Selasa, 18 Februari 2014

WeightWatchProgram

February 18, 2014

Agak bombastic sikit tajuk tu tapi memang itu la nama aktiviti aku dan office mate yang lain setiap petang. Well, aku baru 3 hari join tapi excited dengan program ni. 

Alkisahnya macam ni, di office aku ni memang ramai yang overweight. Secara mudahnya BMI tak seimbang. Mostly overweight macam aku la. Nak pulak lepas dah bersalin. Amik slimming set shaklee pun takkan nampak kesan kalau tak work out.. ye tak?

Last week tak berapa sihat, lepas hari kedua je aku terus semput (dengan erti kata lain, PANCIT!!). Cuma memandangkan aku dah beria-ia heret anak ngan adik gi Jusco Cheras Selatan semata-mata nak cari running shoe, hari ni semangat berkobar terlebih. 

Masuk hari ketiga, badan pun dah mula ringan. Ditambah dengan cuaca yang redup, wah, aku laju je BERJALAN. Hehehe.. ala, tak lama mana pun tapi cukup la sekadar nak bagi peluh. Sekurang-kurangnya tak la aku rasa ngantuk dan malas selalu.

Tak banyak round pun, sebab kami hadkan masa sejam je untuk aktiviti ni. Next session aku akan update aktiviti WeightWatchProgram ni sekali dengan gambar. 

Till then.

Tiada ulasan: