Selasa, 30 September 2014

Isnin-Yang-Tak-Mengghairahkan

September 29, 2014

Pagi-pagi lagi aku dah monyok, sebab aku bangun lambat. Nak dekat 5.50 pagi baru aku sedar. Terbang habis la harapan nak study. So aku bersiap je macam biasa. Regu aku berjalan pagi-pagi belum balik sini, so pagi ni aku berseorangan la menuju ke kolej. Tah cemana pulak la kaki aku nak cramp pagi ni. Nak kata sejuk, semalam punya la bahang, mau lucut habis semua baju seluar.

Maka niat nak makan kat kafe (aku tak kisah makan sorang-sorang, janji makanan ada) terbantut la. Harus la aku makan di kelas je. Buatnya tengah sedap makan tetiba cramp teruk, sape la yang nak aku minta tolong nanti. Slack makan kat kelas adalah suasana yang langsung tak best. Panas, bahang, berkuap, bising. Tapi nak buat cane, redha je la kekdahnye. Kelas macam biasa, slow pagi-pagi, lambat nak panas enjin.

Tak banyak mende yang boleh nak aku memorize as interesting sebab aku sekarang dah ada sikit feeling macam budak-budak ni, stress dengan pressure melampau. Satu perkara aku faham is that as a student, keje ko is study. However please ada give and take. Bukan 1 je subject yang kitorang amik, and not all of us came from science background. Bila expectation untuk diploma is as the same as for the degrees, aku terasa letih.

Dugaan, okey.. ini semua dugaan. Stress sebab terkurung for those yang dah biasa bebas macam aku, plus duit lambat sangat nak dapat (as usual in government sector), and cuti yang sampai sekarang belum diluluskan. Sijil gaji until now tak dengar cerita, tak tau la jadi pekasam kat tangan siapa.

So rather than fikir tak habis kerenah ni semua, why not do something else? Ni la hasilnya..

Ahad, 28 September 2014

Post Mid-Sem

September 28, 2014

Wow, pejam celik dah nak sebulan aku kene grounded. Ekceli ayat ni saja pembuka kata je, takde kena-mengena dengan tajuk di atas. Topik utama pada hari ni adalah tentang kitorang - selepas habis mid-term exam. Aku tak pernah cerita pasal exam eh? Jom start.

Exam tu sepatutnya dalam minggu 21 September, tapi diawalkan untuk program kitorang. Aku fikir-fikir balik, may be sebab dewan tak berapa nak cukup, so kena give and take sikit la kan. Maka first day exam adalah pada 15 September, dengan paper Biomechanic as the first paper. Masa ni la baru aku perasan rules ketat gila, ko cuma boleh bawak masuk pen, pensel, pemadam and pengasah pensel.

Segala jenis telefon dan barang peribadi berharga, tinggal dalam kotak dekat depan dewan. Even kolar baju pun kena check, jadi bila pengawas periksa perempuan raba badan ko, adalah sedikit mengejutkan. Soalan tak banyak, just 20 MCQ and 2 SEQ.. in 1 hour. Masa ni la baru ko akan terperasan yang ada budak tersentap dengan soalan yang keluar and terus stuck. Some choose to sleep..

The next day rest sebab Hari Malaysia, but the day after memang sangat mencabar. Pagi Fisiologi, petang paper Patologi. Kenangan pahit aku, jawab exam dalam menahan pedih gastrik. Paper Patologi tu ntah hape aku jawab pun tak tau la, yang pasti mata aku dah naik kelabu menahan sakit. Petang tu aku kena cucuk, sebab teruk sangat dah. Balik je, aku tido semahu-mahu tidak.

*moral of the story - kalau tak stress, jangan terikut-ikut orang lain yang stress. Sok orang tak pape, ko menonggeng tahan gastrik*

Khamis paper Fizik and Behavioral Science. Jumaat OSPE. Untuk dua hari ni aku nampak level of stress sungguh tinggi, kemuncaknya pada OSPE. Ada yang menangis sebab tak boleh nak buat. Aku cuma boleh tabahkan hati je la - nak tak nak ko tetap kena exam. So lari pun tak guna. Sabtu pulak kena attend program dengan JPAM. Kawad kaki. Dah lama tak kawad kaki okeh, rasa cam robot.

Ahad aku balik rumah. Even Isnin still ada 1 paper yang tinggal, aku tetap balik untuk tido puas-puas kat rumah. Baca pun ala kadar je. Sekali paper tu kau, ha, masuk sampai part yang baru sangat-sangat kitorang belajar kat kelas tapi DIKATAKAN tak masuk exam. Mau tak meroyan kitorang? Again, redha je la. Dah nama ko students, keje ko study. No such thing as tak boleh jawab sebab dijangkakan tak masuk dalam exam.

So minggu ni keluar name list untuk student yang dikelaskan sebagai agak lemah in a few subject. Ada la malaun ni boleh pulak ambik senarai nama sebab nak tengok siapa yang kena. Aku baru je masuk satu entry pasal budak ni, lagi dia buat perangai. Aku rasa dia bajet dia pandai, sebab dia mengulang semester disebabkan accident, bukan fail paper. Jadi ada sikit rasa bongkak kat situ. Action speaks louder than words kan? I see what I see..

Semalam budak-budak kelas ni pakat keluar ramai-ramai ke Times Square. Aku balik nak dekat 10 malam, sama jugak la diorang. Mak aih, sakan betul. Kena pulak elaun baru masuk. Hmm.. so next week dijangkakan ada satu test untuk Physiology, on endocrine system. Next week jugak la banyak amali. This time semua orang patut dah ambik iktibar and buat betul-betul amali so that korang tak blur masa exam OSPE nanti.

Aku nak mandi, keluar makan jap then study. So for now, tu je yang aku jot down. If aku rasa ada lagi nak tulis, nanti aku up lagi post. Later.

Rabu, 24 September 2014

Tamadun

September 24, 2014

Korang pernah dengar orang menegur kelompok budak tak tentu hala dengan ayat, "perangai tu cuba bertamadun sikit". Ada tak? Meh aku khabor ke korang sal sekelompok budak-budak kelas aku ni yang bila korang tengok perangai tu, istighfar panjang. Pattern yang suka berkelompok, yang set-set lawa ni. Yang tak bape nak lawa pun since dah agak senior, boleh join je. Set-set yang bila korang buat kawad cam untuk pilih ratu cantik, konpem pilihan utama.

Gelak Mengilai-ngilai
Ko dah kenapa? Nak tarik perhatian sape? Ko kira ada berapa kerat lelaki dalam kelas ni? Hampir pupus okeh. And it so happened that budak-budak lelaki ni takde kereta.. (korang nak at least orang yang drive Viva kan?). So tell me, korang mengilai-ngilai tadi untuk sape? Budak-budak kelas sebelah yang dok bersidai kot koridor tu ke? If so, wow.. WONDERFUL!! Banyak pilihan okeh, and not to mention yang diorang mengilai-ngilai pun sama tone macam korang. Ni baru la dinamakan SEHATI SEJIWA.

Staring Dagger
Again, ko dah kenapa? Perlu sangat ke ko nak renung aku sampai nak keluar biji mata? Aku tegur cara lembut, ada senyuman lagi. Aku cuma cakap, "CONTROL". Tu je. Tapi dah sedia maklum kalau ko rasa bengang. Laling, ko skang ni dalam ERA sabut kelapa (word era tu saja caps. Kot orangnya baca, bior sedar diri sikit). Ko BERSERABUT. Bila sebut sal aku dah kawin, ko pun naik gatal sama nak kawin. Habis semua benda dalam kain ko nak tanya. Tapi bukan ko budak lagi ke?

Gila Kuasa
Sebelum ni ko dah jadi orang kedua powerful dalam kelas ni, tapi bengap. Buat kerja pun tak nak (or tak reti, you choose). Bila dah guling kuasa, ko offer nak jadi tukang paling rajin buat kerja. Sebelum ni orang pesan convey message, ko perap sorang-sorang sampai basi. Now dah ada orang yang sepatutnya, ko pulak terhegeh-hegeh kat depan tu. Ko dah kenapa? Sebelum ni tunjuk benar yang ko tu matured, now ko nak sangat gwiyomi every coming chances. Huduh okay.

Aku kerap pesan, please jangan sampai aku bersuara. Keras nada aku, isinya pun sama keras jugak. Ko nak sangat tunjuk ko sama matured cam aku (ko yang cakap, I had never declared anything about maturity), so be matured. Kalau teringin nak sangat aku tegur keras, boleh je. Berkajang-kajang pun boleh. Takut ko nangis tak sanggup dengar je la. Jangan berlagak la kawan, ko tak pernah lebih senior dari kitorang semua. In fact, now ko sama je cam kitorang. So JANGAN DARAT SANGAT YE.

Khamis, 18 September 2014

Since July 22, 2014

September 18, 2014

Aku ingat last week aku minta tolong pada Fara untuk dapatkan Sijil Gaji Akhir dari Bukit Aman. Punya la lama aku tunggu, hari ni aku call semula. Ada masalah katanya. Borang Kew.320 tak sampai ke Unit Gaji. Abis tu? Aku tanya in detail, apa jadi sebenarnya. Kata Fara, Siti Norizan dari Unit Gaji maklum masih belum terima dokumen dari Unit Saraan untuk proses Sijil Gaji Akhir.

Bila tanya Unit Saraan pulak, dokumen tu dah keluar pada 22 Julai hari tu. Nak dekat dua bulan okay. Sok kalau aku tak dapat elaun, korang nak sara aku ke? Sikit punya lama, apa la masalah korang ni. Nak contact Siti Norizan pulak engaged. Lastly aku call Ieda. Nak kena jugak kacau member tu kerja. Panas hati aku ni. Agak kalau kena kat batang tengkuk masing-masing, menggelupur kot dapat duit lambat.

Selasa, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

September 16, 2014


Amboi, kemain lagi gambar ni. Actually ni entry khas untuk budak bilik aku ni ha. Aku tengah borak-borak dengan En. Noor, terpandang la si Aliatun ni terjengah-jengah keluar tingkap. Sampai naik curious aku ni jadinya, so aku pun ikut sama menjengah. Buah hati ada program dengan kawan-kawan sekelas, patut la dok merenung je. Kalau orang tua-tua dulu selalu cakap, "kalau tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung pun jadi la". Ha, ni ada sipi-sipi kes bumbung la ni. Masing-masing lain kelas, bercinta pun diam-diam, gini le bila salah sorang kena program luar.

Takde keje sungguh aku ni. Dek sebab pening membaca pathology dari pagi, now aku buat keje tak semenggah camni. Siap frame lawa-lawa lagi tu. Bukan apa, kesian orang merindu. Hik hik hik..

Nak gi berjalan ambik angin jap, then nak start physiology pulak. Till then.

Isnin, 15 September 2014

Mid-term Exam: Day 1

September 15, 2014

Tetiba je mengalami kebingungan tahap supernova. Hari ni hari pertama peperiksaan pertengahan semester, aku bangun awal sebab terjaga pukul 4 pagi. Lepas kejutkan roommate, aku solat jap then baca sikit lagi nota. Actually apa yang aku baca tak sampai kat kepala pun, sebab aku dah jenuh membaca masa cuti semester hari tu. Tapi dek kerana tengokkan orang yang kalut study, aku pun naik takut and study lagi. Nasib baik kepala aku tak jammed.

Last week pengajar ada info topic apa yang patut kitorang fokus untuk short essay questions; lever system and efficient movement. Kalau nak diikutkan memang banyak benda yang boleh ditanya dalam dua topic ni. Mechanical advantage untuk jenis-jenis tuas, aplikasi tuas dalam tubuh badan. Movement macam mana yang dikategorikan sebagai efficient, apa faktor penyebab pergerakan tak lancar, jenis-jenis senaman.. hai, panjang kalau nak disenaraikan.

Tup tup pagi ni soalan spot tak kena. Menganga trainees kat dewan tadi. Tapi sekejap je la, soalan tetap kena jawab jugak kan? Aku syukur satu-satunya tebiat aku since dulu adalah tak suka spot soalan. Someone used to tell me to study a subject so that you understand them, not to study merely for exam. That's why aku sangat tak suka spot soalan, aku akan study from the scratch. Memang ambil masa yang panjang, but the most important thing is that I remember what I read and the purpose I read them. Ramai yang keluar dewan dengan keluhan.

Petang ada paper professional development, still aku tak spot topic mana yang akan masuk. Let's simply put it this way: ko dah ada kelas sampai 7-8 topic, tapi untuk periksa pertengahan semester ni cuma dua soalan je. Habis kuat pun ada 3 anak untuk setiap soalan. Ko tak rasa ke yang ko bakal pecah kepala nak spot soalan mana yang nak masuk exam? Dari aku bersusah-payah nak meneka, why not study je semua tu. In the end, you're the one who benefits from all these matter.

Selesai je exam, terus masuk kelas. Even minggu exam, if pengajar wish to conduct a class, ko kene terima. Panas kepala aku hari ni. Now aku nak rest before start another revision with physiology. Later.

Ahad, 14 September 2014

Ahad-Pertama

September 14, 2014

Bangun lewat!! Haish, hangin pulak dengan diri sendiri. Konon sangat la nak bangun awal sebab nak study. Tapi takpe, at least bangun. Mak dengan Abah selalu pesan bangun pagi everyday, sebab pagi la pintu rezeki terbuka. Well, bila duduk sendiri, pesanan tu macam hilang dek angin lalu je. Now bila dah kahwin, back what I was so used to, BERPAGI-PAGI, sebab suami aku memang jenis early bird.

Sesi meleter diri sendiri: DONE.

Now, kena keluar cari sarapan. Aku akan update lagi. Later.
0828 hrs

Dah naik berpinar mata aku membaca nota, siap mengingat fakta sambil menggosok baju, lipat baju, kemas katil, golek-golek hindustan atas lantai, lelap, makan.. now lepak tunggu maghrib. Sambil-sambil menunggu, meh aku update blog dari Jumaat sampai pagi tadi.

Jumaat
September 12, 2014
Nothing much, cuma English di pagi hari. Seriously, aku rasa sejak aku masuk sini and dengar beberapa kelompok yang claimed their English is good (sebab English is the language used in their daily life, among family), my English turned upside down. I tend to accept people for who they said they are, so it's a whole battle of contradiction within me, between me and my self thoughts, bila aku dengar broken English spoken among them. See? Complicated sungguh. Menelek telefon, siap snap gambar asam halia lagi. Memang takde pekdah sungguh!!

Petang, aku dengan budak-budak ni turun 'berjalan'. Well it was supposed to be jogging activity, but given the situation yang kitorang ni telah makan sebelum naik tukar baju, plus aku memang bukan jogging type, so berjalan je la kita. Pada aku, it's not too shabby okay, so long as aku tak tido and do something untuk keluarkan peluh, it's good enough. Mind you, aku sampai bilik dengan baju and seluar yang basah dek peluh.

Malam ada roll call, mostly sebab nak komplen pelatih semester satu ni. Pulak tu yang menyampaikan tu warden. Roll call sekejap je, tapi signing attendance yang ambik masa aku. Dah la belum mandi. Korang nak aku bagi ketiak hangit ke hoih? Lima tingkat dengan at least 20 rooms each level, boleh ko datang melenggang bawak attendance satu set je? Memang BERBULU la aku. Naik bilik semula, maka  megi dengan Nas. Ah, tak lupa sesi mem'belutut' gamba yang kitorang ambil dengan pintu masuk hospital. Teghak gila weh, tapi demi melayankan kepala tiga suku masing-masing, siap ada yang pakai selipar je gi JALAN. Penat, so aku terus tido. Isu fly dari asrama tu, aku tak amik port. So if ada yang konon nak datang spot check, help yourself. I've got nothing to hide.

Sabtu
September 13, 2014
Aku terjaga merely because En. Noor call untuk bagitau yang dia dah nak gerak. Aku mamai betul, pening bila bangun mengejut. Nak pulak tengok baju sebakul belum basuh, terus naik migraine. Mandi, solat, masak air, bancuh air panas untuk En. Noor, then sumbat segala baju yang nak dibasuh dalam beg. Let's do laundry at home. Takde aktiviti special, cuma makan kenduri tengah hari, then went for shopping. Main objective is susu Safiyyah, but there's more that I bought along the way. Malam gerak agak lewat, siap tapau kat Miias sebelum gerak ke Sungai Buloh. Then naik hantar baju, turun semula untuk tunggu Safiyyah makan. Puas spend time dengan anak semalam.

Today
Elok aku siap post entry pagi tadi, Nas jengah bilik ajak keluar breakfast. Sepanjang pagi memang hujan rintik-rintik, siap ada kabus lagi dekat kawasan kaki bukit. Naik ke bilik, gosok baju sambil study, lipat baju, kemas katil, lepas solat, makan and borak. Menu lunch, asam rebus keladi, ayam goreng berempah, bergedil sorang seketul and sambal belacan. Boleh tahan gak, lauk sahaja untuk 2 orang is RM8. Tersandar aku.. ni ke kekdahnya orang yang nak exam sok? Isk!! So now dah maghrib, solat then study sikit. Main point aku now is not panicking, just study and go with the flow. Till then.

*takat ni je untuk hari ni. Aku tak pasti ada entry ke tak within this week, sebab exam*







Isnin, 8 September 2014

SE Satio

September 8, 2014


Kenapa out of blue aku letak gambar ni? Sebab telefon CSL yang aku pakai sebelum ni dah tak boleh nak tengok skrin. Pecah. Maklum la, orang terer pakat 'semak-fon' katakan. Tetiba je kepoh pulak kat kelas tadi, sebab orang ingat aku beli telefon baru. Dik, akak ni kalau pakai barang tu memang tunggu relai le baru nak berganti. Aku suka telefon ni walaupun aku cuma beli secondhand je, sebab kamera dia pixel tinggi. Untuk telefon, 12.1MP pada aku is great.

Jom tengok hasil tangkapan SE Satio.
*ni le jugak kamera yang aku guna untuk snap gambar aku dengan Safiyyah masa dalam pantang dulu. Not bad okay.*

Nota: Gambar kat atas tu aku guna Samsung Note 8", 5MP. See for yourself, how different the outcome.








AF-Datang-Lagi

September 8, 2014

Gile best, entry tulis 4 hari lepas baru nak publish. Anyway issue tetap sama, AF. I don't care who's back, please produce something useful.

September 4, 2014
Otak sedang mengalami kepenatan, so stop jap revision. Now aku rasa macam terngiang-ngiang je kat telinga ni about Range Of Motion, exercises, type of exercises. Kenapa perlu Passive Range Of Motion Exercise? Kenapa perlu Active Range Of Motion Exercise? Contracture tu apa? Macam mana boleh berlaku?? Last class, apa tu concentric contraction? Eccentric contraction? Aku rimas bila orang pushed too hard, and what we gave always never enough. So this time, revise hard sampai LEBAM!

So aku menonton televisyen (pergh, skema tak hengat!!), when out of sudden muncul la iklan yang mempromosi muka-muka yang aku tak recognize langsung. The music, however, is SO FAMILIAR to me. Akademi Fantasia?? Tolong la aku.. bukan ke AF ni dah berkubur? Dah lama tak dengar okeh, and aku lega. Now mula sekali lagi?? Apa ni? Genocide?? Dah habis idea nak produce something useful? At least ko tayang How Do They Do It pun aku tahan lagi nak tengok. Sel-sel otak dah tak lagi berhubung ke? Aku runsing.. apa pulak la yang akan timbul lepas ni.

SEDIH okay, sebab ada parents yang so supportive, bila anak diorang could not make it into the competition, parents ikut sama menangis. Aku tak benci AF, takde guna pun. Tapi apa la kesan positif yang korang boleh dapat dari AF ni selain menambah bil, mengikis kredit prepaid, and ulangan demi ulangan konsert as well as diary? Aku risau kot anak aku terikut sama sok (walhal anak aku baru setahun setengah). Alangkan aku tahan dia dari tengok Frozen tu pun dia menangis, sampai naik pening aku mencari jalan nak alih perhatian. Now this?

Please, people up there, takkan la laba je yang korang nampak? Abis tu babies yang orang jumpa flushed in the toilet, yang simply thrown from 8th floor, yang simply tersangkut in the drainage, korang turned a blind eye eh? Sikit pun takde rasa nak ubah.. do something so that masyarakat kita yang sangat berpenyakit ni boleh dipulihkan.

Okay, now I'm getting emotional. Lets stop before it gets worse. Later.
1242 hrs