Isnin, 21 April 2014

SelepasSekianLama

April 21, 2014

Kalau ikutkan, entry ni aku nak post semalam. Tapi disebabkan aku letih melampau (sebab dah lama tak exercise), maka terbantut la. Mau tak, selalu tengah malam baru aku lelap.. ni baru pukul 10 aku dah tumbang. Alkisahnya, dah lama aku tak bawa Safiyyah ke taman permainan. Selalu memang pergi pun pada hari yang En Noor cuti je atau hari yang En Noor balik awal. 

Aktiviti tu terbantut bila kemarau panjang bulan Mac lepas, ditambah dengan jerebu teruk. Aku sangat tak berkenan nak ambil risiko dengan membawa anak bersiar-siar di kala-kala tarik nafas pun boleh rasa asap. Aku sendiri demam dan semput bila kena jerebu macam hari tu. Maka dah sekian lama la Safiyyah tak outing, melainkan ibu dengan ayah ada nak beli barang. Shopping tak sama dengan bermain okeh!

Semalam tah ape mimpi, En Noor balik keje je terus bagi arahan kat Safiyyah, "Siap, kita keluar ambil angin." Aku dengan Safiyyah baru je bangun (sebab aku takut dengar kilat kuat sangat, berkelubung kat atas katil dengan Safiyyah sampai lebuh!). Terkedu-kedu aku. Otak pun tak boleh nak proses apa yang aku patut sediakan bila nak keluar. 

Yang kesiannya bila sampai kat playground, banyak la permainan yang tak boleh nak guna sebab basah, lecak.. maklum la, baru lepas hujan. Special tunnel Safiyyah pun bertakung air. Jenuh la En Noor menghalang anak dara dia yang laju je nak ke tunnel tu. Mainan lain pun basah, memang sungguh tak menyelerakan la. Tiba-tiba, pap.. si Safiyyah bantai duduk atas lantai kat playground tu. Adei, aku tepuk dahi.

Pandai ko ye, anak. Bila dah basah punggung seluar ko, dah tak daya la ibu ngan ayah nak tahan-tahan ko nak main, ye tak? Berbulu sungguh aku. Memang sepanjang sejam setengah tu puas la anak aku panjat sana, gelungsur sini, jalan-jalan and lari-lari (eh? Aku baru perasan Safiyyah dan nak mula berlari). Yang aku terbayang, mana la nak cekau seluar lagi musim-musim hujan ni. Yang ada kat rumah baru je sidai. Yang depan mata ni pulak dah semacam je kaler.

Maka adalah kami anak-beranak menuju ke Aeon Big selepas tu, sebab aku nak mencari legging untuk Safiyyah. Kali ni takde kaler pink nye, aku handas hitam ngan dark brown. Then kami meneruskan perjalanan menuju ke Giant Hypermarket Cheras (Hypermarket tu kena mention, sebab kat Cheras ni ada banyak Giant). Motif? En Noor cakap, dulu kitorang selalu beli makan kat Uncle Jack kat Giant besar tu. Sejak dah ada anak (cawangan baru.. ayat En Noor, boleh?) dia kat Giant tempat En Noor, kitorang dah tak pergi lagi kat Giant besar tu. Maka hari ni hendaklah kita kembali ke pangkal jalan.. eh, pening okeh!

Siap beli makan (tapau je pun), En Noor dengan bergegas nak turun sebab nak bawak Safiyyah naik remote control car. Aku rasa yang beria nak main sebenar nye bapak budak, tapi budak tu le jadi modalnye! Punya la penat, atas kereta nak balik lagi anak aku dah lebuh! Baru la bapak budak, mak budak ngan budak nye sama-sama pengsan sepanjang malam. Aku sedar pun ngam-ngam azan Subuh.

Lain kali kalau En Noor buat plan terkejut macam ni lagi, tau la nasib dia lepas tu..

Tiada ulasan: