Isnin, 31 Disember 2012

Jujur

December 31, 2012

Entry ni aku buat tanpa sebarang gambar untuk menarik perhatian. Entry ni sekadar pengakuan jujur dari aku.. selama aku berkawan dengan mana-mana lelaki (sebelum berkahwin) belum pernah ada seorang pun yang menegur perihal berpakaian, apatah lagi bertudung. Kawan-kawan perempuan apatah lagi, semua pakat try trend baru setiap kali ada new style untuk tudung. Aku pun terikut-ikut sama (walaupun tak sehebat dan segempak kawan-kawan semua.. disebabkan aku punya sense of fashion memang definitely off), jadi bila aku pakai tudung, ngan-ngam je paras dada. Bukan menutup dada.. macam yang dituntut agama (bukan berdakwah okey).

Masa mula-mula kenal En. Suami, adik ipar (yang tolong kenen aku ngan En. Suami) dah kasi warning awal-awal taraf pendidikan masing-masing. Tak perlu la aku terangkan panjang lebar di sini, cuma jawapan balas dari aku adalah, "So? Kalau tak belajar tinggi nape? Tak boleh kawin ke? Tak boleh nak berkeluarga?" (sila baca tanpa nada marah). En. Suami pun boleh dikategorikan sama macam kawan-kawan lelaki yang lain (pada masa tu la) sebab dia tak menegur pun tentang baju mahupun tudung. Hehehe.. aku fikir dia tak mau menegur hanya semata-mata disebabkan isu taraf pendidikan tu. Takpe la.. tunggu sikit lagi.

Sebaik saja En. Suami menerima akad ke atas aku, perkara pertama yang dia betulkan selepas serah mas kahwin adalah betulkan kedudukan tudung yang aku pakai pada masa tu. Jangan salah faham, bukan singkat, cuma ngam-ngam paras dada. Orang cakap aku pakai saiz M (agaknya la kot, takde keje nye aku nak belek saiz tudung masa beli. Janji ngam sudah!). Walaupun aku tak pin kerongsang belakang tengkuk (macam yang ramai orang buat - nak bagi nampak leher jenjang) tapi aku pin di kiri kanan bahu nak bagi kedudukan tudung terletak. Jadi bila aku bergerak kiri kanan, kadang-kadang kedudukan tudung tu beralih sikit, terangkat sikit menampakkan apa yang ada. Faham-faham sendiri dah la ye.

Aku perasan mata En. Suami memerhati, cuma perhatian tu bukan la berbentuk 18SX (seriously!).. En. Suami lebih banyak lost in deep thought. Dari hari bawa ke minggu, dari minggu bawa ke bulan.. setiap kali aku nak beli baju dan tudung, En. Suami tak pernah komplen, tak pernah bantah. Semua cantik, semua lawa, semua berkenan. But something is amiss. Aku recognize perasaan tu, but always, I can never quite put a finger on it (eleh, admit je la aku ni memang lembab sikit bab-bab ni). Sampai la tempoh aku berulang-alik ke Johor naik bas (time ni aku dah pregnant, so sometime aku sampai waktu Maghrib di Larkin, jadi En. Suami bawa pusing-pusing dalam terminal dulu sebab tak nak gerak time Maghrib). Begini ceritanya..


Flashback

Aku rasa tak berapa selesa nak meneruskan pakai selendang ataupun shawl sejak mengandung ni.. ada rasa suffocated sikit. Nak pulak bentuk badan aku berubah sejak mengandung, ada tempat yang aku fikir memang wajib aku tutup dengan baik (ni aku amik serius sebab ada yang menyampaikan perihal kawan sepejabat yang memandang semacam bila aku melintas depan dia - tak elok sebab status aku bukan bujang lagi) jadi aku tanya En. Suami sama ada dia tau mana-mana tempat yang aku boleh beli tudung berawning lembut. Payah nak cari di KL sebab saiz yang ada semua M, dan aku tak selesa dengan tudung yang ngam-ngam paras dada. En. Suami cakap dia cuma boleh bawa aku pusing-pusing supaya aku ada pilihan, tapi dia belum ada bajet (sebab gaji lewat sikit). Aku angguk je.

Tiba kat tingkat atas terminal tu, aku terpandang satu deret tudung yang aku rasa berawning lembut (and of course, memang tepat sekali pandangan aku tu!) jadi aku terus tarik tangan En. Suami untuk tengok lebih dekat. Sekali belek tudung tu cuma ada saiz L dan XL je. Aku cuba saiz L (siap peraga depan En. Suami). Elok je aku betulkan kedudukan tudung tu, En. Suami tanya harga pada kakak kedai tu. Kakak tu balas, harga ikut saiz. Jadi untuk saiz L, RM18/= sehelai. En. Suami terus suruh aku pilih kaler yang aku berkenan. Eh? Sungguh aku tak faham.. tapi saya-yang-menurut-perintah, aku pilih dua kaler - biru dan hitam (senang sebab masuk dengan banyak kaler baju). En. Suami amik, hulur pada kakak tu dan terus bayar. Eeeehhhh??

Aku diam sampai la kat umah.. sebelum masuk tidur, aku tanya, "kan abang cakap takde bajet.. nape beli jugak tudung tu? Saya boleh tunggu sampai kita cukup bajet nanti baru beli." En. Suami tak terus jawab, as usual, lost in deep thought or rather, phrasing and rephrasing every word sebelum balas pada aku, "abang rasa berkenan. Kebetulan pulak tudung yang sayang jumpa tu abang berkenan, duit ada sikit lagi, pakai je la. Gaji abang pun lagi sehari dua dah nak masuk, jadi abang tak runsing sangat." Gile kau, something is off, tapi aku malas nak panjang-panjang story sebab mata aku dah makin berat. Sok-sok je la aku sambung tanya (kalau ingat la).. wassalam.


Fast forward >>

Aku dah cakap, aku akan tanya lagi bila aku rasa teringat. So ada la jarak dalam 2 - 3 bulan sebelum aku tiba-tiba teringat nak tanya semula. Itu pun sebab En. Suami kebetulan betulkan anak rambut yang terjuntai keluar dari celah-celah tudung dan pipi aku masa naik kereta nak ke CS beli barang dapur.

Aku: Terima kasih abang (sambil senyum-senyum manja, siap kelip-kelip mata lagi).
En. Suami: Kenapa? (rupa confuse)
Aku: Abang tolong betulkan tudung saya.
En. Suami: Oh, sama-sama. Abang suka tengok sayang pakai macam ni, cantik.

Aku nyaris-nyaris terbatuk (kalau tengah makan mungkin aku tersedak), ni kali pertama En. Suami puji pakaian aku tanpa perlu aku mula bertanya.

Aku: Eh? Kenapa? Selama ni saya pakai tak cantik? (korang tengok tu? Dah memang perempuan kan, lagi mau tanya)
En. Suami: Selama ni cantik, tapi hari ni lagi cantik. Pakai baju longgar, seluar panjang longgar, tudung labuh tutup dada. Yang kurang cuma mekap je, tapi abang maafkan sebab abang faham sayang tak suka mekap.

Oh Tuhan.. rasa sebak sangat. Tatau nape, aku rasa sayu betul. Suami aku bukan suka membebel panjang-panjang. Dia memang suka melayan celoteh aku, tapi bersyarah memang jauh sekali la. Dia akan nasihat bila perlu, atau dia rasa aku makin hampir terbabas langgar border.

Aku: Kenapa sebelum kahwin dulu tak tegur? Masa awal-awal kahwin dulu pun tak tegur. Ni dah genap setahun kita kahwin, baru sekali ni saya dengar dari mulut abang pasal berpakaian.
En. Suami: Sebelum kahwin, belum ada hak atas sayang. Kalau tegur pun abang berkias je. Kalau terima, Alhamdulillah. Kalau tak, abang tak boleh paksa. Sekarang dah kahwin, abang wajib tegur yang salah. Salina pakai selama ni belum sekali pun salah pada pandangan abang, cuma sekarang abang tengok sayang dah makin suka pakai labuh-labuh, longgar-longgar. Abang bersuara la, bagi galakan.

Saat tu, aku faham kenapa Allah jodohkan aku dengan En. Suami dan bukan dengan orang lain. Selama ni aku selalu bertanya kenapa aku dijodohkan dengan lelaki yang 180o berbeza sikap dan kehendak daripada aku. Ada rasa takut, tak yakin (walaupun aku sendiri dah tengok betapa kuasa Allah - aku dan En. Suami berkenalan, bertunang dan bernikah dalam tempoh tak sampai setahun). Sekarang aku dah faham.. dan sejujurnya aku sekarang lebih bersyukur dengan ketentuan Allah. Syukran ya Allah, terima kasih En. Suami..

Tiada ulasan: