Jumaat, 1 Ogos 2014

Kenapa-Tak-Mau-Makan???

August 1, 2014

Feeling sangat tak best, dari malam tadi aku memikirkan apa je la yang buat Safiyyah putus selera makan. Bukan semalam or kelmarin, tapi sejak dari sebelum cuti raya lagi. Masa En. Noor ambik Safiyyah dari rumah pengasuh, ada la kakak ni cerita yang Safiyyah tak selera makan dah 2-3 hari. May be sebab cuaca panas, or sebab dia sibuk main. Akak tu runsing, sampai terfikir-fikir nak cari vitamin tambah selera untuk anak dara aku tu. Alahai, sian akak.

Tapi aku perhati sendiri, dari mula aku cuti sampai hari ni, boleh kira dengan jari bilangan meal yang Safiyyah makan bersungguh. Aku cam biasa la, habis Uncle Google aku godek sebab nak cari idea pe je la yang dok menyekat selera anak aku. Ada petua orang tua-tua suruh mandikan anak dengan air kucai - means ramas kucai dalam bekas air mandi, buat bilasan akhir. Telah gigih aku pesan pada En. Noor suruh beli daun kucai, alih-alih balik menyengih, "abang lupa la, Salina".

Malam pulak diajak aku dengan Safiyyah ke Giant, nak beli daun kucai. Semata-mata tu je? Takpe, bang.. sok balik keje beli. Tak kosser nak keluar malam-malam ke Giant semata-mata nak beli daun kucai. Hari ni dah sibuk surf method lain pulak. I need options, so bila aku masuk semula ke hostel, aku boleh pesan pada suami untuk buat apa yang perlu. Rimas okeh bila anak takmo makan. Runsing. Bila aku runsing, kepala aku kerja non-stop. Sampai dalam tido pun aku dok fikir.

So nantikan je la perkembangan seterusnya. Harap-harap berkesan. Aku bab-bab ubat or vitamin ni lemah sikit. Demam pun sehabis boleh aku bertahan bagi air kelapa, unless viral fever, terpaksa la ke klinik sebab aku tak ada antibiotik sendiri.
Sementara nak tunggu next move, aku nak jawab soalan anatomi sikit.Till then.

Tiada ulasan: