Khamis, 17 April 2014

HariYang..

April 17, 2014

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bersiap, sebab aku kena berada di pejabat seawal pukul 7 pagi. Aktiviti hari ni, menghadiri program Pengimarahan Masjid. Ai, sejak akhir-akhir ni aku memang rajin betul ikut pergi dengar ceramah. Selalunya dapat green light dari En Noor. Lagi pulak Safiyyah memang tak meragam, asalkan dia puas menyusu sebelum aku keluar. Yang menambah eksaited hari ni bukan apa, sebab yang akan bagi ceramah tu adalah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Tajuk untuk ceramah pagi ni adalah Terapi Zikir. 

Semalam aku pesan pada anak pengasuh suruh bagitau mama dia (Kak Ros nama akak tu - demam, gi klinik masa aku nak amik Safiyyah) yang dia boleh amik anak aku awal. Dah berapa hari Kak Ros cerita yang dia dengan anak bongsu stop di luar rumah aku dalam perjalanan nak hantar anak dia ke sekolah. Sebab? Dia nak amik anak aku sekali, hantar anak dia ke sekolah, then terus balik ke rumah dengan Safiyyah. Aku? Tak yah la nak susah-susah panjat 4 tingkat. Tapi baru pagi ni la sampai hajat.. sebab Safiyyah bangun awal.


Bila sebut je Mama dia nak ajak teman hantar Kak Teha pergi skool, boleh pulak anak aku bangun awal. Tak meragam pulak tu! Hamboih!!


Maafkan la tudung yang terkelepet sana sini tu. Sejak akhir-akhir ni dia tengok semua orang pakai tudung cantik-cantik, kemas-kemas.. DIA PUN NAK JUGAK! Dah la tudung aku semua nye panjang labuh, bila dia pakai memang tak nampak kaki tangan dah la. Ni je la tudung paling kecik yang aku ada. Kena la dengan kaler peberet dia tu, merah.


Sampai terpejam-pejam! Sebenarnya dia menyengih tapi bila kena flash compact cam aku, mata dia terkedip. Tu yang nampak macam pejam. Padahal, kemain lagi la anak aku menyengih depan kamera pagi-pagi buta. Abis orang yang lalu-lalang nak gi keje pun terkejut nape ada flash tetiba pepagi buta.


Adei, yang ni blur sebab dia dah gerak-gerak. Lately dia dah boleh focus duduk setempat more than 5 minutes. So nak hulur buku ke flash cards ke depan dia dah boleh. Nak jugak la dia ngikut.


Ni mode posing datang balik.. and mata dia TERBUKA!! Yeay!


Tak berapa nak sharp gambar ni sebab aku yang sememang nye tak pro ni telah meng'zoom' masa nak shoot. Pulak tu guna compact digital camera. Tapi boleh nampak muka ustaz tu kan? Aku suka dengar bila dia mengaji, berlagu-lagu. Tang zikir kat Astro Oasis tu yang menusuk kalbu. Jangan tak percaya okay, suara dia alunkan zikir tu live depan kitorang kat dalam dewan masjid tu sama sebijik lagunya macam kat dalam TV tu. Orang yang duduk dalam tu boleh rasa getaran suara tu.

Macam biasa la, ceramah orang kita kena ada selit kelakar sana-sini. Kalau tak nanti lebih ramai yang menyembah bumi daripada yang mendengar. Ada la jugak dia bagitau yang dia 'audition' kumpulan marhaban, tak sampai seminit orang tu berlagu, dia dah 'NEXT'. Kemain lagi marah makcik tu, "Ustaz ni kejam.. kejam.. KEJAM!! Tak sampai seminit dah NEXT!" Adeh la makcik, ustaz tu nak cari yang suara sedap. Untuk program apa aku tak tau la. One more thing baru aku tau yang ustaz ni anak murid Ustaz Hassan Azhari.. ala yang selalu jadi ketua juri pertandingan musabaqah antarabangsa dulu tu.

One thing aku tak berapa gemar, program sebenar bermula pukul 9 pagi tapi dalam surat yang aku tengok dimaklumkan pukul 8 pagi. Jadi bayangkan la aku dari Cheras nak ke Bukit Aman berkejar-kejar. Tak nak lewat punya pasal, aku, kak Shimah, kak Ros (opis, bukan pengasuh) ngan kak Yati gerak dari opis pukul 7.10 pagi. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai. Bayangkan berapa lama kitorang terconggok kat dewan tu. Tapi disebabkan datang awal, dapatla aku duduk 'saf' depan. Kira second line la, kalau nak bandingkan dengan program yang aku attend sebelum ni.


 Ni la bahan bacaan to kill the time. Tu pun aku ingat ada la dalam 5-6 round baca baru la ustaz tu sampai. Kitorang sampai dalam pukul 7.50, siap minum (ada dibekalkan kuih sebelum masuk ke dewan), akak-akak ni siap update status dalam FB, baru kol 8. Pamphlets ni dapat dalam pukul 8.30 pagi. Bayangkan sangap nye aku time tu. Ada gak la aku amik notes, tapi disebabkan banyak nye aku mendengar (tebiat aku dari zaman belajar), balik baru aku write down nota. Nanti bila aku sempat, insyaAllah aku update nota dalam post ni.
 
*kalau aku ingat la*

Tapi lembik sikit tang waktu balik sebab panas ya amat! Aku sabar je la. Ubat memang dah standby je kat dalam beg, cuma kalau boleh aku malas nak makan. Dah tu tambah pulak PMS aku bulan ni loya. Sampai tahap aku cam mengidam pulak, beria-ia gi cari mangga muda nak cecah ngan sambal kicap! Pergh.. COBAAN. Pengubatnya? Ni dia..


Korang nak??

Tiada ulasan: