Jumaat, 29 Mac 2013

45thDays

March 29, 2013

Officially semalam berakhir la tempoh confinement (44 days) tapi suami minta aku teruskan confinement sampai tempoh 100 hari.. which means aku hanya akan betul-betul habis berpantang selepas 23 Mei 2013. For the time being, kita cerita tentang current activities, meanwhile sambungan untuk Motherhood - A Story akan aku sambung lagi selepas ni. Bukan apa, aku teruja dengan perkembangan Nur Safiyyah sekarang. Genap usia dia sepuluh hari, Safiyyah dah mula tersenyum bila diagah dek Tok Wan (abah aku dengan happy bahasakan diri dia macam tu), dah pandai merengek bila rasa badan berlengas.

Sekarang genap 45 hari, aku dengan Safiyyah tengah suffer satu obstacle, demam selsema. Agak cuak juga bila aku tengok suhu badan anak aku naik (aku siap beli thermometer okeh), tapi mak cuma pujuk dengan maklumkan anak sekecil tu kalau bawa ke klinik pun tak ada ubat. Aku cuma perlu susukan sebanyak yang dia mampu minum dan lap badan dia dengan air (untuk turunkan suhu). Kali ni baru aku rasa aku ni dah jadi mak orang. Lepas je kenduri aqiqah tempoh hari, dia tak mau lagi dengan Opah melainkan waktu mandi je. Selebihnya kalau boleh nak melekat di badan aku.

Overall aku agak puas hati dengan perkembangan kami berdua, walaupun aku boleh dikategorikan sebagai lembab bab belajar jadi emak. Bayangkan la dah dua minggu bersalin, aku masih terpinga-pinga bila anak aku menangis (especially bila lepas menyusu). Rupanya nak bermanja. Aku ni beria la perah otak memikirkan; "nak apa lagi agaknya budak kecik ni". Gila kejam la aku jadi mak orang. Sekarang dah pandai sikit, dah boleh main dengan anak, dah mula pandai berborak dengan anak.. hihi malu!

Aku stop dulu entry kali ni. Tengok anak aku yang tengah tidur nyenyak (sebab malam tadi dia terkebil-kebil berjaga).. until next time..



Isnin, 25 Mac 2013

Motherhood - A Story Part 2




Last entry, aku cerita macam mana aku berdepan dengan lack of knowledge tentang tanda-tanda bersalin. Sebaik saja aku perasan tanda darah dah turun sikit, aku masih tunggu sakit yang sepatutnya datang, tapi tak terasa jugak sampai la aku dan En. Noor sendiri pergi ke hospital untuk confirm dengan medical practitioner sama ada aku dah sampai masa atau belum. Rupanya pintu rahim aku dah pun 3cm terbuka. Jangan ingat En. Noor arif dengan istilah sentimeter atau bukaan ye, aku jenuh menerangkan apa kemendenya yang disebut-sebut doktor pada aku.

Common practice (I guess) di HUKM yang mana bakal ibu yang dah terbuka pintu rahim sebanyak 3cm ditahan di wad sementara menunggu sampai masa melahirkan. Aku dimasukkan ke wad Intan di tingkat 2.. perasaan gementar tak payah sebut. Cuma aku tawakkal, kalau aku nervous, suami aku akan lebih susah hati berbanding sekarang. Mujur juga la aku masuk ke wad sebelum waktu makan tengah hari, jadi aku dapat merasa first hospital meal pada lunch time.. aku siap share dengan En. Noor lagi. Nak kata tak sedap, bohong la. Ada perasaan cukup, masam masin manis pedas.. okey apa? Kalau nak sedap, tak nama hospital la kan? Syukur la ada gak makanan. Kalau tak?

Ada doktor lelaki (yang aku tak recall namanya.. sorry doktor, memang tak teringat langsung!) datang dan ambil butiran diri aku secara ringkas, kerja apa, di mana, bila berkahwin, pernah amal perancangan keluarga ke. Semua aku jawab dengan ceria sebelum dia beredar, dan aku minta nak tidur pada En. Noor. Suami aku duduk di situ dan teman aku lelap.. untuk hilangkan rasa debar-debar dan mengelakkan rasa tension (waktu melawat, wad hospital pun bunyi macam pasar borong). Tak lama lepas tu nurse pulak datang merasa perut aku, sebab still sampai pukul 2 aku belum rasa any sort of contraction.

Yang ni tak berapa best sikit, sebab jam 3 petang aku kena check sekali lagi, dan kali ni doktor lelaki tadi yang ‘menyeluk’. Walaupun dia tak pandang (means tak lebih dari yang sepatutnya), plus ditemani oleh seorang nurse, aku tetap rasa segan. Bukaan rahim aku masih lagi 3cm. Aku balik semula ke katil dan berborak dengan En. Noor sama ada nak minta mak datang atau tak. Habis je waktu melawat pukul 7 malam, nurse panggil aku lagi sekali untuk check bukaan pintu rahim. Ada patient sebelum aku (admit pun lebih kurang masa aku admit ke ward), dah siap pecah ketuban lagi. Aku menunggu kat luar pintu bilik tu dengan rasa nak cabut lari, teruja, takut, happy, sedih.. (aku pernah terfikir boleh ke manusia berperasaan sebanyak tu dalam satu masa.. amik situ, tuhan bagi aku rasa se‘das’!)

Bila turn aku sampai, doktor perempuan yang on duty. Alhamdulillah. Even so, still doktor ni minta izin nak seluk aku. Kali ni bukaan dah cecah 4cm, tapi memandangkan bilik bersalin penuh, aku diminta rehat semula di katil sebelum datang semula nanti. Boleh macam tu? Aku siap call En. Noor dan cerita pasal doktor check dan pecah ketuban, sebelum pukul 8 malam nurse datang panggil aku semula. Katanya bilik bersalin dah ada yang kosong. Jantung aku rasa nak tercabut jap. Alamak, aku belum call mak. Suami lak kat luar, sempat ke dia nak masuk nanti? Macam mana aku nak tau masanya dah sampai? Apa yang aku kena buat nanti? Masya-Allah, banyak sungguh persoalan dalam kepala.. sudahnya, aku cuma istighfar Nabi Yunus dan berserah sepenuh hati pada Allah.

En. Noor duduk dekat dalam wad tu jugak, cuma agak jauh sebab kawasan rehat dibuat dekat pintu masuk wad. Jadi masa nak ke bilik bersalin, En. Noor dah ikut dari belakang. Aku pulak tak sempat nak maklum yang Awah akan datang hantar baju dan sikit makanan pada En. Noor, jadi bila aku dah masuk ke bilik bersalin, En. Noor kena daftar aku di kaunter dan kemudian bergegas untuk jumpa Awah (yang datang dengan Sida – sorang lagi adik aku). Agak malang sikit sebab adik aku datang lewat, dah tentu la pak guard tak bagi masuk. Sementara tu, aku pulak dah kena taklimat di bilik bersalin dan disumbat dengan glycerine, untuk membantu aku ‘membuang’ sebelum bersalin nanti.

Bunyinye macam kasar je kan? Jangan salah faham okeh, aku diuruskan dengan baik dan hormat oleh kesemua nurse dan doktor yang ada. Means bila aku bertanya, ada jawapan yang jelas dan terang (walaupun semakin menakutkan aku), bila aku perlu bantuan, nurse datang dan tolong. Dah takde istilah ‘nurse garang’ yang aku dengar dari orang dulu-dulu. Doktor yang bertugas pun tak la berat mulut bila patient bertanya. Perhaps dunia dah berubah, more and more people have become educated, and concern about themselves. Then, bila nurse tunjuk pada aku tandas untuk aku selesaikan bahagian aku, sikit pun dia tak gesa-gesa suruh aku cepat-cepat or whatever. Honestly sepanjang proses permulaan nak bersalin, aku tak stress langsung.. siap boleh lost in my own thought lagi. Tak boleh blah langsung!

Sebaik je aku masuk semula ke bilik bersalin, aku boleh gambarkan sebagai complete dan walaupun sepatutnya aku rasa nervous sebab nak berdepan dengan sakit bersalin sekejap lagi, aku masih ada rasa confident sebab I can see that I’m in good hands. Aku disuruh berbaring di katil, dan nurse yang bertugas bertanya di mana En. Noor. Aku jawab je la dia ke tandas.. mudah je kan? Sebab aku sendiri pun tak tau ke mana suami aku masa tu. Nurse terus capai telefon aku kat atas meja tepi katil dan suruh aku call suami, minta datang dan teman aku di bilik bersalin. Aku pulak dalam masa yang sama dok menjenguk, kat mana aku nak bersalin nanti.. sebab aku membayangkan dewan yang lapang dan ramai staf yang bekerja di sekeliling katil nak bersalin nanti. Sungguh dangkal sekali!

Elok je aku dengar suara suami aku kat luar bilik, rasa debar-debar yang dari tadi tak berhenti mula subsided. Aku dah boleh zikir tenang kat dalam hati. Entah kenapa aku boleh agak yang proses kelahiran anak pertama aku ni akan makan masa yang panjang, disebabkan aku tak rasa sakit sepanjang tempoh bermula dari tanda darah yang pertama. Suami aku duduk di kerusi sebelah katil aku, dan genggam tangan aku kemas. Rasa cemas dan nervous dah mula bertukar confident, walaupun tak sepenuhnya. Aku mula rasa sikit yakin dengan apa yang aku bakal hadapi nanti. Nurse masukkan jarum drip di pergelangan tangan kiri, dan mula dengan sebotol air. Aku hanya dibenarkan minum air putih sahaja. Since aku dah selamat bersalin, biar aku cerita satu rahsia.. aku siap bawa air selusuh ke dalam bilik bersalin tu.

Elok je air masuk dengan baik, nurse masukkan sebotol ubat di sebelah tiub air tadi. Aku cuba tanya kenapa, dan nurse maklum yang ubat tu untuk kuatkan rasa sakit bagi membolehkan aku bersalin. Oooohhhh.. baru aku faham. Dari jam 10 bawak ke jam 12 tengah malam, yang aku boleh recall every 4 hours doctor will come dan seluk untuk periksa bukaan aku. Dah la sebelum turun ke dewan bersalin tadi aku dah pecah ketuban (dipecahkan, dan masih tak rasa sakit), aku confuse air apa yang dok mengalir sepanjang aku terbaring kat katil tu. Macam pagi tadi, aku kena pakai dua strap kat perut, satu untuk detect jantung baby dan satu lagi untuk detect contraction. Ooohhh.. baru aku tau strap yang lagi satu tu untuk apa. Thank you, nurse.. for enlighting me and En. Noor.

Aku tak ingat jam berapa, nurse datang dan cucuk satu dos painkiller (aku tak ingat nama.. may be Pendatin kot) di punggung. Aku tak sempat nak resist, sebab aku risaukan effect lepas bersalin nanti. Takpe la, mungkin membantu kot.. berbaik sangka je la. Rupanya painkiller yang ni buat aku mamai, tak sampai setengah jam lepas tu aku ZZZzzZZzzzZz! Sian la En. Noor terkedang sorang-sorang. Aku dah puas tahan mata tak nak lelap, tapi disebabkan punggung yang dicucuk tu punggung aku, no choice la but to doze off. During this time aku recall yang aku sekejap-sekejap tersedar, dan aku sempat tegur En. Noor yang tengah tertidur sambil tersandar di kerusi supaya rebahkan kepala di sebelah aku. Siap aku usap-usap kepala suami aku lagi (nak alih perhatian dari rasa sakit yang dah mula menyerang kat bahagian pinggang).

Last ‘seluk’ around 10 pm, bukaan rahim aku 5cm. The next seluk is around 2 am, dan bukaan aku masih 5cm, yang aku kira sangat lambat. Baby gerak kat dalam sangat aktif, jantung dia sampai mencecah 160. Doktor dan nurse agak concern, sebab contraction aku still low tapi heartbeat baby tinggi dan pergerakan aktif. Ada kemungkinan yang baby aku akan lemas (or sedang lemas) disebabkan tak cukup cecair. Jadi nurse datang bawa secawan air (beserta straw LENGKOK, okey). Disebabkan aku tak dibenarkan bangun, straw dibekalkan untuk memudahkan aku minum. Nak pergi toilet untuk pee pee pun tak boleh, nurse akan datang from time to time untuk keluarkan urine through tube. Aku ingat sepanjang malam sampai ke pagi, ada dekat 5 pallette urine yang aku produce. Bladder akan rasa kosong tapi macam tak puas (sebab not naturally discharge, kan?).

Sekejap-sekejap akan ada doktor dan nurse yang datang menjenguk. When you are in labouring pain, malam akan terasa sangat panjang, macam yang aku rasa. Kesian suami aku sekejap-sekejap aku kejutkan sebab nak air la, nak minta dia genggam tangan aku la, nak mengadu sakit la (padahal sebelum ni takde la aku mengada-ngada sampai tahap ni!). Dipendekkan cerita, menahan sakit (nak tau cane kitorang tau aku tengah contraction? Ada panel yang tunjuk reading kat tepi dinding. Bila reading naik sampai 70 – 80, aku memang menggelepar sakit okey) sampai la pukul 6 pagi, doktor datang untuk seluk aku lagi. Kali ni memang lama, aku mengerang kecik untuk kurangkan rasa sakit dan senak. Bukaan aku masih pada 7cm sedangkan sepatutnya dah cecah 9cm. Reading untuk contraction aku pun tak berapa good.

“6.30 nanti kita seluk lagi, if still 7cm kita tolak ke operation theatre, puan.” Doktor perempuan tu maklum pada aku. Nak respond pun aku dah tak tau macam mana. Mata dah makin layu. Sayup-sayup aku dengar suara doktor yang sama menerangkan pada suami tentang keadaan aku. Sebaik je suami aku labuh punggung di kerusi, tangan dia genggam tangan aku kemas-kemas, dia cuba tarik perhatian aku pada fact yang aku berkemungkinan dibedah.

“Macam mana ni, sayang? Doktor cakap kalau pukul 6.30 nanti masih 7cm, sayang kena bedah.” Oh, jangan la terkejut dengan bahasa yang suami aku guna ye.. memang penuh berhemah. Aku yang mendengar (sambil menahan sakit diseluk dan sengal di pinggang) hanya berpaling dari suami. Bukan nak derhaka, tapi aku tak boleh nak respond in kind tentang apa yang dia baru ucapkan. Dalam hati aku cuma ada respond macam ni: “suka hati la nak operate ke nak normal ke. Janji dia keluar.” Boleh macam ni? Aku memang bukan hamba-Nya yang sabar. Terbang habis kesabaran sepanjang hamil dan tinggal berjauhan dengan suami selama 7 bulan, terbang habis semua ketabahan aku. Masa ni aku cuma seorang hamba yang lemah.

“Sepanjang usia perkahwinan kita, apa sahaja kesalahan yang saya lakukan sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, perkara yang menyinggung hati dan perasaan abang, saya minta ampun dan maaf. Doakan saya selamat, abang.” Kalau ada pun, aku tak rasa suami aku akan tunjuk rasa sedih. Dia senyum dan pegang tangan aku kemas-kemas, “Abang ampunkan setiap detik dan saat. Abang doakan Salina dan baby selamat. Kuatkan semangat, sayang.” Itu perbualan yang terakhir.. sebelum aku lost, dozing in and out of pain. Memandangkan tak ada sebarang respond dari aku, En. Noor tak punya sebarang pilihan melainkan bercakap dengan ‘orang kat dalam’ sana.

“Baby, cuba perlahan-lahan cari jalan turun ke bawah. Kalau tak, nanti ibu kena bedah. Kesian dengan ibu.” Sambil bercakap, suami aku gosok-gosok perlahan pada perut aku.

Kajian sains merata-rata dah menunjukkan bayi dalam kandungan mendengar dan memahami perbualan dan keadaan sekeliling walaupun ketika masih di dalam rahim. Sebaik saja suami aku bercakap dengan anak kat dalam perut ni, aku rasa sakit yang tak boleh nak digambarkan. Baby kat dalam bergerak, in a direction, macam nak ke bawah sana. Aku dah mula pusing ke kiri kanan. Suami bergegas panggil nurse dan doktor. Kali ni bila doktor seluk pun aku dah tak terasa sakit, sebab aku lebih terasa sakit nak bersalin. Elok seluk, doktor confirm bukaan dah 9cm. Since dah 6.30 am waktu tu, doktor anggar aku akan mula sakit dan boleh meneran by 7.30 am.

Dalam pada tu nurse dan doktor sibuk buat persiapan. Memang takde reserve langsung, semua reagent yang perlu, nurse dan doktor main tuang je. Bila sampai masanya, doktor terangkan pada aku kaedah yang betul untuk meneran, bila baru mula nak meneran. Dalam bilik tu yang ada cuma aku, En. Noor, doktor dan sorang nurse. Bayangkan betapa sunyi nye waktu tu. Nafas aku pendek, jadi bila kepala baby dah sampai ke pintu, aku putus nafas dan tak pandai nak curi nafas. Mungkin nurse nak bagi semangat pada aku, dia tanya pada En. Noor sama ada dah nampak kepala baby ke belum. Bila suami aku angguk, aku tanya lagi sekali. Memang sah, kepala dah nampak tapi disebabkan aku putus nafas, baby masuk semula. Oh, I see.. kali ni aku tak reserve, tarik nafas panjang-panjang, teran-teran dan aku curi nafas. Muka aku merah, biru, hitam.. hik hik hik!!

Ada terasa gak macam pedih kat hujung bukaan tu.. dan tak lama lepas tu aku terasa macam satu ketulan besar dah terlepas. Rupanya masa tu la doktor akan potong sikit kat bawah sana untuk besarkan laluan bagi mudahkan baby nak keluar. Suka ati anda semua la, janji anak saya sekarang dah halfway nak jumpa saya. Bila kepala baby dah keluar, aku rehat sekejap, amik nafas dan teran sekali lagi untuk keluarkan terus. Tepat jam 8.04 am (jam dinding betul-betul atas kepala aku, dongak je aku dah nampak time baby keluar. Rupanya bukan aku sorang yang usha time, doktor, nurse and suami aku pun buat mende yang sama at the VERY exact moment!) Nur Safiyyah binti M. Noorman lahir. Aku dah hilang suara, mata rasa kuyu (mengantuk) dan doktor belum habis proses aku rupanya. Silakan la doktor, jangan malu-malu. Saya dah tak berdaya nak bertanya apa-apa.

Nur Safiyyah lahir tak melalak sekuat-kuat alam macam baby lain, jadi aku ingatkan nurse dah bawak dia keluar.. aku teringat masa aku mula masuk dewan bersalin malam tadi, ada sorang baby baru lahir. Suara dia.. masya-Allah, memang lantang habis melaungkan kehadiran dia dalam dunia ni. Ingatkan anak aku pun nak buat macam tu, rupanya pemalu pulak anak aku. Cuma menangis kecik (masa dah keluar dan nurse angkat nak bagi aku pegang sekejap, tak ada bunyi langsung). Cuak jugak la aku. Dalam tempoh nak proses aku bagi SIAP, suami dah keluar dari bilik tu untuk qamatkan anak kami. Suami bagitau, anak aku memang tak menangis.. cuma tenung je kat ayah dia masa nak diqamatkan. Boleh macam tu? Then nurse bawa Nur Safiyyah masuk semula. Aku yang tengah dijahit ‘mentah-mentah’ni boleh terleka dan tak terasa sebab aku asyik merenung anak aku.

Kita fast forward sikit ye. Aku diberi milo panas (tepat-tepat seperti yang diceritakan oleh Mardhiyyah), dan sandwich. Sepanjang pemahaman aku, elok je anak dah keluar, tempoh pantang aku pun bermula la kan? Jadi sama ada aku boleh makan sandwich telur tu atau tak, Wallahu’alam. Aku hentam je.. LAPAR! Sambil tu En. Noor tolong sikatkan rambut aku (yang dah serabai.. macam rupa Mak Lampir pun ada!) dan tocang kemas (sekemas yang lelaki boleh buat la.. faham-faham sendiri sudah la ye). Lepas dia sarung tudung aku, kami sama-sama minum dan makan (sebab aku rasa macam kami berdua sama-sama ‘beranak’ sebenarnya. Sama-sama letih). Dalam bilik tu juga kali pertama Nur Safiyyah aku susukan. Perasaan masa tu.. aku tak reti nak cerita. Tapi ada rasa sayu kat dalam hati.. anak pertama kami, semua perkara aku dan En. Noor uruskan berdua.

Bila aku ditolak masuk semula ke wad, En. Noor kemas-kemas beg-beg yang ada sebab nak bawa uri aku balik untuk diuruskan. Aku pesan pada dia supaya makan siap-siap, rehat dulu sebelum datang waktu melawat nanti. Aku tau suami aku penat, macam aku jugak. Tak lama lepas suami aku balik, aku lelap.. dikejut oleh nurse sebab anak aku nak susu. Lepas tu aku sambung tidur sebelum kawan-kawan sepejabat datang mengejutkan aku (yang memang terkejut.. tah dari mana pulak la diorang dapat berita aku dah bersalin. En. Noor punya keje la ni.. takpe la, kan semua tengah excited?). Jadi sebelum aku menutup cerita bahagian kedua, enjoy la gambar-gambar di bawah ni, hasil lawatan kawan-kawan aku (courtesy Mardhiyyah). Till then..






Sabtu, 9 Mac 2013

Motherhood – A Story

March 9, 2013

15th days.. ala ala comel gitu..

In the previous entry, aku bercerita tentang betapa aku rasa macam dah hampir sangat masa untuk aku deliver. This time, aku cerita moment by moment macam mana aku mengalami detik-detik kelahiran anak perempuan kami. Bagi yang pernah menerima pertanyaan-pertanyaan aku tentang macam mana tanda-tanda nak melahirkan, aku harap jangan lagi ‘nebes’ okeh. Aku dengan Nur Safiyyah sekarang dah selamat enjoy detik-detik perkenalan kami kat Selama, Perak neh.

Aku mulakan dengan kisah kelahiran anak kedua pegawai di tempat kerja aku, Insp Faridah. Pegawai ni selamat melahirkan anak lelaki yang sihat pada 31 Januari 2013, awal 10 hari dari tarikh yang dijangka – 10 Februari  2013 (aku difahamkan yang bersalin awal dari tarikh jangka ni perkara biasa). Sebelum tu, sorang lagi pegawai, Insp Nur Ayuni Dayana pun dah bersalin anak sulung pada 19 Januari 2013, pun awal 10 hari dari tarikh jangka bersalin (29 Januari 2013). Memandangkan aku adalah next candidate on the list, ada gak rasa cuak kemungkinan aku bersalin awal 10 hari dari tarikh jangka.

Masa aku tulis previous entry, En. Noor ada bergurau dengan aku – “Abang jangka Salina bersalin lepas habis je Tahun Baru Cina”. Eh? Nape camtu lak? Bila aku tanya En. Noor, dia cuma angkat bahu – tak tahu nape dia cakap macam tu. Dia cuma rasa. Kebetulan pulak jadual cuti untuk bulan Februari dah keluar, En. Noor dapat cuti dua hari. Jadi suami aku ni dengan penuh rasa bertanggungjawab bertanya pada aku sama ada aku teringin nak ke mana-mana masa cuti tu. Aku cuma geleng kepala – tak kuasa aku! Dah boyot macam ni, aku jalan pun terkedek-kedek.. pulak nak meredah segala tempat yang akan penuh disebabkan orang bercuti panjang masa Tahun Baru Cina.

Jadi aku cuma berehat je kat rumah.. dan En. Noor dapat la enjoy masa rehat dia dengan baik (ye ke? Musykil sikit la ngan pernyataan neh!) sambil menunggu baby kitorang bagi hint – “Attention Ibu & Ayah, saya dah ready!!” (poyo gile aku punya bahasa kali ni). Hari Sabtu & Ahad, aku cuma rehat kat rumah tanpa ada sebarang rasa sakit atau tak selesa. Hari Isnin, aku bosan. Jadi aku bercadang nak ajak En. Noor ke Kamdar, konon nak mencari kain cotton untuk buat sarung tilam baby. Bila aku fikir-fikirkan semula, macam merepek pun ada. Sepanjang 9 bulan mengandung, sikit pun aku tak gaduh nak buat persiapan macam ni. Barut anak pun dok biar tak berjahit lagi. Hrmmm.. musykil!

Kan dah kubilang sebelum ni, En. Noor layan je segala permintaan aku (maklum la, mengandung sulung). Jadi petang hari Isnin 11 Januari 2013 tu aku ngan suami bersiap-siap la. Dalam kepala aku dok berangan nak pilih kaler untuk sarung tilam Nur Safiyyah, nak buat sarung bantal & bolster, dok mencongak-congak berapa meter nak beli. Kebetulan azan Asar, aku terasa sakit sikit kat ari-ari, dan rasa nak pee pee. Masa tu la aku tengok ada darah coklat-coklat (macam masa orang nak datang bulan tu). Honestly, entry kali ni aku tak cover pape.. semua aku jot down directly as it is. Untuk mengesahkan yang aku tengok tu adalah darah, aku siap tanya Awah lagi (Awah ni adik aku). Confirm!

Dup dap dup dap!! Jantung aku punya la pantas, macam aku baru lepas pecut 100m (padahal acara trek yang aku pernah join pun cuma 1500m & 5000m je. Perasan nak jadi queen pecut la tu!) disebabkan aku tetiba dilanggar oleh kenyataan; tak lama lagi aku nak bersalin! Debar-debar, gugup, takut, teruja.. masya-Allah, seribu satu perasaan! Terus tak jadi aku nak ke Kamdar. Boleh pulak aku yang selama ni tak minat langsung nak jenguk mesin jahit (sepanjang mengandung, aku tak boleh langsung menjahit. Tengok pun tak nak.. boleh camtu?), tetiba je terus duduk depan mesin sambil usap-usap perut dan tegur anak aku: “Baby, sabar sikit ye. Jangan keluar lagi, bagi ibu siapkan barut untuk baby dulu ye..”. Korang pernah jumpa bakal ibu yang macam ni? Sila jangan ikut contoh tak bape murni ni ye.

Suami aku yang dari tadi menunggu aku bersiap terus duduk depan TV, join Awah melayan movie Tamil (jangan terkejut, tu aktiviti kitorang bila free, especially aku ngan Awah pada hujung minggu). Dengan penuh perasaan teruja dan tergesa-gesa, aku mula menjahit tali untuk barut anak aku, satu-satunya bahagian yang masih tergantung disebabkan aku tak minat langsung nak sentuh mesin jahit selama 9 bulan ni. Sambil menjahit, aku berzikir dan berdoa dalam hati. Terfikir jugak nak call mak dan bagitahu perkembangan ni tapi disebabkan nanti mak risau dan tergesa-gesa nak datang sini, aku tangguhkan dulu niat nak maklumkan tanda darah ni. Dalam hati cuma fikir; belum confirm pape lagi kan?

Siap menjahit, masuk waktu Maghrib. Aku tiba-tiba dilanda rasa teringin nak makan kat luar sangat-sangat. Dah la dua tiga minggu ni aku banyak makan di luar, especially sizzling yee mee dan bihun sup. Malam ni teringin lagi. Adei! Aku ajak En. Noor keluar makan. Buntang mata dia pandang aku atas bawah (sampai tang perut tu lama sikit dia tenung). Aku meyakinkan dengan penuh confident, aku belum rasa sakit nak bersalin. Dalam berat hati, suami aku menurut je la kehendak aku ni. Kami ke AEON Cheras Selatan untuk makan sizzling yee mee (mengikut perancangan asalnya).

Elok sampai je, parking pun cantik right in front of the entrance tingkat atas. Macam tau-tau je ibu mengandung nak berjalan jauh penat. Elok je turun escalator, aku teringat yang botol susu anak belum beli lagi. Even though aku plan nak EBM anak aku nanti, tapi botol susu kena spare. Jangan tanya nape, aku sendiri pun tak tau. Elok sampai ground floor, aku tarik tangan En. Noor menuju ke Kenny Rogers Roasters; “Salina belanja abang makan malam ni okeh. Teringin sangat nak makan ayam kat sini.” Sambil menggaru kepala, En. Noor ikut je la. Pintu masuk utama ke restoran tu ditutup sebab ada pertunjukan tarian singa, aku selamba je redah pintu belakang. Janji aku dapat makan ayam kat situ! Bonus, aku dapat tengok tarian singa.. hik hik hik!!

Siap makan, En. Noor terus tarik tangan aku ajak balik. Risau benar dia kot-kot aku tiba-tiba rasa nak ‘ter’bersalin masa tengah-tengah berjalan tu. Aku pujuk suami aku lembut-lembut, aku cakap, “Jangan risau abang. Kalau dia nak keluar nanti, dia keluar la. Sementara dia dok kat dalam lagi ni, kita jalan-jalan dulu okey. Lagipun botol susu dia belum beli, selimut pun kita lupa hari tu. Jom, kita pergi cari dulu.” Boleh macam tu? Seriously, memang betul la pe orang cakap, masa nak bersalin nanti bukan ibu yang nebes.. ayah nye yang lebih-lebih!

Siap beli barang-barang yang aku nak, kami gerak keluar dari AEON. Aku faham gelisah En. Noor lepas aku bagitahu ada tanda darah dah keluar. Jadi aku ajak En. Noor ke klinik.. mana tau kalau-kalau boleh sahkan laluan dah buka atau belum. Agak malang sikit, doktor bertugas bukan doktor sakit puan, jadi tak dapat la kami nak confirm kan sama ada masa aku untuk deliver dah sampai ke belum. Aku balik ke rumah dengan rasa berbunga-bunga. Siap ajak En. Noor kemas beg-beg yang nak dibawa ke hospital masa nak bersalin nanti. Siap aku pilih-pilih baju dan kain batik untuk bawak balik ke kampung masa tempoh berpantang.

Esoknya, aku terjaga sebab nak pee pee, dan En. Noor dengan cemas terus bangun dan duduk menghadap aku. Faham sangat dah.. aku pujuk dia suruh tidur semula. “Belum nak bersalin lagi. Salina belum rasa sakit pun. Tidur dulu ye.” Berat hati, suami aku menurut je. Perancangan aku pagi ni, makan roti telur di warung dekat Giant tempat suami aku kerja. Roti panas-panas, lembut kat dalam dan rangup di luar, kuah kacang dal campur sambal.. aku nak jugak minum kopi ‘o’ ais pagi ni, tak kira la sape pun yang marah nanti. Wah, rezeki aku la nak dekat-dekat bersalin ni, semua perancangan aku berjalan lancar. En. Noor pun tak bantah bila aku order kopi ‘o’ ais, siap beli suratkhabar untuk baca sementara menunggu order siap.

Selesai makan, aku ajak En. Noor ke klinik lagi. Mungkin pagi ni ada doktor sakit puan yang boleh sahkan tanda aku. Sekali lagi hampa, yang bertugas adalah Doktor Aziz (itu nama yang suami aku sebut). Jadi dengan berat hati, aku ajak suami ke hospital. Dalam pada tu, aku sempat borak-borak dengan En. Noor, nak sedapkan hati, mungkin jalan baru buka 1cm. Berkemungkinan aku dibenarkan balik, jadi aku plan nak shopping dulu. Muka En. Noor semacam je, tak faham aku nak tafsir. Ada sikit senyum, ada sikit kerut (time marah dia selalu macam tu), ada sikit risau. Aku buat lembu kenyang je. Yang penting, ke hospital dulu, sahkan apa yang aku rasa ni.

Elok sampai je ke tempat nak daftar masuk, aku tengok ramai orang yang dah duduk tunggu. Aik? Masa cuti macam ni pun ramai orang jugak eh? Aku serah buku rekod di kaunter, duduk semula tepi En. Noor. Dalam kepala aku kosong je.. tak tau nak fikir apa. Nak bagitahu mak, belum confirm pape lagi. Karang tak pasal-pasal mak kelam kabut nak datang KL, padahal aku lambat lagi nak due. Dipendekkan cerita, bila nurse panggil, tanya kenapa aku datang hari ni, dah sakit kuat ke belum, berapa kerap contraction, aku terpinga-pinga. Contraction tu macam mana? Belum pernah mengandung, mana aku nak tau. Dia cakap perut terasa mengeras. Lagi la aku bingung. Sudahnya dia rasa perut aku. Mak aih, rupanya selama ni aku dah ada contraction (bila perut aku merening semacam tu, tengah contraction la rupanya) cuma aku tak tahu dan tak rasa sakit.

Aku disuruh bagi sampel urin, dan tunggu sampai doktor check. Lama gak la aku terbaring kat katil dalam bilik kecik tu, ada dua strap kat perut aku. Satu aku agak untuk jantung baby (sebab dia tanya kat sebelah mana baby duduk), satu lagi aku tak tau untuk apa. Yang aku tau, ada bunyi dup dup dup.. yang aku bajet datang dari anak aku. Agak dalam 5 – 10 minit aku terbaring menelentang, nurse datang suruh aku mengiring. So aku duduk dalam position tu dekat 5 minit, sebelum ada doktor perempuan datang, siap sarung latex glove depan aku (eleh, konon bajet nak buat aku cuak la tu.. padahal aku memang dah tunggu time nak lari je).

“Minta maaf Puan Salina, saya minta izin ye nak seluk untuk check bukaan pintu rahim.” Ha? Aku menganga.. tak paham satu mende pun tapi aku izinkan je la.

Maaf cakap la, walaupun dengan pengalaman kawan-kawan sepejabat yang dah melalui proses ni, aku masih tak dapat nak mengagak apa yang aku akan hadapi. Bila aku terasa ada jari masuk kat ‘situ’, aku istighfar panjang. Istighfar Nabi Yunus masa kena telan ikan yu pun aku sebut jugak. Tak terbayang aku akan hadapi perkara macam ni. Sebetulnya sakit tak seberapa, cuma aku segan, walaupun doktor yang ‘menyeluk’ aku tu adalah doktor perempuan. Dalam terkejut, aku cuma ingat Lailahailallah.. ampunkan aku, Tuhan. Masa sakit baru nak ingat pada-Mu..

Bila diperiksa, bukaan pintu rahim dah cecah 3cm. Memang takde pasal la doktor nak lepas aku balik or pergi shopping. Punah la harapan aku nak pegi beli cloth diapers untuk Nur Safiyyah (masa tu aku memang dah yakin yang baby ni perempuan, dan suami suka dengan nama pilihan aku).  ni la yang dikatakan serah tengkuk.. Monyok sekejap muka aku, tapi bila fikirkan yang aku dah sampai masa nak jumpa baby sendiri, wah.. hati ada nyanyi-nyanyi lagu riang ria bunga matahari jugak! Maka pada 12 Februari 2013 aku dimasukkan ke wad bersalin tingkat 2, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aku rasa cerita ni kene sambung la.. Nur Safiyyah sekarang bukan saja kuat menyusu, tapi jugak kuat nak bersembang. Memang belum ada vowel yang keluar dari mulut dia tapi bunyi dah ada, dan respons bila kita menegur dia bukan sikit-sikit. Jadi aku punya priority dah bertukar tangan sekarang, Nur Safiyyah perlu diutamakan. Till next time, take care everyone..