Isnin, 17 Disember 2012

FirstAttempt

December 17, 2012

Ni la permulaan untuk kisah FirstAttempt aku ni. Alkisahnya pada hari Sabtu yang lepas, aku rasa agak buhsan berseorangan di rumah sebab En. Suami kerja, Dea kerja, Awah pula sibuk dengan aktiviti Melilea dia. Maka aku adalah bersendirian tanpa sebarang aktiviti (sebab En. Suami sudah awal-awal kasi warning - "Salina jangan buat kerja apa pun. Abang tak jamin sayang tahu berhenti kalau dah mula buat kerja. Hari ni Salina dengan baby rehat cukup-cukup." - yang dengan sendirinya difahami telah membantutkan niat aku nak berpusing-pusing dalam rumah tu.

Puas baring, aku duduk, puas duduk, aku berdiri menyandar, puas menyandar, aku berjalan, pusing-pusing kat bilik, ruang tamu, dapur.. seriously, aku jammed! Tak semena-mena aku terpandang pulak basikal exercise yang dok tercongok kat tepi dinding tu. Sekeliling basikal tu dah bersih (hasil kerja En. Suami yang rajin lagi baik hati), maka hati aku dengan gedik-gediknya ditarik-tarik ke arah basikal tu. Dah 7 bulan aku dok nak tergedik lagi kayuh basikal, boleh? At first, aku setting nombor 1 tapi disebabkan ringan, aku kayuh laju, perut pun siap goyang-goyang lagi. Maka aku pun tukar setting nombor 2, berat sikit..

Tak sampai pun setengah jam kayuh basikal, aku dah mula kejang. Aiseymen, part ni yang lemah sikit neh. Silap gak sal aku tak warm up dulu. Cuma risau sikit sebab perut pun ada sakit sikit. Jadi bila En. Suami call nak inform dia dah nak gerak balik untuk lunch, aku gelabah puyuh la sebab aku tak masak pape pun. Mujur jugak En. Suami dah beli biskut untuk alas perut, sebab mengikut perancangannya petang baru nak pergi beli stok barang basah. Bayangkan sakitnya perut masa tu sampai menitik air mata menahan kejang. Sampai je En. Suami kat umah, aku tengok makanan yang dia beli. Aik? Kuih donat? Selalu dia bukan suka sangat kuih donat neh.. musykil!

Aku: Kenapa ada kuih donat? Abang suka makan kuih donat ke? (tanya jugak walaupun dah tau jawapannya).

En. Suami: Tak la, tadi abang tengok dari jauh, nampak macam kuih keria. Teringin la jugak, sekali pergi dekat, rupanya donat. Tengok kecik-kecik je saiz dia, abang beli la. Nampak comel je.

Boleh macam tu? Sejak aku mengandung ni pandai pulak En. Suami sebut perkataan 'comel' kat aku. Tapi ada point yang aku tangkap dari ayat tu. En. Suami teringin nak makan kuih keria. Ah sudah, aku seumur hidup tak pernah lagi la buat kuih, asal teringin nak makan aku tunjuk-tunjuk je kat akak tepi jalan tu. Dulu 3 seringgit, skang sebijik dah RM0.40, tapi kesimpulannya memang sumpah aku tak pernah la buat kuih keria. Kepala sudah mula rasa pusing, mana aku nak cekau kuih keria tengah-tengah hari rembang neh? Nape la En. Suami tak beli je pagi tadi? Tak paham sungguh aku.

Alang-alang nak mencari belum tentu jumpa yang memuaskan hati, aku nekad je la call mak tanya cane nak buat kuih keria. Aku siap intro lagi punca nak buat kuih kat mak. Gelak orang tua tu dengar cerita aku. Amik situ, dulu takmo belajar buat kuih. Konon sok dah kawin beli je kalau teringin. Sekali kena suami jenis yang makan semua tradisional.. mau tak kejung otak mencari resipi petua bagai? Siap dapat resipi dari mak, aku mental list je la barang yang nak dibeli. One of the additional untuk barang basah petang ni, keledek.

Fast Forward >>

Misi hari Ahad: siapkan kuih keria untuk En. Suami. Barrier: demam. Lepas En. Suami pergi kerja, aku sambung lelap, sambil bungkus satu badan dengan selimut. Pukul 12, En. Suami call tanya nak makan apa, sebab aku tak boleh nak masak masa demam cani. Asyik nak rebah je koje nye. Lepas bagi senarai lunch, aku bangun, mandi dan pakai stokin, tunggu En. Suami sampai umah. Menu hari ini, nasi putih, kari kambing, sup kambing (aku teringin nak makan kambing), masak lemak petola, masak lemak siput sedut, sambal + air asam, petai. Untuk En. Suami, aku bancuh air sirap selasih (ni pun first time cuba buat.. boleh? Buat malu kaum betul!).

Fast Fast Forward >> 

En. Suami dah pesan, kalau tak larat, jangan paksa buat kuih. Dia boleh beli bila-bila senang (hibanya dalam hati, drama-swasta-minggu-ini sungguh!) jadi aku boleh rehat. Elok je aku usha Nenoneno bersama En. Suami jalan, aku memulakan langkah. Keledek merah yang aku beli semalam, habis aku kupas bersih. Potong kecik-kecik, basuh bersih dan simpan dalam peti sejuk (sebab Awah tengah pakai periuk - maklum la, periuk pun ada sebijik je). Elok je dapur lapang, aku mulakan dengan rebus keledek sampai empuk. Mak pesan letak sikit garam. Saya-yang-menurut-perintah, aku letak je la 1 sudu teh.

Kejap-kejap aku usha keledek rebus tu, nak tunggu empuk memang lama sebab aku buka api kecik je. Tapi elok empuk je, aku terus tapis, lenyek hancur semua keledek tu. Wow, si Awah siap rasa lagi keledek rebus tu. Manis. Suka betul hati aku tengok keledek tu abis kena lenyek. Puas hati, tak ada la rasa ketul-ketul lepas ni. Lepas tu aku letak sikit demi sikit tepung gandum. Keseluruhannya ada la dalam enam sudu besar (plus minus la, aku bukan ukur sangat pun), sebab aku tak nak banyak tepung. Biar lembik sikit takpe. Siap gaul-gaul semua sebati, aku jemput sikit, aku gentel sampai jadi bulat-bulat kecik-kecik. Aww, cute!

Jap, biar aku kasi tau satu rahsia. Nak bentuk jadi ring cam yang orang selalu buat tu pun aku tak tau.. boleh lak aku tanya Awah yang tengah tido tu cane nak bentuk kuih keria. Mujur la adik yang sorang ni pernah amik teknologi katering masa sekolah menengah dulu. Sambil uli, gentel dan bentuk, mata aku dok ralit tengok TV. Tau-tau je dah abis adunan tu aku kerjakan. Seriously, belum pernah lagi aku tekun cani.. jom tengok hasil kerja aku yang mentah ni.


Jangan tertipu, pinggan makan tu kecik je. Kat bawah pinggan tu ada satu bekas yang aku dah isi penuh dengan kuih keria, untuk simpan dalam peti ais. Yang dalam pinggan ni aku goreng. Bukan apa, tak tau la bape mulut yang nak rasa nanti, sebab belum pasti kuih ni menjadi. Masa ni En. Suami dah sampai rumah. Selalu dia akan minta air panas tapi disebabkan nampak kuih yang separuh menjadi ni, dia simpan perut dulu. Aku pun mula la menggoreng.. tamak punya pasal, aku masuk abis semua yang dalam pinggan tu untuk sekali goreng. Pemalas punya orang!


Yang putih-putih tu tepung masa nak susun atas pinggan tadi, sebab tak nak melekat. Abis semua aku humban sekali goreng, terer betul la! Agak leceh sikit goreng adunan yang aku buat sebab aku tak pakai banyak tepung, jadi masa nak balik-balikkan tu memang ada yang macam pecah sikit. Tapi tu semua tak jadi masalah untuk aku yang tengah berkobar-kobar nak masak untuk En. Suami ni. Siap aku hangitkan sikit (untuk aku, sebab aku suka bahagian yang hangit tu, ada manis dan pahit. Jangan tanya kenapa, aku tatau). Bentuk kuih tu memang la sangat tak cantiknye.. dengan tak heran aku buat tak nampak je.


Nampak tak yang macam hangit tu? Wow, terliur aku tengok. Tunggu sikit lagi, konpem la garing dan rangup. Bukan aku je excited, anak kat dalam ni pun ikut teruja sama. Mundar-mandir aku menunggu siap kuih ni digoreng. Elok je angkat, En. Suami pun menjengah. Dia siap cakap lagi, tak payah letak gula pun takpe. Tak sabar la tu! Hik hik hik!! But I insisted untuk siapkan full version of the delicacies. Aku panaskan gula, letak air sikit.. tunggu sampai gula tu cair, lepas tu likat sikit, terus aku masukkan kuih yang dah siap goreng ni. Masa ni aku cepat-cepat matikan api. Agak susah sikit nak balik-balikkan sebab aku guna periuk. Tapi tak jadi masalah, sebab kuih aku dah nampak nak menjadi. Chewah!!


Aku rasa excited sangat! Akhirnya dapat jugak En. Suami merasa apa yang dia nak makan sangat tu. Dan aku mesti berterima kasih kepada En. Suami. Kalau tak disebabkan tekak tradisional dia, tak la aku belajar buat kuih ni (walaupun kuih ni feveret aku). Maka kesimpulannya, ni la minum petang kami. Awah pun ikut merasa sama. Dea je yang tak sentuh, sebab terlampau penuh perut (keluar makan dengan Sri sebelum tu). 


Kopi pekat untuk En. Suami, air masak untuk aku, kuih sepinggan. Kaler kuih tu nampak tak menarik sangat kan? Tapi tu la kesukaan aku.. so, till then..

Tiada ulasan: