Selasa, 9 Julai 2013

AktivitiMenembak.. OhDear

July 9, 2013

Entry ni fresh.. means sebaik je habis aktiviti, aku terus siapkan entry. Motif? Kawan-kawan nak jugak usha dalam blog, wajah masing-masing ketika sedang menjalankan aktiviti dengan cemerlang. Alkisahnya, Big Boss tempat keje aku ni memang suka aktiviti menembak. Ala, menembak memang wajib untuk diorang semua (dah tertakluk dalam keje diorang) tapi untuk orang yang macam aku, dah memang jauh benar dari keperluan kerja. Tapi demi nak mengadakan aktiviti luar pejabat (takmo la staf dia terperuk je kat opis tu.. buat nambah diabetes jek!), semua orang dengan cemerlang naik lori dan menuju ke lapang sasar. Aku pun tak pasti sangat apa yang aku rasa nak tulis (sebab aktiviti ni macam disodok ke lubang hidung aku - paksarela!) tapi untuk kawan-kawan yang notice blog aku, bleh la usha wajah-wajah korang kat sini ye! ENJOY!!


Aku yang alkisahnya ala-ala eksaited nak menembak..


Jangan main-main okeh, akak ni naib juara kakitangan awam nye pertandingan..
 

Elok sampai je, terus jadi model. Boleh gitu?


Persiapan awal untuk aktiviti hari ini.. 


Instructor latihan (or pertandingan? Whatever!!) pada hari ini.. SM Ghazali. Korang kene dengar sekali la taklimat dari dia, baru korang rasa cane aku rasa. I like!!


Jangan la berharap banyak sangat gambar orang menembak eh.. aku pun dok takut-takut nak shoot tadi. Masa aku snap gambar ni tadi, rasa gak cam jantung aku nak melompat keluar kot mulut!
 

Masa ni la orang kat belakang tu nak saiko korang.. nak pulak yang memang jahil bab firearms ni. Puurrrr-lllleeeaaaassssseeeee!!
 

Gambar ni khas.. atas permintaan Wan Rahman (hikhikhik).. sebab subjek kegemaran dia ada kat tengah-tengah sana.


Sebelah kanan Wan Rahman pun subjek kegemaran terkini.. jadi untuk next few photos, sila enjoy hasil kerja tangan Wan Rahman.
 

Aha, yang ni aku minta Wan Rahman snap. Bukan pe, nak gak aku tunjuk pada En. Suami yang aku pun ada kat sinun..
 

Patutnya gamba ni represent D13 tapi dah terselit lak akak Nooriani kat celah bedah tu.. alahai
 

Part ni aku tak berapa faham motifnye tapi yang aku bajet sebab spek mata hitam berkilat tu..


Masa ni aku nengok sendiri Shurbani menembak okeh. Mula-mula aku eksaited.. 


Orang kat sebelah dia tu pun rajin lak nak bagi instruction.. yang neh guna revolver tah pe nama. Yang betul aku ingat cuma panjang barrel dia 4in. je..


Now tukar.. pakai pistol pulak. Sumpah masa aku tengok dekat-dekat memang nampak macam pistol mainan. Dangerous!! Kali ni Tn. Safawi lak tolong instruct Shurbani..


Habis 6 butir dalam chamber, reload untuk next round.. at your own time. Gelabah duh!


Ni jiran kak Shurbani masa menembak tadi - student IPT. Wan Rahman punye la menolong.. superb!


Jiran Shurbani menembak dengan bantuan cemerlang dari Wan Rahman.. terbaek punya! Lepas dari giliran Shurbani, aku terus duduk kat tempat orang menonton.. rasa nak luruh jantung dengar bunyi gunshot..


Aku beria-ia ingat nama aku dah terlepas.. rupanya kene jugak! Dah la time ni hujan.. korang nampak punggung aku je la sebab Rizal amik gambar dari jauh je.


Yang instruct aku nama dia Kasbi (agaknya la.. aku jarang bercakap dengan dia). Sekali Big Boss aku lak dok sebelah aku.. nasib baik tak terbabas!


Jeng jeng jeng.. atas usaha gigih Kasbi menginstruct aku, dan Big Boss siap demo kat aku cane nak aim, ada gak la lubang kat target tu. Kalau tak.. lubang kat tanah je la.


Aku, Husna, Kak Noor.. sama-sama poyo tayang score. Hihihi malu!!


LOL.. korang tengok Kak Noor cam tak semangat je nak tayang. 

Dah, pasni aku memang tak larat nak tulis panjang-panjang lagi.. gile berat revolver ngan pistol tu. Bila meletus, lagi la force yang aku rasa berganda.. lenguh jadinya.. Usha gamba je la korang ye..


Persiapan pertandingan antara kumpulan


Sekitar aktiviti.. 


Sekitar aktiviti lagi..


Sekitar aktiviti.. masa ni aku minta Rizal snap gambar kami ibu-ibu (ada la yang bukan ibu tapi nak TERSELIT gak kot celah bedah sana)..


Gambar ibu-ibu lagi.. aku la photographer nye tu


Gambar ibu-ibu kesekian kalinye.. 


Gambar ibu-ibu kesekian kalinye lagi..


Masa ni dah abis pertandingan, tapi instructor ni demo lak taser. Yang kat tangan dia tu dummy je.. tapi aku bajet kot kene tembak ngan mende alah tu, mau menggelepar ikan gak la gamaknya. 


Jangan main-main okeh. Untuk pemegang tempat tercorot pun ada habuan tau!



Tuan sorang ni memang terer la.. dia punya aim, GANAS! Nasib la dia dah pencen..





Tak aci betul! Aku rasa Cik Zul banyak main tipu (hihihi)!!




 

Ni yang buat aku jaki ngan Kak Yati.. sebab dia punya target tadi 'bersih' je kurang lubang, tapi dia dapat gak hadiah..







Juara kakitangan awam.. Azam. Siap pakai glove lagi masa nembak tadi.. bukan main-main okeh









Sesi mengutip kelongsong.. 




Yo yo oo je Kak Yati ngan Tn Samad.. tayang soya bean. Walaupun hadiah tu untuk tangga tercorot, tapi aku sungguh jaki (sebab pada masa ni air dah habis, dan aku sungguh dahaga.. memang aku jaki habis!!)


Setakat ni je la aku mampu letak kat sini.. lepas je dari ni aku dah tak snap pape gambar lagi. Kesimpulannya, hari yang mengujakan, tapi memenatkan. Pffftttt, aku ada alasan nape score aku tak cantik - I'm against violence. Peace no war.. hihihi.. til next time..

Tiada ulasan: