Selasa, 15 April 2014
BilaKerjaTakLagiMenggembirakan
Isnin, 31 Mac 2014
OjoKesandung
kui nandakne orak karuan
karang eno mestine dadi golean
ayu ngarang dikarang gawe pawitan
ojo kok pikir rai mbancer goleanmu
rai kelimis rame seng nunggu
mlerak mlerok mripate alese jiu
moro teko seng nunang
orak ke trimo
mbok perawan karo joko podoae
orak terimo dudingane uwong tuo
nek seng wadeng pilihane pondo kerjo
nek seng joko rai klimis arepane
ayo podo dijedeki
kersane pengeran kuoso
terimo opo ae seng di wehi
bapak lan emak seng gedek ake kawek bayi
cilik di gedong nangis di bopong
pengen njalok neng kue orak gawapan
karek kue wes nge-rang timbang ono
(tinggal anak yang dah dewasa, timbanglah sendiri)
Jumaat, 28 Mac 2014
SeminarKeluargaBahagia: IndahnyaMengikutSyariat Part 1
March 27, 2014
Semalam tak sihat, jadi aku tak jangka yang pagi ni aku akan hadir juga seminar ni walau pun minggu lepas aku sendiri yang minta untuk disenaraikan. En. Suami izinkan (terima kasih, laling!), dan pukul 7.30 aku dah sampai ke dewan di Masjid Bukit Aman. Panjang juga sesi kali ni, habis pukul 1 tengah hari. Rasa bersalah pulak tak dapat teman suami lunch.
Topik pertama seminar pagi ni adalah Setia Bersama Kekal Bahagia, dibentangkan oleh Dr. Rubiah binti K. Hamzah. Aku duduk di hujung belakang dewan (nak buat cane, datang sorang. Elok siap sarapan seat depan dah half full), jadi penerimaan sejelas yang boleh untuk orang di hujung dewan je la.
Intipatinya; suami harus setia kepada tuhannya, dan isteri harus setia kepada suami. Biar setinggi mana pun jawatan si suami, di akhirat kelak yang akan dipersoalkan adalah tanggungjawab sebagai suami. Rantaiannya panjang dalam sesebuah rumahtangga, isteri harus setia kepada suami, suami harus setia kepada ibu bapa, yang seterusnya akan memupuk setia si suami kepada Allah.
Memandangkan penceramah ini adalah kaunselor, ada contoh-contoh yang diberikan merupakan kes yang beliau selesaikan, termasuk kes suami kahwin secara senyap tetapi Allah membuka rahsia si suami supaya isteri tak terus teraniaya. Satu fakta yang dimaklumkan, dalam perkahwinan, isteri adalah merupakan orang yang paling setia terhadap akad nikah itu sendiri (secara umum).
Ada ketika dalam mendengar ceramah santai ni, aku rasa agak terpukul. Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa mendoakan suaminya. Kalau diikutkan, berdoa untuk suami memang ada tapi tak seberapa. Itu kelemahan yang aku akui. Selain tu, penceramah juga tegur, haruslah isteri terima pemberian Allah seikhlasnya. Ada kes yang dirujuk kepada beliau tentang pasangan suami isteri yang dikurniakan anak cacat tetapi malu untuk menerima kenyataan. Tak sampai hati aku nak jot down the whole story pasal ni.
Isteri juga harus bersedia menerima suami seadanya, seikhlasnya. Jangan membandingkan antara suami sendiri dengan suami orang lain. Ada juga kes di mana seorang suami sangat kaya, mampu sediakan pemandu untuk anak isteri bergerak. Ditakdirkan Allah si suami jatuh bankrap, sungguh sukar untuk bangkit kembali. Isteri dan anak yang telah terbiasa hidup mewah tak dapat terima hakikat, meminggirkan si suami lalu sehingga suami tadi menghilangkan diri. Pokok pangkalnya, jika ingin setia berumahtangga, isteri kena bersedia hadapi situasi suami akan jatuh sejatuh-jatuhnya.
Setakat tu yang mampu aku share. Kekok jugak, aku jadi tak pandai nak tutup entry. So korang, thanks sebab sudi membaca.
Selasa, 25 Mac 2014
March2014 - ESP, Buy6Free1
- Kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubahsuai secara genetik. Pernah dengar pasal GMO? Non-GMO? Nanti aku letak entry pasal GMO & non-GMO ni ye. Point nye sekarang, kacang soya yang digunakan ni tak pernah diubahsuai.
- Penyediaan ESP melibatkan proses kacang soya di bawah suhu rendah. Kenapa? Sel-sel akan rosak bila diproses pada suhu yang tinggi. Sebab tu la even bila kita rasa pengambilan protein harian dah optimum, sebenarnya TIDAK cik Jah oi. Korang makan daging mentah-mentah ke? Ikan? Kacang pun korang proses sebelum makan, ye tak? Abih tu? Ngeh ngeh ngeh..
- Badan manusia boleh menghasilkan asid amino daripada pemakanan yang kita ambil. Tapi tak semua asid amino yang diperlukan boleh dihasilkan oleh badan kita. ESP mengandungi 22 jenis asid amino, TERMASUK 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Satu-satunya dalam pasaran okey!
- Kalau kita buat sendiri, dah tentu la soya tu kita rendam, kita rebus, blend etc etc etc kan? Bape banyak kacang soya yang kita guna untuk hasilkan segelas susu soya? Jangan tak percaya, kita ni kehun sebenarnya bab nak sedia pemakanan berzat. Tapi dengan ESP ni, satu canister dihasilkan oleh 30kg kacang soya yang bermutu tinggi. So, apa lagi? Moh le!!
Korang tau, otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar kat dalam badan kita ni terbina dengan bantuan asid amino. Kat dalam ESP ada 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. So korang yang habis beratus-ratus, beribu-ribu dekat produk kecantikan, why not invest sikit kat ESP ni? Berbaloi.. serius ni! Rasa pun sedap, korang pun makin cantik!
Hormon Semulajadi:
Kat dalam kacang soya ada sebatian organik yang dipanggil isoflavon. Fungsinya yang mempengaruhi metabolisme hormon seks dan aktiviti biologikal (sila ambil perhatian: ini bukan 18sx ok!) melalui pelbagai proses di peringkat sel mampu mengurangkan kadar risiko menghidapi kanser payudara dan kanser-kanser lain. Selain tu ESP ni juga membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.
Meningkatkan Fungsi Reproduktif Lelaki dan Wanita:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi dengan DNA, yang seterusnya akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.
Kulit Tegang dan Berseri:
Ha, ni sama macam kat atas tadi.. ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang. Zaman sekarang ni bukan perempuan je nak nampak cantik, lelaki pun sama!
Pembekal Tenaga Segera:
Ini pengalaman aku sendiri waktu first pregnancy. ESP supply instant energy kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi. Aku consume masa first trimester, susah la aku nak mabuk pagi-pagi macam orang lain. Mabuk tu ada, cuma tak kronik sebab aku tak muntah (perut dah beralas dengan ESP).
Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat. Yang ni aku belum perhatikan lagi (kat diri sendiri la).. dalam proses. Moh le kita ramai-ramai amik ESP, pastu kita tengok kurang tak kadar ‘pertumbuhan’ uban kat kepala kita ni. Hehehe..
MH370
Selasa, 4 Mac 2014
AyamPanggangMadu
3 keping peha ayam saiz besar (aku agak dalam setengah ekor la)
1 inci halia*
3 ulas bawang putih* (kisar halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa
1. Cuci bersih peha ayam, tak perlu buang kulit. Cucuk-cucuk bahagian isi ayam. Then lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dlm satu bekas.
2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata antara isi dan kulit ayam. Tambah garam secukup rasa, perap 1-2 jam.
3. Panaskan oven pada 200 degrees Celcius, lenser bekas pembakar dengan sedikit butter atau marjerin. Letak ayam dan bakar selama 40 minit. Baki bahan perap dipanaskan dan ditambah sedikit madu, masak sampai pekat. Sapu pada ayam setiap kali dibalik-balikkan.