Jumaat, 31 Oktober 2014

Annoying

October 31, 2014

Pagi-pagi lagi aku dah panas kepala. Cuaca panas, malam tidur pun tak selesa. Aku migraine tak berhenti akhir-akhir ni, walaupun kelas dah sejuk. Malam tadi memang aku tak plan nak stay up all night sebab hari ni the whole day ada revision class. So aku tidur dalam pukul 11 macam tu.

Aku tak harap banyak pun, just give me a very good night sleep. At least aku dapat tidur yang kualiti dalam 5 jam pun dah cukup, InsyaAllah. Masalah pulak dah, roommate aku ni mulut memang tak boleh control. Seingat aku dari mula aku sign in sebilik dengan dia awal semester hari tu, kalau tak bercakap kat bilik, dia bercakap dalam telefon. Every single day, never missed. 

It didn't bother me at first, sebab aku rasa tu hak semua orang. Kang kalau aku suruh tutup mulut sehari suntuk, ada yang gila nanti. But please, control la sikit. Ko bercakap dengan mak bapak penuh meriah, aku terima. Out of blue, ko ada boyfriend. So disebabkan ko malu-malu nak jumpa kat luar, ko borak dalam telefon. At times aku rasa entertained jugak, korang borak sampai aku boleh ikut sama conversation tu sebijik-sebijik. 

TAPI KALAU DAH PAGI-PAGI BUTA KO BORAK MACAM HARI DAH SIANG, OVER SANGAT KOT. ORANG YANG DUDUK TINGKAT ATAS SEKALI PUN BOLEH DENGAR, AKU RASA. PIPE DOWN SIKIT BOLEH TAK?

Aku dah try bagi hint, kejap tido kejap bangun. Sampai naik pening kepala aku ni. Lastly aku bangun jugak, gosok baju then bersiap apa yang patut. Ni aku menulis sebab aku dah tak tahan sangat, kepala aku panas. Sebelum ada yang menangis kena sembur percuma dengan aku, better aku menghadap blog, merepek panjang-panjang kat sini.

Eh, pandai pulak ko tido kan? Siap pesan suruh aku kejut lagi kan? Asal tak mintak boyfriend ko kejut je? Aku ni alarm clock ko ke? Aku malas. Pandai ko la. Dah besar panjang. Bangun sendiri. 

Khamis, 30 Oktober 2014

Kelas Dah Sejuk

October 30, 2014

Actually dari hari Isnin lagi aircond kelas seemed to be working, cuma aku malas nak tetus mention. Radicare ni kalau sampai angin gila dia, tetiba je aircond tu rosak balik. Vendor dah tak boleh nak settle masalah tu so pass kat soh (sole, kak, sebutannya 'sole'.. bukan soh) distributor pulak. Diorang tu sibuk, bukan nak jaga kita je. Students takyah la nak kepoh. Eh.

Bleh blah la ko. Macam la aku tak pernah berurusan ngan vendors and sole distributors.

Okay, now dah masuk hari keempat aircond tu berfungsi. Okay aku percaya masalah dah selesai. Aku ni ha yang tak selesai lagi. Exam start next week. Aku malas nak amik port lelebih pasal orang lain, especially orang yang believe diorang always right. Habis semua cakap orang dia bantah. Aku dah tak kuasa nak ikut jadi juara. So long as I get things done, all is well to me.

Aku nak lelap dulu. Memang terbantut nak study malam ni. Nape tah, aku pun tak tau. Nanti-nanti aku sambung lagi.

Isnin, 27 Oktober 2014

Deepavali

October 26, 2014

Pejam celik je, hari ni dah last day untuk Deepavali holiday. Aku still rasa tak puas luang masa dengan anak and suami. Alkisahnya cuti kali ni aku nak study, tak banyak, sikit pun jadi la. Rupanya perancangan Allah tu lain. Aku memang ada rasa serabut perut, sebab lepas cuti Deepavali ni ada seminggu je gap before final exam. Ada pengajar yang plan nak buat revision class, aku sendiri study sikit-sikit, mana yang boleh.

Astro
Cuti adalah masa aku nak menonton TV kat rumah, but apparently Astro punya service really totally SUCKS. Every channel yang aku frequent semua tak boleh nak tengok, alasan hujan - so service currently unavailable. Kalau sehari je takpe gak, ni dari malam mula aku sampai rumah until today. Mentang-mentang la aku dah contact Astro untuk terminate account, so service yang aku dapat adalah hampeh. Gitu?

Traffic Congestion
Wow, seriously dah lama betul since the last I used this terminology. Maklum la, dulu belajar business. Kena guna logic akal untuk study business. Well, let's put it aside. Masa nak balik hari tu tak la congested sangat, tapi malam ni aku tak jamin jalan lapang atau tak. Ada yang ambil tambahan cuti, macam aku. Harap-harap malam ni jalan lancar.

Safiyyah
Ini la main observation subject dalam rumah aku sekarang. Keletah anak yang sorang ni boleh buat kau gelak, and sometimes kau boleh naik angin. Aku admit one thing, I'm not a patient mother but I love my daughter. So much the love till I reached a decision to leave her in the care of my parents during my studies. Something necessary in my view, sebab Safiyyah cuma pinjaman dari Allah. Sekurang-kurangnya aku nak buat something yang betul in her upbringing. That's responsibility.


Dua-dua gambar ni aku ambik masa cuti Raya Haji. Suka benar dengan kamera.

Aku tak tau pattern apa dia main gelongsor ni. Orang lain turun duduk, dia turun meniarap. Pulak tu, dah berkenan gelongsor tu, yang itu je la diulang-ulang. 



Aku sebenarnya tak berkenan nak bagi anak dara aku ni makan aiskrim or any other sweets. Tapi dek mengelakkan daripada anak dara ni gi amik orang lain punya aiskrim, bagi je la. Risau duh, dia berdiri tepat depan batang hidung anak orang yang tengah makan aiskrim tu, mata dia tepat pada sasaran. Sebelum ada insiden budak setahun lebih buli kakak umur 5 tahun, baik aku divert dia punya attention.

Studies
En. Noor pesan, macam-macam jenis manusia ada dalam dunia ni. Nak tak nak, suka atau tak, kena hadap kerenah diorang ni semua. Ada yang egoist, opportunist, eccentric, eclectic, bubbly, eerie. Jangan terkejut sangat la, aku pun bukan muda lagi. Dah macam-macam benda aku tengok kat keliling aku ni. Yang selfish paling banyak aku encounter. Dah banyak kali sangat aku terkena sebab manusia selfish. So just stay calm and assertive.

Last Tuesday aku involved in an activity kat kolej. Aku join koir. Ye, sila terkejut untuk sekian kalinya. Mostly aku nak kan jam ktedit, but the second motive was to get out of the class once in a while. Kelas yang berkepam, padat, sesak, panas. At least give me a break. Aku ni bukan type merungut and merengek sepanjang masa. Dah tau Radicare tu banyak makan gaji buta, nak heran pe lagi. So long as Pengarah and pengajar get to stay in cold place, it's good enough. Jangan banyak songeh.

Birthday
Last Tuesday jugak birthday aku. Patut la aku rasa macam lupa something. Dah petang, balik dari kelas baru aku tersedar. Tu pun sebab Seri hantar mesej wish birthday aku. Maghrib tu mak aku pulak yang mesej. En. Noor? Heh, standard la kalau dia tak ingat. Aku sendiri pun lupa. Hadiah-hadiah ni tak main la. Hadiah birthday aku masa mula kitorang kahwin dulu pun tak hilang trauma lagi. Cukup la dia jaga aku baik-baik selama ni.

Okay la, aku nak mula study. Exam start next week. Till then.

Isnin, 20 Oktober 2014

I'm Tired

October 20, 2014

Lunch time tadi dapat WhatsApp dari Zawani. Just nak inform aku yang PT in charge for our program dah berhubung dengan bahagian kewangan. Gaji kitorang akan masuk bulan 11.. 28th day. Aku dah tak kuasa nak marah sape-sape lagi.. rasa nak tergelak pun ada. Ko bagi aku duit lepas aku dah jenuh berhutang sana-sini nak buat belanja. Syukur tetap syukur, tapi ko jangan la bangga sangat macamkan ko dah fight everything for my sake. Aku sendiri take initiative call ke Bahagian Pengurusan Latihan, aku sendiri follow up. Take credit for something else, not this.

I'm tired of human's behavior.. so tired.

Khamis, 16 Oktober 2014

Adik-beradik

October 16, 2014

Aku macam tak berapa nak percaya yang sampai ke hari ni, kitorang pelatih KPSL masih belum dapat elaun. Alasan mudahnya, permohonan cuti belajar still belum dapat kelulusan dari kementerian. Seriously, agak-agak korang la, lama mana nak bertahan duit makan kat tangan (takde kemudahan memasak kat hostel), dengan keperluan belajar lagi. Ayat simple yang aku dapat, "ala, akak dah kahwin. Minta la suami tanggung". Sedap anak tekak korang je kan? Meh try hidup ngan gaji kitorang, tanggung segala mak nenek perbelanjaan. Aku nak dengar, kot ayat yang sama nak keluar lagi. Sampai naik segan minta tolong ngan adik-adik. Sedara-mara apatah lagi.

Sebut sal adik-beradik.. terasa nak komen sal kisah yang aku dengar tak lama dulu. Sorang member ni menanggung mak and younger sibling, belanja rumah, and keperluan diri. Datang kakak-kakak, sikit pun takde rasa bersalah ambil kesempatan pada si adik. Baju-baju kotor angkut bawak balik basuh kat rumah mak - SABUN FREE. Anak-anak (ye kawan-kawan, kakak-kakak ni dah kahwin, dah beranak-pinak) hantar rumah mak, MAKAN FREE. Jenuh la si member ni menanggung, tak nak bising takut silap haribulan, mak pulak kecil hati. Ni baru betul ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Zaman dulu aku rasa kena sangat la bila orang tua-tua kata adik-beradik ni carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik (eh, betul ke bunyi pepatah ni? Adoi, bahasa sendiri pun fail). Now tak lagi macam tu. Nak pulak urusan berkaitan dengan duit. Boleh sampai berbunuh-bunuhan. Ada adik-beradik yang bermasam muka sebab duit, sampai ke mati tak bertegur-sapa, apatah lagi berbaik-baik. See? Adik-beradik okey, tak sebulu semata-mata sebab duit.

Suami aku pernah pesan, akan sampai masa bila aku terpaksa admit kenyataan zaman sekarang, walaupun ko kerja setempat dengan adik-beradik, tapi during working hours, takde istilah adik-beradik. Masing-masing sama je, cari rezeki nak bawak balik rumah. Sebab akan sampai masa bila adik-beradik ni akan ambil kesempatan pada adik-beradik yang lain. Akan ada masanya bila kita perlu bantuan dari adik-beradik, tapi bermacam-macam alasan yang akan kita dengar.

Well, it's not something new..

Kenyataan hidup zaman sekarang.. kalau kau jenis yang lembut hati, maka kau memang adalah PERLU berhati-hati. Orang sekarang ni dah tak peduli kalau dia terpaksa 'makan' orang lain, merely for their own survival. Aku belajar benda ni dari tempat kerja. Masa ketawa, sama-sama suka sampai berguling-guling. Masa tengah susah,jangan harap muka-muka gelak ni nak join susah sama ngan kau. Ada satu tahap, sikit punya KEJI, orang ni jugak la yang akan jadi kaki report. Adoi la. Masa ni tudung labuh pun jadi senteng, tasbih kat jari pun boleh terlepas.

Tua dan muda, sama je. Ada yang sampai terlupa status diri..

This time aku menulis untuk semua, bukan diri sendiri. Dunia dah makin sampai ke penghujung.. ambil la pengajaran sebelum terlambat.

Isnin, 13 Oktober 2014

Yes, I See It

October 13, 2014

Result penuh dah keluar, and I did fairly well. I recalled on the last paper, I woke up to a dull day. Rasa bosan teramat. Don't know where those feelings came from. And since there are public holiday in between the exam schedule, one of the paper got dragged to the next week. When you think it would give you more time to study, it didn't. Tambah lagi weekend ada program dengan JPAM. Tired, fatigue.

Benda dah lepas, nak kenang pun tak guna. Lagipun bukan teruk sangat exam result tu. I passed all papers, cuma perlu beri extra attention pada 2-3 subjek. Long gone the time where grades and points become the main objective.. sebab aku dah bekerja. The only target now is to understand each and everything, especially when it comes to the subject of our core business.

Mediocre is not forgiven, sebab aku tinggalkan rumah untuk study. So the least to achieve is to understand everything.

Ada sorang pengajar subjek kat tempat aku ni, most of the students takut dengan dia. She rarely smile, and at times she'll give you a staring dagger. Fuhh.. tertusuk di kalbu okeh. There are times when we felt so pent up and some of us even depressed, sebab subject yang dia ajar. Physiology. When she taught, and you were dozing in and out of space, see to it that you lose 5 marks of attitude and aptitude. Guaranteed. Aku pun pernah rasa stress gila dengan dia.

But today, I only feel sympathy. She went all out to make our learning easier. But in the end, all she got is nothing. Normally, and definitely in a class, there's always a student who excelled in everything. But the gap is too big. The scorer topped everything, and the dropout remains dropout. Kesian okay, I can relate to the pengajar. Even job nature kita adalah berbeza. You as a lecturer and me as a manager.

We strived to create an opportunity for our subordinate and students to learn in an easy way. But things don't always go your way kan?

At least aku bertanya, when she expected questions. And aku totally faham bila muka dia macam frustrated sebab soalan aku nampak simple and unrelated. But questions are questions. No matter how mundane and innate the question may be. Perhaps a profound questions were not meant to come from me.

Eyy, apa je la aku merapu malam ni. Moral of the story, try the hardest when you think you can try hard. Aku ni ha, dah tau lembab, EXTRA EFFORT ye. If orang baca sekali untuk faham, aku kena baca tiga kali just to keep up. So kawan-kawan, if korang pun ada situasi yang sama cam aku, whether or not to give up.. at least give it a try. Then only kita tahu, rasa berbaloi atau tak effort kita tu. Alangkan nak tudung Fareeda lagikan berhari-hari tido kat kaki lima tu. Eh.

Later. I think I have got an epiphany.

Rabu, 1 Oktober 2014

October 1: 32 Days To Go

October 1, 2014

Welcome October. Aku jarang notice the first day of the month, tapi hari ni agaknya aku agak gugup tunggu result exam hari tu. Still belum posted tapi aku akan share a few stories about today. Ada yang lucu, ada yang sikit menyedihkan, ada jugak yang menjengkelkan..

Story 1: Tumbler & RM0.50

Aku balik ke rumah during outing last week, as usual. Lunch En. Noor yang masak, tapi dinner selalu tapau je sebab nak kejar masa untuk balik ke hostel. This time dinner is KFC, since Uncle Jack kehabisan ayam and I wasn't going to wait. Air yang aku upgrade kali ni Orange Twister Tropicana, large. Tumbler ni dah dok dalam beg aku (kerja En. Noor selalunya silent and efficient). So aku bahagi 2 air tu, bahagian dok elok dalam tumbler ni. Maka bermula la tugas tumbler ni kat tempat aku. 

Selalu aku makan, air yang aku beli tu diorang akan jual in cup. So memandangkan tumbler ni dok tercongok je kat bilik hostel, aku bawak untuk tapau air (sometimes aku prefer minum air tu dalam kelas je). Satu cup air teh O ais selalunya RM1, tapi pagi tadi makcik tu boleh cakap,"air ni makcik kira RM0.50 je la nak." See? Nampak tak permainan kat situ? Oh well, if dengan tumbler ni aku jimat RM0.50 untuk drinks, why not?

Eh, penat. Nak tido dulu. Later.