Isnin, 29 November 2021

Shopping

 Isnin, November 29, 2021

Blog aku ni kadang-kadang je update. Nak tulis banyak-banyak pun kadang aku tak sempat. Kali ni aku nak simpan sikit gambar-gambar aku dengan anak-anak berbelanja Jumaat lepas. Agak lama tak keluar, anak-anak dah kebosanan di rumah.

Memandangkan suami aku minta aku belikan sikit stok makanan untuk dia di Singapura sana, aku buat keputusan nak bawa anak-anak keluar sekaligus untuk makan tengah hari dan cari barang keperluan masing-masing juga. Paling ketara aku nak beli kasut, sebab kasut sekolah Safiyyah dah mengetat. Kesian aku tengok dia berjalan terhincut-hincut waktu balik sekolah Khamis lepas. 

Adiknya pun dah tak muat kasut yang diguna untuk berlari sebelum ni. Maka sekali harung la aku bawa dan belikan semua barang. Tak jauh pun tempat kitorang berbelanja, di Lotus's belakang rumah tu je. Mudah, food court, kedai kasut, DIY dengan pasaraya semua dalam satu tempat, tak payah aku nak ke sana ke sini atas jalan raya tu. Perkara pertama aku buat bila sampai adalah isi perut kami anak-beranak. 



Aku sengaja keluar ngam-ngam waktu nak makan, walaupun aku tau akan ada bersesak sikit nanti. Bab keluar dengan anak-anak ni aku memang ada hunches sikit. Kalau aku rasa good feeling, memang aku akan keluar tanpa ada preplanned. Dan aku memang dah target untuk luang masa dengan anak-anak sepanjang Jumaat sebelum aku sibuk sepanjang Sabtu dan Ahad sebab kelas. 

Kisahnya nak carikan kasut sekolah Hello Kitty untuk Safiyyah di Bata sana tapi saiz kaki anak dara aku ni susah sikit nak dapat kasut. Bayangkan dia pakai kasut hitam aku untuk ke sekolah lepas tau kaki dia dah tak muat masuk kasut sekolah lama. Memandangkan ada promosi di Bata untuk 2 pasang kasut pada satu harga, aku cadang untuk belikan sepasang untuk Muhammad dan sepasang untuk Safiyyah. 

Sambil anak-anak tunggu kasut masing-masing, aku cuba sepasang kasut juga. Kasut sukan aku sebelum ni dah haus tapak, maka aku pun ikut beli kasut juga. Bulan ni aku rasa aku boros berbelanja, tapi aku takde pilihan. Kalau suami aku masih tak dapat rentas sempadan, aku akan kalut nak sediakan semua bila sekolah buka nanti. Jadi biarlah aku siapkan sikit-sikit supaya aku tak serabut. 

Selesai beli kasut, kami pakat ke kereta dulu untuk simpan kasut sebelum masuk semula ke Lotus's untuk cari alat tulis aku dengan Safiyyah pula. Sebelum masuk Mr. DIY aku pesan pada anak-anak siap-siap, ada banyak rak di situ, dan aku bercadang nak melawat dari satu rak ke satu rak. Hawa-hawa nak berbelanja deras tu macam ada dah, tapi aku langgar je. Yang penting kita semua belek apa yang ada di situ. 

Tak banyak aku beli; paper fastener, spring clip, thermometer dapur, measuring cup kecik, another set of mitten glove untuk pastikan anak-anak tak berebut dengan aku nanti, water colour pallet untuk Safiyyah. Dah selesai membeli stationery, straight away masuk Lotus's untuk cari barang. Masa tu la aku dapat call dari suami, minta aku booking ticket balik ke Singapore pada 20/12. Terpinga-pinga juga aku dibuatnya, sebab pagi tu aku berborak dengan suami dan dia maklumkan ticket habis. Paling awal boleh dapat pada awal bulan January nanti, dan waktu tu dia tak boleh balik sebab kerja terlalu banyak. Frustrated, tapi aku tak bantah. Kami dah survived setahun setengah tanpa suami, Insya-Allah boleh bertahan lagi. 


Punya lama dalam Lotus's sampai Muhammad tertidur dalam troli sebab keletihan. Selesai beli barang, kami keluar dan balik ke rumah untuk selesai kan urusan ticket. Sampai hari ni mulut aku terkunci rapat dari bagitau anak-anak yang ayahnya akan balik tak lama lagi. Aku tak sampai hati nak tengok muka kecewa anak-anak kalau rancangan suami aku nak balik tak berjaya.


Semoga Allah permudahkan urusan kami semua bertemu semula.