Isnin, 17 Februari 2014

AirOhAir

February 17, 2014

Sejak akhir-akhir ni kawasan tempat tinggal aku memang kerap terputus bekalan air. Bagi aku yang tinggal di ground floor mungkin tak terkesan dengan keadaan ni.. atau lebih tepat, kurang lelah mengangkut bekalan air dari lori tangki SYABAS. Cuba bayangkan orang yang tinggal di tingkat 3 atau tingkat 4.

Banyak kesan yang nampak sejak kerap terputus bekalan air ni. Anak aku yang sebelum ni pakai cloth diapers (CD) terpaksa berubah pakai disposable diapers. Bukan apa, CD tu semua pengasuh yang basuh (persetujuan bersama - separuh tinggal di rumah pengasuh, separuh lagi di rumah). Rumah tingkat 4, bila takde air.. bayangkan sendiri la.

Jadual house chores pun turned upside down. Time yang aku cuci baju, terbantut sebab air takde. Hadoi! Masak apatah lagi. Dah berapa hari makan di luar, En. Noor macam tak seronok je. Maklum la, masak sendiri lebih puas (walaupun sekadar telur goreng makan dengan kicap). Cuma sementara ni kena sabar. Ada hikmah sebalik semua ni.

Cuba bayangkan orang yang tinggal kat pedalaman sana, hari-hari angkut air. Kadang tu jalan puluh-puluh kilometer sebab nak dapatkan bekalan air. Sikit pun tak mengeluh. Maka azam aku, NAK BERSABAR SEBANYAK YANG MAMPU & DIIZINKAN TUHAN, dalam mengharung cabaran kali ni. En. Noor, terima kasih bersusah senang dengan saya..

Wink! Wink!!

Tiada ulasan: