Ahad, 28 September 2014

Post Mid-Sem

September 28, 2014

Wow, pejam celik dah nak sebulan aku kene grounded. Ekceli ayat ni saja pembuka kata je, takde kena-mengena dengan tajuk di atas. Topik utama pada hari ni adalah tentang kitorang - selepas habis mid-term exam. Aku tak pernah cerita pasal exam eh? Jom start.

Exam tu sepatutnya dalam minggu 21 September, tapi diawalkan untuk program kitorang. Aku fikir-fikir balik, may be sebab dewan tak berapa nak cukup, so kena give and take sikit la kan. Maka first day exam adalah pada 15 September, dengan paper Biomechanic as the first paper. Masa ni la baru aku perasan rules ketat gila, ko cuma boleh bawak masuk pen, pensel, pemadam and pengasah pensel.

Segala jenis telefon dan barang peribadi berharga, tinggal dalam kotak dekat depan dewan. Even kolar baju pun kena check, jadi bila pengawas periksa perempuan raba badan ko, adalah sedikit mengejutkan. Soalan tak banyak, just 20 MCQ and 2 SEQ.. in 1 hour. Masa ni la baru ko akan terperasan yang ada budak tersentap dengan soalan yang keluar and terus stuck. Some choose to sleep..

The next day rest sebab Hari Malaysia, but the day after memang sangat mencabar. Pagi Fisiologi, petang paper Patologi. Kenangan pahit aku, jawab exam dalam menahan pedih gastrik. Paper Patologi tu ntah hape aku jawab pun tak tau la, yang pasti mata aku dah naik kelabu menahan sakit. Petang tu aku kena cucuk, sebab teruk sangat dah. Balik je, aku tido semahu-mahu tidak.

*moral of the story - kalau tak stress, jangan terikut-ikut orang lain yang stress. Sok orang tak pape, ko menonggeng tahan gastrik*

Khamis paper Fizik and Behavioral Science. Jumaat OSPE. Untuk dua hari ni aku nampak level of stress sungguh tinggi, kemuncaknya pada OSPE. Ada yang menangis sebab tak boleh nak buat. Aku cuma boleh tabahkan hati je la - nak tak nak ko tetap kena exam. So lari pun tak guna. Sabtu pulak kena attend program dengan JPAM. Kawad kaki. Dah lama tak kawad kaki okeh, rasa cam robot.

Ahad aku balik rumah. Even Isnin still ada 1 paper yang tinggal, aku tetap balik untuk tido puas-puas kat rumah. Baca pun ala kadar je. Sekali paper tu kau, ha, masuk sampai part yang baru sangat-sangat kitorang belajar kat kelas tapi DIKATAKAN tak masuk exam. Mau tak meroyan kitorang? Again, redha je la. Dah nama ko students, keje ko study. No such thing as tak boleh jawab sebab dijangkakan tak masuk dalam exam.

So minggu ni keluar name list untuk student yang dikelaskan sebagai agak lemah in a few subject. Ada la malaun ni boleh pulak ambik senarai nama sebab nak tengok siapa yang kena. Aku baru je masuk satu entry pasal budak ni, lagi dia buat perangai. Aku rasa dia bajet dia pandai, sebab dia mengulang semester disebabkan accident, bukan fail paper. Jadi ada sikit rasa bongkak kat situ. Action speaks louder than words kan? I see what I see..

Semalam budak-budak kelas ni pakat keluar ramai-ramai ke Times Square. Aku balik nak dekat 10 malam, sama jugak la diorang. Mak aih, sakan betul. Kena pulak elaun baru masuk. Hmm.. so next week dijangkakan ada satu test untuk Physiology, on endocrine system. Next week jugak la banyak amali. This time semua orang patut dah ambik iktibar and buat betul-betul amali so that korang tak blur masa exam OSPE nanti.

Aku nak mandi, keluar makan jap then study. So for now, tu je yang aku jot down. If aku rasa ada lagi nak tulis, nanti aku up lagi post. Later.

Tiada ulasan: