Jumaat, 30 Ogos 2013

PotLuckAidilfitri2013

August 30, 2013

Dah lama nak letak gambar masa potluck ni tapi aku asyik tertangguh dek sebab nak selesaikan kerja-kerja lain. Alkisahnya, potluck ni macam dah jadi kemestian pulak, sejak dimulakan tahun lepas. Yang best nye, tahun lepas (2012) aku tengah pregnant 4 bulan, potluck tahun ni aku dah ada Safiyyah. Tak merancang langsung nak masak apa-apa, kena pulak mood raya tahun ni lebih utama pada anak, dan aku dengan En. Noor dah penat makan benda yang sama, jadi takde sangat la rasa excited tu. Nak pulak aku dah tak seoffice dengan kawan-kawan lain, takde masa nak planning langsung.

Aku cuba juga buka blog kak Yati tu, mana la tau kot-kot ada makanan yang aku rasa nak cuba kali ni. Sekali 'terserempak' la pulak dengan resepi Puding Milo Lapis Oreo.. adei! Sikit punya cantik la gambar puding kat dalam blog akak tu. Memang kelas la! Bila aku belek resepi tu betul-betul, alahai, tak la susah mana. Maknanya selama ni aku memang malas la bab dessert neh! Malu betul! So malam sebelum potluck, aku beli barang-barang yang diperlukan, sebelum aku tidur, aku siapkan semuanya. Kalau korang nak resepi, sila usha blog kak Yati ni ye.

Maka pagi tu aku macam biasa la akan snap gambar makanan yang ada untuk jamuan. Usha kat bawah slowly okeh..


Ni kuah bolognaise Shurbani. Korang kalau nak resepi gi google Shurbani eh..


Bihun goreng kak Ani. Aku ingat lagi, kak Yati yo-yo-oo je takmo menu bihun goreng. Sekali kak Ani buat sebakul, hamik situ!



Jelas sikit kan? Yang dalam bekas bulat kaler macam oren sikit tu kuah lodeh siam. Ha? Apa tu? Jangan tanya, aku pun ni kali pertama makan. Sedap. Korang minta resepi ngan Rozita Razali okeh. Kat bawah dia adalah mi kari, siap kuah kat tepi dengan bahan-bahan lain. Sebelah kanan tu tauhu goreng dengan sengkuang & timun. Mi kari hasil tangan Rusnah Darwis, tauhu pulak keje kak Yati. Korang tengok? Dia bawak tauhu boleh je kan? Isk isk isk minah neh.. nasib sedap, boleh dimaafkan..


Ni la model makanan Makmal Forensik. Shurbani Che Mat & Noor Hayati Ismail. Asal ada makanan je, ni la model nye. Asal ada model ni, ada le makanan nye. Eh, Shurbani lupa senyum eh? Jap ye..


Ah, konpem yang neh Shurbani senyum. Siap ada gaya lagi!



Sori la, Nooriani memang malu-malu meow sikit. Ni habis banyak la dia tunjuk muka. Laksa tu air tangan dia. Yang memang konpem ada di mana-mana sahaja, tak lain tak bukan, Noor Hayati Ismail! Yeah baby!!


Tengok, tengok.. betul tak? Noor Hayati ada di mana-mana sahaja. Aku terpaksa la amik gamba duduk, sebab backside aku ada sikit segan jugak la. Eleh, Shurbani masa ni la nak tayang bekas kuih dia pun. Meh tolong promote, dia beli bekas kuih kaler-kaler tu kat Cosway.


Masing-masing dah takmo tunggu lagi, semua belasah semacam. Aku masa ni dah dua round masuk ketiga. Korang tengok Noor Hayati.. lagi!


Aku provokasi tahap gaban! Gambar orang menganga je yang aku amik.


Nasib baik Noor Hayati sempat tutup mulut, kalau tidak, jadi la mangsa snap macam Rusnah Darwis.


Aku rasa dia sorang je la yang konker gambar-gambar kali neh. Setiap frame ada muka Noor Hayati. Ye, serahkan pada yang pakar.


Ah itu dia. Hijau, Rozita Razali, Oren-Kuning, Faraziana. Coklat susu, Rusnah Darwis. Pink-Belacan, Shurbani.


Dok menyempat lagi nak senyum sambil amik makanan. Insp Tg Noraihan, amik je makanan tu. Baby dalam sana dah menendang-nendang lapar.


Ah ye, pasta goreng (kat bawah sangat gambar nye, sekerat pulak tu!) hasil tangan Noor Hafizah Ishak. Orang mabuk pun boleh lagi masak banyak-banyak.


Kumbang seekor, dikelilingi bunga.. silap, aweks Forensik. Cuma nye, sorang je yang betul-betul awek, si Husna (baju purple berbelang). Yang lain-lain dah jadi mak aweks.


Ni betul punya lapar. Sampai tak sempat nak duduk dah! Bawak bertenang ye Insp Rohana..

Kali ni ralat sikit sebab tak boleh nak amik gambar ramai-ramai macam tahun lepas sebab ramai yang takde. Ada yang dah pindah, aku sendiri pun lepas makan bergegas ke bilik sendiri sebab ada kerja. Anyway, still it's fun to have such event. Til next time.


Khamis, 29 Ogos 2013

EBM - YangAkuFaham Part II

August 29, 2013

Baru hari ni aku agak free nak update blog.. pity to my train of thought for not having the channel to put into words. Dua minggu lepas aku berurut, sebab dah kerap sangat membengkak. Bukan swelling breast lagi dah, engorge terus! Especially weekend, anak aku dah develop one new habit. Pantang tengok aku sentuh breastpump, dia akan berbunyi (padahal baru lepas menyusu - dia sendiri let go sebab dah puas), dia sanggup sambung semula menyusu. Ada satu tahap, dia minum tak lama, elok burp, aku bagi rehat sikit, dia muntah. Hadoi la anak. Dilema ni dah tiga minggu, aku still looking up for a way to make Safiyyah understand that the pump is not trying to steal the milk away, but instead to save the milk she didn't finish for future use.

Weekend aku tak dapat nak fully utilize segala breastpump yang ada. Ah, by the way, sebelum raya hari tu kebetulan aku dapat imbuhan, pejam mata aku beli satu set breastpump electric yang baru, double. Dah seminggu aku survey harga, baca review tentang brand pam yang ada, dan ada satu brand yang aku betul-betul rasa agak tertarik - Unimom Forte. Pam yang aku guna sebelum ni manual single brand Avent. Motif aku beli pam baru? Very much related to the dilemma yang aku explain tadi. Since weekend aku tak dapat nak luang masa nak pam dengan berkualiti (almost all hours Safiyyah latching), ditambah dengan keadaan badan yang tak menentu waktu bulan puasa (kurang minum air - larat nak telan 2L jek!), supply aku agak merudum sikit. Hati cuak jugak, so aku decide nak power pumping. Now that's the whole purpose.


Terima kasih, En. Suami sebab izinkan saya berbelanja besar sikit bulan lepas. Ada kisah lucu dan sikit suspense di sebalik pembelian pam ni. Untuk pengetahuan, aku beli pam ni secara set bersama beberapa barang lain di OneBabyWorld. Kalau diikutkan, aku cuma perlukan pam ni je, tapi memandangkan adik ipar yang baru bersalin bulan 5 ari tu pun breastfeed anak dia, ada baiknya beli set. At least boleh la dapat milk storage, beg untuk carry EBM dan pam. Aku beli set Unimom Forte Value Package, dan add-on a few things yang adik ipar perlu. In the end, aku end up bayar RM510.00 macam set Unimom Forte Flexi Breastpump Package. The difference is that we got all the things we need, not the unwanted free gift. 

Mulanya salesgirl di store tu cakap yang diorang dah ran out of stock, walaupun ramai yang datang mencari the exact brand and type of pump yang aku tengah nak beli tu. Rezeki aku dan Nur Safiyyah la kan, tah macam mana one of them saje selongkar kotak-kotak yang ada (dah kebetulan stock take masa tu), maka terjumpa la 2 set pam yang aku coveted so much. Aku tak tunggu lama, tengah hari masa lunch (mana ada orang nak makan masa bulan puasa kan?), aku balik rumah dan tunggu En. Suami pun balik sama. Depan dia aku pam susu guna pam baru. Perasaan? Perghh.. puas hati. Walaupun aku beli pam dengan tujuan nak increase supply untuk Safiyyah, tapi aku consider this as a reward untuk diri sendiri.

Power Pumping
Let's just simplify apa yang aku faham tentang power pumping ye. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, bila mengalami situasi bekalan susu merudum (maknanya bila pam, hasilnya tak sebanyak selalu. In my case, normally sehari boleh mencecah 30oz, tapi selepas 15 hari berpuasa, sehari hanya boleh menghasilkan 16oz-18oz sahaja. Terrifying!), mereka akan cuba satu teknik yang dipanggil power pumping. Caranya? Mudah dan ringkas. Biasanya aku ambil masa 10 minit untuk pam susu sebanyak 6 oz - sekali pam. Jadi dalam sehari, aku peruntukkan satu masa selama sejam untuk power pumping. Mulakan dengan pam selama 10 minit kemudian rehat selama 10 minit. Kemudian pam lagi selama 10 minit dan rehat semula selama 10 minit. Ulang semula, simultaneously selama 1 jam - which means tiga kali pam dan tiga kali rehat. Cuba untuk seminggu, insya-Allah akan nampak hasilnya.

Aku sangat determined nak breastfeed Safiyyah exclusively, selama yang boleh. Jadi apa saja cara yang memungkinkan aku menambah supply, aku sanggup cuba (asalkan tak merapu sudah la). Sekarang aku masih lagi struggle nak tambah supply, sebab seminggu dua ni jadual mengepam aku haywire sikit (tapi result? Oh dear, DISASTROUS!), tapi aku dah mula carry pam elektrik ke pejabat. Kalau sebelum ni aku perlukan 10 minit untuk menghasilkan 6oz (condition - Safiyyah cuma latching sebelum tidur, dan sekali pukul 5 pagi), dengan pam ni aku masih perlukan 10 minit untuk 4.5oz. Bezanya? Sejak minggu lepas, Safiyyah latching sepanjang malam. Jadi what I got for the first session is the fresh for the day - from empty breast awal pagi. 


Selepas 10 minit mengepam, aku dapat hampir 4.5oz susu. Takpe la, bukan nak bertanding dengan sesiapa pun. Yang penting anak dapat minum susu. Rehat 10 minit, dan aku pam lagi 10 minit. Hasilnya..



Ngam-ngam 4.5oz. No matter what, yang penting sekali, MENGEPAM, MENGEPAM dan TERUS MENGEPAM. Kalau perlu masa untuk mengepam, just do it. Peduli apa orang nak cakap. Cari pam yang kita selesa. Aku sangat selesa dengan Avent, cuma bila let-down, both sides jalan serentak. Jadi agak rugi nak biar let-down lepas macam tu je. Dengan double pump ni, aku jimat masa sikit. Another reason aku beli brand ni, motor dia kuat (tahan la nak power pumping) dan senyap (it says on the box - hospital grade). Ambil la iktibar dari aku, masa awal aku berpantang, terasa sungguh malas nak mengepam. Tapi bila tengok anak makin membesar, dengan setiap titis susu yang aku bagi selama ni, aku jadi semangat. Okey la, takat ni je dulu. Usha Safiyyah jap ye..


Jadi model iron board, teman ayah tengok berita..


Til next time, ja mata..

Jumaat, 16 Ogos 2013

EBM-YangAkuFaham Part I

August 16, 2013

Dah lama tak menulis di blog sendiri.. asyik blog-walking je. Ntah macam mana terserempak dengan blog-blog yang dok sakan bercerita tentang EBM serta perkara-perkara sewaktu dengannya. Terpanggil pula aku untuk berkongsi cerita tentang EBM. Secara terus-terang dan jujur, pada mula aku mengandung, aku langsung tak faham apa itu EBM. Tak terbayang langsung tentang nak menyusukan anak, sebab sepanjang aku membesar, setiap ibu yang ada anak kecik semua feed their baby with formula milk. Sampai la bila aku dah kerja, kebanyakan ibu yang aku jumpa semua menyusukan anak dengan formula milk. Please jangan salah faham, yang aku jumpa. Perhaps aku belum jumpa dengan ibu yang menyusukan anak dengan susu badan. Sampai la one of my colleague bersalin dua tahun lepas. Dia breast-feed anak pertama, siap beli pam susu lagi (aku nampak masa pergi melawat dia dalam pantang).

Jadinya bila aku disahkan mengandung, bermula la episod persediaan yang pelbagai untuk menerima kehadiran cahayamata yang pertama. Di antara persediaan ni termasuk la macam mana nak feed anak nanti, whether aku choose to breastfeed or simply guna formula milk. Setiap kali aku pergi check up di KK Batu 9, aku akan baca panduan yang sama tertampal di satu sudut di bilik menunggu, tentang menyusu bayi dengan susu badan. Malahan ada bilik khas yang disediakan untuk ibu menyusukan bayi mereka. Dah tentu la bila satu-satu perkara menarik perhatian aku, akan aku selidik sehabis boleh. Maka sebaik pulang dari check up, aku akan surf dan study tentang EBM. Salah satu blog yang aku terserempak masa blog-walking adalah blog Ibu, hebat kan...

Dari setiap website yang aku jelajah, kebanyakan bercerita tentang khasiat dan kebaikan susu ibu. Secara kebetulan aku mabuk pada usia kandungan 2 bulan, jadi aku cuba cari maklumat tentang supplement food yang aku boleh ambil untuk provide nutrient pada foetus kat dalam perut. Aku juga cuba cari cara nak mengekalkan momentum penghasilan susu selepas melahirkan. Pada pandangan aku yang singkat ni, biar la aku prepare sewaktu mula-mula mengandung. Setiap hari aku berdoa supaya aku diberikan peluang dan kesempatan untuk menyusukan anak sampai la anak tu berumur 2 tahun. Dipendekkan cerita, dengan kefahaman aku pada masa tu, aku mula ambil supplement food untuk prepare my body for breastfeeding.


Ini adalah hasil bulan pertama aku berpantang di kampung. Terpaksa la En. Noor bawa balik ke KL masa selesai kenduri aqiqah hari tu sebab ruangan beku peti ais mak aku dah penuh dengan susu. Ni pun nampak macam tak berapa penuh sebab En. Noor dengan penuh kepakaran menyusun susu-susu ni ke dalam bekas ais dan ada 5 - 10 peket yang aku tinggalkan dalam peti sejuk mak aku. Sekali pandang macam santan pun ada!


Kalau nak ikutkan aku, langsung tak muat la. Dah la aku cuma ada plastik macam ni je. Sekali pun tak terlintas di kepala yang aku akan produce sebanyak ni susu dalam sebulan. Ada ibu yang boleh produce lebih banyak dari ni.. lain ibu lain kemampuannya. Lain anak lain keperluannya. Masa ni kaler susu macam sikit kekuning-kuningan, sebab still ada campuran kolostrum.


Terima kasih, En. Noor di atas usaha gigih anda. Sekotak ni antara yang terselamat masa balik ke KL lepas berpantang hari tu. Kalau diikutkan jumlah yang aku produce sepanjang berpantang adalah 3 kotak polisterin tu. Sekotak yang korang nampak ni dibawak balik oleh En. Noor sebaik selesai kenduri aqiqah. Sekotak aku bawak bersama masa balik selepas habis berpantang. Sekotak yang sama terpaksa mak aku curah ke tanah sebab ais tak mau mencair, jadi susu dalam peket dok melekat ke dinding peti sejuk. Maklum la, peti veteran.


Tamat stage 1, selepas selesai kenduri aqiqah Nur Safiyyah. Ni habis daya la, tapi pada aku ni dah cukup baik. See? Masa ni susu nampak pekat lagi. Maklum la, awal-awal berpantang, aku takut-takut nak minum air sebab mak tak bagi minum banyak. Takut lambat kering katanya. 2 minggu je aku ikut nasihat tu, lepas tu, segala jenis pantang yang aku fikir tak berpatut padan aku langgar je. Aku minum soya, aku minum air masak sebanyak yang boleh (gila la kalau suka-suka nak minum setakat segelas dua je.. Safiyyah menyusu hampir setiap jam. Mau tak kering aku dibuatnya!). Nasi pun aku hentam semacam, siap ulam kacang panjang lagi! Dalam hati, aku tawakkal. Bukan suka-suka nak langgar pantang, tapi kalau ini cara untuk membantu tambah susu untuk anak, aku rela mencuba!

Masa tu, ni la set yang aku order dari Ibu, hebat kan..., dan aku consume sepanjang berpantang. Actually ada set berpantang untuk sesiapa yang nak berpantang dengan Shaklee, tapi aku simply habiskan set ni je yang aku carry forward dari tempoh mengandung.


Masa package ni sampai ke pejabat, ramai yang beri komen. Ada yang positif, ada yang negatif. Aku punya stail masa pregnant, buat lembu kenyang je. Janji aku usahakan untuk sesuatu yang betul. Set ni aku ambil pertama kalinya secara percubaan selama 30 hari, dan bila aku nampak memuaskan, aku contact Aini Hayati Luey untuk pesan set penuh. Nampak botol OmegaGuard? Masa check up, doktor nasihatkan aku makan pil yang mengandungi DHA untuk membantu merangsang otak bayi dalam kandungan. Jadi aku cuba pil ni.

Now lets go back to EBM. Masa berpantang, memang terasa mudah sangat la bab nak menyusu anak ni. Pam pun sekadar nak mengurangkan rasa bengkak (tu la hasil yang korang nampak kat atas sana). Ada kalanya aku malas langsung nak pam, sebab aku rasa leceh nye la nak pam, lepas tu nak packing susu tu, then basuh pam, lap kering untuk next session. Terfikir pulak, macam mana la ibu-ibu yang dok rajin buat stok tu ye? Giler kentang la tahap rajin diorang ni! Tapi dalam malas, aku continue jugak pam, sebab tak tahan bengkak. Kerap jugak aku demam masa pantang, disebabkan bengkak susu.

Bila dah balik semula ke KL, lagi malas la aku nak pam. Mana nak urus anak, suami, rumah, nak sedia nak kerja.. aduhai. Ditambah dengan stok susu 2 kotak yang ada dalam peti beku tu, dah tak ada ruang untuk susu baru. So aku goyang kaki je la. Sampai la satu tahap, aku perasan bila aku menyusu Safiyyah, breast aku lambat nak penuh semula. Padahal anak tak berhenti demand. Adoi tak boleh jadi neh. Stok pulak dah tentu la makin menyusut sebab aku tak topup. Amik situ, padan muka aku. Mujur la aku cepat perasan. Baru la aku tebalkan muka nak bawak pam susu ke pejabat. Siap selambe badak je aku gi pam susu kat surau.

Sekarang aku pastikan stok dalam freezer ada untuk 2-3 hari (back up) dan pada pengasuh ada untuk 2 hari. Aku juga dah gunakan botol untuk simpan susu, dan plastik hanya back up bila botol-botol dah penuh dan masih belum dipulangkan oleh pengasuh. Setakat ni aku cuma ada 20 botol 5-oz, yang akan penuh setiap 3 hari. Masuk hari keempat, aku terpaksa guna plastik. Space aku tak luas, jadi aku terpaksa restrain dari buat terlampau banyak stok. So sekarang ni aku consistently pam susu tiga kali siang hari dan sekali malam. Selain tu aku prefer direct feeding, even bila aku dengan Nur Safiyyah berjalan kat luar.


Enam botol pada pengasuh bersama 3 plastik 12oz, jadi ni stok back up aku di rumah. Safiyyah jenis yang kuat menyusu, jadi jumlah stok di atas ni cuma bertahan paling lama 3 hari. Bulan puasa tempoh hari menyaksikan detik cemas aku - susu merudum. Kalau normal production sehari boleh mencecah 30oz, bulan puasa tempoh hari aku cuma mampu menghasilkan 20oz susu sehari. Gelabah kan? Maka aku pun mencuba la satu teknik yang familiar di kalangan ibu-ibu yang exclusively breastfeed anak mereka - power pumping. Perhaps aku boleh cerita pada entry akan datang kot. For the time being, setakat ni je aku mampu kongsi. Til next time, ja mataa..