semalam, and this morning kat TV cuma cakap inactive card. Please contact customer service. What happened?

 -Oh? Ada tunggakan, sebanyak RM16.85 dari pakej lama. (unfriendly tone)

 -Bukan ke pakej lama RM49.95 + 6% = RM52.95

 -Sorry kak, tapi 2 mini package RM52.95 so ditambah gov. tax dalam RM59.95 la. 

-Why wasn't I informed of this? The other day one of your staff called and informed me ada tunggakan dalam bil lama. Dia suruh bayar gov. tax. Bila saya clarify, adakah total monthly bill is RM52.95, the guy said YES. And now, you said that it was years ago and I did not receive any notice regarding the matter. In fact, I had never received any bill lepas berpindah ke rumah baru, sedangkan waktu nak alihkan piring satelit tu saya gunakan perkhidmatan dari ASTRO juga. How come my billing address is not updated? It's been a year and half.. this is weak (service).

-Boleh saya minta akak confirmkan alamat surat-menyurat sekarang? (unfriendly tone is getting clear and clear)

-Okey. (mula sebutkan satu persatu alamat rumah baru)

-Alamat betul. Mungkin ada masalah di pejabat pos. Kita hantar bil setiap bulan tanpa gagal dan tidak mengenakan sebarang caj. 

-Then, please do something about this. I feel obligated to pay the bill every month even without any physical bill in hand, and yet I received so many calls regarding tunggakan. Now should I pay tunggakan, will you reconnect the service?

-Bila akak nak bayar? Atau ada sebarang kad kredit atau debit, saya boleh tolong uruskan pembayaran.

-Tunggu gaji boleh? By 25th..

-Lambat sangat. Kalau saya sambung sekarang, kena bayar dalam tempoh terdekat.

So, in the end, aku gunakan je la baki belanja aku yang dah tak seberapa tu sebab ASTRO dah TAK NAK bertolak ansur, walhal cuma seminggu je lagi nak gaji. Selebihnya malas nak recall, sebab sepanjang perbualan tu, unfriendly tone je yang aku dapat. Anyway, aku tetap happy sebab bila aku balik umah semalam, the service is reconnected. And by the way, this post is not about badmouthing ASTRO, but so far, honestly aku boleh kira dengan jari berapa kali aku dapat panggilan yang berbunyi mesra. Sape tokeh ASTRO, I really couldn't care less. Cuma aku harap perkara macam ni tak jadi lagi..

Rabu, 4 Julai 2012

Wedding Cda & Rizal - a PhotoBook

May 25th, 2012 yang lepas, majlis kahwin Cda & Rizal dah berlangsung kat umah mak ngan abah di Selama. Majlis kahwin tu memang meriah, so aku sebagai photographer yang tak berapa nak rasmi telah pun menjalankan tugas dengan cemerlang (despite a few bitter hurdles). Cuma yang tak berapa best nye, poket aku dah mula surut.. en. $ dah tak berapa nak ramai.

Rezeki orang baru kahwin la, kan? Aku dapat offer dari Pixajoy untuk photobook at special price. So aku cuba tanya pada En. Suami sama ada aku patut purchase itu photobook atau pun tak. Ehehehe, En. Suami memang la sangat bertimbang-rasa. Dakara koso, anata no koto honto ni aishiteru..

Untuk Cda n Rizal, photobook neh hadiah kawin En. Suami untuk korang.

Aku try insert a few excerpt kat dalam entry kali ni. Seriously, aku memang suka ngan Pixajoy photobook yang aku tempah untuk majlis kahwin aku dulu. Bukan apa, dah beria aku pesan kat photographer yang amik job kahwin aku tu, please siapkan cepat-cepat. Macam-macam alasan yang aku dapat. Custom made amik masa la, sibuk la.. silap aku jugak la sal bayar full.. sebab dia kawan. 

Anyway, anggap je la bukan rezeki aku nak ada album meriah-meriah untuk kahwin sendiri. Untuk orang yang amik job aku tu, takpe la, amik la banyak mana masa yang perlu. Lepas ni, jangan la teruskan perangai camni. Buat busuk nama photographer je, be it pro or freelance.

As aforementioned, aku kasi hint skit cane rupa dalam buku kahwin adik aku. Here goes!






Oh ye, gamba yang last neh adalah masa kenduri di Kelantan. Korang tengok sendiri la adik aku senyum kemain lagi lebar nye.. memang takde keje lain. Dok menyakat laki dia je..

Ah, sebut sal gi Kelantan.. aku insert sikit la gamba masa aku ngan En. Suami follow family aku anta Cda gi umah mentua dia.

Masa ni aku ngan En. Suami rehat kat perhentian di Grik (jangan tanya apa nama tempat tu, memang aku tak ingat langsung!). Alkisahnye cuma nak rehat sampai kol 7.30 je, bagi lepas maghrib. Sudahnya siap solat isya' baru gerak. Merungut gak la aku, nape tak tunggu subuh sok je? hehehe


Di umah kenduri.. En. Suami memang suka bergambar, kan? Jap-jap.. korang belum usha the next photo.. toooOOOOtallllYYYyyY unPREDICTABLE!

Yang ni aku paling gedik nak tunjuk skali.. cuba korang gtau aku, ada pernah korang nampak mak pengantin pakai pinggan polisterin je untuk kipas pengantin? Ni kira 1st time la aku nampak.. tapi betul wei, honestly, aku sendiri pun nak pitam ngan cuaca panas ari tu..NEXT PLEASE!!

Kat Bukit Bunga (kalau tak salah la). En. Suami belikan bantal untuk aku sebab dalam bas yang kitorang sewa tu, salji tengah beku. Kalau korang nak test, gtau aku. Nanti aku kasitau abah aku suruh dia book bas tu untuk korang.

Lupa lak.. disebabkan aku ni tak penah jumpa laici segar, makanya aku sapu 2kg. Nampak plastik kat tangan aku tu? Ha, dalam semput-semput aku pun sempat makan laici lagi.

On the way balik KL.. dah la jalan jammed (cuti sekolah), panas gile! Temperature Cik NenoNeno aku dah mencanak naik, kene la aku ngan En. Suami berehat sebentar bersama kitKat. Tu dalam poket baju dia, cokelat kitKat la! Hik hik hik!!

Rasanya takat ni je la aku story sal trip aku merata-rata. Korang jangan pening lak, entry aku tak penah ikut jadual. Sometime aku skipped all the way through the end, sometimes aku just reminiscing the early events. So, please bear with me, okay. Till then..

Isnin, 2 Julai 2012

LunchDate

June 28th, 2012; aku n colleagues telah memanjangkan langkah kami sewaktu lunch. Selalunya tak pernah kua opis pun (sebab aku sangat tak tahan panas.. en. MiG mudah je nak melawat) tapi disebabkan pegawai nak belanja;

diulangi: NAK BELANJA 

punya pasal, makanya kami se'opis' neh yang sememangnya tolak batu kayu je, tak pikir panjang. So tengah ari khamis yang amat berasap pale tu, aku berangkat le bersama semua kengkawan menuju ke Di Ju Restaurant. Ingatkan just nak makan ala kadar je (sebab masa bekfes masing2 dah menelan meal cam ular sawa), tapi disebabkan lunch neh makan nasi beriyani, oh no.. godaan punya pasal, kasi hentam abis la!

Previous years, aku cuma bawak kamera tepon je le (sebab tak mampu nak beli yang digital nye) to every event yang aku attend. Eleh, bukannye amik gamba sendiri pun, banyak capture muka orang yang berbagai2. Tak sangka lak last year disebabkan Madame Dhiyaz telah sudi memurahkan ati untuk jual kamera kesayangan dia kat aku, so lunch date aku bertemankan Nikon D3000.

Sila cuci mata anda dengan hasil tangan-gatal kami berempat (Madame Dhiyaz, Fiza & Fara as well as me). Enjoy!

nak aku kenalkan? from left: bos aku (tn. Aziz), tokeh yang belanja kitorang lunch (tn. Ghani), big boss kitorang (tn. Azizan) and member baik bos aku (tn. Tan). Masa neh awal lagi, ramai jemputan yang belum sampai.

ni la kitorang.. from right: Fiza (siap pakai baju kebaya sebab nak lunch date nye pasal), next is Dhiyaz, followed by adik ipar, Fara, and lastly, wife en. M. a.k.a. aku la tu. Masa ni memang poser abis la, sebab orang belum ramai. Siap couple kt bunting blakang tu enter frame lagi!

Yang ni spesel skit, sebab korang tengok sendirik la gaya dia. Kemain lagi menyengih lebar. Aku kene tunggu dia jumpa style baru boleh shot tau! Adoyai la kak yati neh!

Vet group: kak Ani (left), kak Yati, kak Ros, kak Sue and kak Noor. More seats to be filled.



Late comers: up - kak Nani, pn. Rohana & pn. Ayuni
Below: en. Ismail, Ahmed, Raziman.. 





See? Aku ngan Dhiyaz nye obsession. Actually bab photo serviette tu Dhiyaz yang amik sebab bab2 angle neh memang aku tak reti langsung. The food part memang keje aku (dah memang feveret aku pun!). Cuma chandelier tu aku tak bape nak paham nape kitorang sibuk amik gamba lampu. Agak sebab kaler dia ireng kot!


Semua orang dah selesai makan. Macam ular sawa untuk kali kedua. 

Sila tengok buktinya dengan mata kepala anda sendiri. Ada nampak baki? 


Dia sorang je yang tak abis2 makan lagi.. hehehe


Dessert yang initially tak ada dalam menu tapi tokeh siap offer, sume orang pakat amik sorang semangkuk. Nasib baik la kecik.. kalau mangkuk tu besar, kussss semangat!


Saje gatal tangan.. Bukan senang nak amik gamba pn. sorang neh!

Ahmed pun mau masuk sama! 

Mari usha Mr. YB, En. Mohamad Rizal. Tekun gila amik makanan!

Kitorang dah selesai isi perut (buktinya? tengok masing2 try tahan nafas, nak kempiskan perut. hik hik hik). Sebelum masing2 dengan berat ati nak masuk opis semula, kitorang amik gamba dulu.. thanks to En. Tumirin whom kindly acted as our photographer.

Hence the photo concludes our lunch date at Di Ju Restaurant on hot, dry Thursday afternoon. To Tn. Ghani, makaseh bebanyak sebab murah ati nak belanja kitorang. Dah, jom masuk keje!