Selasa, 25 Mac 2014

March2014 - ESP, Buy6Free1

March 25, 2014

Saje je kan? Dah nak dekat habis bulan baru nak promote. Haish!! Sebenarnya strategi merepek aku bulan ni adalah untuk promosi Energizing Soy Protein atau nama glemernye, ESP pada hari gaji.. muahahaha! Antara penyelamat situasi aku masa pregnant dulu adalah ESP, sebab mampu membantu aku alas perut lebih lama. So tak la ke'angin'an sangat, tak le aku mabuk semacam. Lebih kiut lagi, "tak le berlekuk meja opis aku tu ha!" Wakakaka!!

Wink! Wink!

Kenapa pilih ESP? Kalau ikutkan aku, mudah je. Aku sukakan susu, aku sukakan soya. Disebabkan aku ni lactose intolerant, maka aku gantikan je la dairy product dengan soy product. Tapi kekadang tu aku langgar je (serius korang, masa pregnant tu la aku suka gile langgar je pantang! Semua jenis susu aku hentam.. the next day, hehe.. faham-faham je la ye). Tapi meh la aku ceritakan kenapa korang kena pilih ESP sebagai salah satu sumber protein harian diet korang.
  1. Kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubahsuai secara genetik. Pernah dengar pasal GMO? Non-GMO? Nanti aku letak entry pasal GMO & non-GMO ni ye. Point nye sekarang, kacang soya yang digunakan ni tak pernah diubahsuai.
  2. Penyediaan ESP melibatkan proses kacang soya di bawah suhu rendah. Kenapa? Sel-sel akan rosak bila diproses pada suhu yang tinggi. Sebab tu la even bila kita rasa pengambilan protein harian dah optimum, sebenarnya TIDAK cik Jah oi. Korang makan daging mentah-mentah ke? Ikan? Kacang pun korang proses sebelum makan, ye tak? Abih tu? Ngeh ngeh ngeh..
  3. Badan manusia boleh menghasilkan asid amino daripada pemakanan yang kita ambil. Tapi tak semua asid amino yang diperlukan boleh dihasilkan oleh badan kita. ESP mengandungi 22 jenis asid amino, TERMASUK 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Satu-satunya dalam pasaran okey!
  4. Kalau kita buat sendiri, dah tentu la soya tu kita rendam, kita rebus, blend etc etc etc kan? Bape banyak kacang soya yang kita guna untuk hasilkan segelas susu soya? Jangan tak percaya, kita ni kehun sebenarnya bab nak sedia pemakanan berzat. Tapi dengan ESP ni, satu canister dihasilkan oleh 30kg kacang soya yang bermutu tinggi. So, apa lagi? Moh le!!

Energizing Soy Protein sesuai untuk:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Korang tau, otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar kat dalam badan kita ni terbina dengan bantuan asid amino. Kat dalam ESP ada 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. So korang yang habis beratus-ratus, beribu-ribu dekat produk kecantikan, why not invest sikit kat ESP ni? Berbaloi.. serius ni! Rasa pun sedap, korang pun makin cantik!

Hormon Semulajadi:
Kat dalam kacang soya ada sebatian organik yang dipanggil isoflavon. Fungsinya yang mempengaruhi metabolisme hormon seks dan aktiviti biologikal (sila ambil perhatian: ini bukan 18sx ok!) melalui pelbagai proses di peringkat sel mampu mengurangkan kadar risiko menghidapi kanser payudara dan kanser-kanser lain. Selain tu ESP ni juga membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Reproduktif Lelaki dan Wanita:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi dengan DNA, yang seterusnya akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
Ha, ni sama macam kat atas tadi.. ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang. Zaman sekarang ni bukan perempuan je nak nampak cantik, lelaki pun sama!

Pembekal Tenaga Segera:
Ini pengalaman aku sendiri waktu first pregnancy. ESP supply instant energy kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi. Aku consume masa first trimester, susah la aku nak mabuk pagi-pagi macam orang lain. Mabuk tu ada, cuma tak kronik sebab aku tak muntah (perut dah beralas dengan ESP).

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat. Yang ni aku belum perhatikan lagi (kat diri sendiri la).. dalam proses. Moh le kita ramai-ramai amik ESP, pastu kita tengok kurang tak kadar ‘pertumbuhan’ uban kat kepala kita ni. Hehehe..

Sumber: Cikgu aku, Aini Hayati Luey

Bersempena promosi bulan Mac ni, dapatkan la ESP daripada aku dengan harga dan konsultansi terbaik. Berminat untuk membeli? Berminat menjadi ahli? Contact aku:

Salina Mohamad Sulaiman
SID: 919274
Tel. / WhatsApp: 011-2855 0331
E-mail: salina1821@yahoo.com

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tiada ulasan: