Selasa, 15 April 2014

UstazahPilihan

April 15, 2014


Eh? Tiba-tiba ari ni sampai kemaruk nak 'sapu sawang' kat blog ni, pesal? Tah la.. tapi dek sebab aku seronok melayan kerenah Safiyyah ari ni, ternampak la gambar kat atas ni dalam note aku. 

Eh? Safiyyah tiba-tiba pakai tudung okeh. Aku sendiri terkujat bila pengasuh anak aku hantar Safiyyah balik dalam bertudung, tapi bukan yang kat atas ni. Pelik gak, so aku tanya la mana dapat tudung tu. Elok je dia pakai tak usik.

Akak tu cerita la, anak sulung dia yang baru abis praktikal tu still belum keje. Jadi dia dok melayan Safiyyah, bagi pakai tudung comel-comel. Lepas tu bermula la aktiviti baru anak aku di rumah pengasuh dia.


Iqra' peringkat pertama. Buku Al-Furqan yang aku beli untuk dia memang dah hancur, pandai nye idak juge. Alih-alih dia ngaji pakai android apps kat fon anak pengasuh tu. Mau pulak dia mengaji! Hoh! Eh, alhamdulillah.. syukur!

Maka adelah anak aku sekarang gumbira menjadi Ustazah Pilihan. Cuma ari ni merajuk sikit sebab kakak dia cuti mengajar. Tengok ni, sampai ayah dia kene pujuk dengan air barli! Peberet okeh!!


Semoga semangat mengaji anak aku tak la sementara je. Okeh, peace yo!!

Tiada ulasan: