Isnin, 3 Februari 2014

February2014 - Vita-Lea, Buy6Free1

February 3, 2014


Eceh, skali dah tulis satu entry, terlajak tulis satu lagi! Bulan lepas punya promotion, Alfalfa Complex Promotion Buy 6 Free 1 dah pun berlalu. Tapi jangan runsing, jika korang masih berminat nak dapatkan Alfalfa Complex, korang masih boleh hubungi aku untuk dapatkan hot item ni pada harga terbaik beserta konsultasi percuma. Untuk bulan Februari ni, Shaklee menawarkan satu lagi promosi yang aku rasa sangat-sangat la IRRESISTIBLE! Nak tau promosi pe? Vita-Lea Iron Formula - Buy 6 Free 1. Cakap pasal Vita-Lea ni aku rasa sangat teruja.. Vita-Lea sangat dekat di hati aku sebab pada mula aku kenal Shaklee, Vita-Lea antara supplement yang banyak membantu aku sepanjang tempoh mengandung. Nak tengok rupa Vita-Lea Iron Formula ni? 


Ha, ni la Vita-Lea Iron Formula. Sori la, gambar ni adalah hasil crop gambar terdahulu..

Asal Vita-Lea ni adalah dalam bentuk cecair pada masa awal dihasilkan oleh Dr. Forrest Shaklee. Eh? Korang ingat nama Shaklee tu wujud macam mane? Hehe. Dr. Shaklee ni study tentang tumbuh-tumbuhan dan in the end telah menghasilkan satu produk yang dinamakan Vitalised Mineral. Seiring dengan kemajuan dan peredaran masa (chewah, ayat bombastik!), Vitalised Mineral ni diupgrade dan diubah bentuk daripada liquid kepada tablets. Maka terhasil la Vita-Lea Iron Formula. Amacam, okay tak explanation aku?

Secara umum, Vita-Lea Iron Formula ni sesuai diambil oleh semua peringkat umur. Tapi untuk lebih memahami keberkesanan supplement ni, jom kita tengok apakah kebaikan utama Vita-Lea Iron Formula dan faedah pengambilan Vita-Lea Iron Formula secara konsisten.

Kebaikan Utama Vita-Lea:
  1. Penambahan Tenaga Segera - memberikan tenaga serta meningkatkan kecergasan tubuh dan mental. Secara tak langsung, ini membantu sistem memori serta meningkatkan tahap fokus terhadap pembelajaran mahupun kerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - tidak semua makanan yang kita ambil adalah seimbang dan lengkap dari segi nutrisi. Kebersihan, cara penyediaan malahan cara pengambilan juga menyumbang kepada kehilangan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Jadi Vita-Lea Iron Formula membantu kita mengisi semula lompong-lompong yang tidak mampu diisi dengan pemakanan seharian kita. Selain tu, Vita-Lea Iron Formula juga membantu melengkapkan nutrisi pengamal vegetarian dan pesakit anemia.
  3. Keupayaan Sistem Produktif - yang ni memang penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisme - pengambilan Vita-Lea Iron Formula membantu dalam menstimulasi metabolisme selain melambatkan proses penuaan. Korang nak awet muda tak? Ngeh ngeh ngeh..
  5. Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Selain tu Vita-Lea Iron Formula ni juga turut membantu menjaga kesihatan tiroid.
  6. Melindungi organ - Vita-Lea Iron Formula ni membantu melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. Organ kritikal tu kan?
Jadi jika diambil setiap hari secara konsisten, Vita-Lea Iron Formula mampu:
  1. Membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
  2. Mengandungi beta karotina yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan penglihatan dan pembinaan tisu.
  3. Mengandungi kalsium, fosforus selain vitamin C dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Tak la nanti umur baru nak cecah 40, gigi dah luruh. Hehehe..
  4. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk metabolized lemak dan karbohidrat dalam badan.
  5. Jangan tak tau, Vita-Lea Iron Formula pun ada vitamin B12. Yang ni penting untuk bentuk sel darah merah. Masa aku pregnant dulu, nurse kat KK tu slalu cakap, "cantik hb level awak ni.." sebab hb aku maintain pada paras 12.4 hingga 12.8 (best kan?)
Nota: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Testimoni:

Aku (erk, boleh ke?):
First time kenal masa pregnant Nur Safiyyah. Awal pregnancy memang sungguh mencabar sebab perubahan hormon menyebabkan perut tak nak simpan makanan lama. Jadi menjelang lunchtime, memang lembik. Lepas mula ambil Vita-Lea Iron Formula ni, dalam tempoh sebulan dah mula nampak kesan (lain orang, lain anatomi, lain la tempoh keberkesanannya ye. Sila ambil maklum). Aku sama 'chargas' macam orang lain yang tak mengandung. Sampai hari ni aku teruskan pengambilan.. sangat membantu untuk ibu EBM macam aku dan ibu-ibu yang selalu keletihan.

Adik aku (tak kira, nak letak jugak!)
Since adik aku ni agak pemalu orangnya, memang tak akan wujud la istilah 'volunteer' nak hantar testimoni untuk aku. Adik aku si Soleha ni pada mulanya tak berapa berminat, tapi bila setiap hari aku tengok dia balik kerja dalam keadaan keletihan yang amat (kerja chief chashier kat pasaraya, boleh bayangkan la macam mana fatigue level nye kan?). Kalau diikutkan memang tak berkenan la adik aku sorang ni nak mengambil any type of supplement. Tapi aku pujuk (or paksa?) dia ambil trial pack dulu. Lepas dua minggu dah nampak kesannya. Kalau sebelum ni, balik rumah muka long fourteen la.. skang balik rumah cari anak aku dulu sebelum siap nak tido.

Jangan la segan-segan. Cuba dulu, rasakan sendiri kebaikan Vita-Lea Iron Formula ni pada korang. Aku pengedar sah Shaklee kawasan Cheras, Bandar Tun Razak, Sungai Besi dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Contact aku untuk best price and free consultation:

Salina Mohamad Sulaiman

SID: 919274

Tel. / What's App: 017-3105646 E-mail: salina1821@yahoo.com 
Jaa mata!!

1 ulasan:

fai_80 berkata...

assalam..mohon izin share khasiat vitalea yerr..sgt2 baik n berguna sangat...