Jumaat, 30 Januari 2015

Greed

January 30, 2015

So early in the morning, aku dah terjaga by the time En. Noor call untuk kejut. Tak sabar rasanya nak tunggu petang nanti, kemas barang-barang untuk jemput Safiyyah. Semalam Safiyyah sakit mata, jangkit dari kawan-kawan katanya. Awal pagi semalam pulak Safiyyah kembung, sampai En. Noor cakap macam bunyi belon dah perut anak dara tu. Ultimate la aku rasa. Aku nak ambil dia and duduk di KL semula.

It's all about greed. Human greed. Kita strive to get whatever that we desire. It's always about us. As if the world is revolving about us and nothing else. In the process, we never realized that we have sacrifice many things and people, just so that when we die, there's no remorse. No regrets of not doing something about our dreams. Kita fikir apa yang kita buat tu is for greater good.

Tiba-tiba je kan? Aku gagahkan menulis pagi ni, sebab aku rasa bersalah. My greed membuatkan orang sekeliling aku terpaksa berkorban.. macam En. Noor dan Safiyyah. En. Noor dah dewasa, and dia sendiri hantar aku ke sini, atas keizinan dia, untuk aku belajar. But for Safiyyah, apa la yang dia tau. Even if dia bukan jenis meragam pun, dia masih kecil.

Aku rasa bersalah tak sudah.

I guess we have taken things for granted, way too much. Mungkin aku merepek pagi-pagi macam ni sebab rindu pada anak, but I can't help it. Biarpun Safiyyah rapat dengan ayahnya, but I still have a mother's conscience. Instinct aku kuat sangat bagitau aku yang anak aku tak happy. Aku mungkin tak boleh bawa Safiyyah duduk dengan aku, but I could be close to her. That's a start.

I'm coming to get you home, daughter.

Mode: feeling tak betul sejak 2-3 hari ni. Gila rindu kat anak.

Sabtu, 24 Januari 2015

Sangap

January 24, 2015

Sabtu, kelas ganti untuk sambutan Tahun Baru Cina nanti. Aku tak kisah pasal kelas ganti ni tapi aku annoyed dengan jadual yang dah ditetapkan. Kau ambik satu hari daripada weekend kitorang untuk buat sesi pembelajaran, fine. Aku terima. But please make it productive. Untuk apa kau set kelas tutorial seawal-awal pagi then by 10am kelas selesai.. and the next class is at 3pm! For what?? Semata-mata nak make sure orang tak balik ke hostel?? Ridiculous.

Right now, at 12 tengah hari, half of the class is gone. Kau set rules, tapi kau tak make sure pun yang budak-budak ni takkan jumpa loophole or backdoor untuk semua peraturan kau. Mengantuk ok. Aku tak tau la apa yang ada dalam kepala diorang masa diorang set jadual ni. Dah la jadual tukar ikut suka, and changes were always in the last minute.  Kau ingat semua orang ada masa nak angkut buku sebanyak-banyak tidak ke kelas hari-hari? Aku pun tak faham.

From the time aku mula kerja di government department, sampai sekarang aku cuti untuk belajar, aku tak faham mentaliti government servant. Bukan semua macam ni, tapi MAJORITY macam ni. Please someone bagi pencerahan kat aku ni.

Jumaat, 23 Januari 2015

Lost

January 23, 2015

Aku agak gelisah semalam, sebab memikirkan kat mana la aku nak letak Safiyyah sepanjang aku belajar ni. Masa mula nak decide dulu, aku putuskan Safiyyah mesti berada dengan salah sorang daripada kitorang; aku atau En. Noor. Aku tak nak Safiyyah lost. Keputusan untuk pindah kerja dari KL ke Singapore memang dah dibincangkan sejak bulan 11 tahun lepas. Actually En. Noor dapat offer awal, tapi aku tengah exam, ditambah dengan stress gaji delay, dia just diamkan dulu.

Aku memang reluctant untuk terima sebarang perubahan, even perubahan pada life orang lain yang disebabkan oleh aku. Masa masuk asrama semester lepas, monyok jugak la aku dalam seminggu. Aku tak suka tinggalkan En. Noor, and I really hate to leave Safiyyah. I missed them so much. Rimas gamaknya dengan mood selebet aku, En. Noor gagah datang ambik aku every weekend possible, outing dari 6.30 pagi sampai 10 malam. Bukan ke mana pun, kat rumah je. Janji aku tak memekak rindu anak every time dia call. Dah nasib la bang, bini tiga suku.

But now memang tak boleh nak buat apa. Dengan gaji yang dia dapat kat Giant, ditambah aku sambung belajar, memang perit sangat. Kena pulak selama ni sewa kongsi bayar sebab duduk dengan adik-adik aku, alih-alih bila masing-masing pakat nak pindah keluar, memang terduduk sungguh. Perit macam mana pun aku gagahkan hati terima keputusan En. Noor nak pindah ke Johor and terima offer kerja dari Singapore. Barang-barang dalam rumah tu aku maintain je, termasuk barang-barang adik-adik aku yang still ada. Aku berat betul terima keputusan pindah keluar ni. Sekian lama aku yang mak abah pada diorang sepanjang kat KL.

Tah macam mana tadi aku buka WeChat, nampak post from Dea dalam moments, about makan kat Uncle Jack. So aku tanya, balik rumah ke? Dia cakap balik nak kemas barang-barang and pindahkan almari. Seriously aku rasa lost sangat. Mungkin macam ni la yang mak rasa bila aku cakap En. Noor nak pindah ke Johor. Rasa kehilangan. Akak minta ampun mak, abah. Tersepit betul akak sekarang. Akak faham macam mana mak abah rasa ralat berjauh dengan cucu.. sebab akak pun dah berjauh dengan adik-adik. Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita, ada ruang kosong dalam jiwa kita yang rasa sakit, pedih. Tapi mungkin akak sorang rasa macam ni kot..

Everyone has their own life. They live their lives the way they want. But this will drift us apart..

Pasal Safiyyah, a few days ago En. Noor bagitau yang anak buah dia (currently mengasuh Safiyyah) dah dapat kerja baru. So dah timbul isu nak minta siapa pulak menjaga Safiyyah. This time aku decide untuk ambil Safiyyah balik semula ke KL. Memang bunyi macam kerja gila, tapi aku berat hati nak lepas Safiyyah jauh ke sana bila En. Noor sendiri terpaksa keluar awal pagi around 5am untuk elak sesak di imigresen, and balik around 9 pm. Kalau tetiba kena OT (so far setakat ni memang asik la kena OT), dia akan sampai rumah around 11pm. Safiyyah nak bermanja dengan siapa? Weekend pun En. Noor cuma cuti hari Ahad, yang mana selalunya lepak kat rumah je sebab dah penat sepanjang minggu.

Aku bincang panjang dengan En. Noor malam tadi. Mula-mula memang berat nak terima, tapi daripada Safiyyah terkapai-kapai dikelilingi orang yang dia tak kenal and belum biasa, plus dapat jumpa ayah only if dia sanggup stay sampai pukul 11 malam bila ayah dia balik kerja, I'd rather take her back, minta pengasuh lama jaga dia semula. At least aku tau dengan pengasuh ni dia dah biasa, waktu susu, makan, rehat, main semua terjaga. Yang paling penting dia just 40-minutes away from me. If ada kecemasan, aku boleh lari balik (even though pengasuh tu lebih cekap bab kecemasan ni). Hari ni aku dah contact pengasuh, so far everything is set back to the original settings.

En. Noor boleh fokus pada kerja, aku boleh fokus pada study. Aku tau ada yang skeptical bila dengar yang aku nak tinggal anak dengan pengasuh, tapi aku percaya Allah akan bagi yang baik-baik bila kita bersangka baik pada-Nya. Masa mula-mula aku berdepan masalah nak ganti pengasuh, Allah lorongkan hati aku untuk cuba contact Kak Rosma ni. Alhamdulillah setakat ni memang serasi. Aku tak nak hantar kampung, sebab jauh. Aku tak nak mak abah susah.. nanti lain pulak isu yang timbul. Setakat ni, aku dan En. Noor yakin ni keputusan terbaik yang kitorang dah capai.

So now, aku nak bersiap-siap, berwangi-wangi menunggu panggilan chenta dari En. Noor. Sekian.


Khamis, 22 Januari 2015

HariGaji

January 22, 2015

Hari ni hari yang semua orang tunggu-tunggu. Hari yang orang dapat allowance, hari orang dapat gaji, juga hari ceti-ceti mengutip hutang (aku cuba membayangkan muka Janaki tersipu-sipu bila terpaksa buat muka garang nak kutip hutang). Untuk aku, ni kali pertama aku merasa nak ambik gaji sendiri kat kolej.. sebab En. Noor dah jauh nun di Johor, takde orang yang nak datang hantar duit cash time aku kering.

Mesin ATM dah la sebiji je, rosak pulak. Maka berduyun-duyun la hamba-hamba Allah menuju ke hospital, sebab kat sana kau sebut je apa mesin ATM yang takde, semua lengkap. Aku transfer duit hutang buku and duit hutang kelas yang aku carry forward dari semester lepas ke akaun kelas. Then aku transfer duit untuk bayar personal loan ke akaun lain. Now yang tinggal just duit makan je. Ngam-ngam.

Malam tadi ada la perjumpaan sebab nak lantik ketua blok. Kat notis sebut perjumpaan pukul 9.30, tapi kitorang ni melanguk sampai la ke pukul 10 lebih. Kau tau pukul berapa gerombolan warden ni nampak batang hidung? 10.30 okay. Budak-budak ni ada yang dah tunggu since 9.15 malam. Nampak tak kat situ berapa banyak masa yang terbazir? Orang dah menggelisah nak naik bilik, so takde dah yang pay attention pada pengumuman yang kau buat. So kau pun melenting and menjerit-jerit. Padahal tadi kau jugak la yang melenggang hayun bontot, terkedek-kedek.

Then kau sibuk tanya siapa yang dah kahwin. Aku boleh je buat bodoh tapi tak guna pun. Kau sendiri boleh semak dari data kat pejabat asrama, siapa yang dah kahwin and siapa yang belum. Tapi soalan kau mati kat situ je. Kau cuma sebab kau nak aim, mana muka yang kau boleh target bila kau buat RONDAAN nanti kan? Kalau sehari dalam hidup kau tak payah aim muka orang tak boleh? Aku tak cuit kau, so kau jangan nak besar kepala la sangat nak cuit aku lebih-lebih. Setakat kau kemaruk nak orang 'wish' kau tu, takde masalah pada aku

Meh aku terangkan menatang apakah 'wish' ni. Masa mula aku orientasi, asik la JKO dok terpekik terlolong suruh wish senior. So aku ni dah salah faham, aku ingat almost all seniors and pengajar yang ada ni NON-MUSLIM. Rupanya wish tu adalah bagi salam. Aku pun jadi terbodoh jap. Kau dah tak boleh nak suruh orang bagi salam, tapi sibuk la suruh wish. Salam tu applies to all; be it muslim or non-muslim. Salam, okay. Not wish.

Hari ni kecoh la sekejap di kalangan classmates aku yang memang suka fly (rules and regulations tak melibatkan diorang). Kalau ikutkan aku pun bengang. Bila En. Noor jauh macam ni, mau je la aku fly tapi disebabkan ada nenek yang panas bontot bila tak ugut-ugut students, I said, fine. Kau nak sangat kan. Aku akan mintak balik every week, legally. Aku akan mintak penyelaras sign buku. Kalau kau tak nak bagi, aku blah je. Lantak kau la nak ambil tindakan apa pun.

Pasal telefon tu, tak payah la ugut-ugut suruh jawab. Bos aku dulu Ketua Penolong Pengarah. Dia call pun aku tak jawab. Bukan sebab aku besar kepala, tapi kau cuma manusia. Setiap orang ada tanggungjawab sendiri. Kalau kau tak boleh nak respect tanggungjawab orang lain, jangan expect orang nak hormat tanggungjawab kau pulak. Hidup ni kena give and take. Bukan kau sorang ada upper hand and everyone else semua dok menagih simpati kau. Okay?

Pagi-pagi hari ni aku makan berat, bihun+nasi goreng+ayam goreng. Takpe, korang boleh urut dada dengan tahap buruk lantak aku ni. Lunch aku hentam burger ayam double. Petang tadi lepas amik duit, aku lanyak nasi kukus. Now aku tersadai kekenyangan kat bilik ni, ditemani oleh roommate yang dah melayang-layang ke alam mimpi. Jap lagi boleh la aku mandi dan membelek-belek nota hari ni, sambil menunggu En. Noor balik dari keje dan call aku. Selagi dia belum lepas imigresen, aku tak boleh nak call.

Sekian laporan untuk hari ini. Ok bai.

Selasa, 20 Januari 2015

BilaBerlakuMacamNi..

January 20, 2015

Elok je aku habis kelas Cardio-Respiratory, aku bergegas ikut En. Hazman ke pejabat dia sebab nak dapatkan tandatangan pengajar untuk mohon sticker kereta. Dah lebih seminggu NenoNeno aku park kat luar sana, guard dah bunyi suruh aku bawak masuk park kat area asrama. Settle borang permohonan, aku bergegas balik kelas. On je internet, masuk mesej dari Ika.


Alahai, lemah rasanya. Memang sejak seminggu ni aku sibuk ya amat. Bila aku call En. Noor, Safiyyah biasanya dah lelap. Malam semalam ada jugak la aku bercakap dengan Safiyyah.. well aku bercakap and dia dengar je. Masa dah nak last sangat dia ada membebel-bebel but aku tak faham. Tone dia suggest yang dia report activities on that day, while the truth is dia try to voice out how much she missed me.

Aku tak boleh nak balik weekend ni sebab ada kelas ganti, tapi aku akan balik next week. Either aku drive or just ambik bas, tak tau lagi. Yang penting aku dapat tengok wajah-wajah kesayangan hamba. Aku cuma mampu doa Safiyyah boleh terus sabar sampai aku selesai. Korang yang sayang Safiyyah, please doa dia kuat semangat..


Agaknya ni baju pink frozen yang 'ntik' (read: cantik) tu..

AJL 29

January 20, 2015


Ye aku tau, AJL dah lepas and aku memang ketinggalan. In fact aku tak pernah ambik peduli tentang AJL, sampai la malam tadi aku buka FB (yang dah bersawang).. punya la banyak status pasal persembahan kumpulan MOJO masa final tu. If setakat sorang-dua, aku brush aside je tapi sepanjang-panjang status yang aku tengok, almost semua komen pasal persembahan ni.

Aku pun cuba la tengok.. nak jugak tau apa yang special sangat dengan performance ni. Bila lighting in, terkedu kejap aku. Seriously aku tak jangka.. I didn't see that coming. OKU with big voice, performing the song effortlessly but draw the biggest attention. Ada jugak rasa sebak, kuasa Allah tu tak siapa boleh duga. Dia duga seseorang tapi Dia juga bagi kelebihan pada orang tu.

Enjoy the video..

Ahad, 18 Januari 2015

BilaTerasaTakDemam

January 18, 2015

Aku terjaga awal, dalam pukul 7 gitu, mainly sebab kepala berdenyut tapi tidur dah cukup. Aku selsema and pagi ni dah mula gatal tekak. Since aku tak berasa nak lelap semula, aku bawak baju-baju kotor untuk basuh. Selesai je aku humban semua baju kotor dalam mesin, siap bayar semua, aku pergi mandi. Pergh, efisyen tahap dewata la kononnya.

Aku ajak a few classmates keluar ke The Store sebab aku nak beli fail. Aku perlu teman so that aku tak sesat masa nak cari kereta di parking time nak balik. Since semua sibuk or bajet kurang, aku ajak ex-roommate aku dulu. Dah alang-alang nak ambil penyapu dan langsir aku dari dia, ajak je keluar sekali. Pukul 10 lebih kitorang gerak ke The Store.

Sampai kat sana dah pukul 10.30, of which, by right tempat tu sepatutnya dah buka. Tapi aku naik hairan sebab cuma gerai-gerai je yang dah buka, kedai-kedai masih half-opened. Daripada melanguk tak tentu, ada baiknya aku isi perut. Teringin jugak nak try makan kat gerai seberang The Store tu. Menu pagi ni adalah bakso. Berasap baq ang..

Nampak macam sikit tapi kenyang sebab ada seketul meatball dia sebesar penumbuk aku. Pergh, memang maut gila!! Taubat aku tak merungut pasal makan dah. Tersadai kejap aku dengan Aliatun. Padan muka kitorang.

Masuk balik dalam The Store, still area bawah belum open to customers. Stress aku ni ha. Sejak kahwin, aku tak biasa keluar kalau En. Noor takde. Kalau kat opis, just teman kawan-kawan keluar. If terdesak sangat, aku ajak adik ipar teman. So kali ni aku rasa memang awkward sangat outing without the presence of my husband and daughter.

Finally bila buka je area bawah tu, aku terus masuk and rembat semua barang-barang yang aku dah plan nak beli. Sekali nak bayar, queue punya la panjang. Selamba tapir betul management biar satu kaunter je buka. Gila kejam. Kalau tak pasal aku terdesak nak beli barang-barang, memang aku blah je.

Settle bayar barang, aku naik. Aliatun belanja KFC. Survey Internet package promotion jap, then gerak balik. Sampai bilik, Syifa terus pasang langsir and aku telan ubat selsema. Plan nak tidur tapi bila Syidah dengan Syafika datang untuk buat assignment kumpulan, terbantut jap niat nak tido. Aku tolong buat sikit assignment sebelum mata aku mula layu, and aku pun give in je la..

Maghrib baru aku sedar. Bersiap ala kadar, then call En. Noor.. dapat jugak borak dengan Safiyyah (even dia just diam and dengar je aku berceloteh). Gosok baju, sorting notes, makan sup campur, lap badan.. now aku ready nak doze off sekali lagi. Sekian laporan untuk hari ini.

Orientasi 1/2015

January 17, 2015


Tiba-tiba je kan?? Sebenarnya minggu ni aku kelelahan sikit. Awal cuti semester lepas aku dapat maklumat mengatakan aku dipilih sebagai Jawatankuasa Orientasi untuk sesi Januari 2015. Nak kata beria sangat pun tak jugak, aku just nak cuba nasib and mostly aku just ambil peduli tentang credit hours yang aku akan dapat. Tu je. Isu nak buli or ragging junior tak terlintas pulak.

Masa meeting dengan HEP, aku diletakkan sebagai JKO yang menjaga kumpulan. Aku mesti kenal semua anak buah aku, mesti ambil tahu sakit pening diorang sepanjang orientasi. Kali ni orientasi lebih lancar berbanding masa aku dulu, sebab kitorang DILARANG KERAS memberikan hukuman kepada junior.

Aku tak kisah pun. Yang MELARANG KERAS tu pengajar. Senang kisahnya, esok kalau junior ni masuk kelas then buat besar kepala, ko jangan pulak datang mengadu pada orang HEP. Aku just melalak-lalak masa first day je. Tu pun sebab ada la junior sengal sekor-dua yang rasa kolej ni abah dia punya. Orang suruh jalan pantas, dia boleh pandang kerek kat aku. Sekali aku tempik, siapa yang still jalan lenggang aku suruh merangkak, tetiba kaki memasing ada roda.

Time management, aku puji batch ni. Diorang on time. Suruh berkumpul pukul 4 petang, 3.30 masing-masing dah berderet pergi padang. Cuma ada la 4-5 orang yang kepala angin sikit; asal lewat tak nak turun langsung. Ko ingat ni universiti?? Aku pun pernah pergi U, hoih! Kat sini kalau ko tak turun, aku naik bukak pintu bilik ko pakai pendua. So tak yah la rasa bijaksana sangat.

Kali ni KPSL punya la ramai, kursus Kesihatan Persekitaran pulak tu. Aku tau ko ada henfon canggih, ko ada WhatsApp, Insta segala bagai. Tapi kalau masa makan yang tinggal untuk ko cuma 7 minit, patut ke ko waste time? Bila aku nak rampas henfon tu, sibuk lak tunjuk kuat. Siap cakap ko cuma bagi henfon tu kat isteri ko je. Hello, bang. Ko ingat aku kebulur ngan henfon ko ke?? Tak pun ko rasa aku syok kat ko?? Jantan habis la ko mintak maaf (read: dengan nada ego) sambil ketar-ketar tahan marah??

Aku tak heran la, bang. Takat ko nak tunjuk poyo sebab ko pernah keje, aku pun pelatih KPSL. Tak yah la nak tumbuk-tumbuk tangan ko tu. Sikit tak gugur pun bulu aku ni ha. Aku dah jumpa bangsa yang senyap dan mesra alam tapi mengerikan bila dia tak senang dengan kerenah aku.. lebih horror okeh. Setakat janggut kambing sejemput kat dagu ko tu, aku belum ngeri lagi. Bila aku diam je, reti pulak ko malu sendiri kan??

Kali ni punya la ramai yang sakit. Out of 260++, 40 orang sakit. Macam-macam la ko dengar alasan. Aku tak kata diorang ni menipu, tapi nampak benar manja nye. Everytime orientasi memang orang akan paksa ko berlari or jalan laju, then dera ko jalan itik, or duduk separuh (invisible chair). Time aku dulu pun kena. Toksah la bagi alasan banyak sangat. Tapi dah rezeki korang, semester ni ramai pengajar nak selamat, so 'penderaan' ni out of questions la ye.

Kat kelas lain pulak ceritanya. Program aku ni ramai orang yang saiko. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Dah tau kelas ni ramai sangat yang jadi JKO, ko restrict la. Jadah apa nya ko lepas kitorang ramai-ramai, pastu pengajar lain masuk mengamuk-ngamuk call Ketua Program, ko pulak terus menyorok?? Program aku ni macam anak tiri okeh, dari kelas besar yang rosak aircond sampai dah repair elok balik, downgrade ke kelas kecik. Batch aku sampai hari ni belum dengar khabar pasal uniform. Masa VP hari tu pakai baju kurung, jenuh menjawab. Korang masing-masing boleh la dok rileks je kat opis kan?

Dah tu, yang pengajar-pengajar lain ni pulak, ko tak yah susah-susah nak meng'hanjing' kitorang boleh? Kena hamun percuma dengan pengajar jemputan pun dah cukup, ko yang everyday tengok kitorang ni perlu ke nak perli-perli kitorang?? Ko takmo kitorang jadi JKO takpe, next semester ko handle sendiri orientasi tu. Biar ko yang bangun awal, tido lewat. Baru BERKAT gaji ko makan and suap anak bini. Runsing aku dengan pattern program aku ni. Lama-lama PT yang keluar dari tempat ni semua psiko, baru tau.

Semalam last orientasi. Aku sampai bilik pukul 6, telan panadol and terus tido. Pagi tadi pukul 10 baru aku bangun. Hamik situ penangan jadi JKO. Aku start demam dari mula balik ke asrama, tapi sebab semua komitmen aku teruskan jugak. Lepas ni tak yah susah-susah nak tanya aku nak volunteer join activities ye. I will openly ask for bribe; credit hours. Kalau ada, aku join. Kalau tak, you can kiss my service goodbye. Aku dah tak kuasa layan korang lagi dah.

Conclusion: banyak benda baru yang aku belajar dari orientasi; time management, human resources management, psychology and so much more. Cuma yang menjelekkan tu adalah sikap orang-orang di antara kita.

Khamis, 8 Januari 2015

Vacational Posting I

December 21, 2014

Supposedly tarikh Vacational Posting aku adalah ditetapkan pada 1-5 Disember hari tu tapi biasa la kan, everywhere I go, always ada perubahan pada saat akhir. This time, dste for Vacational Posting tu yang diubah ke 15-19 Disember. Alasannya, nak tunggu result students yang reseat paper hari tu. Well, I'm not complaining. Buat je la.

Memang tawakkal habis, pergi Vacational Posting dengan 70 hengget dalam poket and berulang-alik antara Cheras-Sungai Buloh. Gaji masuk ke tak, aku dah malas nak amik pusing. Sebab? En. Noor dah bagi ultimatum, check gaji bulan ni and if still tak masuk, BUAT PERMOHONAN RASMI KE KEMENTERIAN UNTUK TANGGUH BELAJAR. Terangkan habis-habis reasons untuk mohon penangguhan. Yes, sir!!

Day 1
Caca-marba. Aku sampai pukul 7.00 pagi sebab keluar lepas solat subuh. Sampai nak dekat pukul 8 baru la nampak batang hidung si Aina and Azie. Person in charge yang aku patut jumpa pun tak sampai. Pukul 9 baru kitorang divided into groups. Aina ke Elektro under E. Gerard, aku and Azie ke Gymnasium under Pn. Siti. There are other students from UiTM and INTI yang tengah buat praktikal.

Pagi memang sibuk, and without knowledge, wandering here and there, menjelang tengah hari aku dengan Azie dah keletihan. Petang dah ok sikit, aku decide nak buat muka bodoh and buat selamba je melayan muka ketat yang ada kat situ. Honestly kerek nak mampus. Ni memang stok masa belajar dulu; aku SENIOR. So ko kena HORMAT aku. Pergh dewa-dewi gile!!

Day 2
Reassigned to different places. Still management tak jumpa surat yang kolej aku hantar. Okay, hospital ni besar. One could easily got lost in their way kan. Takpe la. This time aku still kat Gymnasium tapi untuk Peadiatrics. Therapist kat sini memang muka tak senyum langsung, ketat habis. Aku bercakap ngan dia pun dia tak pandang muka aku. Oh well, saya budak baru belajar. Aku terima attitude dia. Takde hal.

Tapi one thing aku mesti admit, sama macam therapists kat Gymnasium yang lain, even muka ketat dengan students pun, dengan patients sangat berbeza. Senyuman diorang out worldly manis and cantik. Okay, another thing to learn. But this therapist sanggup recognize aku and bagi aku peluang experience the profession. Dia siap nasihat aku macam mana nak jadi therapist bahagian kanak-kanak lagi. Bagi aku try layan patients (during treatment), walaupun di bawah pengawasan dia. Satisfied.

Day 3
Neurology. Nervous. Sebab therapist in charge dia very particular and detail. She watch everything, and completely everywhere. She doesn't hover, but she's there. Her knowledge and the way she carried herself, aku nampak sendiri how patients seems comfortable. She read everything in detail. Aku observe patients doing their exercise (in neurology, exercise is to help patients regain the function of their body).

Aku realize one thing, department ni memang busy. Dari pagi sampai tengah hari, each unit or station akan buat treatment untuk at least 12 patients. Now I understood the fact stated to me a few months back. Memang sesak. And you can't turn them down. Di bahagian neurologi ni jugak aku encounter 2 jenis penyakit baru; Guillian-Barre Syndrom and Clonus. Kesian, tapi kena kuatkan hati. Even dah ketar-ketar, kau still kena paksa diorang go through ever routine.

Day 4, Day 5
Aku combine je sebab dua-dua hari ni aku attached kat elektro. Wow, orang ramai okeh, and there are a lot of room. Aku belajar prepare hot pack, guna TENs, and interferential machine. Patients ramai, sometimes kau treat 3 - 4 orang dalam satu masa. Tapi aku suka, sebab aku tak statik buat satu mende je.

Conclusion
Aku mula-mula lapor diri untuk fisioterapi ni dalam keadaan blur. Ditambah dengan komen yang failure rate yang tinggi, kitorang ni pulak minoriti, macam down sikit. Tapi lepas VP ni, aku mula suka dengan fisioterapi. Aku akan buat apa yang aku suka..in my career nanti, aku dapat menolong orang.

Fire up.

Sunyi..YangTerasa

January 8, 2014

0413 hrs..
Just got home, from JB. This time, aku balik sendiri. Sepatutnya aku lapor ke hostel semula 30 Disember tapi disebabkan lapor masuk dilewatkan atas sebab banjir, maka aku balik rumah semula. Petang tu aku berlawan dengan perasaan sendiri, bila aku terpaksa hantar En. Suami dengan Safiyyah naik bas ke Johor. Nangis-nangis okeh. Sebab cuti disambung, En. Suami pujuk aku ikut dia balik ke Johor.

Okay, aku ikut. Memang berterabur habis plan on that day. Tapi aku happy. Satu family naik bas ke Johor.


But last night, perpisahan memang inevitable. Beratnya rasa. Aku pujuk hati sendiri. Aku layan Safiyyah, aku ikut En. Suami cari barang. Usually aku memang penat dengan jadual macam semalam, but still, aku ikutkan. Once aku dah start kelas, lama lagi baru aku dapat balik ke Johor untuk visit diorang. So for the sake of a few hours left to us, aku ignore rasa letih tu.

Bas aku supposed to be at 11.15 malam, but a bit late. Safiyyah dah meragam, nak tidur. Bila sampai je bas, aku cuma sempat cium dahi dia and salam En. Suami. Masa atas bas, aku nampak En. Suami cuba kejut Safiyyah untuk lambai aku. Oh God, beratnya rasa.

And now, I'm alone in the house. An empty house. Rasa macam diri aku still tertinggal lagi kat Pulai Indah tu. Close to two years, aku always ada teman di rumah. Even bila aku sambung study, still aku boleh outing on the weekend just so that I could see Safiyyah and Noorman. But now, there are 350km that sets us apart. Korang yang terbaca entry ni, please, doakan aku kuat.






Be safe, daughter, husband. Semoga dalam peliharaan Allah selalu..
0424hrs, feeling nak nangis..

Settle kemas rumah. Trying the hardest to keep myself busy so rasa rindu tu tak perit sangat. Texting dengan mak, sama juga. Mak pesan kawal rasa rindu tu, belajar bersabar. Tinggal dua setengah tahun je lagi. Semoga tabah..
1122hrs, sambung report VP. Not even feeling hungry..