Selasa, 18 Februari 2014

WeightWatchProgram

February 18, 2014

Agak bombastic sikit tajuk tu tapi memang itu la nama aktiviti aku dan office mate yang lain setiap petang. Well, aku baru 3 hari join tapi excited dengan program ni. 

Alkisahnya macam ni, di office aku ni memang ramai yang overweight. Secara mudahnya BMI tak seimbang. Mostly overweight macam aku la. Nak pulak lepas dah bersalin. Amik slimming set shaklee pun takkan nampak kesan kalau tak work out.. ye tak?

Last week tak berapa sihat, lepas hari kedua je aku terus semput (dengan erti kata lain, PANCIT!!). Cuma memandangkan aku dah beria-ia heret anak ngan adik gi Jusco Cheras Selatan semata-mata nak cari running shoe, hari ni semangat berkobar terlebih. 

Masuk hari ketiga, badan pun dah mula ringan. Ditambah dengan cuaca yang redup, wah, aku laju je BERJALAN. Hehehe.. ala, tak lama mana pun tapi cukup la sekadar nak bagi peluh. Sekurang-kurangnya tak la aku rasa ngantuk dan malas selalu.

Tak banyak round pun, sebab kami hadkan masa sejam je untuk aktiviti ni. Next session aku akan update aktiviti WeightWatchProgram ni sekali dengan gambar. 

Till then.

TheFirstYear

February 18, 2014

Dah lepas berhari-hari, baru la aku tergerak nak share post ni. Safiyyah celebrate first birthday pada February 13, 2014. Sikit sayu dan sebak sebab aku berjaya jaga seorang anak, genap setahun. Nak celebrate memang aku tak pandai (sebab aku sendiri tak pernah ada celebration party sebelum ni) tapi pengasuh dia dah pun selesaikan isu tu.

Gambar ni diambil waktu Safiyyah sibuk berpaut dekat Cda. Baju tu pun Cda yang belikan.. banyak sungguh hadiah baju yang Safiyyah dapat. Malam kelmarin baru aku ngan En. Noor perasan yang drawer baju Safiyyah dah tak boleh tutup. 

Wah..

Kepada kak Ros, suami, dan anak-anak.. terima kasih sebab sudi menjaga Safiyyah macam anak sendiri. Terima kasih juga atas kesanggupan mengatur birthday party untuk Safiyyah and the gang 
(boleh? Anak aku kecik-kecik dah ada geng).

Kepada En. Noor, terima kasih sebab sudi meneman kami ke klinik, dan habiskan waktu cuti anda mencari keperluan birthday party Safiyyah. Kepada Safiyyah, terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu, menceriakan hari ibu dan ayah dengan keletah dan ragam Safiyyah selama ni. Thank you all.. thank you

Isnin, 17 Februari 2014

AirOhAir

February 17, 2014

Sejak akhir-akhir ni kawasan tempat tinggal aku memang kerap terputus bekalan air. Bagi aku yang tinggal di ground floor mungkin tak terkesan dengan keadaan ni.. atau lebih tepat, kurang lelah mengangkut bekalan air dari lori tangki SYABAS. Cuba bayangkan orang yang tinggal di tingkat 3 atau tingkat 4.

Banyak kesan yang nampak sejak kerap terputus bekalan air ni. Anak aku yang sebelum ni pakai cloth diapers (CD) terpaksa berubah pakai disposable diapers. Bukan apa, CD tu semua pengasuh yang basuh (persetujuan bersama - separuh tinggal di rumah pengasuh, separuh lagi di rumah). Rumah tingkat 4, bila takde air.. bayangkan sendiri la.

Jadual house chores pun turned upside down. Time yang aku cuci baju, terbantut sebab air takde. Hadoi! Masak apatah lagi. Dah berapa hari makan di luar, En. Noor macam tak seronok je. Maklum la, masak sendiri lebih puas (walaupun sekadar telur goreng makan dengan kicap). Cuma sementara ni kena sabar. Ada hikmah sebalik semua ni.

Cuba bayangkan orang yang tinggal kat pedalaman sana, hari-hari angkut air. Kadang tu jalan puluh-puluh kilometer sebab nak dapatkan bekalan air. Sikit pun tak mengeluh. Maka azam aku, NAK BERSABAR SEBANYAK YANG MAMPU & DIIZINKAN TUHAN, dalam mengharung cabaran kali ni. En. Noor, terima kasih bersusah senang dengan saya..

Wink! Wink!!

Rabu, 5 Februari 2014

AndaStress?

February 5, 2014

Tetiba je topic ni terlintas kat kepala pagi tadi masa tengah ber'suka-ria' drive ke tempat kerja. Kenapa? Sebab zaman sekarang ni banyak faktor yang menyebabkan timbulnya stress. Korang stress tak? Aku nyaris stress pagi ni.. sebab? Kena masuk meeting! Aku ni dah le kerani je, nak kena masuk meeting yang melibatkan pegawai. Banyak hal nya nanti. Sebenarnya bukan la apa pun, tapi stigma meeting dan isu di tempat kerja aku ni, terus buat aku rimas.. tapi sekejap je la. Aku amalkan ambil vitamin B Complex untuk bantu aku kurangkan stress.

Mak aku selalu pesan, apa pun yang kita buat atau usahakan, kena ada keyakinan dan rasa percaya. Jadi bila ambil supplement, kena la yakin dan percaya yang kita akan beroleh khasiat dari pengambilan makanan tambahan tu. Antara khasiat B Complex adalah membantu mengawal stress. Masa aku mula-mula kenal Shaklee, vitamin pertama yang dicadangkan pada aku (yang tengah mengandung masa tu) adalah vitamin B Complex. Kenapa B Complex? Banyak sebabnya.. antaranya yang korang boleh usha kat bawah ni.
  1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. (sangat berguna kepada aku yang selalu stress sebab kerenah di pejabat, jauh daripada suami, keletihan dengan urusan seharian)
  3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia. (Alhamdulillah sepanjang mengandung aku belum pernah alami anemia.. even sampai sekarang)
  4. Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban. (ni yang teringin nak tengok hasil.. al-maklum le, umur belum cecah 40, uban dah mengalahkan mak aku yang separuh abad tu)
  6. Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Nota: Kredit kepada vitaminsemulajadi.com

Moral of the story, kalau dah namanya kerja, apa pun boleh jadi. Ingat tak dalam Buletin Utama TV3 pernah siarkan tentang hasil kajian tentang pekerja di Asia Tenggara? Yang paling tak happy adalah pekerja di Singapura. Ada yang dah buat keputusan nak resign dalam tempoh 12 bulan. 

Mungkin ada yang mampu, tapi aku still struggle untuk selesaikan semua financial commitment. Jadi resign is not one of the option. Maknanya terpaksa juga la hadap kerenah yang pelbagai ni kan? But why must in vain? Do something. Protect yourself, build a strong YOU, physically and emotionally

Keputusan di tangan kita. Kalau penat, rehat. Kalau sakit, dapatkan penawar. Kalau rasa perlu pemakanan tambahan yang sihat, ambil la supplement. Aku cadangkan kepada korang yang selalu stress, ambil la B Complex ni. Ibu berpantang pun aku nasihatkan ambil B Complex, insya-Allah boleh membantu kurangkan risiko gila meroyan. So korang, itu je la my two cents untuk petang ni. Kalau rasa teringin nak B Complex atau any of the product, jangan malu jangan segan. Hubungi aku dengan segera okeh!

Salina Mohamad Sulaiman
SID: 919274
Tel. / What's App: 017-3105646  
E-mail: salina1821@yahoo.com

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jaa mata!

Isnin, 3 Februari 2014

February2014 - Vita-Lea, Buy6Free1

February 3, 2014


Eceh, skali dah tulis satu entry, terlajak tulis satu lagi! Bulan lepas punya promotion, Alfalfa Complex Promotion Buy 6 Free 1 dah pun berlalu. Tapi jangan runsing, jika korang masih berminat nak dapatkan Alfalfa Complex, korang masih boleh hubungi aku untuk dapatkan hot item ni pada harga terbaik beserta konsultasi percuma. Untuk bulan Februari ni, Shaklee menawarkan satu lagi promosi yang aku rasa sangat-sangat la IRRESISTIBLE! Nak tau promosi pe? Vita-Lea Iron Formula - Buy 6 Free 1. Cakap pasal Vita-Lea ni aku rasa sangat teruja.. Vita-Lea sangat dekat di hati aku sebab pada mula aku kenal Shaklee, Vita-Lea antara supplement yang banyak membantu aku sepanjang tempoh mengandung. Nak tengok rupa Vita-Lea Iron Formula ni? 


Ha, ni la Vita-Lea Iron Formula. Sori la, gambar ni adalah hasil crop gambar terdahulu..

Asal Vita-Lea ni adalah dalam bentuk cecair pada masa awal dihasilkan oleh Dr. Forrest Shaklee. Eh? Korang ingat nama Shaklee tu wujud macam mane? Hehe. Dr. Shaklee ni study tentang tumbuh-tumbuhan dan in the end telah menghasilkan satu produk yang dinamakan Vitalised Mineral. Seiring dengan kemajuan dan peredaran masa (chewah, ayat bombastik!), Vitalised Mineral ni diupgrade dan diubah bentuk daripada liquid kepada tablets. Maka terhasil la Vita-Lea Iron Formula. Amacam, okay tak explanation aku?

Secara umum, Vita-Lea Iron Formula ni sesuai diambil oleh semua peringkat umur. Tapi untuk lebih memahami keberkesanan supplement ni, jom kita tengok apakah kebaikan utama Vita-Lea Iron Formula dan faedah pengambilan Vita-Lea Iron Formula secara konsisten.

Kebaikan Utama Vita-Lea:
  1. Penambahan Tenaga Segera - memberikan tenaga serta meningkatkan kecergasan tubuh dan mental. Secara tak langsung, ini membantu sistem memori serta meningkatkan tahap fokus terhadap pembelajaran mahupun kerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - tidak semua makanan yang kita ambil adalah seimbang dan lengkap dari segi nutrisi. Kebersihan, cara penyediaan malahan cara pengambilan juga menyumbang kepada kehilangan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Jadi Vita-Lea Iron Formula membantu kita mengisi semula lompong-lompong yang tidak mampu diisi dengan pemakanan seharian kita. Selain tu, Vita-Lea Iron Formula juga membantu melengkapkan nutrisi pengamal vegetarian dan pesakit anemia.
  3. Keupayaan Sistem Produktif - yang ni memang penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisme - pengambilan Vita-Lea Iron Formula membantu dalam menstimulasi metabolisme selain melambatkan proses penuaan. Korang nak awet muda tak? Ngeh ngeh ngeh..
  5. Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Selain tu Vita-Lea Iron Formula ni juga turut membantu menjaga kesihatan tiroid.
  6. Melindungi organ - Vita-Lea Iron Formula ni membantu melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. Organ kritikal tu kan?
Jadi jika diambil setiap hari secara konsisten, Vita-Lea Iron Formula mampu:
  1. Membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
  2. Mengandungi beta karotina yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan penglihatan dan pembinaan tisu.
  3. Mengandungi kalsium, fosforus selain vitamin C dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Tak la nanti umur baru nak cecah 40, gigi dah luruh. Hehehe..
  4. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk metabolized lemak dan karbohidrat dalam badan.
  5. Jangan tak tau, Vita-Lea Iron Formula pun ada vitamin B12. Yang ni penting untuk bentuk sel darah merah. Masa aku pregnant dulu, nurse kat KK tu slalu cakap, "cantik hb level awak ni.." sebab hb aku maintain pada paras 12.4 hingga 12.8 (best kan?)
Nota: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Testimoni:

Aku (erk, boleh ke?):
First time kenal masa pregnant Nur Safiyyah. Awal pregnancy memang sungguh mencabar sebab perubahan hormon menyebabkan perut tak nak simpan makanan lama. Jadi menjelang lunchtime, memang lembik. Lepas mula ambil Vita-Lea Iron Formula ni, dalam tempoh sebulan dah mula nampak kesan (lain orang, lain anatomi, lain la tempoh keberkesanannya ye. Sila ambil maklum). Aku sama 'chargas' macam orang lain yang tak mengandung. Sampai hari ni aku teruskan pengambilan.. sangat membantu untuk ibu EBM macam aku dan ibu-ibu yang selalu keletihan.

Adik aku (tak kira, nak letak jugak!)
Since adik aku ni agak pemalu orangnya, memang tak akan wujud la istilah 'volunteer' nak hantar testimoni untuk aku. Adik aku si Soleha ni pada mulanya tak berapa berminat, tapi bila setiap hari aku tengok dia balik kerja dalam keadaan keletihan yang amat (kerja chief chashier kat pasaraya, boleh bayangkan la macam mana fatigue level nye kan?). Kalau diikutkan memang tak berkenan la adik aku sorang ni nak mengambil any type of supplement. Tapi aku pujuk (or paksa?) dia ambil trial pack dulu. Lepas dua minggu dah nampak kesannya. Kalau sebelum ni, balik rumah muka long fourteen la.. skang balik rumah cari anak aku dulu sebelum siap nak tido.

Jangan la segan-segan. Cuba dulu, rasakan sendiri kebaikan Vita-Lea Iron Formula ni pada korang. Aku pengedar sah Shaklee kawasan Cheras, Bandar Tun Razak, Sungai Besi dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Contact aku untuk best price and free consultation:

Salina Mohamad Sulaiman

SID: 919274

Tel. / What's App: 017-3105646 E-mail: salina1821@yahoo.com 
Jaa mata!!

AyamPongTeh

February 3, 2014

As-Salam.. dah berbulan tak update blog ni. Memang sesungguhnya alasan sibuk tak boleh nak diterima, tapi aku rasa seriously itu la satu-satunya sebab dah lama aku tak update. Padahal kalau nak diikutkan, banyak je isu yang nak share dengan korang. Contohnya? Resipi! Tah macam mana hari tu aku terserempak dengan satu rancangan TV, chef tu demonstrate macam mana nak masak Ayam Pong Teh. First time aku dengar nama tu. Rupanya masakan tu terkenal la di kalangan keturunan Baba & Nyonya. Hadoi la, nama je rakyat Malaysia.. jenis makanan kat negara sendiri pun tak pernah tau. 

Anyway, aku tak sempat nak catch up resipi dalam rancangan tu. Jadi macam biasa la aku akan refer kat Uncle Google.. one of my favorite blog yang banyak entry tentang masakan adalah blog Cik Mat (CM). Owh, memang definitely ada la resipi tu kat blog feveret aku neh. Disebabkan hari dah malam, and aku nak masakan yang ringkas yang aku boleh prepare untuk next day punya meal, maka aku terus je baca sekilas and start masak. Memang ada yang kureng sikit, sebab aku tak ada shitake mushroom, red and green chillies tapi tu tak membantutkan niat aku. Sok bila sempat, aku singgah kat jiran aku si Giant tu, beli cendawan ngan cili, then balik add on je, pastu panaskan untuk lunch

Since dah malam and aku tak sempat nak snap apa-apa gambar, maka aku akan update lagi entry ni bila dah lengkap nanti. Korang kalau rasa nak try resipi Ayam Pong Teh ni, boleh la mencuba. Kat bawah ni aku jot down resipi yang aku dah hentam tadi.

Resipi Ayam Pong Teh
Bahan-bahan:



½ ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
(aku simply guna cut parts - whole legs 2 pcs)
10 biji bawang merah* (pun sama - aku just lanyak sebiji bawang besar terus!)
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

½ kiub pati ayam (optional)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 - 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa (aku guna gula melaka)
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan


Now, jom masak!
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam  dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan. Pergh!!
Ada bahan yang aku kurangkan, ada yang aku lebihkan untuk cater taste En. Suami. Aku biasanya masak untuk lunch hari ni pada malam sebelumnya. Memang macam yang CM cakap la, lepas semalaman, pergh!! Selamat mencuba!