Isnin, 12 Mei 2014

AkhirnyaSatuEntryGak

May 12, 2014

Semalam tak semena-mena Safiyyah demam. Takde angin, takde ribut okeh? Aku jadi pening sorang-sorang. Anak aku bukan pattern merengek time demam, tapi kena ready la En Noor makan nasi tapau or aku simply rebus ayam kosong untuk makan dengan bubur kosong. Kejam tak? Tu penangan Safiyyah bila demam, nak mengempeng dekat aku 24 jam. Sampai lapar aku dibuatnya. 

Anyway aku nak up story pasal big boss baru kat tempat aku ni. Since dia bukan la asing sangat kat tempat ni (dia adalah one of the founder untuk Makmal Forensik ni), so kedatangan dia bukan la something yang luar biasa. Jumaat last week, kitorang buat hi-tea untuk welcome big boss aku ni. Jangan main-main ye, bos ni bukan jenis lapik punya, sekali dia sound orang pergh mau berdengung! Memang yang sorang ni stok takde ampun punya!

Aku tak banyak amik gambar.. takde mood sebenarnya. Kepala berat, hidung gatal.. so apa yang ada ni je la ye..


Kakak-kakak ni antara yang semeja dengan aku. Since aku masuk pun dah lambat, and aku memang lone-ranger, selamba lembu je aku duduk kat table ni. Tah sape punya seat aku rembat pun aku tak tau.


Ni orang sebelah kanan aku. Yang membelakangkan kamera ni akak yang baru masuk office aku. Yang ala-ala nak tido tu Ellie, from D13. Diorang ni jemputan untuk memeriahkan majlis la. Sebabnya, sebelum D13 diwujudkan, unit tu adalah sebahagian dari D10, and bos dia adalah bos baru aku ni.


Nampak yang kat pentas tu? Yang pandang straight ke kamera tu la bos aku. Sebelah kanan dia  yang pakai spek mata tu bos officer in charge aku. Yang sebelah kiri bos besar aku tu la KPP D13, who were once anak buah big boss aku jugak. Ah ye, aku jahat sikit ni.. yang dok bersandar peluk tubuh tu dijemput bagi ucapan aluan for around 2 minutes, tapi ended up bagi speech sampai 10-12 minit. Selamba je big boss aku 'tepek' dia kat dalam ucapan, "kita bagi dia buat ucapan aluan 2 minit, tapi dia melalut sampai 20 minit." Pergh, pedas!


Sekitar hi-tea petang tu. Menu adalah mee bandung (aku dah rasa nak terduduk.. takde ke substitute untuk mee like kueytoew ke, please? Kang aku ke'angin'an lak kang), kuih-kuih dan air.


Lagi di sekitar majlis..


Ni nama nye amik kesempatan. Aku minta tolong snap gambar KPP baru, dia siap selfie dulu. Hampeh!


Hah, yang ni KPP baru a.k.a. big boss baru aku. Nama dia Muhammad. Malas la nak mention rank, nanti tak sehari dua naik pangkat, naik rank lagi. Korang gak yang konpius.


Ready okeh, time ni la dia nak sound tepek kat orang yang aku cakap tadi. Bahaya orang tua ni.


Dia bukan la pattern yang pandai berucap. Even ko dah bagi teks pun, still dia kekok. Hmm.. takpe, kasi dia lagi 2-3 bulan. Nanti dia dah pandai berucap, ko lak yang tak lalu nak dengar.




Makan time!! Laju aje semua orang okeh.. padahal makanan banyak. Bukan banyak pun yang nak kena beratur amik makanan..


Bila time makan, takde yang tak larat or OKU ye.. semua dengan gagah perkasa beratur melakukan serangan.


Kemain lagi ye, dia dulu yang sampai untuk karok! Tapi bisa diampunkan, lagu feberet aku, Alleycats - Gerimis Senja. 


Jaga ye pak incik, lari tempo sudah! Jangan tarik lebey-lebey, nanti ter'kincit'!


Eh eh eh.. ni asal lak belek-belek buku semacam neh? Jangan dibuat, tuan.. kang kita semua tak balik kang!


Pemanis mulut. Kuih hijau kegemaran En Noor (aku tak tau nama) and dua lagi kuih yang opkos aku memang tak tau nama. Yang pasti memang manis berlemak disukai ramai.


Memang makan berat okeh. Dah hentam mee bandung, amik pulak roti jala (kari ayam superb and pemurah gile okeh!).


A'ah la.. memang betul dia nak menyanyi rupanya! Hadoi la!!


 Ni dok renyih depan aku neh nape kak? Nak tunggu turn nyanyi ke?


Sekali betul Rohani memang nak menyanyi jugak. Pergh, lagu memang tak agak-agak, Uji Rashid sesaje!


Eleh, Wan Rahman beria benar nengok aku pegang kamera. Nak sangat la aku amik video dia nyanyi.. sila, sila kan la. Aku bukan takat amik video je, aku nak upload sekali. Ngahahahaha. Since blogspot ni asik la meragam, nanti bila aku dapat upload memang femes la Wan Rahman ye. 

Takat ni je la aku merepek. Pagi-pagi Isnin yang indah ni, kalau leka sangat dengan keceriaan sendiri, akan ada yang BIRU MATA HITAM KU.. hahaha. Adieu.

Tiada ulasan: