Isnin, 9 Jun 2014

Procrastinate

June 9, 2014

Selamat pagi. Memandangkan El Nino dah pun bermula, maka sesi bergusti dengan anak kat atas katil malam-malam pun dengan rasminya bermula. Punca? Rumah aku bahang pada waktu malam, sejuk pada waktu siang. Pelik eh? Consequences, aku akan bangun pagi dengan mata yang terpisat-pisat, sungguh liat dan terasa macam aku la boss (walhal aku la kuli). Pagi ni aku masuk kerja, nampak la dua ketul fail demok-demok atas meja beserta satu sampul, siap ada pesanan lagi dari officer in charge aku. Bagus la, officer aku cuti seminggu, office-mate aku pun cuti seminggu. Gi la korang sejukkan kepala. Jangan tambah serabut lagi sudah la. Lama mana nak masam muka neh? Sok aku dah keluar, tinggal korang berdua gak.

Hari ni kita belajar vocabulary nak? Perkataan pada pagi ini adalah PROCRASTINATE. Menatang apa ni eh? Pernah dengar tak? Secara istilahnya, ini la terjemahan perkataan tersebut ye kawan-kawan: to keep delaying something that must be done, often because it is unpleasant or boring. Ha, gitu kau. Dalam bahasa kita ni mudahnya, procrastinate ni BERLENGAH-LENGAH.. tak kira la disebabkan perkara yang kita lengahkan tu tak menyenangkan atau membosankan. Semua orang ada sindrom procrastinate ni ye, aku SANGAT la mengaku bahawasa nye aku memang SELALU SUNGGUH procrastinate.. especially untuk perkara yang membosankan aku.

Procrastination ni sikit sebanyak akan menyebabkan orang lain akan terkesan sama. Contoh? Office-mate aku ni sepatutnya belajar cara-cara nak handle kewangan dari aku sebab dari tahun lepas aku dah warning yang aku ada kemungkinan akan keluar dari tempat ni. Dari time dia sarat mengandung, sampai dah bersalin, sampai dah naik semula kerja, siap boleh balik ke tempat lama duduk situ walhal arahan penempatan dalaman dah lama keluar. Aku diamkan je la, even bengkek gak sebab aku dah beria pindahkan barang dari office atas ke bilik sendiri kat bawah ni. Aku siap setting tempat untuk dia lagi. Dah plan bahagian mana yang aku patut mula ajar, bit by bit dia akan boleh handle sendiri. Yang melengahkan - DIA.

Nak marah pun, orang dah besar. Dah jadi mak orang pun, boleh fikir sendiri. Aku pilih untuk move on, siapkan semua kerja macam biasa. So hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan pun dah berganti bulan. Setakat minggu lepas, kalau pun ada kerja kewangan yang dia dah siapkan, cuma claim orang (yang sepatutnya orang tu sendiri siapkan - mana la aku tak MASAK disuruh-suruh buat claim personal orang lain). Satu paperwork siap Jumaat lepas, sebab in charge aku dah bising-bising. Last week jugak in charge aku dah pesan supaya aku ajar office-mate aku cara nak uruskan petty cash. Yang selama hari ni kalau boleh dia nak elak, kali ni nak tak nak terpaksa jugak. Nak belajar pun sebelah petang, masuk opis pun lambat. Dah jenuh pulak aku nengok dia menggaru kepala bila aku terangkan pada dia apa yang nak dibuat.

Sekarang situasi pejabat aku adalah SANGAT TIDAK MENYENANGKAN. Yang office-mate aku sibuk nak reccee apa yang in charge aku cakap pada aku (sebab dia ingat pegawai tu akan mengumpat dia), yang officer aku lak sibuk bertanya aku whether or not si office-mate aku ni dah mula belajar perkara-perkara kewangan. Punca semua ni adalah disebabkan oleh procrastination. Tak perlu nak tersinggung, sebab ni perkara benar. Aku buat kerja (ada jugak la mengumpat sambil-sambil menyiapkan kerja tu) dalam redha, sebab dah memang kerja aku macam ni. Tapi office-mate aku ni, gaji dah tinggi, nak jugak kejar claim. Jadi timbul issue bila dia bercakap dengan officer pun dengan cara yang tak hormat, meninggi suara, kasar (setakat tu yang aku ingat dari last lecture). Bila orang dah nampak slack, memang tak boleh nak tolong la.

Nota: setiap hari bila office-mate aku masuk kerja, aku tak bercakap lebih dari tiga patah perkataan sebaik dia dah mula duduk di kerusi dan hidupkan komputer, sebab perhatian dia adalah terhadap Facebook dan WhatsApp. Aku tak jeles, sebab aku sendiri memang tak rajin WhatsApp. Takut lak kena sindrom SMART PHONE, DUMB PEOPLE. Tapi dia hanya akan bercakap dengan aku bila perlu sahaja ye.

Satu perkara yang aku agak rimas adalah, "takpe la Salina, nanti kalau ***** tak reti buat, ***** WhatsApp Salina ye". Wah, kalau macam ni baik aku tak payah ambil study leave. Baik aku dok office ni, hadap ko dengan smartphone ko selain buat je kerja macam biasa. Lagipun bukan aku yang bagi statement KAT KEWANGAN NI TAKDE KERJA SANGAT. LAIN LA KAT ********** DULU, SIBUK SUNGGUH (sila baca beserta dengan kerutan di dahi tanda penghayatan mendalam). Aku nak cuti untuk belajar, and belajar tu orang yang tanggung penuh. Agak-agak nye la kan, ada lagi tak masa untuk aku nak melayan WhatsApp sedangkan aku sendiri tak pasti bila aku boleh curi masa untuk call suami untuk tanya khabar dia and Safiyyah nanti.. dah boleh pulak ko nak ada permintaan macam ni? Cuba kalau ko tak rasa nak procrastinate dulu, ada ke situasi akan jadi macam ni? Hmm.. ko cakap tadi tak sibuk sangat. So why not guna masa yang aku takde nanti untuk explore dunia kerja di unit kita ni eh?

Okeh la, aku nak sambung PROCRASTINATE lagi. Tulisan di atas adalah benar semata-mata, tiada yang tidak benar melainkan benar semata-mata.

Tiada ulasan: