Isnin, 3 Mac 2014

CabaranMenyusu

March 3, 2014

Sejak Safiyyah mula tumbuh gigi ni, dia demand macam-macam. Makan nasi nak yang sama macam ayah dan ibu makan, nak lauk yang sama jugak (awak tu baru cukup setahun, anak!). Sometimes Safiyyah akan menggigit jari-jari tangan sendiri. Untuk entri kali ni, aku takkan segan-silu mengaku cetek ilmu. Aku ingat bila dah mula tumbuh gigi pertama, dia akan stop rasa gatal gusi. Adoi la ibu!


Tengok sendiri kerenah Safiyyah masa meronda di Muar hari tu. Dalam beg aku memang wajib ada sehelai napkin atau sapu tangan khas untuk dia. Sebab?


Practically meleleh..
(kang kalau cakap drooling cam kejam pulak, ye tak? Ceh, padahal sama je)

Pening kepala bila memikirkan fi'il anak dara sorang ni sekarang. Maka untuk sekian kalinya aku pergi tanya En. Google, cane kekdahnye nak menghadap perangai anak yang camni. So En. Google gtau, bila anak menggigit puting masa menyusu, buat cani:

1. Bila dia menggigit, jangan, jangan, JANGAN menjerit. Kenapa? Kalau jerit tu buat dia terkejut, ada kemungkinan dia tak nak menyusu lagi. Jeritan kita boleh disalahertikan oleh bayi sebagai memberi respons atau bermain dengannya. Jadi, JANGAN MENJERIT. Tabahkan hati.

2. Bila anak menggigit waktu menyusu, stop sebentar penyusuan. Letak dia atas lantai (atau jauh sikit dari kita) just so dia faham yang tindakan dia menggigit tu hanya akan mengganggu perkara dia nak dan suka (menyusu).

3. Tell the child firmly yang kita sakit bila dia gigit. Tunjuk yang kita tak selesa dengan apa yang dia buat. If need to, tunjuk muka marah atau kerut kening sikit. Bila dia dah faham, and put some effort untuk tak menggigit, reward la dia. Contohnya, peluk dia, cium. Puji tindakan dia.

4. Anak menggigit sebab gusi yang gatal (nak tumbuh gigi). Jadi untuk mengelakkan kita jadi bahan, seeloknya sediakan teether or kain untuk dia gigit sebelum dan selepas menyusu. Sometimes masa tengah menyusu, Safiyyah akan stop and lepas. Dia akan cari puting angin dan gigit sepuasnya, kemudian sambung semula.

Walau apa pun, IKHLAS kan la hati. Bila aku rasa nak give up je, cepat-cepat aku ingatkan yang 6 bulan - 2 tahun tu tak la lama. Anak menyusu setakat umur tu je. Selepas 2 tahun, dia takkan lagi menyusu dengan kita. Masa yang berlalu takkan berulang kembali. Jangan esok kita terkenang-kenang saat anak kecil dalam pelukan dan melekap di badan sebab nak menyusu, sebab tak tahan, kita marah. Penyudahnya, rindu-rinduan..

Sumber rujukan: babycenter

So kawan-kawan, kalau mengalami situasi ni, jangan putus asa. Mari berusaha!!

Tiada ulasan: