Jumaat, 28 Mac 2014

SeminarKeluargaBahagia: IndahnyaMengikutSyariat Part 1

March 27, 2014

Semalam tak sihat, jadi aku tak jangka yang pagi ni aku akan hadir juga seminar ni walau pun minggu lepas aku sendiri yang minta untuk disenaraikan. En. Suami izinkan (terima kasih, laling!), dan pukul 7.30 aku dah sampai ke dewan di Masjid Bukit Aman. Panjang juga sesi kali ni, habis pukul 1 tengah hari. Rasa bersalah pulak tak dapat teman suami lunch.

Topik pertama seminar pagi ni adalah Setia Bersama Kekal Bahagia, dibentangkan oleh Dr. Rubiah binti K. Hamzah. Aku duduk di hujung belakang dewan (nak buat cane, datang sorang. Elok siap sarapan seat depan dah half full), jadi penerimaan sejelas yang boleh untuk orang di hujung dewan je la.

Intipatinya; suami harus setia kepada tuhannya, dan isteri harus setia kepada suami. Biar setinggi mana pun jawatan si suami, di akhirat kelak yang akan dipersoalkan adalah tanggungjawab sebagai suami. Rantaiannya panjang dalam sesebuah rumahtangga, isteri harus setia kepada suami, suami harus setia kepada ibu bapa, yang seterusnya akan memupuk setia si suami kepada Allah.

Memandangkan penceramah ini adalah kaunselor, ada contoh-contoh yang diberikan merupakan kes yang beliau selesaikan, termasuk kes suami kahwin secara senyap tetapi Allah membuka rahsia si suami supaya isteri tak terus teraniaya. Satu fakta yang dimaklumkan, dalam perkahwinan, isteri adalah merupakan orang yang paling setia terhadap akad nikah itu sendiri (secara umum).

Ada ketika dalam mendengar ceramah santai ni, aku rasa agak terpukul. Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa mendoakan suaminya. Kalau diikutkan, berdoa untuk suami memang ada tapi tak seberapa. Itu kelemahan yang aku akui. Selain tu, penceramah juga tegur, haruslah isteri terima pemberian Allah seikhlasnya. Ada kes yang dirujuk kepada beliau tentang pasangan suami isteri yang dikurniakan anak cacat tetapi malu untuk menerima kenyataan. Tak sampai hati aku nak jot down the whole story pasal ni.

Isteri juga harus bersedia menerima suami seadanya, seikhlasnya. Jangan membandingkan antara suami sendiri dengan suami orang lain. Ada juga kes di mana seorang suami sangat kaya, mampu sediakan pemandu untuk anak isteri bergerak. Ditakdirkan Allah si suami jatuh bankrap, sungguh sukar untuk bangkit kembali. Isteri dan anak yang telah terbiasa hidup mewah tak dapat terima hakikat, meminggirkan si suami lalu sehingga suami tadi menghilangkan diri. Pokok pangkalnya, jika ingin setia berumahtangga, isteri kena bersedia hadapi situasi suami akan jatuh sejatuh-jatuhnya.

Setakat tu yang mampu aku share. Kekok jugak, aku jadi tak pandai nak tutup entry. So korang, thanks sebab sudi membaca.

Tiada ulasan: