Ahad, 14 September 2014

Ahad-Pertama

September 14, 2014

Bangun lewat!! Haish, hangin pulak dengan diri sendiri. Konon sangat la nak bangun awal sebab nak study. Tapi takpe, at least bangun. Mak dengan Abah selalu pesan bangun pagi everyday, sebab pagi la pintu rezeki terbuka. Well, bila duduk sendiri, pesanan tu macam hilang dek angin lalu je. Now bila dah kahwin, back what I was so used to, BERPAGI-PAGI, sebab suami aku memang jenis early bird.

Sesi meleter diri sendiri: DONE.

Now, kena keluar cari sarapan. Aku akan update lagi. Later.
0828 hrs

Dah naik berpinar mata aku membaca nota, siap mengingat fakta sambil menggosok baju, lipat baju, kemas katil, golek-golek hindustan atas lantai, lelap, makan.. now lepak tunggu maghrib. Sambil-sambil menunggu, meh aku update blog dari Jumaat sampai pagi tadi.

Jumaat
September 12, 2014
Nothing much, cuma English di pagi hari. Seriously, aku rasa sejak aku masuk sini and dengar beberapa kelompok yang claimed their English is good (sebab English is the language used in their daily life, among family), my English turned upside down. I tend to accept people for who they said they are, so it's a whole battle of contradiction within me, between me and my self thoughts, bila aku dengar broken English spoken among them. See? Complicated sungguh. Menelek telefon, siap snap gambar asam halia lagi. Memang takde pekdah sungguh!!

Petang, aku dengan budak-budak ni turun 'berjalan'. Well it was supposed to be jogging activity, but given the situation yang kitorang ni telah makan sebelum naik tukar baju, plus aku memang bukan jogging type, so berjalan je la kita. Pada aku, it's not too shabby okay, so long as aku tak tido and do something untuk keluarkan peluh, it's good enough. Mind you, aku sampai bilik dengan baju and seluar yang basah dek peluh.

Malam ada roll call, mostly sebab nak komplen pelatih semester satu ni. Pulak tu yang menyampaikan tu warden. Roll call sekejap je, tapi signing attendance yang ambik masa aku. Dah la belum mandi. Korang nak aku bagi ketiak hangit ke hoih? Lima tingkat dengan at least 20 rooms each level, boleh ko datang melenggang bawak attendance satu set je? Memang BERBULU la aku. Naik bilik semula, maka  megi dengan Nas. Ah, tak lupa sesi mem'belutut' gamba yang kitorang ambil dengan pintu masuk hospital. Teghak gila weh, tapi demi melayankan kepala tiga suku masing-masing, siap ada yang pakai selipar je gi JALAN. Penat, so aku terus tido. Isu fly dari asrama tu, aku tak amik port. So if ada yang konon nak datang spot check, help yourself. I've got nothing to hide.

Sabtu
September 13, 2014
Aku terjaga merely because En. Noor call untuk bagitau yang dia dah nak gerak. Aku mamai betul, pening bila bangun mengejut. Nak pulak tengok baju sebakul belum basuh, terus naik migraine. Mandi, solat, masak air, bancuh air panas untuk En. Noor, then sumbat segala baju yang nak dibasuh dalam beg. Let's do laundry at home. Takde aktiviti special, cuma makan kenduri tengah hari, then went for shopping. Main objective is susu Safiyyah, but there's more that I bought along the way. Malam gerak agak lewat, siap tapau kat Miias sebelum gerak ke Sungai Buloh. Then naik hantar baju, turun semula untuk tunggu Safiyyah makan. Puas spend time dengan anak semalam.

Today
Elok aku siap post entry pagi tadi, Nas jengah bilik ajak keluar breakfast. Sepanjang pagi memang hujan rintik-rintik, siap ada kabus lagi dekat kawasan kaki bukit. Naik ke bilik, gosok baju sambil study, lipat baju, kemas katil, lepas solat, makan and borak. Menu lunch, asam rebus keladi, ayam goreng berempah, bergedil sorang seketul and sambal belacan. Boleh tahan gak, lauk sahaja untuk 2 orang is RM8. Tersandar aku.. ni ke kekdahnya orang yang nak exam sok? Isk!! So now dah maghrib, solat then study sikit. Main point aku now is not panicking, just study and go with the flow. Till then.

*takat ni je untuk hari ni. Aku tak pasti ada entry ke tak within this week, sebab exam*







Tiada ulasan: