Isnin, 22 Julai 2013

3-kepingRoti, SebuahSenyuman

July 22, 2013

Dah masuk hari ke-13 Ramadhan 1434H.. 12 hari sahur tanpa gagal, pagi tadi terbabas terus. Mujur jugak la En. Noor terjaga pukul 5.30 pagi, sempat la buat air panas dan makan roti. Aku dah muncung 14, boleh gak la kot nak ikat muncung tu buat penyangkut baju kat dinding. Mana tak nye, aku dah beria-ia minta Dea (adik aku) masak nasi dan tumbuk rencah nasi goreng, sebab aku masuk tidur malam tadi agak lewat. Ditambah dengan kerenah Nur Safiyyah (time mata kita dah kuyu, dah terlayang ke negeri mana pun ntah la - time tu la dia nak ajak berborak pun! Geram pulak rasanya.. isk!), aku tak pasti berapa kali aku bangun tengah malam di antara waktu tidur dan waktu sahur.

Dengan masa yang tinggal tak sampai 20 minit, apa la sangat meal yang aku boleh prepare. Kesian la En. Noor. So aku bancuh nescafe, suami prepare roti dengan jem strawberi. Bilamana selalunya aku berbual dengan suami sambil bersahur, kali ni aku diam. Nak marah, bukan salah sesiapa. Aku sendiri yang tak terjaga. Panas hati juga.. sebab bukan memikirkan perut aku seorang. Suami dan adik aku pun selalunya bersahur sama. Sambil kunyah roti, aku pasang telinga kot-kot tak terdengar azan Subuh. Sekali-sekala aku kerling suami kat sebelah. Rileks je dia kunyah roti sambil tengok cerita P. Ramlee - Keluarga 69.

Agaknya dia perasan betapa sunyi nye sahur pagi ni, dia tepuk-tepuk peha aku perlahan. Aku tak respon, dia gosok-gosok belakang aku. Bila aku toleh, nampak dia tersenyum tenang. Serta-merta hati aku yang panas jadi reda. Subhanallah, kuasa Allah.. terima kasih, M. Noorman. Saya dah lega sekarang. Walaupun sekadar 3 keping roti dan secawan air, perut saya kenyang macam saya sahur setiap pagi. Semoga Allah pelihara puasa saya dan En. Noor pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Terima kasih, Allah. Di saat-saat aku sangat dilanda keletihan dan terganggu, Engkau beri petunjuk.. 

Setakat tu je la cerita aku pagi ni.. jumpa lagi..

Tiada ulasan: