Selasa, 13 Mei 2014

SkimCepatKaya?

May 13, 2014

Hari ni dah mula demam balik anak aku. Selalu demam sehari, aku bagi minum air kelapa or sup barli, kejap je dah kebah. Kalau cenggini gaya nye, memang ke klinik la kita, ye nak. Sepetang aku bergolek-golek atas katil, melayan Safiyyah main sementara nak tunggu ayah dia balik kerja. Seingat aku memang hari ni takde pape plan pun.

Alih-alih En Noor balik je, terus bagi arahan, "Safiyyah,  siap. Kita ronda-ronda." Tak ke menggelupur aku menyiapkan anak, dengan aku pun bersememeh lagi ni. Orang tua ni memang.. saje menempah kan? Ko tengok la nanti. Elok Safiyyah siap, aku suruh ayah dengan anak tunggu dalam kereta. Nak sangat surprise kan? Ko tunggu sampai berkepam la kat dalam kereta tu. Aku main lenggang kangkung je.

Maka menghala ke Lake Valley la kitorang. Dah 6.30 petang, aku tak rasa ada parking kosong. Elok sampai je, tepat seperti yang dijangkakan. Aku cadangkan kitorang menghala ke pasar, boleh cari barang basah sikit. Sebelum tu singgah Petronas dulu, isi minyak and gi ATM. Tebiat kitorang laki bini adalah tidak menyimpan cash di tangan. Harus tak sampai hujung bulan duit tu nanti.

Elok nak masuk kawasan pasar malam je, ada mamat yang pakai ala-ala smart sikit (bandingkan ngan kitorang yang dah sah-sah nak jalan kat pasar malam je neh) hulur flyers kat bawah ni.


Eh? Takpe la, aku amik je. Budak tu pesan suruh datang ke pejabat diorang di atas Bank OCBC kat Bukit Manda'rina tu ha. Aku angguk je. Dalam kepala aku cuma ada senarai; ikan, sate, klinik untuk Safiyyah. Lain dari tu, sorry.. korang belum cukup bayar sewa nak duduk lama-lama kat dalam kepala aku ni ha. 

Berjalan la kitorang sampai ke hujung pasar malam tu sebelum patah balik semula ke tempat parking tadi. Ada lak lagi sorang mamat, kali ni selebet tahap kitorang ni, datang hulur flyers yang sama. Aku senyum sambil bagi isyarat tak nak. Buat apa ambil banyak-banyak, yang tadi pun dah selamat jadi pelapik ikan tenggiri kat dalam plastik yang aku jinjit ni ha. Boleh mamat tu cakap pulak kat aku, "rezeki kak.. tak baik tolak". 

Ko dah sewel level berapa sampai susah nak faham aku tak nak ambik flyers dari tangan ko eh? Aku tak kata aku reject, cuma aku tak nak sebab dah ada. Macam hape je kan? Ko nak sangat ke bukak stall satu kat situ, tazkirah kan aku yang tak reti nak appreciate rezeki cam ko? Sila la.. sila. Ko bagi flyers ni pun dengan pesanan datang pada malam Rabu kat atas Bank OCBC tu. Nape malam? Dah tak reti nak rehat?

Aku dah pergi banyak kali dengar mende-mende macam ni. Ex-boyfriend aku dulu pattern nye nak kerja sikit, kaya cepat. Makanya aku pun adalah terpengaruh dengan bisikan syaitonnirrojim.. ikut je la. Malas la nak ingat semula, rasa bodoh pun ada. Ada yang buat jenis head-hunting, ada yang networking. Ada jugak yang memang jual produk, tapi please la, kalau orang tak nak jangan provok boleh? Aku bukak hujah kat pasar malam tu kang, ko lak yang tak balik-balik umah, stress nak counter-debate aku nanti.

Laki aku pulak lagi satu. Dah aku geleng, dia lak gi sambar je. Siap cakap terima kasih. Aku hangin la. Nape amik jugak?

"Biar dia tak kecik hati. Kita nak berjalan pun senang." Boleh? 

Sebelum aku hantuk kepala atas jalan tar ni dek melayankan kerenah orang yang tak reti bahasa, and melayankan sifat terlebih baik hati laki aku, adalah lebih baik aku meneruskan agenda berikutnya; bawa Safiyyah ke klinik.

p/s: Malam Rabu, 14/05/2014.. kalau korang memang BERMINAT, sila la ye. Aku tolong promote program secara paksarela dah ni.

Tiada ulasan: