Ahad, 22 Jun 2014

StudyLeave - Part I

June 22, 2014

Memang lama sungguh aku bercuti blogging. A week, consider panjang memandangkan aku ada banyak sangat bahan dan 'bahan'.. semuanya tunggu turn je nak tayang diri kat blog aku yang dull neh.

First thing first.

Aku tak tau la kalau mende yang aku nak story ni related ke tak dengan korang yang kerja dengan private sector,  tapi aku yang memang keje gomen ni kalau nak cuti belajar, bukan mudah-mudah nak blah gitu je. Nak mohon cuti belajar tanpa gaji pun panjang kisah.

Nak salinan surat tawaran, aku sediakan. Personal details punya certificate, including suami and anak, pun aku sediakan. Academic qualification, aku attach sekali.. termasuk la borang kat website JPA. Yang banyak makan masa cuma satu je, SALINAN BUKU PERKHIDMATAN.

Jenuh la call nak bagi cepat, still lambat jugak siapnya. Alasan yang diberi pada despatch - PERMOHONAN AKAN DIPROSES DALAM TEMPOH 3 HARI BEKERJA. What the..?? Bukan ko nak salin tulis tangan buku servis aku tu okeh, ko fotostat je. Pastu sahkan. Siap.

JABATAN LAIN SEMUA COMPUTERIZED SERVICE BOOK, KO JE YANG DOK RAJIN NAK TULIS MANUAL.

Siap satu mende. Tinggal nak follow up kat bahagian latihan je lagi.

Sekali datang pulak satu surat, dari kolej yang aku akan lapor diri nanti. Mak aih, banyak lagi mende nak disiapkan weh. Tang pakaian lapor diri tu yang buat aku tercekik - baju kurung putih, tudung putih, kain hitam, kasut kulit hitam. Mau ko tak gila, lagi 2 minggu nak puasa, celah bedah mana ko nak korek tailor yang still nak amik order?

Maka adalah dipersilakan aku untuk kembali menghadap meja jahit la gamaknya. Dengan duit yang dah tak berapa ramai, ku gagahkan jugak la jengah Nagoya, membeli kain. Now in the process. Aku kena lelap dulu, sok pagi bangun awal sambung jahit tepi all the pieces yang aku dah potong, then start cantum. See ya!!

Tiada ulasan: