Rabu, 23 April 2014

Paranoia

April 23, 2014

Lately ni aku selalu membebel sal kerja or anything that has to do with office. Bukannya apa, aku berani kerat jari, with an EXCEPTION for a few people, yang lain-lain merasakan bangunan pejabat aku ni dah bagaikan LIVING HELL. Puncanya bukan jauh pun, bukannya banyak pun.. disebabkan oleh sorang kap-lam-ya-nga yang paranoid

Kerja-kerja hampir semua orang terbantut. Aku boleh dikategorikan sebagai bernasib baik sebab selepas kes makhluk Allah ni cari pasal dengan aku dulu, sampai sekarang aku buat tak nampak je even dia selisih bahu dengan aku. Nak buat apa tegur or manis-manis muka? Lepaskan tengkuk sendiri. Dia bukan boleh tengok orang senang, ada je yang dia nak arahkan. Kalau yang masuk akal takpe jugak, ini.. hmm.

Cuma aku terkesan sungguh bila bos aku akan bertukar (or lebih tepat lagi, NAIK PANGKAT) and akan pindah. So semua urusan pejabat kali ni diserahkan pada makhluk sekor ni (lepas ni aku namakan sebagai ALIEN. Kita boleh hidup dengan norma manusia, dia tak boleh. So tu yang paling appropriate punya nama). Urusan kewangan pejabat sangat la menjadi tertangguh. Aku kelelahan wei..

Yang ALIEN ni, jangan la huduh sangat perangai tu. Orang yang hantar mileage claim tu bukan suka-suki nak claim, dorang dah berhabis duit untuk keluar bertugas. Nak kata disediakan kenderaan, tak jugak. So bila nak ke court case, kene gerak sendiri. Alih-alih bila nak claim, ko boleh lak nak pertikai, "Mana bukti dia pergi court case? Mana diari? Mana note book? Jangan ingat I ni pegawai bodoh, main sign je". Well, ko memang BODOH.

Dokumen penting ko tak nak sign, sebab melibatkan bayaran. Tapi surat bodoh setakat cover letter tu bukan main lagi ko perhatikan setiap patah perkataan. Kesian aku kat in-charge officer aku ni. Atas dia memang ada bos (kita namakan sebagai A ye bagi memudahkan umpatan), tapi most of the time memang in-charge officer aku (yang ni kita namakan Z la, jauh sikit dari anasir-anasir gangguan di atas) uruskan semua sendiri. Konon-kononnya berdikari habis la. Sekali kat dalam meeting sebab nak melayankan si ALIEN punya kerenah, boleh si A ni herdik si Z. Kesian kawan tu, terkulat-kulat kena tengking. Siap hentak meja lagi. Akai ada? Malu la dia ko tengking depan orang bawahan.

Aku menulis bukan sebab aku pro si Z or anti si A. Tapi korang kena la bezakan arahan yang logik dengan yang merapu. Bila orang bagi penerangan tu, dengar la dulu. Memang any boss takkan suka dengar ayat bangkangan or kehendak dia ditolak, tapi bila ada explanation, listen wisely. Ni la yang orang kata, pangkat & duit bukan kemain lagi ko kemaruk (statement ni aku tujukan khas untuk ALIEN), tapi kerja ko tak nak. Habis semua gurkha kat bawah ni ko kudakan.

Sebelum si ALIEN ni kena sumpahan mumia dari mulut aku, baik la bos baru datang cepat. Biar cepat jugak le si ALIEN ni sedar diri. Aku takut sok ada je yang tak datang kerja sebab dah siap berbalut cam mumia, tunggu masa je lagi..

Ni la nasib aku ngan orang-orang yang sewaktu dengannya yang terpaksa layan perangai orang paranoid macam si ALIEN ni.

Tiada ulasan: