Rabu, 3 April 2013

MobyWrap

April 3, 2013


Out of blue moon, kan? Daripada tajuk-tajuk berkaitan anak sendiri, tetiba terselit lak entry MobyWrap neh. Actually still related to Nur Safiyyah. So far aku masih berjaya produce breast milk yang sufficient untuk Nur Safiyyah, cumanya ada ketika dalam tempoh berpantang hari tu aku suffer 'demam susu'.. rasanya ramai yang familiar dengan term ni. Susu yang terlampau banyak, dan aku yang masih tak tau macam mana nak manage abundance supply menyebabkan aku suffer a little.. still aku tak lost hope. Rezeki Nur Safiyyah la kan?

Masa aku tengah 'demam susu' tu, Nur Safiyyah pulak tengah demam kuning lagi dan dalam tempoh tu jugak kerap la dilawati oleh sanak saudara dan kawan-kawan aku. Ada yang bawa anak-anak kecik, tanpa dikawal, terus masuk menerjah ke tempat Nur Safiyyah berbaring. Menurut mak aku, bayi tak elok disergah-sergah sebab bila dia terkejut, mudah hilang semangat. Malam aku demam, Nur Safiyyah pulak tak tidur-tidur. Aku kesian mak dan abah nak mendodoi anak aku (yang dah makin berat) tapi nak mendukung, aku sendiri tak daya.

Terfikir pulak kalau aku boleh kendong anak aku (style Jawa macam jiran lama aku dulu.. orang sekarang modenkan nama - sling knot. Cuba korang tanya En. Google, mesti ada dalam khutub khanah You Tube dia). Dengan kain takde, aku tak reti nak silang, pulas, ikat.. putus harap jugak la. Sampai la satu hari aku teringat masa preggy dulu aku selalu search pasal baby carrier.. this time, the right term is babywearing. Tu yang aku stumble upon Moby Wrap neh.


Hish, mau hangin satu badan aku melayankan internet yang macam foetus kura-kura neh! Sambung balik, aku ingat Moby Wrap ni jual kat oversea je, rupanya dalam zaman ramai ibu yang educated neh, baby wrap bukan lagi satu halangan. Aku main search je, tetiba keluar la website Tiny Tapir. Belek punya belek, macam-macam jenis baby wrap ada. Aku macam biasa la, cuba gak cari yang tengah ada promosi (poket aku sudah kempis, RM tak berapa 'ramai' lepas aqiqah hari tu.. tapi tu cerita lain la. Daripada aku buat benda tak pekdah, baik aku selesaikan bahagian yang dituntut untuk anak aku neh).

Harga asal RM159, tak termasuk kos pos.. (untuk online purchase, term ni aku agak familiar) harga selepas diskaun RM115.90 (boleh tahan gak la kan?). Aku cuba pertimbangkan dua tiga kali. Mundar-mandir aku dalam rumah, kejap ke depan, kejap ke belakang. RM115, banyak benda aku boleh buat kalau sekadar nakkan kain untuk kendong Nur Safiyyah. Tapi bila mengenangkan Mak dan Abah yang jenuh mendukung Nur Safiyyah time meragam (Aku? Opkos la termasuk sekali!), dan mempertimbangkan untuk kesekian kalinya masa-masa yang akan digunakan kain tu nanti, pejam mata, aku click je untuk purchase.

Purchase process tak yah cerita la, sakit hati je (bukan sebab penjual ye, tapi disebabkan oleh internet aku yang boleh dikategorikan sebagai menyakitkan minda), tapi secara ringkas aku dicas RM13 untuk kos Pos Laju kain tu ke rumah Mak aku (di Selama ni.. jadi harga tu aku rasa dah cukup okey la), jumlah keseluruhan aku bayar RM128.90 through Maybank2U. Tempoh penghantaran dijangka 3 hari (aku order hari Jumaat malam, jadi aku tak expect kain tu sampai sebelum hari ni). Bila aku cerita pada Mak, dan tunjuk video macam mana nak pakai kain tu nanti, Mak setuju sebab aku juga yang senang nak carry anak merata nanti.

Nak dijadikan cerita, dalam hari yang sama aku order mende alah ni, subuh-subuh lagi aku telah minta En. Noor poskan 2 pek soya Melilea untuk aku dan Mak. Jadi ada sikit rasa tertanya-tanya sama ada aku akan terima dua barang serentak dalam satu hari.. hihihi. Hari Ahad malam, Opah aku datang tidur di rumah sebab dia rasa tak sihat (risau kot masa Mak Lah aku gi sekolah nanti, Opah aku rebah tak siapa perasan), jadi aku ada kawan nak berborak. Hari Isnin, masa dok sakan berborak dengan Opah, tetiba je ada motor berhenti di tepi pagar rumah dan honk tak berhenti. Rupanya Mr. Post.. Mak yang keluar (sebab Nur Safiyyah tengah menyusu), dan tak lama lepas tu masuk semula bawa satu bungkusan yang aku kira boleh tahan besar.

Soya yang aku pesan sampai dulu. Aku tak kisah, sebab dah agak mungkin kain kendong tu akan sampai lambat. Rupanya keesokan harinya posmen yang sama juga datang (pada waktu yang sama, berhenti di tempat yang sama setelah menekan honk dengan jumlah yang sama – seriously seragam gile!), kali ni Abah pulak yang keluar. Aku tengah solat masa tu, jadi bila Abah bawak masuk bungkusan yang sederhana besar, aku dah dapat agak apa yang ada dalam tu. Aku buka dengan rasa tak sabar.

Kain yang sepanjang 5.2 meter berwarna hijau daun didatangkan dalam beg yang menggunakan fabrik dan warna yang sama. Dalam beg tu juga ada buku yang menerangkan dengan jelas cara-cara memakai kain kendong, cara masukkan dan keluarkan bayi ke dalam dan keluar kain kendong, safety check, variation untuk lelaki. Aku honestly puas hati dengan apa yang aku terima, dan dengan rasa tak sabar mencuba kain tu. Hehe jangan ingat 5.2 meter tu terlebih-lebih panjang ye, elok aku double-knot tie, ngam-ngam kain tu kat bahagian perut. Aku siap cuba masukkan dan keluarkan Nur Safiyyah lagi (anak aku untuk kesekian kalinye menjadi bahan eksperimen). First try, not so perfect. Takpe, there’s always next time.



Setakat ni dulu la entry kali neh. Kalau aku berkesempatan nak snap gambar dengan anak dalam poket kendong neh, aku update. Till then..