Isnin, 3 Februari 2014

AyamPongTeh

February 3, 2014

As-Salam.. dah berbulan tak update blog ni. Memang sesungguhnya alasan sibuk tak boleh nak diterima, tapi aku rasa seriously itu la satu-satunya sebab dah lama aku tak update. Padahal kalau nak diikutkan, banyak je isu yang nak share dengan korang. Contohnya? Resipi! Tah macam mana hari tu aku terserempak dengan satu rancangan TV, chef tu demonstrate macam mana nak masak Ayam Pong Teh. First time aku dengar nama tu. Rupanya masakan tu terkenal la di kalangan keturunan Baba & Nyonya. Hadoi la, nama je rakyat Malaysia.. jenis makanan kat negara sendiri pun tak pernah tau. 

Anyway, aku tak sempat nak catch up resipi dalam rancangan tu. Jadi macam biasa la aku akan refer kat Uncle Google.. one of my favorite blog yang banyak entry tentang masakan adalah blog Cik Mat (CM). Owh, memang definitely ada la resipi tu kat blog feveret aku neh. Disebabkan hari dah malam, and aku nak masakan yang ringkas yang aku boleh prepare untuk next day punya meal, maka aku terus je baca sekilas and start masak. Memang ada yang kureng sikit, sebab aku tak ada shitake mushroom, red and green chillies tapi tu tak membantutkan niat aku. Sok bila sempat, aku singgah kat jiran aku si Giant tu, beli cendawan ngan cili, then balik add on je, pastu panaskan untuk lunch

Since dah malam and aku tak sempat nak snap apa-apa gambar, maka aku akan update lagi entry ni bila dah lengkap nanti. Korang kalau rasa nak try resipi Ayam Pong Teh ni, boleh la mencuba. Kat bawah ni aku jot down resipi yang aku dah hentam tadi.

Resipi Ayam Pong Teh
Bahan-bahan:



½ ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
(aku simply guna cut parts - whole legs 2 pcs)
10 biji bawang merah* (pun sama - aku just lanyak sebiji bawang besar terus!)
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

½ kiub pati ayam (optional)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 - 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa (aku guna gula melaka)
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan


Now, jom masak!
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam  dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan. Pergh!!
Ada bahan yang aku kurangkan, ada yang aku lebihkan untuk cater taste En. Suami. Aku biasanya masak untuk lunch hari ni pada malam sebelumnya. Memang macam yang CM cakap la, lepas semalaman, pergh!! Selamat mencuba!

Tiada ulasan: