Selasa, 27 Mei 2014

SenangnyaBerniaga

May 27, 2014

Tak sengaja 'memalaskan' diri untuk update blog, hari ni tiba-tiba rasa nak bercerita pulak. Pendek je okeh, tengah 'mencermin' diri sebab nak dekat bulan puasa dah ni (motif?).

En Noor tak nak aku stock up barang-barang basah lebih daripada 3 hari. Ikan dah tak sedap, ayam pun dah berubah rasa, sayur dah layu. Cenggitu la kurang lebihnya ceramah kesedaran di subuh hari hujung minggu lepas. Sila patuh perintah suami ye, puan-puan. 

Disebabkan dah lama benar aku tak bersantap hidangan daging, minggu ni teringin nak meng'karnivor'kan diri. Aku pujuk En Noor bawak aku ke pasar malam. Rutin kalau ke pasar, aku akan cari ikan sejenis-dua, ayam atau daging, sayur, makanan sikit. Bajet tak lebih RM50 untuk jumlah belanja. Kalau dapat cari ulam, lagi bagus.

Malam ni tah cemane agaknya ye, pakcik feveret yang jual nasi beriani and nasi tomato tu tak berniaga (aku bajet sebulan dia cuma datang area ni 2 kali je), nasi goreng yang selalu aku singgah pun takde. Habis seround aku pusing, siap beli daging sekilo lagi, still tak jumpa apa yang rutin aku makan or menarik untuk dimakan.

Kebetulan aku lintas gerai jual nasi arab, ni kali pertama aku tengok akak tu berniaga. Harga untuk nasi, lauk dan acar adalah RM7.. boleh tahan mahal. Dah tak nampak yang menarik lagi, aku beli la 2 set. Siap belanja untuk malam ni. Jom kita balik makan ye nak. Ibu ko ni kalau dah lapar, harus la pitam dibuatnya. 

Sampai rumah, terus kerjakan nasi. Standard la nasi arab yang korang beli rempah siap tu, cukup rasa, cukup rempah. Tapi tang lauk memang FAIL! Aku memang tak boleh blah dengan lauk daging masak kicap yang asal nampak hitam, masin pun idak, lada pun tak rasa. En Noor tak sentuh langsung daging dia.

Pergh.. RM7 per set, dengan acar yang "penyegan", lauk tasteless,  gila untung akak ni berniaga okeh. Gila senang. Tapi tak tau la tahan lama mana. Or dia simply nak test market sebelum berniaga kat bazaar Ramadhan nanti. Aku mintak pada En Noor,  kuatkan semangat aku, ingatkan aku selalu, MASAK SENDIRI UNTUK BERBUKA PUASA & BERSAHUR. Aku tak nak pahala puasa lucut macam tu je.

Sekian.

Tiada ulasan: