Isnin, 21 April 2014

SungguhMendebarkan

April 21, 2014

Hari ni macam biasa, En Noor pesan tak payah masak untuk lunch. Makan di luar sahaja ye.. a.k.a makan di Uncle Jack. Bagi mengelakkan kemungkinan untuk aku encounter the same cashier yang bikin panas last week, kali ni En Noor sendiri order siap-siap sebelum aku sampai. Macam biasa la, aku memang terhegeh-hegeh sikit kat atas jalan tu. Abis dah namanya jalan kawasan taman, nak racing pehal lak?

Selalunya sampai kat traffic light simpang empat tu aku belum lagi la tengok ada pape situasi yang menarik perhatian orang ramai. Tapi tengah hari ni tetiba je macam ada show kat situ, sampaikan turn aku nak jalan pun terbantut sebab orang depan aku nak jadi 'Orang Malaysia' yang 'prihatin'. Aku rimas dengan tahap tortoise dia, so aku pun usha sama apa sangat la yang menarik perhatian orang depan aku ni.

SWAT? Drama shooting or film shooting? Or actually REAL LIFE situation?

Ada dalam 2-3 orang anggota polis, masing-masing acu pistol pada passanger sebuah kereta. Kereta peronda yang aku assume polis tu naik seemed immobile, sebab bumper depan dia pun dah runtuh. Kereta yang diacu pistol tu pulak (sama ada Gen 2 atau Persona) siap terbuka habis empat-empat pintu. Semua orang pakat dok usha. Lori yang nak hantar barang pun terlupa dia nak stop kat mana.

Serious aku cakap memang sebijik macam dalam movie Hollywood-made okeh. So jangan la cakap yang polis Malaysia ni cam tak standard sangat. Disebabkan aku nampak pistol tu, aku makan pun hati tak tenang, mengenangkan balik nanti jalan yang sama aku akan lalu. Hadoi la.. memang betul pun, masa nak balik semula ke opis aku nampak polis yang sama and kereta Gen 2 yang sama still tersadai kat situ.

Aku sangat allergic dengan pistol. Masa latihan menembak pun aku purposely lari. Harapnya dengan bos aku yang skang ni naik pangkat, lepas ni takde lagi la aktiviti wajib untuk menembak. Kalau ada yang gatal mulut suggest pada bos baru aku nanti, aku letak julap dalam makanan orang tu masa latihan menembak. Biar dia lumba dengan peluru, sape lagi laju nak sampai target. Hihihi..

p/s: sal insiden polis, kereta dan pistol tu, mesti akan ada berita nanti. Taman Bukit Angsana, Cheras..

Tiada ulasan: