Khamis, 6 Disember 2012

SateOhSate

December 6, 2012

Petang semalam sebaik je En. Suami nak dekat abis keje, dia call minta aku bawa sehelai t-shirt untuk keluar makan angin. Sejak keje dekat ngan rumah ni, En. Suami makin ligat bawak aku berjalan-jalan. Sampai rasa macam dah tak cukup tempat nak berjalan pun iye jugak! Maka aku sebagai isteri yang patuh pun capai je la sehelai t-shirt yang En. Suami suka pakai masa keluar, terus gulung-gulung dan masuk dalam beg. Lepas tu aku pun keluar, dengan tak tukar baju kerja yang aku dok pakai lepas balik tadi. Harum!!

Ingatkan nak gi mane, rupanya En. Suami nak ajak aku gi makan sate kajang.. di Kajang. Tak nak buang masa, lepas je dia abis keje pukul 6 petang, terus tukar baju kat tandas dan gerak. Memang ekspres betul suami aku! Disebabkan ada drebar, aku dengan senang ati setuju nak ke Kajang (ingat aku nak hadap jalan sesak petang-petang? Puurrrr-leaseeeeeee). Dalam ati terbayang gak keenakan sate kajang yang aku makan tahun lepas. Baby mode? Gedik-gedik.. sebab ayah dia tak tegur dia sampai le dah tiba di restoran.

Fast forward >>>>

Dah sampai restoran, kitorang duduk dekat ngan tempat basuh tangan, sambil baca menu yang ada. Sate ikan dan rusa: temporarily out of stock. Sate ayam? Tolong la.. sementara tengah mengandung ni, jangan la cari pasal. Nanti tak sempat nak sampai umah, abis semua makanan dalam perut keluar. Anak aku reject!! En. Suami dengan konfiden bangun dan pergi order kat kaunter. Tak lama lepas tu aku nampak dia usung satu tray (actually semua orang yang pergi order kat kaunter akan balik ke meja dengan tray - kuah kacang & sambal) dan duduk sebelah aku sambil sengih-sengih.

En. Suami: Abang order campur-campur..

Puan Salina: Eh? Campur-campur tu apa?

En. Suami: Sayang tengok sendiri (sambil amik resit dalam poket baju dan letak atas meja).


Meja nombor 67 order 6 cucuk sate daging, 6 cucuk sate perut, 6 cucuk sate hati ayam (I know, I know.. aku pun komplen sama. Dah tak leh makan ayam, nape hati dimakan pula kan?), 6 cucuk sate kambing, 6 cucuk sate arnab, segelas teh O ais, secawan kopi, sepiring nasi impit. Tengok harga dia? OMG..

Puan Salina: Loh, kok dicampur-campur macam ni? Macam mana abang order tadi? (aku heran sebab nampak dia bercakap sikit je, tapi korang tengok sendiri senarai tu panjang ke idak!)

En. Suami: Abang cuma cakap dengan orang tu; nak 6 cucuk untuk semua jenis sate kecuali sate ayam.

Puan Salina: Tapi hati ayam?

En. Suami: Hati ayam? Mana ada? Dia cuma cakap hati je..

Puan Salina: Sila lihat ke atas sana (menunjuk ke menu besar terpampang di atas kepala kitorang). Chicken  liver makna nye hati ayam.

En. Suami: Eh? Alamak, macam mana ni Salina? Abang dah tersilap order!

Puan Salina: Pun boleh (jangan tanya okeh, ni ayat skema aku adik-beradik). Dah order, makan je. Lagi pun abang belanja, Salina tak komplen (chewah konon!) la..

En. Suami cuma angguk-angguk je.


Ini la initial hidangan yang ada atas meja kami. Sambal semangkuk kecil, kuah kacang semangkuk besar, nasi impit sepinggan (?), dua mangkuk kecik kosong, teh O ais dan kopi.


Kenapa kopi ditutup dengan tisu? En. Suami saja yang faham rasional nye tutup gelas kopi dia dengan tisu, supaya tak sejuk (betul ke? tah la, aku pun tatau). Sementara menunggu sate yang kami order sampai.. tapi boleh percaya dua orang boleh makan sampai 30 cucuk sate? Aku sendiri pun susah nak terima konsep dan hakikat ni.


Sementara menunggu sate sampai, kami buang masa dengan mengambil gambar (sekadar guna kamera di telefon je sebab aku tak bajet nak keluar dating malam ni). Tutup mulut En. Suami sebab dia ada tendency nak jelir lidah masa amik gambar (lately perangai kanak-kanak semakin muncul.. oh susahnya hati ini).

Sambil tu kitorang perhati keliling. Ada yang datang dua orang (lelaki - 7 o'clock), may be lepas habis kerja terus datang. Ada family datang ramai-ramai (oh, yang ni kami terserempak lepas park kereta, sungguh intimidating sebab diorang datang naik 1 van penuh okeh!), ada yang dah tengah makan. Ada yang tengah pujuk anak (sebab anak dia menganga-nganga nak makan - dah tunggu lama sangat). Humid ambience, jadi aku pun tak mampu nak pandang lebih-lebih. Rasa mual sikit.. nak pitam pun ada.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu pun tiba..


Ini la sate yang En. Suami dah order. Daging yang kaler putih sikit tu adalah arnab, yang mula-mula aku ngan En. Suami rasa. Komen? LIAT! Dalam sate yang aku kunyah siap ada tulang lagi. Sigh..

Next, sate hati. Aku telan liur sebelum makan, sebab aku tengok hati tu nampak basah lagi. En. Suami digging in without question, aku pun sama la. Perasaan? OMG!!! Ini ke sate yang femes sangat tu? Bloody still okeh! Medium rare..

Tsugi no, sate perut. Abang aku panggil babat lembu.. hik hik hik! Aku suka dengar bila dia cakap bahasa dia. Nak pulak bila keluar ayat-ayat Jawa, aku boleh minta dia ulang 3 - 4 kali.. I like! Babat pun still basah. Macam letak takat 2 - 3 minit je. Aku masih bertahan.

Kemudian, sate kambing. Yang paling aku tak expect dan suspect, sate kambing akan jadi liat seliat-liatnya. Memang sungguh mengecewakan. Daku mula putus harapan.. (oh no, dah mula la ayat daku dikau neh!).

最後に (lastly), sate daging (lembu). Terus patah hati ini! Sate liat, rasa darah pun ada lagi. Aku dah tak mampu nak teruskan. Setiap kali aku suap dalam mulut je, aku telan air. Sudahnya aku kenyang dengan air. Nak bercakap pun takut.. takut termuntah!

Nak tau perasaan aku? Tengok ni..


Mode: terrorist tak cukup makan. Aku bukan nak komplen sangat, tapi biar benar la harga dengan kualiti sate yang aku makan tu. Ke aku yang tak cukup standard, sebab tak makan bloody meat.. aku pun tak tau. Agak nye betul la tu.. aku ni kampung sikit. Kesimpulannya, next time abang aku nak belanja, biar aku demand tempat. Even setakat gerai sate tepi jalan pun aku tak kisah, janji sedap. Till then..

Tiada ulasan: