Rabu, 13 Ogos 2014

Happy-18th-Month, Nur Safiyyah

August 13, 2014

Adei, sayu gak rasa bila anak cecah setahun setengah tapi aku jauh dari dia. In fact, kak Ros (pengasuh) yang bawa dia ke klinik untuk immunization bulan ke 18. Even aku bahagi masa dengan balik every weekend possible (Ahad je la pun), tapi terasa macam mana rindunya kita pada anak and rindunya anak pada kita. Sampai tahap berebut dengan ayahnya, sebab nak conquer ibu untuk dia je. Itu jam, ibu pun naik sewel. Mau tak, ayah dengan anak sama naik!!



1st photo, masa on the way nak ke klinik. Hari ni kak Aisyah yang teman Safiyyah. Khabar baik hari ni, berat Safiyyah bertambah. Cuak jugak la aku dengan kerenah dia takmo makan hari tu. Second photo masa nak tunggu ayah jemput petang tadi tu yang aku ada runsing sikit. Beg baru, kasut baru. Adoi la anak, ibu ni tengah tak meriah. Bila pengasuh yang belanja banyak-banyak camni, ibu gerun jugak. Hehehe.

Kisahnya cenggini, kak Ros keluar tak bawak si Safiyyah. Dah dua kali pulak tu. Pesen anak aku ni, kat rumah kemain lagi berdikari, tapi kat rumah pengasuh, kemain la manjanya sebab dia tiba-tiba diiktiraf menjadi yang bongsu kat rumah tu. So bila anak aku merajuk, akak tu pun pujuk la. Bawak dia keluar jap. Dah alang-alang keluar, beli satu selipar (konon nak selipar rumah untuk Safiyyah, tapi lain pulak jadinya). Testing beg, dah takmo lepas pulak. Maka diambil la keduanya. Sorry la kak Ros.. hehehe.

Kisah semalam..




Tiada ulasan: