Selasa, 15 April 2014

BilaKerjaTakLagiMenggembirakan

April 15, 2014

Aku rasa dalam tahun lepas aku pernah tulis satu entry meluahkan rasa frust dengan tempat kerja aku ni. Puncanya tak banyak pun, sebab sekor makhluk Allah ni. Lumrah la dunia, bukan semua orang suka kita. Lumrah kerja, bukan semua boleh terima cara kita kerja. Tapi yang sekor ni, adei la..

Rasanya dari mula aku masuk kerja, makhluk sekor ni jugak la yang disebut-sebut akan mendatangkan masalah. Dia akan ada isu dengan hampir setiap orang. Tak terkecuali, aku. Pulak tu, memang bijak pilih masa.. time aku tengah sarat mengandung. Ikutkan mulut jahat aku, mau je aku doa supaya tak aman hidup dia. Tapi sape la aku ni, hamba Allah je. Bukan ada kuasa pun.

Ingatkan lepas dah beria-ia dia pesan ngan bos aku, MINTA aku pergi jumpa dia dan minta maaf (ikutkan je la, labu. Ni bukan tara kafir zimmi lagi, dah masuk KAFIR HARBI!), kot la dia nak senyap dan muhasabah diri. Tapi dah namanya pun kap-lam-ya-nga, harus sahaja fakta dia belit, berubah 180 darjah!

Tahun ni rekod aku boleh dikira cemerlang sampai la bos aku dinaikkan pangkat, tapi sebelum lapor diri kene tugas luar dalam sebulan lebih. Tugas dia sapa lagi yang nak pangku kalau tak si makhluk Allah yang sekor neh! Jangan tak caya bila aku cakap, masa ni la dia nak melunaskan dendam pada SEMUA ORANG. Sudahnya, aku skang DEMOTIVATED untuk datang kerja.

Untuk makhluk Allah ni, kau kan nak sangat dipandang hormat dek semua orang (mesti kau tak caya yang sebenarnya kau ni laughing stock semua orang kat opis skang), entry ni aku dedicate untuk lepas rasa menyampah dan letih aku dengar dan menghadap perangai kau. Tapi tak leh la aku nak maki keji kau lebih, mana tau satu ari nanti Allah nak bukak pi tu ati kau supaya tak jadi kafir harbi lagi.

Dah, cerita sal kau je aku naik mabuk. Moh aku nak siapkan dokumen nak gi interview nanti.

Tiada ulasan: