Isnin, 8 September 2014

AF-Datang-Lagi

September 8, 2014

Gile best, entry tulis 4 hari lepas baru nak publish. Anyway issue tetap sama, AF. I don't care who's back, please produce something useful.

September 4, 2014
Otak sedang mengalami kepenatan, so stop jap revision. Now aku rasa macam terngiang-ngiang je kat telinga ni about Range Of Motion, exercises, type of exercises. Kenapa perlu Passive Range Of Motion Exercise? Kenapa perlu Active Range Of Motion Exercise? Contracture tu apa? Macam mana boleh berlaku?? Last class, apa tu concentric contraction? Eccentric contraction? Aku rimas bila orang pushed too hard, and what we gave always never enough. So this time, revise hard sampai LEBAM!

So aku menonton televisyen (pergh, skema tak hengat!!), when out of sudden muncul la iklan yang mempromosi muka-muka yang aku tak recognize langsung. The music, however, is SO FAMILIAR to me. Akademi Fantasia?? Tolong la aku.. bukan ke AF ni dah berkubur? Dah lama tak dengar okeh, and aku lega. Now mula sekali lagi?? Apa ni? Genocide?? Dah habis idea nak produce something useful? At least ko tayang How Do They Do It pun aku tahan lagi nak tengok. Sel-sel otak dah tak lagi berhubung ke? Aku runsing.. apa pulak la yang akan timbul lepas ni.

SEDIH okay, sebab ada parents yang so supportive, bila anak diorang could not make it into the competition, parents ikut sama menangis. Aku tak benci AF, takde guna pun. Tapi apa la kesan positif yang korang boleh dapat dari AF ni selain menambah bil, mengikis kredit prepaid, and ulangan demi ulangan konsert as well as diary? Aku risau kot anak aku terikut sama sok (walhal anak aku baru setahun setengah). Alangkan aku tahan dia dari tengok Frozen tu pun dia menangis, sampai naik pening aku mencari jalan nak alih perhatian. Now this?

Please, people up there, takkan la laba je yang korang nampak? Abis tu babies yang orang jumpa flushed in the toilet, yang simply thrown from 8th floor, yang simply tersangkut in the drainage, korang turned a blind eye eh? Sikit pun takde rasa nak ubah.. do something so that masyarakat kita yang sangat berpenyakit ni boleh dipulihkan.

Okay, now I'm getting emotional. Lets stop before it gets worse. Later.
1242 hrs

Tiada ulasan: